Sekilas pandang senario politik di Sabah.

sabah1.gif

Kedatangan Anwar Ibrahim ke Membakut, Sabah pada malam tadi merupakan ‘sengatan’ permulaan akan perubahan yang akan berlaku ke atas liku-liku perjalanan politik di negeri ini. Barisan pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang telah dibentuk di setiap bahagian bukanlah calang-calang orang. Mereka mempunyai misi yang cukup jelas iaitu “MENANG” pada Pilihanraya Umum akan datang.

Jika dilihat dari bermulanya Parti USNO di bawah pimpinan Tun Datu Mustapha, terdapat ‘Pengislaman Paksa’ yang yang telah menjejaskan kedudukan parti itu sendiri. Rakyat yang diislamkan ini diberikan sedikit wang, sejadah, al-quran lalu mengucaplah kalimah syahadah beramai-ramai. Hal ini menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat ‘non-muslim’ lalu membawa kepada kekalahan teruk USNO pada 1976.

Kekalahan ini adalah hasil pembaharuan dalam kempen pilihanraya BERJAYA yang dipimpin oleh Datuk Harris Salleh yang telah menjawat Ketua Menteri Sabah pada 1976 sehingga 1985. Parti BERJAYA juga hasil perjuangan permata kita yang telah terkorban pada peristiwa ‘DOUBLE 6’ iaitu Tun Fuad Stephens, Datuk G.S Sundang dan Datuk Peter Mojuntin. Mereka mati untuk mempertahankan maruah bangsa dari dicemari anasir luar yang kotor dan berniat untuk mengambil kesempatan ke atas kekayaan bumi Sabah.

Parti BERJAYA juga tidak bertapak lama di Sabah setelah Datuk Joseph Pairin Kitingan telah memimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan jayanya. PBS keluar dari belenggu BERJAYA dan membentuk kerajaan campuran yang begitu mantap dan telah menerajui negeri di bawah bayu dari 1985 sehingga 1994. Perjuangan PBS pada masa itu merupakan sejarah yang paling manis bagi rakyat tempatan kerana atas dasarnya yang tidak mengetepikan mana-mana bangsa mahupun agama. Perjuangan pada masa itu adalah berbekalkan semangat. Keinginan rakyat untuk berubah adalah faktor penting yang telah menyingkirkan BERJAYA. 20 Perkara itu adalah manifesto penting kepada perjuangan PBS kerana perkara ini melibatkan kepentingan rakyat Sabah sebagai penduduk asal. Ia dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat – Sabah, British, Malaya, Sarawak dan Singapura sebagai syarat-syarat bagi Sabah untuk menjadi sebahagian dari Malaysia.

Walau bagaimanapun, PBS tidak dapat bertahan lama setelah UMNO merampas kuasa pada 1994. Perkatan ‘melompat parti’ telah membawa kepada kejatuhan politik di negeri ini. Pengorbanan masyarakat telah dikhianati setelah beberapa calon PBS telah melompat ke parti Malaya yang dipanggil Barisan Nasional. Terdapat banyak kesulitan dan juga ketidak adilan yang telah berlaku pada pilihanraya 1994 ini. Namun, masa makin melangkah jauh dan kini kita telah sampai ke tahun 2007 yang sudah mula panas akan bahang pilihanraya.

Tindakan berani Datuk Dr. Jeffery Kitingan (Timbalan Ketua Perhubungan PKR Sabah) membuat laporan polis berkenaan kes jenayah, pecah amanah dan rasuah Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah, merupakan keajaiban yang telah mencelikkan mata masyarakat untuk membuat perhitungan yang sewajarnya sama ada mahu terus mengundi Barisan Nasional ataupun memilih Parti Keadilan Rakyat -PKR- (1 lawan 1) di bawah ketuanya Haji Awang Tangah.

Secara relevannya, kemunculan PKR di Sabah adalah tepat pada waktunya. Dikala pemimpin-pemimpin BN yang dulunya emas kepada PENYANGAK MODEN ini (istilah yang diberikan oleh DSAI di Membakut, Sabah malam tadi) telah memberontak dan tidak puas hati kepada kepimpinan BN. Mereka adalah survivor yang pasti mendayung sampan perjuangan. Entah esok atau lusa, PKR pasti akan membawa perubahan di Sabah dan tidak mustahil akan menerajui kerajaan. Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, politik itu bukanlah tipu-tipuan tapi ia merupakan muslihat-muslihatan (menurut kata-kata Ismaily Bungsu ketika menjadi pengantara ceramah di Berjaya Palace Hotel, petang tadi)

Salam Refomasi!

9 Responses to Sekilas pandang senario politik di Sabah.

  1. Sam says:

    Saya sudah ketinggalan ini sebab tulisan ini pada April 07, tetapi baru hari ini saya temui, wala bagaimanapun tahniah kerana gambaran yang saudari paparkan ini ada kebenarannya dan pihak kita amat mengharapkan adanya cetusan perubahaan minda yang amat besar dikalangan rakyat Sabah pada PRU akan datang ini.

    Saudari,

    Saya juga berasal dari Daerah Kudat dan sudah aktif berpolitik sejak keluar gradute pada tahun 1982 dan pernah bertanding pada pilihanraya 1986 di kawasan N4 Matunggung atas tiket USNO dan sejak USNO dibubarkan saya tidak masuk mana-mana parti politik sehinggalah ke hari ini. Dan tetiba saya di celikkan oleh kebangkitan PKR dan ingin bersama berjuang bersama PKR walaupun hanya sebagai ahli biasa dan penyokong diperinkat Grassroot.

    Saudari,

    Pesanan saya kalau kita nak berpolitik biarlah ikhlas dan jujur iaitu berjuang untuk menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat tidak kira bangsa, anutan agama atau faham politik mereka adalah rakyat yang perlu dibela. Kita lihat Daerah Kudat rata-rata penduduknya masih daif teramat daif dan saya percaya sejak dari zaman USNO sehingga hari inipun keadaan mereka masih sama, kenapa ni berlaku?
    Kekadang bila saya berada di kampong ditengah-tengah saudara-saudara yang susah ini saya menitikkan airmata tersentuh dengan kedaifan yang masih berlaku sedangkan kita sudah di abad 21.

    Sebab itu biarlah kita sama-sama dalam PKR kerana bagi saya hanya inilah parti yang barangkali benar-benar memperjuangkan hak dan nasip rakyat Sabah khususnya, saya katakan barangkali sebab ia belum berlaku sebabnya banyak kali sudah kita ditipu dibohongi oleh pemimpin masa kempen janjinya bukan main hebat, tetapi bila sudah jadi YB lenyap dan hilang entah kemana, kali ini dalam PKR kita tidak mahu perkara ini berlaku lagi, pemimpin PKR pusat MESTI pastikan ini tidak berulang dan berulang dan berilang.

    SALAM KEADILAN DAN MARI KITA SEMAIKAN BENIH PERJUANGAN YANG IKHLAS DAN JUJUR “BERJUANG MEMBELA NASIP RAKYAT”

  2. ladymariah says:

    Terima Kasih di atas ulasan saudara Sam. Saya berharap agar saudara membuat blog sendiri kerana ia amat penting untuk kita memulakan langkah baru dalam perubahan teknologi. Mungkin kita sama-sama berasal dari bahagian yang sama dan comment saudara pada kali ini sedikit sebanyak membuka semangat saya untuk berjuang kerana adanya rakan seperjuangan seperti saudara.

    baru2 ini wanita bahagian kudat ke kg pinapak pitas. meredah sungai dan lumpur semata2 untuk berjumpa rakyat yang terpinggir.

    tempat kita perlukan perubahan…
    ‘mitatabang tokou mengubah nasib rakyat’.

  3. Sam says:

    Saudari,

    Seperti yang saya katakan saya ni tidak pandai tentang komputer walau bagaimanapun saya minta tunjuk ajar dari saudari kalau tidak keberatan bagaimana membuat blog sendiri.

    Saya boleh dihubungi melalui talipon ini 088-470717 CDMA atau 088-254022 Pejabat di Asia City Kota Kinabalu.

  4. tahniah dan saya undah membaca/baru terbaca dan diharap terus menulis yang lebih baik dari ini dan saya yakin kamu bisa menuli sesuatu yang nanti bisa memberikan semangat rakyat untuk memberontak.

  5. ladymariah says:

    Oh, my God! Terima kasih diatas kesudian singgah ke blog ini. Terima Kasih banyak.

  6. roadwarrior says:

    Hi there..i was just browsing and came across your blog..very interesting as not many female bloggers out there talking politics and the sad state of Sabah…good to know that there are still some of our generation (mid20-30s) who are voicing their thoughts, even if it’s in blogs…I have almost given up hope that our generation actually cares at all.

    Keep up the good work..you’ll have more material in 2008…election’s coming round again!

    Cheers.

  7. Lady Mariah, thanks for the information.. If u have more, please add more to ur blog ok..

    Before that, boleh saya ambil isi blog ini untuk dimuatkan ke blog saya? Harap awak benarkan ok..

  8. Sang Otok says:

    Saya rasa untuk memperjuangkan nasib bangsa dan penduduk yang berbilang kaum di Sabah negeri kita yang tercinta ini,tidak perlulah kita sekali lagi bersifat seperti kerbau diikut hidungnya.Ditarik kemana pun,ke kiri atau ke kanan,maka ikutlah ia.Hatta ia bagus,namun kita tetap ditarik jua kejadiannya.

    Pada hemat saya dan setelah diperhatikan senario politik semasa Malaysia,maka patut kita menubuhkan parti kita sendiri,parti negeri kita sendiri,yakni “parti orang kita,dari orang kita,untuk orang kita.” Kalau kita serahkan lagi nasib negeri dan bangsa kita kepada parti dari semenanjung,maka saya jamin semanis mana pun janji kotanya,seharum mana pun wangian perubahannya,secantik mana pun manifesto perancangannya,kita tetap dijarah.Apa yang saya maksudkan dijarah ialah hak-hak tetap dirampas dan dibawa pulang ke sana,dan meninggalkan harta sekelumit cuma di sini.Memang pada mulanya seakan nasib kita dibela,namun fikir-fikirkanlah satu dua generasi selepas kita,adakah hak kita benar-benar terjaga?Adakah patut kita menyuruh harta yang paling kita sayangi kita dijaga oleh jiran kita?Berapa lama lagi kita mempercayai mereka?

    Laungan reformasi bergema sana-sini.Seakan telah muncullah satui era perubahan baru di negara kita,dan anginnya menular masuk ke setiap ceruk kota dan desa,dari Perlis sampailah ke Sabah.Ini semua dijuruterakan oleh tokoh-tokoh yang licik dan mahir berbahasa,agar tampuk kuasa dipegangnya.Dicarinya kelemahan orang di atas,untuk ke atas.Ambil contoh DSAI.Beliau terus terang jujur saya katakan adalah tokoh politik terbaik di Asia.Berpidato tiada tolok bandingannya.Hatta Amerika pun terpikat dengan kejelitaannya.Itulah faktor kenapa mantan perdana menteri kita,Tun Mahathir menarik beliau masuk ke parti UMNO daripada pertubuhan ABIM dan dalam beberapa tahun sahaja,atas pertolongan DR.M,Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Masa itu potensi Anwar digilap dan dieksploitasikan penuh oleh Mahathir.Betapa sayangnya Mahathir kepada Anwar
    sehinggakan apabila beliau ingin bercuti selama beberapa bulan untuk berehat,Anwar dilantiknya sebagai pengganti sementaranya.Dan pada masa itulah,tembelang Anwar keluar nyata.Perbezaannya cuma satu sahaja,Mahathir anti-Amerika,Anwar pro-Amerika.
    Jikalau Mahathir ke Washington cuma disambut sekadar rupa,Anwar ke Washington disambut permaidini merah,liputan lansung wawancara,barisan hormat tentera dan ledakan 24 das meriam.Dari situ Mahathir membuat keputusan yang dia sendiri saya rasa berat baginya,apatah lagi Anwar orang kesayangannya,namun demi negaranya,Anwar dikuburkan.

    Kini Anwar kembali.Bantuan duit daripada rakan-rakannya di Amerika(apabila Anifah Aman mengutuk beliau di hadapan Hillary-buat pertama kalinya lutut Anwar sedikit bergegar)beliau berjaya naik semula ke arena tinju politik Malaysia sekelip mata dari penjara.Masuk parlimen.Misinya cuma satu.Ingin menuntut bela.Ingin menjatuhkan parti yang pernah mengaibkannya.Ingin memalukan orang yang pernah membantunya.Ingin meneruskan impiannya menguasai Malaysia.Pendek kata,Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri,setelah peluang terbaiknya sedekad lalu ditutup oleh Mahathir.

    Dia umum mengetahui,untuk menjatuhkan UMNO,bukan satu tugas yang mudah.Sukar dipenuhi onak duri.PKR tiada apa-apa untuk diperjuangkan.UMNO pula dilimpahi wang.Dalam mana-mana parti politik,jika tiada wang,orang anda tidak bergerak.Lalu anda kalah.Lalu Anwar merancang satu teknik politik terbaru,iaitu memecah belahkan umat penyokong UMNO dulu.Dia tahu kaum cina dan india senang dipengaruhi,tapi Melayu payah amat.Dia terus merancang,berfikir,dan terus berfikir.Lalu dipanggilnya bekas seterunya,Lim Kit Siang untuk menyertai satu barisan politik cina baru.Dipanggilnya Nik Aziz,untuk memudahkan penyerapan kaum melayu.Kaum india dan sisa-sisa melayu selebihnya,masuklah parti Keadilan.Jadilah PKR.

    Dalam sains politik,jika anda menubuhkan satu parti bernama Parti Bangsa Bersatu,peluang anda untuk menang pilihanraya cuma 20%,tapi jika anda tukar kepada Parti Rakyat Bersatu,peluang anda menang meningkat sehingga 60%.Perkataan `rakyat` itu amat menyentuh jiwa.Jadi tidak menghairankan dalam setiap ucapan dan mulut mereka,keluar perkataan `rakyat`.Buat demonstrasi,bawa sepanduk tulis rakyat,atau demi rakyat,orang pasti setuju dengan perjuangan kamu.Itulah teknik Anwar khususnya,dan PKR amnnya.Namun sebenarnya bukan untuk rakyat,tapi untuk agenda politik mereka,dan bagi Anwar,untuk membalas dendam,tidak lebih dari itu.

    Anwar arif sangat tentang UMNO.Sebab beliau sendiri bekas ahli UMNO.Beliau tahu kubu kuat UMNO dan BN dimana,bukan di Johor,bukan di semenanjung,tapi jauh di sana,dipisahkan sebidang laut.Sabah dan Sarawak.
    Berbanding Sarawak yang dijaga rapi oleh menterinya,dan lebih maju berbanding jirannya Sabah.Para pemimpin Sarawak amat mahir berpolitik dan tahu amat sikap Anwar.Perangai Anwar yang sebenar lebih dikenali oleh para musuhnya berbanding penyokongnya.Kekalahan Anwar di Batang Ai menandakan titik noktah perjuangan PKR di sana.Sedangkan UMNO sukar tembusi Sarawak,inikan pula PKR.

    Anwar ke Sabah.Beliau pada umumnya telah membuat study case tentang negeri kita ini.Beliau tahu amat status kewangan Sabah sebab beliau mantan menteri kewangan.Beliau tahu serba arif tentang Sabah,penduduknya,suku-suku kaumnya,dan tahu amat tentang apa yang orang Sabah mahu-mahukan.Sebab beliau mantan Timbalan.Cuma bezanya,pada masa dulu,beliau berdiam diri.Tahu tapi buat tak tahu.PBS dijatuhkannya.Katak-katak politik itu semua hasil rancangan Anwar pada masa itu agar UMNO menguasai Sabah.Peruntukan yang diberikan untuk Sabah pada era PBS ketika beliau memegang kewangan negara amatlah sedikit,rendah sedikit daripada peruntukan negeri Pulau Pinang.Memang disengajakan bajet Sabah sedikit dan dikawal selia oleh JPPS agar Sabah merasai keperitan akibat dikuasai pembangkang.Bila pembangunan Sabah merosot teruk,dibawanya orang-orang tv3 untuk mengulas kemiskinan dan kemunduran rakyat Sabah dibawah PBS.Disiarkan di buletin utama.Kesan daripada liputan Sabah yang serba miskin pada masa itu,sampai sekarang orang-orang semenanjung menganggap orang kita miskin,makan ulat,tinggal atas pokok dan macam-macam.Namun orang Sabah tetap bertahan,maka Anwar membuat suatu cara kotor,menyogok ahli-ahli PBS dan paksa mereka menjadi katak politik.Sistem katak politik ini amat berjaya.Namun untuk negara 16hb september yang lepas,sistem ini gagal.Anwar gagal mengatakpolitikkan ahli-ahli UMNO masuk PKR (terutamanya menteri-menteri Sabah-dan betapa tak malunya Anwar kepada orang Sabah).

    Ramai orang kata pembangunan Sabah sepeti ketinggalan 10 tahun dibelakang.Bagi saya itu memang betul.Malah saya tahu di mana tempoh masa `10 tahun` itu,iaitu 1985 hingga 1994.Sebelum tempoh itu,Sabah negeri antara yang terkaya.Selepas tempoh itu jugalah barulah masuk tanda-tanda perubahan.Jadi dalam tempoh itu,Sabah mundur teruk.Sudahlah hasil diserap keluar tapi dibagi sedikit.

    Dan siapa yang menyebabkan Sabah mundur begitu,siapa yang menjatuhkan PBS parti orang Sabah sendiri,dan siapa yang bertannggungjawap membawa masuk BN dan UMNO ke Sabah?Siapa yang selama ini banyak memalukan maruah rakyat Sabah?Namanya si Anwar.

    Dan sekarang dia telah datang ke setiap pelosok negeri Sabah,dari Telipok hingga ke Membakut,menagih undi dan berkongsi wawasan.Meniupkan semangat reformasi dikalangan penduduk Sabah.Menanamkan bibit-bibit `benci UMNO` yang suatu masa dulu bibit `suka UMNO` beliau bawa masuk ke Sabah sendiri.

    Apa Anwar itu lupa……..atau buat-buat lupa?Apa beliau ingat Sabah ini bodohkah?

    Bila anda bertanyakan kisah ini kepada beliau,mungkin beliau hanya senyum,ketawa, dan mengatakan ini kisah lama.Anda kenalah kuat iman apabila mendengar syarahannya,kalau tidak,anda akan diselubungi Anwar.

    Buatlah parti negeri sendiri.”Parti orang kita,oleh orang kita,untuk orang kita.”

  9. GUN says:

    sia paham jugak sedikit ni perjuangan si anuar ni…kalau si anuar menang aku rasa lagi la teruk itu rakyat sabah…sekarang ni sudah lebih dari bagus, dalam diam kita dapat gain sudah kuasa politik besar di malaysia sikit-sikit…cuba kamu bayangkan kalau sianuar menang nanti…di semenanjung ni pun dia ndak boleh juga menahan nafsu DAP..kalau dia menang for sure rakyat sabah lagi ditindas…mesti lagi teruk dibuatnya itu sabah…kamu tengok jak la apa jadi sama selangor dengan p.pinang..DAP lagi teruk dari segelintir orang umno yang makan duit rakyat….geng2 DAP ni memang nampak sangat kaut duit lebih2…tengok jak la apa jadi sama p.pinang dengan selangor..Isu projek besar2 banyak keluar dan kebanyakkannya kelulusan kerajaan negeri pastu tu ditangguh….baru jak tu perintah selangor dengan penang….aku da kerja lagi ni…nanti aku sambung…da jugak la buruk PKR yg aku tau…Teda org kata UMNO tidak buruk tp PKR nampak sangat dia punya perjuangan ndak berapa betul…hentam orang lain banyak betul…nanti aku cerita isu lain lagi…..pigi dulu ar….salam borneo dari pejabat DAP penang…aku tolong bagitau apa yang aku tau disini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: