Boston Tea Party ke United Borneo Front

Tarikh 16 December 1773 adalah hari yang bermakna di dalam sejarah peradaban dunia. Boston Tea Party atau dalam Bahasa Melayunya Pesta Teh Boston, telah berlaku.

Pada waktu itu Inggeris mempunyai perusahaan dagang yang bernama East India Company- berdagang teh dari Cina secara langsung ke Amerika (yang pada waktu itu masih kedalam koloni Inggeris) dengan memotong jalur perdagangan dan perpajakan sehingga merugikan exporter Eropah dan importer Amerika.

Akibatnya penduduk Boston marah. Pada saat kapal pembawa teh tersebut mendarat di pelabuhan Boston, para penduduk naik ke kapal dan lantas membuang seluruh peti yang berisi teh ke dalam laut.

Peristiwa ini mengakibatkan tercetusnya revolusi bangsa Amerika terhadap penjajahan bangsa Inggeris.

Kalau kita lihat situasi di Malaysia, ekonomi kita bergantung kepada industri perkapalan dimana ia memainkan peranan yang amat penting dalam perdagangan, khususnya dalam eksport dan import.

Sebelum Januari 1980, belum ada pelesenan perkapalan untuk memantau bilangan kapal-kapal dari luar negara yg beroperasi di perairan Malaysia. Oleh itu sebilangan kecil pemilik-pemilik kapal yg menawarkan perkhidmatan perkapalan diantara Semenanjung  dan Sabah Sarawak terpaksa berdepan dengan persaingan ketat dari kapal-kapal dari luar negara yang beroperasi dalam lingkungan perdagangan domestik ini.

Kerajaan Malaysia pada masa itu mengambil keputusan untuk mengadakan suatu polisi untuk melindungi kepentingan pemilik-pemilik syarikat kapal ini (tolong bincangkan jika ada info yang tertinggal).

Oleh demikian, polisi Cabotage diperkenalkan pada 1 Januari 1980 agar ia memberi peluang yang lebih luas untuk pemilik syarikat kapal-kapal Malaysia cari makan dalam lingkungan perdagangan domestik ini.

Dengan adanya polisi Cabotage ini turut melahirkan Badan Pelesenan Perkapalan Domestik ( DSLB).

Ok, untuk mudah difahami, melalui polisi ini , kargo-kargo dari luar negara harus berlabuh di Port Klang dan barulah kapal-kapal Malaysia mengangkut ke pelabuhan-pelabuhan di Sabah dan Sarawak.

Baru-baru ini aku ada bersembang dengan Presiden kepada Federation of Sabah Manufacturers (FSM), Datuk Wong Ken Thau bekenaan polisi ini.

Ternyata, ia merugikan exporter dan importer di Sabah (kita fokus di Sabah saja la) kerana bahan komersil dan kargo import yg diangkut oleh kapal-kapal dari luar negara terpaksa ditinggalkan di Pelabuhan Klang dan barulah ia diforwardkan ke Sabah atau Sarawak oleh kapal-kapal tempatan.

So, pengangkutan yang berlebihan ini akan mempengaruhi harga barang-barang yang dijual kepada Sabah dan Sarawak. Itulah sebabnya barang tempat kita mahal gilaaaaaaaa!!!

Kenapa tidak jadikan Sepanggar Port sebagai pangkalan utama export dan import ke negara-negara yang dekat seperti China, Indonesia, Filipina, Brunei, Taiwan dan sebagainya? Kenapa perlu jauh-jauh pergi ke Port Klang?

Banyak kali hal ini dibangkitkan oleh rakyat tetapi ‘bobou’ bah pemimpin kita. Angguk-angguk, geleng-geleng… cuma berpantun-pantun saja kerja di perlimen. SOT!

Maka, itulah sebabnya hari ini, 16 December 2010 United Borneo Front (UBF) ditubuhkan sebagai platform utama untuk memperjuangkan keinginan ataupun demand keadilan untuk mempertahankan hak Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Malaysian Agreement 1963.

Dr. Jeffrey Kitingan, selaku ketua pergerakan bukan politik ini menganggap Sabahans dan Sarawakians sudah kena ‘buyuk’ sama kena tipu secara terang-terangan.

Pemerintah federal mempermainkan Sabah dengan banyak polisi dan undang-undang yang bercanggah dengan apa yang sepatutnya kita dapat. Banyak percanggahan dalam banyak hal. It is not a secret that the petroleum and gas sector contributing over 40% of the federal government income. Sabah and Sarawak produce 45% of crude petroleum and 64% of natural gas through Petronas.

This simply means that without the wealth from Sabah and Sarawak, it will be difficult for the federal government to make ends meet. Menara si Najib tu pun susah mau siap tu, geng!

Menurut kefahaman aku dari sidang akhbar sebentar tadi, UBF ini mendukung agenda berikut:

1. Permintaan untuk pembentukan mekanisme pematuhan terhadap Malaysian Agreement 1963, terutama Artikel Lapan.

2. Permintaan untuk formula bagi hasil yang lebih adil, dan juga wakil di peringkat persekutuan.

3. Mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai ‘equal partners’ dalam persekutuan.

4. Melindungi hak pribumi sabah seperti dalam Artikel 153.

5. Permintaan untuk menghapuskan polisi Cabotage,Transportation dan Trade.

6. Mengkhususkan/ sempitkan jurang ekonomi dan digital.

7. menyelesaikan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Projek IC.

Gerakan ini sungguh bermakna untuk orang Sabah dan Sarawak yang belum memahami sejarah kerana ramai di kalangan kita yang belum mengerti dan memahami sejarah penubuhan Malaysia.

Namun, sejauh mana perjalanan ini akan bertahan sekiranya mendapat tentangan dari orang-orang sendiri yang akan mati-matian melumpuhkan perjuangan mereka?

Bagi aku, Sabah dan Sarawak layak untuk mendapat apa yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini. Malangnya, hak kita kena kasi ‘tapuk’, bah!

Walau apapun agenda politik (sekiranya ada) dalam gerakan ini, kita harus mengambil iktibar bahawa anak-cucu kita perlu tahu sejarah yang sepatutnya. Cukup-cukuplah kena kasi buyuk tu…

UBF adalah revolusi minda untuk menggoncang kerajaan yang sedia ada untuk membuka mata di mana letaknya Sabah bagi mereka. Adakah mereka akan terus tertawa dengan gelaran ‘Sabah negeri paling miskin di Malaysia’ ataupun memberikan komitmen mereka sepenuhnya untuk melangsaikan ‘hutang-hutang’ yang tertunggak kepada negeri ini?

Perlukah kita berdiam diri? Atau melawan secara senyap dan mengubah tampuk pemerintahan sekarang ini kepada haluan dan perjuangan yang bisa menaikkan maruah negeri kita melalui UNDI?

Bah, logot-logot kita memikir aaaa…

P/S: Sorry, entri kali ini agak panjang. Tapi nda berani tinggalkan sebarang fakta nanti ceritanya tergantung.

About these ads

10 Responses to Boston Tea Party ke United Borneo Front

  1. Dayak New Generation says:

    Ya betul. Lebuhraya-lebuhraya berkembar dan projek mega lain di semenanjung adalah sebahagian dari hasil dari minyak dan sumber asli kita di Borneo ini. Kita cuma ada satu-satunya Jalan Pan-Borneo(bukannya Lebuhraya jika dilihat dengan mata kasar), itu pun ada yang tidak selamat dan masih perlu diperbaiki supaya setaraf dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan banyak lagi lebuhraya lain di Semenanjung.

    Lebuhraya di semenanjung ada banyak lorong, Lebuhraya Pan-Borneo cuma dua lorong sahaja di kebanyakan tempat. Dah ada Lebuhraya Utara-selatan, dibuat lagi banyak lebuhraya lain yang banyak lorong di semenanjung.

    Setakat mana taraf ‘lebuhraya’ kita jika dibandingkan dengan lebuhraya yang ada di semenanjung? Hasil daripada sumber asli kita dikorek tetapi manfaatnya besar di semenanjung.

    Kita tidak berhak kah dapat hasil sumber asli kita sehingga 50% dari jumlah yang besar itu?Royalti minyak pun sedikit sahaja dipulangkan.

    Sabah Sarawak patut keluar dari belenggu yang ada sekarang ini. We must support for Borneo front for our justice sebelum terlewat, yakni sebelum sumber asli kita pupus@habis di mana semenanjung sudah mencapai status maju dan kita Sabah & Sarawak lagi menggunakan perahu panjang sahaja dan banyak lagi infrastruktur lain masih lagi mundur dan tidak setaraf dengan yang ada di semenanjung seperti monorail, LRT dan banyak lagi .

    “Change for our rights”

    • mdiswandie says:

      Sangat setuju dengan penjelasan ni… kita hanya mendapat hak kelas ketiga… sdgkan keluaran d semenanjung tdk sebesar yang dtg dari tanah Borneo… kita perlukan gerakan dan semangat baru untuk membawa S&S ke haluan sendiri dan UBF dtg tepat pada masanya… satu perkara yg perlu kita elakkan adalah, PKR dan sekutu2nya… jgn support pembangkang…kita keluar dr cengkaman kerajaan dan kita buat haluan sendiri…memang sungguh keras statement ni… tp itu la yg sepatutnya terjadi…sebelum hasil2 kita habis dikaut dan dibawa ke semenanjung…

  2. Bangar83 says:

    Hello semandak

    Ko masih aktif dengan PKR ka..
    Mcm sunyi jer..

  3. santafire says:

    well said, Lady Mariah.

  4. KUDILOP GONIT says:

    UBF ni klu dipimpin oleh Tokoh yang benar2 prihatin tentang kepentingan Sabah dan Sarawak secara total, akan lebih bermakna. Janganlah….please….digunakan untuk mempopularkan diri semata-mata seperti selalunyaaaa…..

  5. ladymariah says:

    sejak bila pula diorang ni popular? lihatlah perjuangan diorang dulu bah…

  6. tanakwagu sabah says:

    apalah kudilop ne,spa lgi pmimpin y memperjuangkan 20 perkara ini?..nak harapkan pmimpin sabah skg ne????..tidak boleh pakai da…drg bukan berjuang tetapi menjual,fikir2kan dan renung2kan saudara,utk apa dr jef susah2,kc hbis duit,masa,tenaga hnya utk 20 perkara sabah ini sahaja,bukan kahboleh sahaja dia mgikut abang beliau dan pmimpin sabah y lain masuk dlm umno/bn utuk mengaut keuntungan keatas sabah bersama2 dgn umno atau dr jef pergi melancong bersama keluarga dia ka,utk apa di bersusah2 mbwa isu 20 perkara ini skiranya kita di bwa ini tidak menyokong beliau dan hanya tahu mengata beliau,sya pernah berhubung dgn dr jef dan bertanya kenapa beliau keluar pbs dan masuk parti akar,ini kerana pairin mengarahkan dr jef berbuat demikian utk mghalang parti akar menyertai komponen bn,kerana utuk masuk dlm komponen bn ia memerlukan persetujuan dan peresiden akar masa itu mark koding bercuti dan dr jef dilantik mjadi wakil preseden,lalu pandikar amin pun marah dan timbul la krisis kepimpinan,jadi dr jeff msuk balik p pbs,wlupun rancangan tidak berjaya tetapi dr jef telah melakukan seperti y di arahkan o abangnya…….so kita dibwh ni kena bfkir dgn baiklah utk kebaikan kita,bgsa kita dan diri kita jg,bukanya berfikir utk kepentingan org luar,nak tahu banyak dan ingin bertanya kita kena rajin chatlah bohhhh…

  7. anak kenyalang says:

    the best way is to ask the malayan pay 100% of their income every year to borneo sates of sarawak n sabah for the next 47 years, in return we give them 5%. and then we leave the federattion for good.

  8. dusuntomod says:

    syabas kepada anak watan sabah seperti dr jeffrey kitingan yang lantang menyuarakan hak sebenar dan hak mutlak rakyat sabah khusunya pribumi sabah bukan PATI yang mendapat mykad secara penipuan.
    sebagai rakyat sabah saya mendoakan agar perjuangan dr jeffrey ini di restui oleh tuhan dan kita akan mendapat manafaatnya khususnya anak anak kita yang jauh tertinggal dari mereka di semananjung malaysia
    suaraka kembali hak MALAYSIA TIMUR YANG TELAH DIRAKUS OLEH MALAYSIA BARAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 60 other followers

%d bloggers like this: