Bagaimana agaknya suasana pilihanraya di sabah nanti?

Bila membaca artikel yang berlaku ketika penamaan calon di Ijok, fikiran saya mula melangkau masa akan datang. Maksud saya, pilihanraya yang akan berlaku di Sabah nanti. Adakah perkara membaling botol akan menjadi sukan tradisi untuk pilihanraya kita pada kali ini? Pada pendapat saya, yang baik jadikan panduan dan yang buruk dijadikan sempadan. Cukup-cukuplah tu, bahaya juga permainan politik begini. Paling menyedihkan kalau ada yang tercedera seperti saudara kita Jeff Ooi akibat diserang ketika berkempen di Batu 8 Kg. Ijok bersama-sama dengan Tan Sri Khalid.

Teringat saya akan kejadian dimana kali terakhir Parti Besatu Sabah (PBS) menang pada Pilihanraya Umum Sabah. Datuk Pairin Kitingan yang sudah berada di luar istana untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dihalang oleh pihak-pihak tertentu untuk memasuki perkarangan istana. Dikhabarkan pada ketika itu TYT sedang sakit dan tidak boleh diganggu. Entah apa jadah alasan yang diorang berikan. Langsung tidak masuk akal.

Ayah saya yang pada ketika itu juga berada di perkarangan istana bersama-sama dengan ramai penyokong PBS yang lain tidak puas hati dengan tindakan pihak tertentu yang cuba untuk menyekat Datuk Pairin daripada mengangkat sumpah. Pasukan FRU pula datang dengan menyembur pemedih mata supaya dapat menghalau orang awam untuk berkumpul di perkarangan istana. Ternyata ‘khabar sakit’ TYT terjawab juga setelah beberapa calon PBS melompat ke BN. Mereka ini tentunya emas permata kepada BN kerana memberikan kemenangan 2 pertiga tapi ternyata nasib mereka tidak setimpal dengan pengorbanan mereka menggadai maruah.

Rasanya bukan Ijok sahaja yang akan mengalami keadaan sebegini. Hati kecil saya begitu kuat mengatakan bahawa Pilihanraya Umum kali ini memerlukan stamina yang kuat dan juga MINDA YANG BIJAK. Kita pastikan untuk menang BERMARUAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: