1 undi amat BERHARGA.

Hari ini aku bekerja seperti biasa. Sepatutnya aku harus menyerahkan gambar passport kepada Gary untuk dikepilkan bersama resume yang aku hantar ke Borneo Post tetapi aku telah membuat keputusan untuk menghantar sendiri ke pejabat Borneo Post esok hari di atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan. kerja OK. Happy. Cuma terlalu banyak meeting. Bisa mengantuk! LOL.

Saudara kita Peter Yoke ada menghubungiku di pejabat bertanyakan tarikh kongres untuk bulan May di Negeri Sembilan. Dia bercadang hendak menyertai kongres kerana sangat berminat untuk mengetahui berkenaan perjuangan PKR. Aku menyarankan saudara ini untuk datang bersama-sama.

Ketika lunch time pula, aku sempat bersembang dengan saudara James Lim (Naib 1 PKR Bahagian Tuaran, Sabah) yang kebetulan kami bekerja di pejabat yang sama. Bertukar-tukar pendapat berkenaan aktiviti PKR yang telah berlaku sepanjang minggu lepas. Nampaknya saudara James Lim masih keletihan kerana dia datang ke pejabat agak lewat. Tidak tahulah penat pasal aktiviti PKR ataupun ‘ARAMAITI’. Hahaha. Gurau ya James… Jangan marah…

Ada seorang lagi saudara kita yang bernama Azley,  sama-sama bekerja denganku amat terkejut dengan risalah berkenaan tuduhan rasuah UMNO Sabah (oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan). Dia yang bercadang untuk ‘tidak membuang undi’ pada pilihanraya akan datang nampaknya sangat berminat akan perjuangan PKR kali ini.

“Malas aku mau mengundi bah kalau BN saja yang menang. Tiada guna sudah kerajaan sekarang ni.”  katanya kepada aku.

Aku approach saudara kita ni untuk mengikuti program PKR pada masa akan datang kerana aku percaya, 1 undi itu amat BERHARGA. Tentu ramai lagi anak-anak muda di luar sana kemungkinan besar berfikiran seperti Azley yang patut tahu perjuangan PKR yang sangat menghargai anak-anak muda dan nasib meraka akan dibela. Terutamanya golongan penganggur. Ayuh rakan, kita buat perubahan untuk masa depan negeri ini. Saya cintakan Negeri di Bawah Bayu.

Salam Reformasi!

2 Responses to 1 undi amat BERHARGA.

  1. alexander ah tong says:

    update your blog lah. more pkr sabah news please.

  2. Sam says:

    Saudari,

    Bila u berada di Kota Kinabalu sila hubungi saya
    088-470717

    Tima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: