Saya terkejut mendapat berita ini. Semalam saya mendapat sms yang mengatakan polis melepaskan gas pemedih mata bagi menghalang ceramah anjuran BERSIH (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Bagi saya, kalau setakat gas pemedih mata tu kita boleh tahan lagi. Namun ada beberapa rakyat ditahan.
Menurut laporan dari Harakah Daily, pertempuran berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis ceramah anjuran BERSIH oleh polis dan pihak berkuasa tempatan. Ketegangan berlaku sejak petang lagi apabila sekatan dibuat ke arah tempat majlis ceramah yang hendak dianjurkan itu.
Hari ini pula saya rasa sangat marah apabila mendapat tahu polis lepaskan peluru hidup dan menyebabkan 2 orang dirawat di hospital akibat cedera di leher dan dada. Saya tidak pernah diajar untuk mengeluarkan kata-kata kesat. Tapi tidak tertahan hati saya yang marah apabila mendengar berita ini. SIALAN punya Polis!
*Update: Gambar salah seorang mangsa yang ditembak.
*Analisis berkenaan insiden boleh didapati di blog saudara Adihamka dan Nat.
This entry was posted on Sunday, September 9th, 2007 at 6:44 am and is filed under PKR. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
September 10, 2007 at 5:44 am |
Mariah,
Saya juga amat terperanjat dengan insiden buruk ini, dulu tahun 1979 semasa bersekolah di SM.Padang Midin Kuala Trengganu saya selalu ke Pantai Batu Buruk ini bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain, penduduk kawasan ini semuanya melayu dan baik-baik belaka, tetapi kenapa insiden demikian rupa berlaku tentu ada sebab dan puncanya. Seperti mana yang kamu nyatakan diatas berlaku ketegangan diantara rakyat dengan pihak Polis/FRU, disebabkan pihak polis tidak luluskan permit dan orang ramai dengan keinginan mendengar ceramah tersebut berduyun-duyun datang ke tapak ceramah dan pihak polis menghalang mereka dan ini yang menimbulkan kemarahan rakyat.
Bagi saya insiden begini tak patut berlaku kalau UMNO/BN bertindak adil dan saksama kepada semua pihak, tetapi negera kita malaysia telah merdeka 50 tahun tapi para pemimpin UMNO/BN tidak tahu bertindak berlunaskan undang-undang, demokarasi dan keadilan inilah akibatnya.
Kita semua harus gunakan akal untuk berfikira dengan waras apa tindakan kita selanjut kerana kita mesti ingat bahawa kuasa memilih kerajaan dan pemimpin adalah ditangan rakyat ramai, keputusan saya ialah menyokokng pembangkang untuk perubahaan kepada yang lebih adil dan saksama serta demokarasi sebenar terlaksana.
September 10, 2007 at 11:43 am |
itu tandanya pilihanraya sudah dekat…
September 12, 2007 at 8:50 am |
huh~
apa mau jadi ni.
September 12, 2007 at 9:46 pm |
selamat menjalani ibadah puasa. Dah jadi perkara biasa akhir zaman, pemimpin yg ada skarang ni nampak kemungkaran tu macam satu amalan kebaikan wallah a’lam … Jika benar2 inginkan Islam tentu takkan jadi macam sekarang ni. Islam hual hal …
September 13, 2007 at 5:46 am |
Terus terang saya katakan, hal ini merupakan salah 1 perkara yang digunakan oleh kerajaan untuk memutar-belitkan cerita bahawa mereka adalah benar. God bless Malaysia!
September 16, 2007 at 1:22 am |
Sekarang kita masuk musim dimana gomen akan buat apa saja untuk menggambarkan bahawa pembangkang ini adalah jenis ganas. Ini semua adalah taktik mereka yang tiada conscience langsung. Ya saya setuju, sialan punya polis
September 16, 2007 at 6:18 pm |
terror la polis tu mentang2 ada pistol. mcm mana dia sanggup tembak orang yg x bersenjata? kemana pegi nyer sifat kemanusiannyer. baik xyah jadi polis.
September 17, 2007 at 12:04 pm |
mariah,
terima kasih kerana menghargai analisis saya.analisis saya sekadar analisis amatur.yang penting ialah pendedahan perkara-perkara yang diperam media arus perdana.
tanggungjawab kita,para bloggers, untuk memanfaatkan ruang internet sebagai medan perang kita!