Highlights Parti STAR Sabah

Pelancaran Parti Star Sabah pada 6 Januari 2012 telah menyemarakkan perjalanan politik di Sabah, apatah lagi dengan perjuangannya untuk menuntut dan mempertahankan hak-hak dan kemerdekaan Sabahan, menguatkan hubungan Sabah-Sarawak untuk memperjuangkan kepentingan bersama dalah Perjanjian Malaysia, memperkenalkan reformasi dan pembaharuan dasar-dasar dalam negeri dan seterusnya menghentikan ‘penjajahan’ dari parti pemerintah.

Dr. Jeffrey Kitingan, sebagai pengerusi Star Sabah dalam ucapannya berkata keputusannya membawa Parti Star dari Sarawak adalah atas permintaan penyokongnya yang mahukan parti tempatan untuk mendominasi kepulauan Borneo Malaysia tanpa dicengkam oleh politik dari Semenanjung.

Ketika pelancaran pada hari Jumaat lalu, aku berada di sana untuk membuat liputan. Kedengaran jeritan “INI KALI LAH!” berkumandang di sepanjang dewan. Secara peribadi, aku melihat parti ini akan menyemarakkan lagi landskap politik Sabah yang semakin terserlah, apatah lagi pilihanraya semakin hampir.

Menurut ucaptama daripada Dr. Jeff, teras perjuangan Star terkandung dalam  Agenda Borneo dan akan dihuraikan dalam manifesto Star sedikit masa lagi. Antaranya, Star adalah parti yang akan membawa perubahan dan pembaharuan dalam sistem kerajaan. Yang pasti, katanya Sabah dan Sarawak akan bersatu hati sebagai penentu ataupun King Maker.

Menurutnya juga, Star, bersama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Borneo akan menggunakan kekuatan tersebut sebagai penentu untuk memulihkan autonomi negeri Sabah dan Sarawak. Dia bilang, untuk memastikan negeri Sabah dan Borneo dikuasai oleh orang sendiri dan bukan oleh orang lain atau dari wilayah lain.

Star juga akan melaksanakan reformasi dalam sistem kerajaan yang ada sekarang termasuk seperation of powers (judiciary, executive and legislative), accountability of Petronas terus ke parlimen (bukan PM sendiri yang menentukan halatuju), One Country Two System (Semenanjung dan Sabah Sarawak), reformasi dalam hal tanah (undang-undang baru yang memberikan hak kepada pemilik asal), reformasi dalam pentadbiran (mengikut keperluan dan teknologi semasa), reformasi dalam pembangunan dan ekonomi, review dalam agreement minyak (tidak mahu setakat 5 peratus) dan paling penting menghapuskan rasuah.

Dr. Jeff juga mengatakan Star dan rakan-rakan dalam Pakatan Borneo akan terus menuntut supaya Perjanjian Malaysia dikaji semula termasuk asas pengagihan pungutan hasil atau cukai negeri dan minyak.

Menurut Dr. Jeff juga selama ini Sabah rugi kerana kekayaan minyak telah diambil secara tidak adil, di mana Sabah hilang RM15-18 bilion setiap tahun, manakala cukai dan hasil negeri telah mengalir keluar ke Kuala Lumpur lebih kurang RM15-20 bilion. Selain itu, kerakyatan negeri juga diberikan secara terang-terangan kepada orang asing tanpa mematuhi Perlembagaan dan Undang-Undang.

Walaupun kebanyakan orang yang hadir ketika pelancaran tersebut terdiri daripada golongan berumur dan orang muda, ternyata kebanyakan mereka sudah faham bahawa perwakilan Sabah di perlimen dan dewan undangan negeri telah diubah dan diturunkan nisbah. Ternyata rata-rata mereka menganggap pemimpin-pemimpin yang ada sekarang di dalam kerajaan tidak boleh dipakai lagi kerana mereka telah gagal mempertahankan hak negeri dan gagal menyelesaikan masalah-masalah seperti pendatang asing (mereka panggil PATAI), kemiskinan, tanha dan hak asasi.

Kata-kata penutup daripada Dr. Jeff agak keras dan berbunyi seperti ini:

“Kini masa sudah tiba untuk bungkus Barisan Nasional dan menghantarnya balik. Kalau parti-parti tempatan dalam BN di Sabah terus menyokong Penjajah Umno, kita akan juga membuangkan mereka keluar dari Sabah.”

PENUTUP UCAPAN DR. JEFF:

Masa depan Sabah adalah dalam tangan kamu!

Hantikan Penjajahan! Selamatkan Negeri Kita! Selamatkan Sabah!

INI KALI LAH!

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?

SABAH NEGERI MERDEKA!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

P/S: Kita lihat sejauh mana parti-parti komponen BN lain respon dalam hal ini. Adakah Pakatan Rakyat akan mempunyai kesepakatan dengan Star? Yang pastinya, kita akan lihat politik yang lebih berwarna-warni pada pilihanraya akan datang.

About these ads

94 Responses to Highlights Parti STAR Sabah

  1. JJ says:

    GOOD REPORT. I REALLY ENJOY READING AND APPRECIATE IT !

  2. azriq rahman says:

    jeffery..what are you talking about..selama ini kerajaan BN yang banyak membantu rakyat sabah dan sarawak..kamu belajar dahulu sapa yang biaya???..habis manis sepah di buang..langsung tidak mengenang budi..

    • kusai says:

      ya tuan jangan emosi.dr jeffry ke sekolah zaman apa ko pikir.tu time PBS(Pembangkang ba PBS dulu).dia p belajar duuuulu pun time Tun Mustapha la.Mesti ingat semasaTun Mustapha meninggal beliau adalah ahli PBS.Tapi sayang PBS sudah kena Kunci mulut.Kami cita-cita juga kasi hidup balik USNO tapi buat masa ini ROS tolak.Tu lah kita ada STAR.Saya selalu mimpi dulu ada tahi bintang jatuh ditanah sebelah yang 31% ja luasnya dari keseluruhan tanah pusaka malaysia ini.Apa erti tu mimi ah.

      • sabahan says:

        yaa ..saya d pula..
        TERIMA KASIH ATAS JAWAPAN INI..
        “AKAN ADA REFORMASI D SABAH”..

        DAN JWPN ITU IALAH
        > PARTI REFORMASI NEGERI SABAH<……
        MAKA DGN INI SAYA YAKIN PARTI INI ADALAH PARTI PILIHAN SAYA…..
        TQ….
        INI KALI LAH…

    • netter says:

      siapa2 kerajaan pun boleh bantu punya… tugas kerajaan maaa… menteri dan pegawai dalam kerajaan adalah rakyat biasa maaa… TAPI jika mereka tidak berfungsi seperti sumpah jawatan mereka… tentu boleh ditukar… ada fahamkah? BN BUKAN FIRAUN! mereka2 BN itu rakyat biasa yg harus menerima dan amaaat faham setiap 5 tahun ada pilihanraya!… jangan fikir terhutang budi kaa. itu tanggungjawab mereka URUS RAKYAT dan DUIT RAKYAT! dan mereka boleh ditentang menurut lunas2 demokrasi… bukan mcm itu cara arab moden…

    • herway says:

      hai bro,, macam mana nak mengenang budi kalau parti BN memberi kita duit tapi tidak mengajar kita cara untuk menghasil duit…diberi duit RM 500 selepas beberapa hari tu duit akan habis…tetapi kalau diberi harga getah yang sama dengan harga getah di semenanjung yang lebih tinggi…pastinya setiap kali menjual getah pastinya ada pendapatan yang memuaskan…

      mahu apa? duit atau mesin pencetak duit….kalau saya akan pilih mesin pencetak duit………….

      • kingkimo says:

        …..ahaha, ya betul tu …kalau saya pula mahu mesin atm yang tak habis-habis duit di dalam (ada ladang sendiri dengan tanaman yang bernilai tinggi)

      • gantui says:

        ya betul tu brader,ini bn ah dia mcm main tabur duit ja sama rayat.seolah2 ini bn berlagak betul byk duit.diorg ingat dgn duit rm500 tu dpt menjamin rakyat sabah hidup smpai ke anak cucu.kasihan lah kita terutama yg ada ramai anak,mana cukup.kita umpama di taburkan dgn gula2,selapas habis,..habislah..cubalah kita di berikan kail kemudian ditunjukkan bagaimana memancing ikan di sungai kan lebih baik.

      • Pomusarahan says:

        Ia sya pun setuju… cuba fikir dan cuba siasat dari mana sumber kekayaan Malaysia/… tidak lain dan tidak bukan semua dari bumi sabah ini sendiri..jadi kenapa BN/Umno mencuri segala kekayaan ini sehingga Sabah sendiri yang jatuh meskin… apa kah anda merasakan apa yang saya rasakan sekarang…????

    • cigu josmin mosulin says:

      sya x setuju dgn pendapatmu ini tn/pn azriq. sebabnya? banyak. tapi, nantilah. kemudiankah? atau senang jg cari sya, sbb sya inda juga betapuk. (main2 tapuk2 di taman, tapi purut timbul2 juga bilang..)

    • rukut-rukud says:

      azriq rahman taie..apa ko ckp..? kalo tdk mau biru biji mata..jan ckp sedap mulut ya..saya tahu ko adalah antara yg dapat kad pengenalan daripada Projek ic Mahathir..baik ko pulang p indon..sekarang ko sudah pandai lawan tauke..ya..tinggalkan bumi Sabah.

    • salong says:

      Azriq..kerajaan bn tolong macamana..kerajaan pusat suru bikin jalan raya cantik d sabah.kerajaan negri bikin jalan grabol.duit lebih masuk pi mana.semananjung sabah tak masuk campur. Janji sabah ini kalila.tengokla jalan telupid sandakan baguska tidak

  3. Andrew Johny says:

    Sokongan untuk Jeffrey Kitingan!! Hidup Jeffrey!!

  4. Andrew Johny says:

    Harapan untuk perjuangan Rakyat sabah yang banyak ditindas adalah anda Dr. Jeffrey..

    • gantui says:

      sya mau muda-mudi yg ada sekarang menyuarakan semangat yg lebih menjulang untuk pemimpin kita sabah iaitu Datuk Dr.Jeffrey G Kitingan.jangan biarkan dia keseorangan utk mengemudikan kapal kecil ini.walau pun ia kecil tetapi jikalau kita bersatu utk berjuang tanpa mengira penat dan lelah.sya percaya kita akan sampai jua ke distinasi yg di tujui,apa yang penting tujuan kita adalah bersih iaitu memperjuangkan hak-hak rakyat sabah..

  5. Anak Tarawas says:

    perjanjian 20 perkara sdh di laksanakan ker? kepada rakyat sabah yg berpandangan jauh..fkr masak2…fkr masa depan anak2 dan generasi akan datang…

    • kusai says:

      saya pg tengok bantuan rm 500 kemarin tekejut saya.banyak kawan-kawan saya dulu pakai pasport sama-sama kerja kilang ikut baris cek nama ambil boucher.Diaurang sudah jadi PATAI.diaurang lagi duluan.dikampung saya ada yang tidak dapat mendaftar sebab tiada surat beranak tapi native.kalau macam ni tidak lama lagi kita MATAI.

      • leary the cat says:

        ada lagi kawan saya dia duda,kena tolak LHDN, apa alasan dorg tolak? betui dia ni duda tapi tiada pendapatan tetap…kerajaan janji siapa yg tak ada pndptn kurang 3ribu bolih dapat…apapasai kawan saya ni di tolak ….

    • urg besa says:

      bukan apa bro.. sy ni bukan jga skola tinggi btl.. tpi bedasarkan apa yg sy perna kaji, 20 perkara tidak perna pun jadi.. itu cuma “letter of demand”.. perjanjian yg sebenarnya cuma mempersetujui sebahagian dari 20 perkara.. jdi tidak brapa ngam kalu kita lawan2 ckp utk brg yg mimang tda.. tpi apa2 pun kalau btl lar star punya agenda untuk jaga hak rakyat dan kebajikan rakyat.. ini 1 parti yg bgs.. sy pun sukung..hehe

  6. Tanak Borneo says:

    HIdup Borneo.

  7. DUSUNTOMODQLU says:

    SAYA BANGGA ADA ANAK WATAN SABAH YANG BERFIKIRAN JAUH KEHADAPAN BERKORBAN KERANA ANAK BANGSA,KERANA TANAH TUMPAH DARAHNYA, SYBAS DR JEFFREY TERUSKAN PERJUANGAN MU SAYA DOAKAN TUHAN AKAN MEMBERKATI USAHA MURNI YANG KAU CURAHKAN KERANA BUMI SABAH YANG KITA CINTAI INI.
    TANGAN KANAN KU INI TAK SABAR LAGI PEGANG PENSIL NAK PANGKAH LAMBANG STAR PRU 13.

    • sabahan says:

      DUSUNTOMODQLU…AMEN..
      naa sy bersaksi sikit…
      TERIMA KASIH ATAS JAWAPAN INI..
      “AKAN ADA REFORMASI D SABAH”..
      DAN JWPN ITU IALAH
      > PARTI REFORMASI NEGERI SABAH<……
      MAKA DGN INI SAYA YAKIN PARTI INI ADALAH PARTI PILIHAN SAYA…..
      TQ….
      INI KALI LAH…

  8. SI TONDIG says:

    NAAAA !!! BILA LAGI!!! PANGKAH ITU STAR!!! MASA PRU 13 huhuhuhuhu kita kasih mati itu PETAI huhuhuhuu

  9. nani says:

    Mariah… Mariah… Mariah !
    Ambil masa juga aku fhm ni Star. Mula2 bingung juga apa asas perjuangan sbb mcm2 hal drg cerita dlm page fb tapi akhirnya aku faham suda. Star bukan mau keluar Msia. Dia cuma memperjuangkan 7 agenda dlm UBF… Selepas baca 7 agenda tu, memang betul2 bikin buka mata bikin buka minda. Sblm ni aku kurg ambil tau psl politik dan x pernah kisah siapa pembangkang di sabah tapi ni kali aku betul2 kena brain wash oleh Star dgn sendirinya bkn krn dipujuk sesiapa. Aku memandang star dan menilai mengikut perspektif peribadi berdasarkan beberapa persoalan yg sering menjelma di minda selama ni. Antaranya:

    1. Kenapa setiap negeri di malaya maju?
    Jwpn: memang maju sbb kwsn kecil kosnya pun sikit.
    Realiti: peruntukan tahunan Perlis (paling kecil) pun mencecah 20 juta manakala Pitas yg bganda2 besar dari perlis hanya dpt 1 juta lebih ja peruntukan projek perseketuan berdasarkan apa yg kami dibagitau masa cabut undi projek tahun lalu.

    Nda apalah 1 ja aku bgtau sbb dr soalan ni terkandung bnyk lg huraian yg kita sama2 fikirkan.

    Nasihat ku pada pembangkang di sabah, ikutlah perti tempatan. Kau membangkang undi parti dari sana kalau menang pun sabah akan dapat juga nasib yg serupa. Yg masi sokong kjaan, kamu fkr la soalan di atas tu. Thanks mariah. Kita support Datuk Jeffry !

    • alam baka says:

      Tak betul juga. Sarawak tiada parti dari Semenanjung tapi sama juga keadaannya dengan Sabah. Semua parti di Sarawak glokal tak perjuangkan hak Sarawak jugak. Sama sajalah. Yang penting parti yang menang nanti perlu betul-betul mahu berjuang untuk rakyat bukan nak kaya sendiri. Pemimpinnya jangan nak kaya sendiri, terima elaun wakil rakyat cukuplah bukan buat biznes dan buat duit banyak2 untuk dirinya.

  10. remaja says:

    5% saja sabah dapat? 95 % p mana? haizz, sepatutnya rakyat sabah patut buka mata dari awal lagi, zaman sekarang ni pun remaja pun tau keadaan ekonomi skrg..

    • no name says:

      Oohhh…..misti 95% tu krajaan pusat yg mbil sbb syrikat2 minyak wat krja2 mngali mnyak tu free…..free of charge….

  11. jusup kambang says:

    nokuro tu INI KALI LA, bukannya BANYAK KALI suda ka itu . anyway kosiuk-kosiuk tengok parti star , sapp , pkr dan independent mi solod-solod monuwad dot bn good luck to you mr.independent gd luck 2 u pkr , sapp and the star as well. bythe way bila ba kitorang ini mengundi… any idea oi gaman si tondig..

  12. kingkimo says:

    sebenarnya sudah banyak kali Dr. JK mahu bawa kita ke arah yang betul dan sudah lama juga dia mahu kita berdikari tapi kamurang tidak mahu dingar….. telinga pun simpan di lutut, mana dapat dingar…..

    Dr. JK naik kapal turun kapal untuk panggil kita semua untuk bersatu hati, tapi kamurang panggil dia kataklah, bongkok taiwanlah
    lompat sana sinilah…. tapi dia sudah berusaha tanpa penat tanpa mengira kerugian lagi tuu…

    sekarang ada “STAR” kita ada kapal yang berbintang Sabah, jadi
    ini kalilah…..

    ” INI KALI LA…………..”

    BILA LAGI……….

    KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

    KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?

    SABAH NEGERI MERDEKA!

    ….MACAM D K K…..

    PENAMPANG

    KOTA MARUDU

    MOTUNGGONG

    PITAS

    KUDAT……………DAN SELURUH NEGARA SABAH…….MALAYSIA..!!

  13. Setar N.4 says:

    Kalau anda orang dan anak jati Sabah apa lagi anda punya ALASAN tidak sokong perjuangan menuntut hak2 sabah…..kalau anda tidak sokong bagus anda jangan tinggal di negri Sabah ini. jangan kerana sebiji laptop dan 500 kehidupan anak cucu kita tergadai….

  14. jesper says:

    mri bersama2 STAR demi keadilan SABAH..INI KALI LAA!!UNDILAH STAR!!

  15. sktibabarRanau mari says:

    Kalau betul2 ini STAR berjuang tanpa ada kaitan dengan mana2 parti politik lain, sebagai CONTOH PKR, dan sebagainya. Dan tidak ada agenda lain. Why not kita org sabah sokong… Apa yg diperjuangkan sangat bagus.. tapi kalau STAR ada kaitan dengan PKR atau mana2 parti yg bukan Sabahan. Kirim salam sajalah…

  16. lg baik keluar terus dari malaysia….

    • remaja_ranau says:

      jangan trus kluar dri m’sia.. sbap kita masih prlu ketntraan m’sia utk mlindungi kita.. gud lck star..my god will bless u all..

  17. amanda says:

    Sabah tanah airku, negeri yang kucinta. Jangan tunggu lama2, selagi ada peluang kesempatan jangan dilepaskan. INI kali la

  18. TheExpert says:

    boleh sekiranya STAR berkerjasama dengan PR,sebab BN tidak lagi relevan,kita hanya la di tipu oleh BN selama ni.kalau sekiranya STAR menang besar di sabah dan sarawak tetapi tidak mendapat sokongan dari kerajaan persekutuan,semua tu hanya la sia2,macam parti PBS satu msa dulu.kalau mau STAR berkuasa penuh,jawapannya sabah dan sarawak kena keluar dari malaysia.

    • YES!! says:

      PR pun sudah banyak buat masalah…. Bagus lagi direct pi STAR… macam orang sabah cakap ‘itu lai tu….’
      INI KALI LA…

  19. elvis tain says:

    pkr?? Bn??..tidak mau la.saya perlu yang ini,iaitu parti star.

  20. listre mihun says:

    perjuangan star utk org sabah… mari la kta berjuang utk star dan pakatan borneo.. ini kali la…

  21. bone boyka says:

    ini kalilh…jgan d fkir lg bos q,inilh hala tuju sbnar kita… Peruntukn yg krajaan bg dgan kita tue,duit kita jgak hasil SABAH!!!

  22. anonymous says:

    Sabah lebih kaya dari Kelantan??

    nampaknya memang betul2 kaya, kaya dengan pendatang tanpa PATI/PADI yang memegang MyKad/MyKid secara sah/tidak sah..

    itulah jasa barisan nasional (Bangkrap Negara) diketuai Umno a.k.a. Pekembar (pertubuhan kebangsaan melayu bersatu) sejak zaman tun mahathir hingga zaman najib.

    “Jika tidak, rakyat mungkin berfikir kita melakukannya hanya untuk pilihan raya.” – Tan Sri Bernard Dompok

    sememangnya rakyat telah arif dengan perangai BN yg ‘berbuat baik’ setiap kali menjelang PRU. Rakyat kini sudah MASAK.

    TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL DI PRU13!! Anda mampu MENUMBANGKANNYA.

    • anaksabah says:

      tahulah bah tu nanti siapa yang memerintah sama saja tu. bn, star atau pkr klu kita tidak berusaha susah juga kita cari makan…..

      • anonymous says:

        saya bukan cakap pasal hal diri sendiri,,,yalah kalau pasal masing2 diri kita kenalah berusaha untuk majukan diri masing masing,,,,,, tapi saya maksudkan hak2 sabah…

  23. amanda says:

    Saya da baca yg STAR bawa konsep Sabah for Sabahan .. Konsep ini tlalu keras wlpun utk saya sebagai rakyat Sabah. Apa pendapat Lady M ??

    • cigu josmin mosulin says:

      siow, sya bukan lady M. STAR bawa konsep Sabah for Sabahan?
      TIDAK. Huraiannya? cuba cari dulu. tidak dapat2 juga? cari dan jumpalah pemimpin star yg ada berhampiran tn/pn. siow on unsikou.

  24. zamri dollah says:

    sia mau print ini mau ka c baca sama org kg sia.

  25. guntirik says:

    kita mesti berubah..jangan kita kena pijak lagi kepala kita oleh orang malaya..
    hidup sabah..sabah adalah untuk rakyat sabah yang asli..

  26. otto says:

    bro sy x puas ati ni…kanappa bukan bangsa dusun yang jd km sabah..pada hal majoriti penduduk d sabah adalah orang dusun…LAGI kin SAKIT HATI ada org kampung memohon tanah tp x LULUS..tapi org semenenjung pohon KEJAP JA LULUS…siap ralad tanah forest lagi 2..kanapa buli lulus….kesian ba ni bumiputra sabah kana ayam2 org sebrang…

  27. org borneo says:

    Org sabah sentiasa di perbodohkan oleh BN @ barang naik @bini najib @bengkrap negara…..konon2 masuk UMNO senang bela rakyat sebab dlm keluarga najib, tpi skrg ini pula bukan bela rakyat sabah tpi bela PTI @PATAI , bagi mykad, bagi rumah pprt, bagi BR1M 500@ beri rasuah 1 malaysia, bagi tanah dn sbagainya…oleh krana BN tamak kuasa sanggup gadai negeri sdiri, dn kalau PTI ini tidak dikawal, tahun 2020 atau tahun 2030.. mereka yang perintah sabah sbp jumlah PTI mengatasi jumla rakyat tempatan…oleh itu sebelum kita di PATAI bagus kita MAMATAI dahulu….BN mati PTI mati…PRU 13 rakyat sbah bersatu mengundi STAR….ini kali lah..

  28. anonymous says:

    I just don’t understand if you all sabahan keep voting those party from outside your land like semenanjung…kenapa tidak mau percaya ngan orang sendiri tp mati2 percaya orang lain yg jelas mempergunakan kamu semata-mata…cuba kamu fikir..tgk sifat orang semenanjung tu…taiklah kalo dorang mau undi parti dari sabah untuk jadi wakil dorang..kita jak cni sabah ni yg buduh2 p undi orang luar…

  29. anonymous says:

    INI KALI LAH!!! Sokong ASALKAN BUKAN UMNO/BN – ABU!!!
    Berubahlah rakyat Sabah!!!

  30. anonymous says:

    itu la kamu di sabah, umno masuk kamu benarkan…tengok apa sudah jadi? hasil negeri sabah digunakan untuk pembangunan di semenanjung….

  31. org borneo says:

    betul itu, tpi masih ada peluang utk memperbaikinya sblm tlmpau parah iaitu rakyat sabah mesti bersatu utk tumbang kan BN PRU13 kali ini… Satu lawan satu mesti menang…tapi klu Pembangkang berlawanan sesama sdiri susah mahu menang….STAR mesti bermaufakat dgn seluruh parti pembangkang di sabah cari formula terbaik utk tumbang kn UMNO /BN…jgn tamak… spya ada kejayaan

  32. Lionel says:

    Saya suda rasa semua bangsa utama di Sabah ni memerintah, tapi semua hampir sama saja KASI KAYA BANGSA-KAUM_AGAMA-KELUARGA SENDIRI cuma zaman BERJAYA 1976-1985 saja Negeri Sabah antara Negeri Paling Maju di MALAYSIA Zaman tu Sabah ada SABAH BANK, PASARAYA KOJASA (macam Kedai Rakyat 1 Malaysia) ada Susu Sekolah Free ada Buku,Pencil, Baju Kasut Free dari Kilang Yayasan Sabah-KOSAN Lepas Tu SEMUA Rakyat SABAH tida kira Kaya atau Miskin 21 Tahun Keatas dapat Duit RM200 Setiap 5 Tahun Bukan macam BN-Najib Sekali seumur hidupsaya masih ingat lagi Orang dari Semenanjung datang pigi Sabah cari Kerja di KK, bukan macam sekarang Orang Sabah beduyun-duyun keluar dari Sabah Pigi Semenanjung kosong terus KK yg tinggal PILIPIN. Sabah sekarang is a very ill condition due to many PILIPIN and economic Problem. Saya rasa bagus cadangan Bapa Kemerdekaan Sabah dulu tahun 1974-1975 yang mencadangkan Sabah berpisah dari Malaysia Kertas Kerja dia pun Saya masih simpan tajuknya ( KEBAIKAN DAN BURUKAN SABAH DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA)Olen Tun Dato Mustapha Bin Datu Harun.

  33. Boniq says:

    Saya rasa kalau kita keluar daripada Malaysia mungkin bepuluh ganda lebih maju Sabah & Sarawak daripada semenanjung. Jadi apa lagi kita pangka la tu star dalam PRU13 baru kita dapat chow dari Semenanjung.

  34. lorraine says:

    Siapa2 yang mau berjuang dalami sejarah dari a hingga zzzzz. kemudian baru anda dapat bersuara sehabis-habisnya. Sedih sekali apabila sudah terpilih ramai wakil rakyat yang lupa diri, lupa tanggungjawab sebabnya mereka kurang mendalami sejarah negara sepenuhnya. Kalau pungut sana sini ikut-ikutan maka jadinya seperti katak lompat pagarlah. Harap-harap perjuangan yang dilaung-laungkan ini TULUS IKHLAS ATAS NAMA PERJUANGAN SEBENAR. OKKK

  35. riding bin entoron says:

    saya fikir sedalam dalamnya dan pertimbangkan secukupnya,saya ini anak sabah dan saya tiada sebab mengapa tidak menyokong satu perjuangan yang memperjuangkan hak negeri demi kemajuan rakyatnya sendiri….bangunlah dari tidur lena wahai anak negeriku yang tercinta….INI KALILAH !!!!!!!

  36. Neol banggi says:

    scara jjur sy ktakan,sy lngsung tk minat bpolitik..tpi sejak sy tbaca isi kndungan prjuangan star,mta dan minda sy tbuka luas utk mlibatkn dri dlm pjuangan DDJK..INI KALI LAH!!

    • muslim people says:

      menurut sumber perisikan dr. jeffrey hanya ingin mengangkat mertabat agama kristian dan ingin menghancurkan islam kerana selama ini agama kristian di pinggirkan oleh umNO berikutan larangan pengunnaan kalimah allah dan di susuli pula dgn penahanan al-kitab agama kristian. maka org2 islam harus berhati2.. kalau depan org islam dia cakap lain tpi klu dgn non muslim di juga cakap lain…

      • ladymariah says:

        masyAllah… jgn sekali-kali buat andaian, dan kalau boleh tidak beza-bezakan hal agama dlm politik…

      • herway says:

        dr jeffrey memperjuang perjanjian m’sia 1963,, 20 perkara untuk sabah,, perkara 1 pun bebas beragama d sabah.. dan ada 7 agenda borneo dan 7 tuntutan… bukan nak menentang agama islam….saya slalu mengikuti mereka kempen tetapi langsung mereka x ada libatkan soal agama….malah ada beberapa pengikutnya juga yg beragama islam.. bajau dan pejuang usno yg masuk star mengikuti jeffrey juga adalah beragama islam……

      • Lo says:

        Prasangka buruk sdh tu muslim people says, fikiran mcm ni lah permulaan persengketaan, perpecahan rakyat dan punca segala masalah. Komen kamu ni lebih menggambarkan yang pihak engkau ni sangat penting diri sendiri shja….bgitukah agmamu mendidik kebaikan….terpesong sesat.

  37. unknown says:

    hai klu star menang besar di sabah tpi BN masih berkuasa..tiada beza era PBS..rakyat sabah tatap melukut di tepi gantangggg..so..so..so..so bagi idea..idea how..howw

  38. junilkelvin says:

    teka dr jeff belajar sampai ketahap mana??mgk kalah kali pemimpin2 yang bermegah ikut BN tapi bahasa english pun hangkang..

  39. remajasabah says:

    saya anak mudah..nama saya ade ,waktu saya masi kecil dahulu saya suka ikut2x bapa saya pgi ikt berpolitik,dulu parti sikit saja,skang bnyak suda,.skrang saya sudah remaja ,saya boleh mengundi.pemimpin2x yg saya suka perjuangannya ialah perjuangan yang berhormat datuk dr jeffrey g.kitingan..(prisedent star).saya akan menyokong parti staR..SELAMA INI PARTI INI LA YANG SAYA NANTI2X SEWAKTU SAYA KECIL DULU IAITU PARTI STA LA YG SAYA NANTI2X KAN KEWUJUDAAN PARTI BARU

  40. rolland says:

    kalau lihat balik agenda perjuangan PBS 1994, sama sajalah dengan ini agenda perjuangan STAR. tapi bagus jugalah, coz ini STAR mungkin taringnya tajam sikit atau tengoklah nnti…menggigit ka?

  41. Kurau kurau says:

    Apa mcm pun kaji selidik dulu apa yg kita mw buat

  42. Tanak Borneo says:

    Saya sekarang bekerja dengan syarikat besar yang ada kaitan dengan kerajaan (GLC). Pengurusan ini syarikat apa2 permohonan baru, budget & etc mesti mau rujuk Central sebelah semenanjung sikit2 KL. Apa guna kita org Borneo macam kana kasih budu2 dan mesti mau ikut semenanjung, negara kita Sabah tidak bulih urus sendiri kah? Mesti mau semenanjung juga ka arah kita??? Kita ada pemimpin yang ada kebolehan sendiri juga bah, jadi apa salah kita sokong parti Star yang tidak ada kaitan dengan parti peninsular. Sampai bila la kita mau kena jajah ini semenanjung.. Peace~~~

    • YES!! says:

      PR pun patut tidak payah (sebab kepala dari semenanjung juga… Star INI KALI LA.

      • Tanak Borneo says:

        Ya ngam tu.. undi la parti local yang penting tiada kaitan sama semenanjung.. Hentikan Penjajahan Semenanjung di tanah air kita. Mari la kita org North Borneo satu hati halau kuasa2 Malaya kacau kita punya Negara.. Peace~~

  43. Tanak kampung says:

    INI KALI LAH STAR semoga maju jaya.

  44. kingamas says:

    Asasnya perjuangan STAR sangat murni cuma pejuang utamanya terlalu berwarna warni. Fikirkan spa yg boleh dibuatnya apabila kuasa d tgn?

  45. simun says:

    ayuh semua org borneo kta brsatu hati..peace..utk masa depan

    • Gunsiou Membakut says:

      Gunsiou Membakut: Saya sudah baca buku Agenda Borneo perjuangan Pimpinan Datuk Jefry berulang kali, saya sangat tertarik hati,, kemudian saya fikirkan siang malam tentang kebaikan dan keburukannya.. Keputusannya saya melihat perjuangan Dk. Dktr Kitingan, tidak akan tercepai, selagi kalau tidak berkerjasama dengan parti-parti pembangkang Malaya untuk tumbangkan terlebih dahulu UMNO / BN.Saya nampak DK.DR Jefry Kitingan sendiri bakal akan berdepan dengan masalah melanggar perkara 7 dalam 20 perkara, Perjanjian Pembentukan Kerajaan Malaysia, kerana Dk.Dr.Jefry bercadang untuk bawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. Dk.Dr Jefery nampaknya bersungguh-sungguh untuk mengalahkan UMNO/BN, tetapi tidak mengariskan perkara-perkara yang membawa kepada perubahan kehidupan rakyat. Apa yang akan terjadi dalam pilihan raya (PRU 13) pembangkang dua atau tiga lawan satu calun BN..Akhirnya UMNO BN menang 3/4 di Sabah dan Sarawak, kerana undi pembangkang pecah. Solagan Ini Kalilah tidak membawa makna dan lain kalilalh juga tidak ada lagi. Selepas itu UMNO /BN bertambah kuat dan lebih menindas.rakyat tempatan Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini saya merayu kepada semua penyukong Star supaya berfikir semasak-masak dan ambil keputusan pilih satu pembangkang yang boleh menawan seluruh Malaysia. Niat baik untuk tuntut kemerdekaan sebaiknya dirunding dengan kerajaan baru bersama dengan kerajaan British dan bukan melalui pilihan raya yang berisiko tinggi.

      • salong says:

        Itula yang sebaiknya gaman..tapi untuk memerintah sabah lagi baik kalau tidak terikat dengan pati dari semananjung.sabah untuk sabah tiada keitan dengan adil pas dan dap.kerna agenda tidak sama..ini kalila sabah maju jaya

  46. gatahsikarap says:

    buli tahan juga hujan ko Gunsiou,,,, ekekke.,. tapi nda ada perkara yang mustiahill bah,,, sda berualang kali di kata kan oleh DDJK,, dia nda berhasrat mau bawa sabah keluar dari malaysia,, DDJK cuma mau hak2 rakyat sabah di tuntut balik sama tu perjanjian 20 di hidupkan bah :)

  47. waig nuluhon says:

    kalau mau tumbangkan BN bersatulah dgn mana-mana parti sabah..join PR lah lebih sesuai

    • salong says:

      Pr pun kalau dari semananjung buat apa.sama juga kana jajah.star starla gaman baru ada aramaiti.kalau mau mantap semua parti pembangkang sabah harus bekerjasama baru baru kali inila

  48. Tompinai says:

    perjuangan Star adalah yg terbaik.semua yg terkandung dalam perjanjian 20 perkara di tuntut utk di hidupkan semula kerana sudah 20 tahun tidak terbela.ada parti berkuasa sengaja melangar secara senyap menyebabkan kerugian besar bumiputra Sabah.teruskan Dr Jeffry,saya akan bantu perjuangan kau bersama pemuda Star akan datang.arahkan pasukan masuk ke pelusuk kg. bumiputra sabah utk menyampaikan hasrat kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: