Hilangnya permata tanah air…

July 26, 2009

yasminKehilangan beliau membawa seribu duka dikalangan kita yang mengikuti perkembangan seninya yang pasti membawa mesej yang agak jelas. Terima kasih di atas perkongsian karya yang banyak membuka mata anak-anak Malaysia akan kemanusiaan dan perpaduan.

Pilu rawan hati hanyut terdampar di sungai yang pilu.

Kau yang telah pergi jauh meninggalkan aku tersisih.

Bungkam di lautan dalam kicauan beburung malam.

Tidurlah dengan tenang, wahai Sutradaraku.

Akan kujejaki kau dalam sadarku.

Bersama doa-doa suci yang ikhlas dariku


Festival Filem Malaysia ke 22 di Sabah

July 23, 2009

Tropi untuk Festival Filem Malaysia ke 22Tropi yang aku pegang ni (Tidak, aku tidak memenangi apa-apa anugerah setakat ini. Hahaha.) adalah tropi akan akan dianugerahkan kepada anak seni tempatan pada Festival Filem Malaysia ke 22 yang akan diadakan di Negeri di Bawah Bayu pada bulan Ogos hadapan. Ciri-ciri tropi, Tinggi: 13 inci, Tinggi tapak: 4 inci dan Lebar: 4 inci. Bahan buatan: Tapak- Acrylic Hitam, Tiang- Pewter bersadur emas dan bulatan puncak (globe) dari Arcylic putih.

Rekabentuk: Penggabungan empat tiang utama yang terbuka yang tercantum di puncak yang dipasakkan oleh bulatan globe. Bahagian tapak adalah lebel pemenang kategori dalam bentuk goresan. Siap ada imej Gunung Kinabalu sebagai tanda penganugerahan kali ini diadakan di Negeri Sabah ;-)

Senarai filem cerekera untuk tahun ini: Los and Faun, Jin Hutan, Talentime, Geng: Pengembaraan Bermula, Jalang, Cicakman 2: Planet Hitam, Momok The Movie, Budak Kelantan, Kami The Movie, Sifu & Tongga, Antoo Fighter, Bohsia… Jangan Pilih Jalan Hitam, Skrip 7.7.07, Rasukan Ablasa, Jangan Tegur, Brainscan: Aku dan Topi Ajaib, Selamat Pagi Cinta, Syurga dan Cinta, Senario The Movie: Episod 1, Tipu Kanan Tipu Kiri, Maut, Histeria, Setem, Papadom, Jomlah C.I.U.M dan Sayang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana FFM 22 merangkap Ketua Pengarah FINAS En. Mahyidin Mustakim berkata sehingga hari ini, sebanyak 26 filem cereka, 74 filem dokumentari, 67 filem pendek, 28 filem animasi dan 6 filem digital telah menghantar penyertaan mereka.

So, para pembaca blog KOPIVOSIAN yang berminat untuk menghadirkan diri untuk memeriahkan Anugerah Karpet Merah ini pada 8hb Ogos di Dewan Canselor UMS, anda boleh dapatkan tiket percuma dari pejabat DBKK (Tingkat 3- Office Hour). Terdapat banyak acara lain yang boleh kita enjoy di sekitar KK sempena festival yang julung-julung kali diadakan di bandaraya kita ini. Check it out!

5 Ogos – Sesi Ujibakat di Laman Siswa UMS (8.00am-5.00pm)

6 Ogos- Simposium di Galeri Perdana UMS (8.00am-5.00pm), Sesi Uji bakat di Laman Siswa UMS (8.00am-5.00pm), Tayangan Filem Percuma di GSC 1 Borneo, GSC Kilan KK (8.00-5.00pm)

7 Ogos- Sesi Ujibakat di Laman Siswa UMS (8.00am-5.00pm), Tayangan Filem Percuma di GSC 1 Borneo, GSC Kilan KK (8.00-5.00pm)

8 Ogos- Tayangan Filem Percuma di GSC 1 Borneo, GSC Kilan KK (8.00-5.00pm), Malam Anugerah Festival Malaysia di Dewan Canselor UMS (7.00pm) dan terdapat skrin besar di luar dewan untuk memastikan orang ramai yang tidak mendapat tiket akan sama-sama merasai kehangatan anugerah tersebut.

ticketsLM: Ketika menghadiri sidang akhbar pagi tadi, Datuk Bandar cakap seramai 600 delegasi akan datang dari KL (termasuk artis) akan turun Sabah untuk memeriahkan acara. Tadi mau pengsan aku jumpa Hans Isaac. Hahaha. Mulau. Tapi yang paling penting aku dah dapat tiket. Yeah!


GERAMM lagi!

July 17, 2009

mad

Aku betul-betul GERAM dengan tindakan kerajaan menaikkan tambang bas dan teksi di seluruh negara. Sakit hati. We called V.K Liew and Rahim Bakri today. beritahu dia pasal respon dari orang awam yang merasa kenaikan tambang ini amat keterlaluan.

Jawapan mereka???

“Hal ini sudah dikaji di semua negeri dan ia adalah keputusan yang adil untuk semua pihak kerana pengusaha bas dan teksi juga memikul beban yang berat akibat kenaikan harga barang termasuk alat ganti kenderaan mereka”

Hmmm… Kalaulah diorang ni bekerja sebagai salesgirl di pasaraya ataupun tukang sapu untuk DBKK dan berpendapatan sekitar RM450 sebulan… baru diorang tahu apa itu kehidupan! Selepas kenaikan minyak pada tahun lepas, kini tambang bas dan teksi pula dinaikkan mendadak. ANDA MASIH SETUJU DAN MENYOKONG KENAIKAN INI?

Semua paper dah keluar akan pengumuman kenaikan tambang di seluruh negara.

Petikan BERNAMA: In Sabah, the non-airconditioned hire car will rise by 2.5 sen to 20.5 sen per km and the airconditioned hire car fare by 2.8 sen to 22.8 sen per km while the fare for airport taxis using cupons will increase by RM10.

The taxi fare will go up by RM5 to RM10 for the first three kilometres and by 2 sen to 12 sen for every 100 metres for the subsequent distance.

Nazri said the Cabinet approved the fare increases at its meeting on June 17.

He also said that thegovernment had outlined several improvements following the fare increase, including the use of the Global Positioning System and e-ticketing and 25 per cent fare deduction for the handicapped and people above 60.

*Nazri: Minister in Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.


PPSMI dan rakyat!

July 12, 2009

PROTES PPSMI

Setelah PPSMI ‘kononnya’ dimansuhkan dan akan dilaksanakan pada tahun 2012, maka ramailah yang membantah kerana mereka mahukan idea untuk pengajaran Maths dan Sains diteruskan dalam Bahasa Inggeris. Terutama penyokong Che Det.

Normal. Ada yang setuju dan ada yang tidak.

Bagi rakan-rakan aku yang di kawasan bandar, silakan kutuk dan maki aku kerana aku membantah PPSMI. Aku bersetuju dengan pemansuhan PPSMI kerana untuk menjaga kepentingan anak-anak di luar bandar.

I’m sure u understand this! Zaman ayah kita dulu, mungkin pembelajaran di sekolah adalah Bahasa Inggeris dan itulah sebabnya mereka mahir berbahasa Inggeris. Apatah lagi kalau di sekitar Sabah, guru-guru mereka pada zaman itu adalah ‘Orang Putih’ yang dilatih khas  dari negara mereka untuk menyebarkan agama Kristian pada ketika itu. Mereka mahu kita faham bahasa mereka maka senanglah untuk mereka berkomunikasi dengan masyarakat. Maka, tidak hairanlah sekiranya zaman datuk dan ayah kita mereka lebih suka membaca bible versi Inggeris.

Kini, pada zaman ini setelah Malaya sudah mengambil Sabah bergabung menjadi Malaysia maka Perkara 20 diketepikan dan Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi dimana kita dididik berbahasa melayu dengan betul dan tepat. Bayangkan sahaja berapa ramai pemuisi dari negeri ini yang disegani ramai. Penulis novel melayu dari negeri inipun tidak kurang hebatnya.

Pada saat anda membaca blog ini, tidak ada gunanya menyalahkan sesiapa kerana lihatlah keadaan sekarang. Anak-anak di pedalaman tidak boleh berbahasa Inggeris dengan betul, ditambah pula dengan pelajaran kira-kira dan ilmu alam dalam bahasa ini. Lebih buruk lagi apabila kita diajar dalam buku teks sejarah bahawa Hari Malaysia adalah 31 Ogos 1957, sedangkan itu adalah hari kemerdekaan Malaya.

Tidakkah anda rasa kasihan melihat anak-anak yang berjalan kaki ke sekolah berbatu-batu jauhnya kerana ingin melanjutkan pelajaran ke universiti dan mendapat kerja dan jawatan yang baik di dalam kerajaan, akhirnya terkial-kial mendengar cikgunya yang tidaklah seberapa inggerisnya, tetapi mengajar dalam bahasa asing itu? Sedangkan di rumah ibu bapa mereka ada yang cuma boleh berbahasa Dusun dan Melayu (itupun sedikit-sedikit) sahaja?

Wahai anak-anak bandar, jangan terasa taksub dan megah dengan diri anda kerana boleh berbahasa Inggeris, siap dengan ’slang’ gitu. Anda tidak faham keperitan rakan-rakan anda yang berada si tempat lain.

Jangan takut sekiranya anda tidak memahami ‘bahasa’ (istilah untuk bahasa melayu) kerana soalan-soalan peperiksaan akan diikuti dengan English.

Kehadapan rakan-rakanku yang menjawat jawatan sebagai guru untuk subjek Matematik dan Sains, tolonglah sedar. Jangan hanya menyokong dasar secara membuta tuli. Kalau menteri laksanakan PPSMI dan korang tak setuju, maka bantahlah dengan aman dan sopan. Jangan siap ikut puji dan buat statement melampau-lampau tapi bila wartawan tanya dalam Bahasa Inggeris, maka menggarulah kepala kerana berat lidah membuka bicara. Kini, apabila pejuang-pejuang bangsa berdiri membantah (walaupun dipanggil perhimpunan haram bersama A.Samad Said) dan PPSMI ini dimansuhkan, barulah mengurut dada kerana terlepas dari beban berhadapan dengan pengetua dan ibu bapa yang bimbang akan prestasi anak-anak mereka.

Guys, Im gonna stand for those kids in rural areas.

Che Det said PSMI gave these rural children a chance to master a International Language. But I guess he just wrong this time. The situation is different here.

PPSMI adalah mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Bukannya mengajar Bahasa Inggeris melalui Matematik dan Sains.

Saya tidak menolak pengajaran di sekolah dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Tapi biarlah sistem itu dikaji dengan teliti dan mulakan di peringkat yang sewajarnya. Tidak semestinya kita tidak suka Bahasa Inggeris. No! We still have English subject bah…

JANGAN PULA SETIAP KALI MENTERI BERTUKAR MAKA MASING-MASING TUNJUK TERROR DAN UBAH DASAR! Anak-anak Malaysia bukanlah bahan eksperimen anda, melainkan anda ingin menjadikan mereka golongan biasa agar memberikan jalan luarbiasa kepada anak-anak pilihan anda sahaja. CChisss!


Rest in Peace, Darling.

June 28, 2009

MJ


Vacation. Vacation. Vacation.

June 13, 2009

peace out!

I am going on vacation to the Philippines(Manila) at the end of the year (hmm… Im thinking of going to Cambodia also). I will be in the Philippines for a total of one week and will be staying in hostels. Anybody can suggest places to go and not so expensive hotels to stay? Not sure if RM2k is enough for one week.  I don’t drink so that cuts out alcohol. Any response would be greatly appreciated. Thank you.


State Level Unduk Ngadau 2009 Winner

May 31, 2009
winner

Kimmy, Appey and Pearl

THE BORNEO POST

By Mariah Doksil and Gordon Chin

KOTA KINABALU, June 1st: Papar-born Appey Rowenna Januin was crowned the State-level Unduk Ngadau 2009 at the Hongkod Koisaan Hall here, yesterday.

The 18-year-old winner, a first-timer in the Unduk Ngadau state level beauty pageant and who had just finished her STPM at St Mary Limbahau, Papar, took home a RM 25,000 scholarship sponsored by Asia Tourism Institute, return tickets to Hong Kong courtesy of Dragon Air, a pewter trophy, RM 3,500 cash sponsored by Nescafe and products from various sponsors, all totalling RM 39,000.

“I am happy to bring the State-level Unduk Ngadau title to Papar as the district has not won the Unduk Ngadau title since 1967,” Appey said excitedly after the crowning ceremony.

It was a shocking win for Abbey as she said most of the finalists were more experienced in the pageant world.

The secong place went to Pearl Dianne Petrus, a 20-year old electrical engineering diploma student from Kota Kinabalu Polyteknik, representing the Kota Kinabalu City.

Pearl plans to further her studies overseas after graduating at the end of the year. The third place went to Joanne Kimberley J. Majalap a 19-year-old foundation in  business studies, from Penampang District.

When asked about her slogan, she said: “Practicing unity and teamwork to preserve our tradition and culture.”

During the intense half-day-long pageant, the 41 finalists were narrowed down to 15 and from there, the judges selected to seven, Elinna Musiun, Jacqueline Joseph, Joanne John, Appey Rowenna, Pearl Petrus, Flina Runtum and Fredericka Camilla.


Unduk Ngadau Kaamatan 2009

May 29, 2009

Unduk Ngadau 2009 sudah hampir ke kemuncaknya. Siapakah diantara 41 finalists yang menjadi  pilihan anda? Kenapa?

banggiJacqueline Monalisa Guis (BANGGI)

beaufortAffy Jackleyinda Entawin (BEAUFORT)

beluranJoanne Bernadette John (BELURAN)

dbkkPearl Dianne Petrus (KOTA KINABALU)

inanamRachel Martinus (INANAM)

kemabongLydia Binti Binidik (KEMABONG)

keningauJacqueline Bt Joseph (KENINGAU)

kinabatanganGlorica Lyne Bami (KINABATANGAN)

kota beludErra Quency Victor (KOTA BELUD)

kota maruduLiane Binti Tinggangau (KOTA MARUDU)

kuala penyuJovetta Joprine (KUALA PENYU)

kudatLynnestherwenns Masuin (KUDAT)

kunakVictoria Yam Pei Ling (KUNAK)

labuanDeizi Sebastian Mojinu (W.P. LABUAN)

lahad datuWanda Hendryana Pius (LAHAD DATU)

lembah kelangJovenea Jim Lajim (KLANG VALLEY)

likasElinna Musiun (LIKAS)

matunggongClarencena Kadius (MATUNGGONG)

membakutCecelia Riymante (MEMBAKUT)

menumbokDiana Binti Ngoai (MENUMBOK)

nabawanWineh Binti Diwalang (NABAWAN)

paitanEmilda Albert (PAITAN)

paparAppey Rowenna Januin (PAPAR)

penampangJoanne Kimberley J. Majalap (PENAMPANG)

pengalunganSarimah Bt Tangkungon (PEGALUNGAN)

pitasEvilin Binti Mathis (PITAS)

putatanMaylesthelyn Matius (PUTATAN)

ranauStella Nakaran (RANAU)

sandakanGilda J. Joeplik (SANDAKAN)

sempornaJukini Gamius (SEMPORNA)

sipitangRoziyanah Bt. Mutang (SIPITANG)

sookSheron Olga Fedilis (SOOK)

tambunanEfahrina Nicholas (TAMBUNAN)

tamparuli

Flina Binti Rutum (TAMPARULI)

tawauCindy Celectine (TAWAU)

telupidJennifer David (TELUPID)

tenomRounnah Bab Robert Sylvester (TENOM)

tjg aruElsie R. Marius (TANJUNG ARU)

tongodEaroziana Elvy Venture (TONGOD)

tuaranFredericka Camilla Richard Daut (TUARAN)

tungkuHulliwta Eliser (TUNGKU)


Novel: DEWA CINTAKU

May 23, 2009

Aku baru sedar terdapat empat buah buku yang belum aku baca. Terdapat dua buah novel iaitu Garis-garis Deja Vu karya John Norafizan, pemberian seorang rakan pada pertengahan tahun lepas dan Dewa Cintaku karya Dilla Hussein hadiah khas daripada penerbit novel itu sendiri, Suhan Movies ketika kunjungan mereka ke Sabah untuk audition program realiti TV ‘Pilih Kasih’ bersama Rosyam Nor, iaitu watak dalam novel ini sebagai Iqbal. Aku cover audition mereka.

Tandatangan Rosyam Nor ada di dalam buku ini dan itu bukanlah perkara yang menyebabkan aku ingin mempromosi buku ini tetapi keistimewaan novel ini adalah kerana ia adalah novel cinta muzikal pertama Malaysia memyebabkan aku akan mulakan langkah untuk membacanya. Nanti aku kongsikan apa yang istimewa.

Sepanjang bulan Kaamatan ini, aku nekad menghabiskan masa lapangku ketika menunggu ‘Press Conference Menteri-Menteri’ dan ketika berada dalam bas dengan membaca Dewa Cintaku dan Garis-garis Deja Vu sampai habis. Lepas tu, baru sambung dua lagi buku yang bertajuk Dari Jakarta Menuju ke Gedung Putih dan yang satu lagi aku lupa apa tajuknya…

Dewa Cintaku

Dewa Cintaku

Sinopsis novel DEWA CINTAKU: Walau cinta tak pernah aku cuba, tak pernah aku rasa, aku mampu berikan segalanya. Cuma hanya… jika kau bawa aku terbang bersama, meneroka alam cintamu yang beku… izinkan aku mencairkannya, izinkan akutemanimu, hingga ke akhir masa… DEWA CINTAKU.

Iqbal & June, miliki sejarah hidup yang sama, menjadi mangsa perpecahan keluarga sehingga menjadikan mereka manusia-manusia yang tidak perlukan cinta. Namun apabila cinta itu tidak berdosa… mereka tersungkur jua di kakinya….

Aku tahu, kesibukan kerja bukanlah alasan untuk aku melupakan pembacaan. Begitu juga rakan-rakan yang sedang membaca blog ini. Luangkan masa kita untuk membaca dan  rajinlah mencari novel-novel dan tulisan-tulisan tempatan. Walaupun kita tidak punya Kinokuniya, tapi banyak kedai buku di sekitar Kota Kinabalu yang menyediakan sumber bacaan yang pelbagai.deja vu

p/s: sedang menanti novel terbaru Ramlee Awang Murshid. Dia merupakan salah seorang penulis thriller Malaysia yang aku minati. Kelahiran dari Papar…


Suatu masa dulu…

May 22, 2009
Darjah 6 (1995)

Darjah 6 (1995)

Selama tujuh hari dikuarantin, aku agak rimas berada di rumah, nasiblah broadband aku tak meragam sangat. Kadang-kadang tu memang la slow tapi ok la juga… yang penting dapat surf internet. Hehehe facebook adalah site yang paling popular bagi aku dan aku nampaknya menjadi tukang komen yang agak agresif sejak akhir-akhir ni. Sorry kawan-kawan… ;-)

Oleh kerana aku punya masa yang agak panjang di dalam rumah, aku selongkar gambar-gambar lama. Aduh, rindu kat kawan-kawan lama. Aku tersenyum sendiri melihat gelagat dalam gambar lama bersama kawan-kawan yang mana ketika tu belum ada camera digital seperti sekarang. So, kena posing sebaik mungkin sebelum hantar ke kedai untuk develop.

Salah satu gambar yang mencuri pandangan aku, gambar ketika perpisahan kelas Darjah 6 Mawar SK Pekan Pitas pada tahun 1995. Sehingga kini, aku masih berhubung dengan kebanyakan kawan-kawan dari sekolah rendah.

Aku masih ingat lagi, gara-gara bermain lompat tali getah, aku sanggup meminjam tudung dan skirt kawan dan join mereka ke sekolah agama di sebelah petang semata-mata kerana nak sambung game di sana. Jangan terkejut kalau sampai sekarang aku masih lancar membaca Al-Fatihan, mengucap dua kalimah syahadah, doa makan, doa belajar dan beberapa doa dalam Agama Islam. Sayangnya, ketika meningkat ke Tingkatan 1 aku tidak dapat meneruskan pembelajaran tulisan jawi kerana jadual pembelajaran yang gak ketat padahal pada ketika itu aku sudah pandai membaca jawi. Sampai sekarang, aku cuma pandai tulis nama aku: lam alif dal ya’ (Lady), mim alif ro’ ya’ ha’ (Mariah). Hehehe. Such a sweet memories!

Dalam gambar di atas, ada juga beberapa rakan yang lost contact dan sekiranya anda membaca blog ini, tolong hantarkan email dan drop some comments ya! Ok, kawan-kawan, bagi yang berwarna merah tu maknanya aku dah lost contact, warna purple aku ada jumpa tapi tak berhubung dan yang berwarna hijau ni adalah kawan-kawan yang dah macam family. Tiap kali hari raya, akan berusaha untuk berkumpul bersama :-)

Barisan Belakang: Norakmal Matnor, Arwah Martini Tahir (meninggal dunia pada tahun lepas 2008), Mariah A. Doksil (Lady Mariah), Mohd Azhar Malik, Abd Aziz Jamadi, Mohd Izam Matzin, Siti Norhanah Pali, Rafidah Amirul, Junaida Jamlin, Rusminah Osnain, Ruby Ronarita Abd Rajak.

Barisan Tengah: Junainah Mamat, Mastik Abd Laman, Adibah Ghaffar, Norlinah, Siti Aminah Suari, Yuslia Yusuf, Cikgu Maimun Undan, Aznah Aziz, Roziwana Dusi, Zarinah Zainuddin, Sylvia A. Maratim.

Barisan Hadapan: Mohd Nazri, Eddy Johari Saidin.

P/S: Kami pernah didenda lari pusing padang (semua 1 kelas) kerana tak siapkan kerja sekolah. Hahahaha.