Tragedi 1313: Pencerobohan di Lahad Datu

Jarang sekali isu-isu penting di Sabah menjadi perbincangan di peringkat kebangsaan, sehinggalah tragedi berdarah #Tragedi 1313, mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan serta tiga lagi cedera.

Personally, sejak aku umur masih kecil lagi isu Pendatang Asing  Tanpa Izin (PATI) di Sabah sudah menjadi KEBIMBANGAN UTAMA masyarakat tempatan. Kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad dipersalahkan kerana Perdana Menteri ini disyaki (malah dituduh secara terbuka) membawa masuk ‘Orang Malaysia Baru’ ke negeri ini untuk tujauan menambah pengundi UMNO bagi menghapuskan kerajaan pembangkang (PBS) dahulu.

Desakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kebanjiran PATI akhirnya dipersetujui, dan saksi yang dipanggil juga telah mengaku ‘aktiviti’ yang mereka lakukan sekitan 90an, memberikan kerakyatan kepada PATI melalui Ops Durian Buruk.

Pendedahan Ops Durian Buruk ini tidak disiarkan di TV. Akhbar nasional juga tidak banyak yang siarkan. Kenyataan lama Mahathir, memberikan kerakyatan kepada PATI mengikut undang-undang dijadikan ‘ perisai’ untuk menangkis soalan dari wartawan. Malah, jawapan menteri di JPM Datuk Nazri Aziz di Dewan Rakyat yang mengatakan ‘PATI di Sabah Tidak Gugat keselamatan‘ juga menjadikan isu PATI di Sabah sangat mudah untuk dilupakan di peringkat nasional. Sedangkan pemimpin PBS sendiri menegur Nazri supaya lebih sensitif dalam mengeluarkan kenyataan, tapi isu PATI ini tetap senyap.

Pada mulanya, pencerobohan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo,tidak mendapat liputan sewajarnya di TV dan radio. Masalah air di Selangor dan pemberian wang bantuan BR1M merupakan tajuk-tajuk utama. Mungkin juga kerana kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin yang menegaskan penceroboh bukan militan atau pengganas.

Lahad Datu

Dengan akses internet yang mudah, kebimbangan dapat dirasai melalui pelbagai status positif dan negatif di facebook, begitu juga dengan update melalui twitter. Ulasan di blog-blog pun tidak kurang hebatnya.

Ramai yang buat analisa sendiri. Ada yang menganalisa tuntutan Kiram Jamalul III (kononnya Sultan Sulu), ada juga yang menganalisa siapa dalang di sebalik insiden itu, dan ada juga yang menganalisa jika tuntutan diberikan.

Nampaknya, pengetahuan rakyat Malaysia terhadap Sabah telah meningkat. Sebelum ini belum tentu rakan-rakan kita di Semenanjung mengetahui kewujudan Lahad Datu. Tetapi hari ini bukan sahaja Lahad Datu tetapi Kampung Tanduo juga telah dikenali ramai.

Kebanyakan analisa di blog dan TV menjurus kepada satu penaakulan yang hampir sama, iaitu mengutuk pencerobohan yang telah menjejaskan kedaulatan negara ini. Satu perkembangan yang sangat baik, apabila ‘pasukan kawan dan lawan’ bersetuju untuk mengekalhan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Apabila #PrayForLahadDatu #PrayForSabah #LahadDatuAttack telah mula trending di Twitter, orang ramai sudah mula panik dengan kematian dua orang anggota keselamatan, di situlah bermulanya liputan hangat di TV. Bernama TV, Awani 501 dan TV3 merupakan channel kegemaran sepanjang tiga dan empat hari selepas serangan. Terima kasih kerana keep tweeting PM, H20 guy dan yang sewaktu dengannya…

Pasukan polis kemudiannya tidak putus-putus mengeluarkan kenyataan akhbar, menyeru rakyat Sabah untuk bertenang. Setelah beberapa hari, status di FB dan post di Twitter semakin tenang dan banyak doa serta komen positif dapat dilihat, kecuali dengan beberapa ‘kelakuan tidak wajar’ ahli politik saling menunding jari mencari pesalah.

Parti pembangkang menyalahkan kerajaan kerana telah gagal menjaga kedaulatan negara, manakala pihak kerajaan juga mencari jalan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang insiden ini. Tian Chua paling kesian, kenyataannya disalaherti malah menjadi bahan makian sehingga kini.

Pada hari pertama dan kedua serangan, aku agak marah dengan post yang berkaitan politik kepartian. Aku setuju dengan seorang rakan di FB, Amin Ahmad yang juga seorang peneliti perkembangan sosio-politik ekonomi di Malaysia. Katanya, “Penting untuk orang ramai membezakan politik kepartian dan politik kenegaraan”. Dia menegaskan sejumlah media massa menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab apabila memuatkan berita bersifat politik kepartian ketika laporan perkembangan peristiwa sukar didapatkan oleh orang ramai.

Sudah tiba masanya kita perlu celik dalam berpolitik. Elakkan mencampur aduk politik yang menjurus kepada menyokong atau membangkang hujah berdasarkan parti politik, terutamanya jika kita cenderung kepada menyokong salah satu pihak. Namun, kita tidak boleh mengabaikan politik kerana menurut penyair German Bertolt Brecht, Orang buta yang paling teruk ialah BUTA POLITIK. Saya setuju dengan hujahnya.

buta politik

Sehingga ke hari ini, Ops Daulat masih diteruskan di beberapa zon merah manakala TV channel pula menyiarkan berita yang menjurus kepada perkaitan antara pembangkang dan pencerobohan. Aku percaya, ahli politik yang pentingkan ‘kemenangan’ tidak akan berfikir secara logik, malah tidak akan membuat kenyataan yang sama rata. Inilah budaya yang kita lihat.

Menjurus kepada sebab lain, ramai juga ahli politik dan penganalisa yang mengaitkan insiden ini dengan konspirasi, apatah lagi dengan Pilihanraya Umum 13 yang bakal berlangsung. Kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan kerana terdapat banyak tragedi berdarah di seluruh dunia yang berkait rapat dengan konspirasi.

Kita ikuti tulisan Amin Ahmad yang mengaitkan insiden ini dengan konspirasi. Tulisan ini telah dimuatturunkan di laman web Jalan Telawi (sub topik terakhir).

Konspirasi?

Antara persoalan yang timbul di kalangan orang ramai ialah kemungkinan peristiwa ini adalah satu  konspirasi kerana pilihan raya umum ke-13 dijadualkan akan berlaku tidak lama lagi. Sekali lagi isu ini tidak terlepas daripada persoalan politik. Bagaimanapun, apakah persoalan ini remeh dan tidak layak dibincangkan? Saya memilih sikap terpulang kepada orang ramai.

Sudah tentu teori ini tidak memadai jika ia hanya dibuat berdasarkan pertimbangan filem Wag the Dog atau membaca buku-buku fiksyen. Namun, tidak sedikit catatan sejarah boleh dirujuk. Malah sejumlah teknik propaganda yang mahsyur dalam bidang komunikasi ‘diakademikkan’ berdasarkan pengalaman tersebut. Strategi mewujudkan ketegangan bukanlah asing dalam teknik propaganda.

Lyndon Johnson, Presiden Amerika Syarikat pernah mengharamkan sebuah buku bertajuk The Report from the Iron Mountain oleh Kumpulan Penyelidik Khas yang tidak mahu dikenali. Laporan bestseller New York Times ini memperincikan analisa panel kerajaan yang menyimpulkan bahawa perang, atau hal seumpamanya yang boleh dipercayai orang ramai adalah perlu jika kerajaan mahu mengekalkan kuasa.

Dalam usaha untuk menutup pendedahan tersebut, buku ini dituduh sebagai khabar angin. Namun beberapa pihak, misalnya John Kenneth Galbraith, seorang lagi tokoh ekonomi mengesahkan kesahihan buku tersebut dengan kenyataan beliau adalah salah seorang yang pernah dilibatkan dalam penyediaan laporan tersebut.

Contoh terdekat yang boleh diambil ialah serangan terhadap WTC pada 11 September. Serangan ini telah mengorbankan sekitar 3,000 nyawa. Ia kemudiannya dijadikan alasan untuk menggubal Akta Patriot yang membolehkan tahanan tanpa bicara dibuat. Ia berhasil mengendurkan pendirian umum rakyat Amerika yang percaya bahawa kebebasan adalah prinsip penting dan tahanan tanpa bicara adalah satu perkara yang tidak mungkin berlaku di Amerika sebelum itu.

Bantahan ada tetapi tidak sekuat sebagaimana yang lazimnya berlaku jika ia digubal ketika ‘aman’. Jelas, Friedrich Hayek, penerima anugerah Nobel Ekonomi tepat dalam merumuskan peringatannya beberapa dekad lalu: ““Emergencies” have always been the pretext on which the safeguards of individual liberty have eroded.”

Ironinya, ketika WTC dipercayai ramai (terutama di dunia Islam) sebagai satu konspirasi, persoalan nyawa tidak menjadi perhitungan semasa dakwaan itu dibuat. Anehnya, Tun Dr. Mahathir yang turut percaya bahawa WTC adalah satu konspirasi menunjukkan rasa teruja kerana tahanan tanpa bicara di Amerika kini dapat menjustifikasikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tidak cukup dengan Akta Patriot, Amerika turut memulakan kempen ketenteraan di Iraq. Sekali lagi, sentimen pro kebebasan dan keamanan dikendurkan oleh sentimen patriotisme yang didorong oleh apa yang dipercayai ramai sebagai konspirasi. Bagaimanapun tetap ada ramai rakyat Amerika yang tidak setuju dengan tindakan itu. Bukan sahaja serangan di Iraq itu memberi kesan buruk kepada ekonomi, mereka juga tidak mahu nyawa tentera dipertaruhkan untuk perang yang lebih bersifat politik berbanding patriotik.

Memang, sejarah juga menunjukkan teori konspirasi tidak mudah dibuktikan segera. Ia memerlukan waktu yang lama untuk dibuktikan kerana akses kepada maklumat cukup terbatas, malah mungkin dilupuskan.

Bukan persoalan hitam atau putih

Sudah tentu konspirasi adalah pilihan terakhir terakhir mahu dipercayai oleh orang ramai, justeru ia mudah dijalankan. Ini pernah dikemukakan oleh Hermaan Goering, Presiden Reichstag (Parlimen Jerman), anggota parti Nazi yang juga Ketua Komander Luftwaffe. Menurutnya: “Naturally, the common people don’t want war. Voice or no voice, the people can always be brought to the bidding of the leaders. All you have to do is tell them they are being attacked and denounce the pacifists for lack of patriotism.”

Sikap baik orang ramai juga sukar untuk percaya bahawa kejijikan politik boleh ke tahap itu. Namun awas, sekiranya garis komunikasi media tidak dibetulkan, keyakinan orang ramai terhadap dakwaan konspirasi boleh berkembang dan diterima ramai. Dengan penyertaan sejumlah Jeneral termasuk bekas Laksamana dan Ketua Panglima Tentera ke dalam parti yang ditempelkan imej buruk oleh media sedikit sebanyak akan mengukuhkan lagi dakwaan adanya unsur politik dalam kes ini.

Persoalan ini tidak mudah. Ia masih rumit kerana tidak banyak maklumat dapat diketahui. Kita masih tidak tahu kenapa tindakan lewat diambil. Jika benar adanya rundingan di peringkat awal, siapakah yang mewakili kedua-dua pihak? Apakah perkara yang dirundingkan? Mengapa ia buntu?

Selain itu, apakah benar dakwaan mereka dijanjikan tanah dan mahu berjumpa pemimpin tertentu? Bagaimana pula senjata api dibawa masuk? Benarkah sebahagian mereka adalah rakyat Malaysia yang menerima kad pengenalan mudah sebelum ini?

Sekali lagi, banyak persoalan yang timbul sebenarnya dapat membantu kita memetakan peristiwa ini dengan pandangan yang lebih jelas. Tidak timbul soal tidak patriotik dengan bertanya. Kecuali dalam beberapa kes, umumnya rakyat Malaysia memandang tinggi pasukan keselamatan dan pertahanan negara.

Sesungguhnya rakyat Malaysia percaya pasukan keselamatan dan pertahanan kita cukup kuat dan tidak selemah seperti yang digambarkan melalui keupayaan penceroboh meloloskan diri dan apa juga persoalan yang ditimbulkan boleh menjadi penting dan lebih tinggi nilai patriotismenya jika ia sebenarnya dapat memastikan pasukan keselamatan dan pertahanan negara tidak diperkotak-katik oleh mereka yang berkepentingan politik.

Doa kita untuk kedaulatan, keselamatan dan maruah setiap individu dan negara ini. Semoga anggota keselamatan dan pertahanan kita yang terkorban dirahmati.

Memandangkan operasi menangkap dan menyerang penceroboh masih berlangsung ketika ini, kita doakan anggota keselamatan mendapat kekuatan berlipat ganda untuk mematahkan aktiviti jahat ini. Kita doakan agar kejahatan dijatuhkan dengan segera.

About these ads

2 Responses to Tragedi 1313: Pencerobohan di Lahad Datu

  1. Ida Raida says:

    cantik tu nombor 1313 :-) -semoga bumi sabah ini terus diberkati Tuhan

  2. nani says:

    Pendek kata segalanya mungkin wpun kebenaran tidak dpt dilihat dgn segera. Spt ayat kahir entry ni, smga kejahatan dpt diajtuhkan segera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: