Melinda Louis, Unduk Ngadau 2012

May 31, 2012

Melinda Louis (tengah) bersama Fenny Doimis (kiri) dan Meryl Foster Paladius (kanan) selepas dimahkotakan sebagai pemenang Unduk Ngadau 2012 di Hongkod Koisaan pada 21 Mei 2012 (Khamis)

Terjawab sudah teka-teki Unduk Ngadau selama beberapa hari ini, apabila Melinda Louis dari Telupid dimahkotakan sebagai Huminodun yang baru.

Seperti juga Unduk Ngadau sebelum ini, Melinda bakal menjadi wajah rasmi KDCA untuk mempromosikan Sabah dan kebudayaan negeri ini selama setahun.

Upacara memahkotakan Unduk Ngadau 2012 kepada Melinda Louis, oleh isteri TYT, Toh Puan Norlidah RM Jasni -Kredit foto untuk James Tseu, See Hua Daily News

Memandangkan aku berada di dalam dewan Hongkod Koisaan sepanjang pertandingan, maka dengan sukarela aku membuat update secara langsung melalui akaun Twitter @mariahdoksil berkongsi dengan mereka yang tidak dapat hadir, apa yang berlaku sepanjang majlis.

Pusingan pertama bermula sekitar 1pm, dimana kesemua 41 orang peserta ditampilkan di atas pentas, sambil tayangan multimedia dimainkan untuk memperkenalkan kesemua 41 finalists.

Selesai persembahan perkenalan melalui skrin, seorang demi seorang peserta menuruni pentas dan memperagakan pakaian tradisi sambil menghampiri pihak juri untuk memperlihatkan pakaian serta dandanan dan solekan secara dekat.

Kedudukan aku di belakang juri memberikan pandangan yang jelas bagaimana mereka berjalan, senyum dan membawa diri.

Selepas itu, seramai 15 peserta diumumkan. Kota Marudu, Ranau, Likas, Banggi, Inanam, Tuaran, Kota Kinabalu, Tanjung Aru, Penampang, Kuala Penyu, Pagalungan, Telupid, Tambunan, Kota Belud dan Beaufort dipanggil untuk meneruskan pusingan ke dua.

Manakala, setelah ditimbang-timbang, dinilai-nilai oleh juri professional, cuma 7 orang dipilih untuk mara ke pusingan ke tiga. Sebelum ketujuh-tujuh peserta meneruskan pusingan soal jawab, mereka bersumazau di atas pentas bersama dengan VIP yang hadir. Kalau menurut diriku sendiri, aku nampak di mana kepentingan menari Sumazau sebagai salah satu medium untuk menilai Unduk Ngadau.

Apabila mereka berada di atas pentas, penonton dapat melihat dengan jelas bagaimana mereka membawa diri mereka dan bergerak dengan sopan. Ada yang menari sambil tunduk tanpa memandang pasangan, ada yang asyik bercakap tanpa peduli langkah, ada yang menari dengan pergerakan yang sempurna dan ada juga yang menari seperti suka-suka dan tidak yakin dengan diri mereka.

Walau apapun, selagi acara belum tamat, pandangan pihak juri tertumpu kepada kesemua finalists. Dan mereka akan menilai setiap inci pergerakan sebelum diberikan gelaran Huminodun.

Top 7 Unduk Ngadau 2012

Di pusingan ke terakhir itu, ketujuh-tujuh peserta dari Tuaran, Kota Kinabalu, Tanjung Aru, Penampang, Telupid, Tambunan dan Kota Belud diuji menjawab dua soalan dengan menuturkan jawapan dalam bahasa ibunda (soalan pertama) dan Bahasa Melayu (soalan ke dua).

Soalan ke pertama berdasarkan visual yang dipaparkan di atas skrin, di mana peserta perlu menerangkan apa yang mereka lihat dalam gambar tersebut, tetapi perlu dituturkan dalam bahasa ibunda. Manakala, soalan ke dua adalah topik yang dicabut sendiri oleh peserta.

Top 7 yang pertama dari Tuaran, mendapat gambar visual orang menanam padi dan dia agak gugup bertutur dalam bahasa Dusun, manakala soalan ke dua dalam Bahasa Malaysia, saya sangat terkejut kerana dia bercakap seperti ada ‘slang’ orang putih. Saya kurang kurang pasti kalau dia memang tidak fasih berbahasa Melayu atau memang caranya bertutur memang begitu. Overall, boleh tahan!

Top 7 ke dua dari Kota Kinabalu, dia menerangkan gambar orang yang meniup api dapur kayu. Saya kagum dengan peserta Kota Kinabalu kerana bukan sahaja fasih berbahasa Dusun tetapi siap menerangkan apakah yang dimasak di dapur kayu tersebut. Apa yang saya dapat tangkap, dia sempat menyambung ayatnya ‘mongoguring do manuk’, maknanya orang tu menggoreng ayam ketika membuat penerangan. Sangat kreatif dan terserlah kefasihannya bertutur dalam bahasa Dusun. Dia mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Topik ke dua, dia menerangkan konsep masyarakat penyayang sebagai satu elemen penting dalam melahirkan masyarakat yang saling hormat menghormati, tolong menolong dan berfikiran positif. Overall, sangat bijak untuk gadis berumur 18 tahun.

Manakala, Top 7 dari Tanjung Aru, mendapat imej tudung saji sebagai kraftangan, dan saya kagum kepetahannya bertutur dalam bahada Kadazan. Penerangan topik masyarakat penyayang pada soalan ke dua juga sangat bertepatan dengan soalan yang diberikan. Overall, peserta yang berpotensi!

Manakala, peserta dari Penampang juga sangan fasih berbahasa Kadazan, kerana gadis cantik tersebut berjaya menerangkan imej aktiviti menanam padi dengan jelas dan lancar. Manakala, pemuliharaan bahasa ibunda adalah topik yang sangat mudah baginya. Overall, dia layak berada di Top 7.

Finalist dari Penampang antara tumpuan pada acara akhir Unduk Ngadau 2012 -Kredit foto untuk James tseu, See Hua Daily News

Top 7 dari Telupid, agak tersasul ketika menerangkan visual kerbau membajak sawah, dan mengulangi jawapannya dua kali kerana tersalah sebut. Mungkin kurang biasa berbahasa Dusun, kerana dia meminta maaf dengan berkata ‘sorry’. Overall, sangat bijak dan cantik. Dia juga menggalakkan generasi muda untuk memulihara warisan bangsa seawal usia muda untuk mendedahkan warisan dan budaya kepada generasi akan datang.

Bagi peserta Top 7 dari Tambunan pula, saya sangat kagum dengan kebolehannya bertutur dengan fasih dalam bahasa Dusun. Dia menerangkan dengan sempurna visual memancing untuk soalan pertama. Manakala, soalan ke dua, dia menegaskan masyarakat penyayang adalah mereka yang peka terhadap orang sekeliling dan boleh menerima orang-orang kurang upaya untuk hidup bersama dengan orang yang normal. Overall, pakej lengkap sebagai seorang ratu.

Top 7 terakhir dari Kota Belud, aku rasa dia tersalah nampak imej yang dipaparkan kerana gambar tersebut menunjukkan dua orang wanita sedang menumbuk padi tapi katanya ‘seorang’ wanita menumbuk padi. Namun, soalan ke dua dapat dijawab dengan sempurna, dan dia menasihatkan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bertutur dalam bahasa ibunda. Overall, dia memberikan saingan sengit.

Debaran pengumuman Unduk Ngadau 2012

Setelah sesi soal jawab selesai, juri dengan sebulat suara menobatkan peserta dari Telupid sebagai Unguk Ngadau Kaamatan 2012. Secara peribadi, aku berpuas hati dengan keputusan ini dan kesemua peserta yang mendapat tempat di Top 7 adalah layak untuk menjadi pemenang. Anyone of them could be a winner yesterday, cuma Melinda mendapat markah yang lebih tinggi kerana mempunyai kelebihan di hati juri. Saya menentang keras sebarang tuduhan bias dan berat sebelah kerana Melinda sangat cantik.

Unduk Ngadau 2011, Bo Tiza mengambil gambar kenang-kenangan bersama Top 7 Unduk Ngadau 2012.

KEPUTUSAN RASMI UNDUK NGADAU 2012

Melinda Louis, lambaian seorang ratu –Kredit foto untuk James Tseu, See Hua Daily News

Johan: Melinda Louis (Telupid)
Hadiah: Wang Tunai RM5,000 dari Guinnes Anchor Marketing, Pewter Trophy With Gold Trimming bernilai RM1,600 ditaja oleh  Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Biasiawa Diploma dari Asian Tourism International College bernilai RM25,000, Mahkota dan Barang Kemas bernilai RM8,300 dari Diamoney Jewellery Holdings, Samsung Smartphone bersama langganan internet percuma selama setahun, Gold Edition Hotel Voucher, Hamper, Produk Kecantikan dari Innershine, Produk Kecantikan dari Victoria Jackson, Selendang Kemenangan and Sejambak Bunga dari penganjur.
JUMLAH KESELURUHAN: RM 68,800

Naib Johan: Fenny Doimis (Kota Kinabalu)
Hadiah: Wang Tunai RM4,000 dari Guinnes Anchor Marketing, Pewter Trophy bernilai RM1,400 ditaja oleh  Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, Barang Kemas bernilai RM5,300 dari Diamoney Jewellery Holdings, Samsung Smartphone bersama langganan internet percuma selama setahun, Hamper, Produk Kecantikan dari Innershine dan Sejambak Bunga dari penganjur.
JUMLAH KESELURUHAN: RM 13,450

Tempat ke tiga: Meryl Foster Paladius (Tambunan)
Hadiah: Wang Tunai RM3,000 dari Guinnes Anchor Marketing, Pewter Trophy bernilai RM1,200 ditaja oleh  Datuk Yee Moh Chai, Barang Kemas bernilai RM3,000 dari Diamoney Jewellery Holdings, Samsung Smartphone bersama langganan internet percuma selama setahun, Hamper, Produk Kecantikan dari Innershine dan Sejambak Bunga dari penganjur.
JUMLAH KESELURUHAN: RM 9,650

Tempat ke empat: Vanessa Samantha Manih (Tanjung Aru)
Tempat ke lima: Samantha Sharon C.E. Laujang (Penampang)
Tempat ke enam: Milviana Madrigal (Kota Belud)
Tempat ke tujuh: Raemma Justim (Tuaran)
HADIAH: Masing-masing membawa pulang wang tunai RM700 dari Guinnes Anchor Marketing, Pewter Trophy bernilai RM700, barang kemas bernilai RM1,100 dari Diamoney Jewellery Holdings, Samsung Smartphone bersama langganan internet percuma selama setahun, produk kecantikan dari Innershine dan sejambak bunga dari penganjur.
JUMLAH KESELURUHAN: RM 4,000

Miss Popular DiGi: Juslinah Dian Rangga (Tawau )
Hadiah: Mahkota dan Selendang bernilai RM290, Samsung Smartphone bersama langganan internet percuma selama setahun dan Sejambak Bunga yang ditaja oleh DiGi Telecommunication Sdn. Bhd.
JUMLAH KESELURUHAN: RM2,940

P/S: Sekian dulu update untuk Unduk Ngadau 2012, semoga pembaca blog ini mendapat maklumat yang berguna dan sama-samalah kita mengekalkan tradisi menyambut Pesta Kaamatan dengan suasana muhibah dan perasaan persaudaraan.

My report in The Borneo Post:

Melinda first Unduk Ngadau Winner from Telupid

ENTRI SEBELUM INI:

Keputusan Sodop Unduk Ngadau 2012

Senarai Finalists Unduk Ngadau 2012


Keputusan Sodop Unduk Ngadau 2012

May 29, 2012
Image

Sodop Unduk Ngadau 2012: Unduk Ngadau Likas, Charlyn Christopher Sherman (Kiri) memenangi Miss Inner Shine, manakala Unduk Ngadau Tambunan, Meryl Foster Paladius (Kanan) memenangi Tati Tosuau (Miss Friendly) dan Unduk Ngadau Telupid, Melinda Louis (Tengah) merebut gelaran Tati Topiodo (Miss Natural Beauty). – Photo Credit to David Chong (David Aramaitii 016 847 8745)

Tiga pemenang untuk subsidiary titles di Sodop Unduk Ngadau yang diumumkan pada 29 Mei 2012 di Hongkod Koisaan menyaksikan Unduk Ngadau Likas, Charlyn Christopher Sherman memenangi Miss Inner Shine, manakala Unduk Ngadau Tambunan, Meryl Foster Paladius memenangi Tati Tosuau (Miss Friendly) dan Unduk Ngadau Telupid, Melinda Louis merebut gelaran Tati Topiodo (Miss Natural Beauty).

Unduk Ngadau Telupid, Melinda Louis memenangi gelaran Tati Topiodo (Miss Natural Beauty) –Photo Credit to David Chong (David Aramaitii 016 847 8745)

Penilaian peribadi aku, Unduk Ngadau Telupid sangat layak untuk memenangi Tati Topiodo. Tahniah.

Unduk Ngadau Tambunan, Meryl Foster Paladius memenangi Tati Tosuau (Miss Friendly) –Photo Credit to David Chong (David Aramaitii 0168478745)

Unduk Ngadau Likas, Charlyn Christopher Sherman dinobatkan sebagai Miss Inner Shine -Photo Credit to David Chong (David Aramaitii 0168478745)

Untuk pengetahuan pembaca, subsidiary titles ini adalah anugerah sampingan yang diberikan mengikut pemerhatian daripada penganjur sejak dari hari pertama pendaftaran.

Maka selesailah sudah tiga anugerah, dan kini masih ada dua lagi anugerah yang dinanti-nanti Ratu Popular Digi dan Pemenang Unduk Ngadau Kaamatan 2012.

Kedua-dua pemenang bagi kategori tersebut akan diumumkan pada 31 Mei di Hongkod Koisaan, maka datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan ratu yang baru menggantikan Unduk Ngadau 2011, Bo Tiza S. Disimon, dan siapakah yang akan mendapat undian terbanyak dari public.

Siapakah UNDUK NGADAU KAAMATAN 2012?

Ada yang berani meneka?

ENTRI SEBELUM INI: SENARAI FINALISTS UNDUK NGADAU 2012

UPDATE: MELINDA LOUIS, UNDUK NGADAU 2012


Senarai Finalists Unduk Ngadau 2012

May 27, 2012

Setiap tahun, tumpuan utama Pesta Kaamatan adalah pada hari kemuncak di mana seorang lagi ratu akan dimahkotakan sebagai tanda memperingati pengorbanan Huminodun.

Tahun ini, persaingan tidak kurang sengitnya, malah makin ramai pemenang dari setiap daerah sudah bersedia lebih awal bukan sahaja dari segi fizikal dan mental tetapi juga dari segi pertuturan ataupun cara berkomunikasi. Kebanyakan daripada mereka sudah pandai memberikan jawapan ketika ditemuramah oleh wartawan.

Pagi tadi, aku dan beberapa orang rakan wartawan yang lain hadir ke Hotel Le Meridien untuk membuat liputan pendaftaran. Segalanya berjalan dengan lancar dan di sini aku kongsikan gambar-gambar kesemua peserta dari 41 daerah supaya pembaca blog ini boleh melihat sendiri siapakah pilihan anda.

Aliana Wandak, Matunggong

Amerentiana Alik, Sook

Betty Jekaria Radius, Kemabong

Charlyn Christopher Sherman, Likas

Dina Chong, WP Labuan

Elester George, Tongod

Elfera Jane Prisley, Paitan

Elsie R. Marius, Inanam

Evilin Mathis, Banggi

Evra Malubin @ Evra Ela, Kota Marudu

Fenney Doimis, Kota Kinabalu

Gurmesh Kaur AP Harjit Singh @ Geraldine, Beaufort

Heather Deccella Lombunin, Kunak

Ignasia Annabelle Jipanin, Sandakan

Jaimurni Lunduman, Kudat

Joanne Bernadette John, Klang Valley

Jovilia Umjin, Beluran

Joyedeline Birig, Lahad Datu

Juslinah Dian Rangga, Tawau

Lyssa Vanessa Jokoh Benggon, Tamparuli

Marie Christine Sabayoi, Keningau

Melinda Louis, Telupid

Meryl Foster Paladius, Tambunan

Meryyen Jol, Ranau

Milviana Madrigal, Kota Belud

Nelly Lynda Abidin, Kinabatangan

Patricia Elsa Jimy, Membakut

Petronela Parnama, Tungku

Queen Tuboh Pauzin, Sipitang

Raemma Justim, Tuaran

Rifta Angin, Nabawan

Robecca Robert, Kuala Penyu

Samantha Sharon C.E. Laujang, Penampang

Sherillyn Roshilla William, Semporna

Stacy J. Anggin, Menumbok

Steffi Patrick, Tenom

Steffiana J. Jipanin, Putatan

Vanessa Samantha Manih, Tanjung Aru

Wedylin Patin, Papar

Wendy Patin Ginsilan, Pitas

WS Noorsyakirah Sahibin, Pagalungan

Bah, jadi? Sudah tingu semua ka? Siapa pilihan kamu? Cuba share dulu siapa favorite contestants kamu? Kenapa?

UPDATE:

Keputusan Sodop Unduk Ngadau 29 Mei 2012

Melinda Louis, Unduk Ngadau 2012


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 57 other followers