Pendengaran Awam RCI (Hari Kedua)

Hari pertama Pendengaran Awam RCI dipanaskan dengan panggilan palsu seorang lelaki yang mengatakan terdapat bom di tong sampah mahkamah, hari ke dua pula dipanaskan dengan penafian bekas Ketua Menteri sabah Tan Sri Harris Salleh berkenaan ‘Projek IC’ di Sabah.

Saya mencadangkan agar anda membaca laporan mengenai RCI ini dari pelbagai newspaper kerana bukan semua paper berani keluarkan semua fakta, malah tidak semestinya laporan dari satu-satu paper itu lengkap kerana setiap penulis mungkin focus kepada angel yang berbeza. Banyakkan beli newspaper untuk mendapatkan maklumat yang lebih banyak.

Berikut laporan dari New Sabah Times:

KOTAKINABALU: Bekas ketua menteri Sabah Datuk Harris Salleh menafikan wujudnya skim imigresen rahsia untuk mengubah demografi negeri Sabah, yang lebih dikenali sebagai Projek IC atau Projek M.

”Setakat yang saya sedar, tidak ada perkara seperti Projek IC. Jika mereka (agensi-agensi persekutuan) memberikan kad pengenalan, mereka mungkin tergesa-gesa kerana mereka perlu berurusan dalam ribuan orang, supaya mereka boleh mempercepatkannya,” kata Harris yang menjadi ketua menteri pada 1976- 1985.

”Tetapi setakat yang saya tahu, secara rasmi atau tidak rasmi, tidak ada Projek IC,” katanya kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing di Sabah kelmarin.

Menurutnya, walaupun jika kad pengenalan telah diberikan dengan cepat, ia telah dilakukan mengikut peruntukan perlembagaan persekutuan.

Apabila pegawai pengendali siasatan RCI, Manoj Kurup bertanya sama ada beliau membaca beberapa tuduhan dalam buku dan blog yang menuduhnya mengarahkan pendatang asing diberikan kad pengenalan, Harris berkata soalan-soalan seperti itu hanya akan membazirkan masa RCI.

”Tidak, saya tidak pernah melakukan apa- apa yang menyalahi undang-undang, semua yang saya lakukan adalah mengikut undang- undang… Mengapa saya perlu bersusah payah menyaman di mahkamah dan membazirkan wang dan masa mahkamah,” katanya.

Harris berkata apa yang kerajaan negeri boleh buat hanyanya membantu pendatang dengan permohonan mereka seperti mengisi borang tetapi akhirnya, kuasa untuk memberikan kewarganegaraan terletak pada kerajaan persekutuan.

Dalam satu kenyataan bertulis yang dikemukakan kepada RCI, Harris juga menyalahkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman berhubung dasar kerajaan persekutuan yang didakwa memberi layanan istimewa kepada pelarian Islam.

Beliau berkata, Tunku mengumumkan bahawa pelarian Islam boleh tinggal di Malaysia, dan dalam kes bukan Islam pilihannya sama ada ke Australia, Eropah, atau Amerika Syarikat (untuk penempatan semula).

Menurut Harris, dasar tersebut terus berkuatkuasa sehingga ke hari ini.

Katanya, berdasarkan dasar-dasar tersebut dan seperti yang didakwa oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, boleh dibuat kesimpulan bahawa beribu-ribu pelarian dan rakyat Indonesia telah diberi kewarganegaraan selaras dengan perlembagaan Malaysia.

Bagaimanapun, Harris menafikan dakwaan saksi kepada RCI pada Isnin bahawa terdapat peraturan jelas untuk hanya menempatkan pelarian Islam di Sabah.

”Kami tidak pernah kategorikan bahawa mereka mesti orang Islam, terdapat juga bukan Islam dan mereka diberi layanan yang serupa,” katanya sambil menambah bahawa apa diambil berat ialah menempatkan semula mereka.

Harris mengetuai kerajaan Berjaya pada tahun 1976 selepas menewaskan kerajaan Usno, dan selepas itu, Unit Penempatan telah ditubuhkan untuk menangani kebanjiran rakyat Filipina akibat konflik di Mindanao.

Beliau berkata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada masa itu menemui kerajaan Sabah untuk menempatkan orang pelarian dengan geran sebanyak AS$15 juta.

Langkah ini, katanya, bukan sahaja membolehkan Sabah menguruskan masalah orang pelarian, tetapi juga dapat menyediakan sumber manusia pada masa di mana industri pembinaan di Sabah adalah berkembang pesat.

Sementara itu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberitahu RCI hanya 66,682 rakyat asing di negeri ini yang diberikan kewarganegaraan sejak penumbuhan Malaysia pada 1963.

Selain dari Tan Sri Harris, seorang lagi saksi yang dipanggil ketika hari kedua Pendengaran Awam RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu iaitu Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Negeri Sabah Datuk Suhaimi Mohd Saleh memberikan angka-angka penting yang berkaitan pendatang haram di Sabah.

Berikut laporan daripada Yahoo News:

Oleh Boo Su-Lyn

KOTA KINABALU, 15 Jan — Sejumlah 446,173 orang pendatang telah dihalau keluar dari Sabah dari 1990 hingga sekarang, inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin diberitahu hari ini.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Negeri Sabah Datuk Suhaimi Mohd Saleh turut mengatakan hari ini terdapat 300,393 orang asing di Sabah dan Labuan pada tahun 1990 termasuk pendatang haram, pekerja asing dan pelarian.

“Bancian pada 2007 ke atas semua penempatan menunjukkan terdapat 59,237 (pelarian Filipina),” kata Suhaimi kepada RCI hari ini.

“Pada 2011, bancian di 16 (daripada 32) penempatan menunjukkan 38,158 (pelarian),” tambahnya.Suhaimi berkata tidak cukup masa atau tenaga kerja untuk melengkapkan banci 2011 di 16 penempatan di Sabah dan Labuan.

Pengerusi RCI Tan Sri Steve Shim Lip Kiong menegaskan pasukan petugas persekutuan telah memperuntukkan RM72 juta.

“Ia adalah mencukupi untuk banci pertama kami. Tetapi (wang tersebut) adalah untuk semua operasi kami, termasuk kos deportasi, tangkapan, makanan dan minuman, bukan hanya untuk banci,” kata Suhaimi.

Suhaimi memberitahu bilik RCI yang penuh hari ini bahawa pasukan petugas persekutuan masih lagi menghantar pulang pelarian – tidak mempunyai dokumen.

“Pelarian baru (selepas tujuh puluhan) yang tidak mempunyai sebab untuk berlindung selain daripada konflik di selatan Filipina, dan yang tidak mempunyai dokumen, telah diserahkan kepada (Jabatan)Imigresen,” katanya.

Suhaimi menegaskan pasukan petugas persekutuan tidak pernah memberikan kad pengenalan kepada warga asing, tetapi sijil banci sahaja.

Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan di Jabatan Ketua Menteri Moktar Yassin Ajam berkata pada awal hari ini terdapat 33,019 pelarian Filipina di Sabah pada tahun 2010 tanpa dokumen IMM13.

Moktar berkata angka 73,000 yang diberikan oleh bekas ketua Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri, Abdul Jaafar Alip semalam merujuk kepada pelarian Filipina yang memiliki dokumen IMM13, pas imigresen khas yang membolehkan pelarian berdaftar dengan Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa bagi Pelarian (UNHCR) untuk kebebasan pergerakan dan pekerjaan di sini.

“73,000 merujuk kepada mereka yang mendaftar di unit penempatan dari 1976 ke 1985,” kata Moktar.

“Angka 33,000 merujuk kepada bancian di unit penempatan diantara 2007 dan 2010, dimana kami berpandangan bahawa terdapat pelarian yang tidak mempunyai dokumen IMMM13. Ini termasuk kanak-kanak,” tambahnya.

Lelaki berkaca mata itu berkata daripada 33,019 pelarian tanpa dokumen IMM13 seramai 15,000 adalah kanak-kanak.

“Mereka adalah generasi ketiga dan keempat dari pelarian Filipina yang datang sekitar awal 70-an,” kata Moktar.

Beliau menambah bahawa Jabatan Imigresen berhenti mengeluarkan dokumen IMM13 sejak tahun 2005. Siasatan itu disambung semula pada sebelah petang.

Saya juga sertakan artikel dari The Borneo Post, kenyataan dari Professor Ranjit Singh yang beliau kemukakan pada hari pertama.

Sabah population leapt in 1991- professor

KOTA KINABALU: A population census carried out in 1991 showed that Sabah’s demography had changed drastically with a huge increase in its population, the Royal Commission of Inquiry on illegal immigrants were told.

Professor Ranjit Singh, the second witness called to give evidence on Monday, said the census reported the population of Sabah to be 1.7 million and out of this total, 423,000 were non-citizens.

“The change in Sabah’s demography was not because of the natural increase in the indigenous local communities or the Chinese population. Who these non-citizens were was not disclosed in the census,” he said.

To the question by RCI commissioner Tan Sri Herman Luping if the 423,000 non-citizens are transient visitors, Ranjit replied no.

“To my mind, these are not transient people residing in Sabah but are those who do not have citizenship which is why they are categorized as non-citizens,” he explained.

Ranjit, who has written publications about Sabah, said that in the 15th and 16th century, there were only four main communities in this area namely the Dusun, Kadayan, Melayu Brunei and Bisaya.

Documentations revealed that the Bajaus supplied the ‘manpower’ like sailors and were also active in slave raiding to meet the labour requirement for the enterprises in the area, he said, adding that Tempasuk and Marudu were places where they would conduct annual raids.

In the 18th century, new settlements emerged in Tunku, Sandakan and Semporna, among other places in the east coast resulting in changes to the demography when they began settling permanently there.

“They intermarried with the Dusuns there and this resulted in another race, the Orang Sungai, which is a mixture of Suluk, Bajau and Dusun. Soon there were eight main communities here, namely, the Melayu Brunei, Bisaya, Dusun, Iranun, Bajau, Orang Sungai, Murut and Suluk,” he said.

In 1881, the British Chartered Company brought in Chinese labourers from China and Hong Kong, he added.

According to Ranjit, in the 1891 census, the population of the then North Borneo was 67,000 people comprising 34,000 Dusuns, 11,000 Bajaus, 3,005 Bruneis, 3,700 Suluks, 7,000 Chinese, 6,000 others while there were no figures for the Muruts and Orang Sungais.

In the 1970 census, Sabah’s population was 651,000 with 183,000 Dusuns, 30,000 Muruts, 77,000 Bajaus, 28,000 Melayu Brunei, 10,000 Suluks, 17,000 Orang Sungais, 87,000 others and 138,000 Chinese.

“Now, this demographic change was basically due to the large Chinese migration to this country,” he said.

Ada sesiapa yang boleh tolong translate dengan lebih teratur supaya kita boleh berkongsi dengan pembaca BM?

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 60 other followers

%d bloggers like this: