Hari Kemerdekaan Sabah

Sabah, atau North Borneo mendapat kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1963.

Kalau ikut pengiraan, maknanya Sabah baru merdeka selama 49 tahun pada tahun ini. Jadi, ucapan Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-55 tahun itu tidak betul kerana kemerdekaan 31 Ogos 957 adalah untuk Tanah Melayu sahaja. Pada tahun 1957, negeri ini masih mengibarkan bendera Union Jack dan menyanyikan lagu kebangsaan God Save The Queen.

Hanya 2 minggu negeri Sabah berdiri di kaki sendiri sebagai sebuah negara. Penyatuan bersama Tanah Melayu (Malaya), Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963 membentuk Persekutuan Malaysia membawa negeri ini ke arah penjajahan yang baru. Hasil bumi yang banyak tidak disalurkan untuk membangunkan negeri yang dikategorikan antara negeri termiskin di Malaysia.

Walaupun Sabah negeri kaya, tapi masih ramai rakyatnya yang miskin. Masih ramai yang tidak mendapat rawatan perubatan sewajarnya, masih banyak sekolah yang tidak cukup guru, masih ramai anak muda yang menganggur, malah masih banyak jalanraya yang belum berturap. Bekalan air bersih dan elektrik tidak perlu cakaplah. Hancur!

Bendera Sabah, negara merdeka!

Ketika Sabah menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 yang juga disebut Sabah Day atau Hari Sabah, gabenor Borneo Utara Sir William Goode telah mengirimkan ucapan selamatnya. Teks ucapannya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti berikut, walaupun paper cutting tidak lengkap tetapi ucapan selamatnya kita fahami.

DAILY EXPRESS (BAHASA MELAYU)

DAILY EXPRESS (BAHASA INGGERIS)

Selain daripada akhbar Daily Express, The Borneo Times dan Anak Sabah juga telah menerbitkan berita sempena hari yang bersejarah tersebut. Ternyata kemerdekaan Sabah adalah cahaya baru dalam pembentukan sebuah persekutuan yang diharapkan bukan sahaja pemimpin Tanah Melayu tetapi juga bagi pemimpin dari Sarawak dan Singapura yang mengimpikan gabungan kuasa besar di Asia.

The Borneo Times

Anak Sabah

Namun, melihat kepada kekurangan dan kedaifan Sabah dari segi infrastrukturnya berbanding di semenanjung, adakah ini yang kita inginkan pada mulanya? Adakah kita mahukan kuasa besar untuk menjadi ‘pembayar ufti’ kepada Malaya, sedangkan keperluan asas kita diabaikan?

Ya, mana mungkin kita boleh nafikan adanya jalanraya dan bangunan-bangunan tinggi di bandaraya Kota Kinabalu, malah bandar seperti Tawau dan Sandakan juga pesat membangun. Tetapi adakah semuanya mencukupi apabila masih ada anak-anak kecil yang berjalan kaki melintasi hutan untuk bersekolah?

Dengan pembangunan pusat-pusat hiburan, hospital swasta dan rumah mewah yang pesat membangun sekarang sudah mencukupi untuk menilai kekayaan negeri ini apabila masih ada orang asal di negeri ini terpaksa merempat di tanah sendiri?

Merdekakah kita sekiranya dihalau dari tanah adat hanya kerana pihak pemerintah telah isytiharkan tanah tersebut sebagai hutan simpan dan tempat membalak? Merdekakah kita sekiranya rumah dibakar dan tanaman diracun hanya kerana tanah adat kita kononnya milik pemerintah? Adakah ini yang kita mahukan dulu?

Jangan hapuskan rasa cinta kepada negara ini, tapi berusahalah kita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih baik. Pilihan di tangan kita. Kitalah yang menentukan masa depan. Slowly, but surely. Tepuk dada, laung merdeka!

A Solemn Day- Sabah Day

A Solemn Day- Sabah Day

 

ENTRI TAHUN LEPAS (2011): Apa buktinya Malaysia merdeka 54 tahun?

About these ads

3 Responses to Hari Kemerdekaan Sabah

  1. Dear Lady Mariah. Not stealing, but syndicating your content Via autofeeder. A little support from you in a form of link exchange if possible, tq

  2. leroylolin says:

    Siapa cakap orang kadazan dusun di sabah org asal sulu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 60 other followers

%d bloggers like this: