Patutkah?

Sudah hampir 2 minggu saya bertugas di tempat baru, Ipoh. Pada mulanya datang di sini, saya tinggal di hotel bersama dengan manager yang lain kerana amat susah untuk mencari rumah yang siap dan lengkap dengan perabotnya sekali. Minggu ini barulah terasa sedikit selesa setelah dapat berpindah ke rumah. Mana tahan tinggal di hotel terpaksa angkat barang ke sana ke mari. Asyik berpindah hotel (Ipoh City Hotel dan Seri Malaysia). Nasib baik company ada menyediakan sebuah kereta Waja (buatan Malaysia) untuk memudahkan pergerakan. Senanglah kami berulang-alik ke pejabat di Medan Gopeng, appointment di sekitar Ipoh dan meeting ke Kuala Lumpur.

 Ketua Wanita di bahagia saya selalu menghantar SMS untuk memberitahu aktiviti yang berlaku di sana. Saya terasa yang saya makin jauh dari tugas saya sebagai Setiausaha Wanita Bahagian. Saya tidak suka menyandang jawatan ini tanpa melakukan tugas yang telah diberikan. Saya keliru…

Patutkah saya meletak jawatan dan memberikan ruang pada yang lain? Saya mahu pandangan ikhlas dari saudara-saudaraku…

4 Responses to Patutkah?

  1. Mariah, dalam bab media ini, mungkin Najwan boleh tolong huraikan.

    Dia selalu jumpa saya, dan dia sedang menghabiskan bacaan buku saya Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi — dalam bab 3 itu dibincangkan agak panjang lebar permasalahan, kecil besar, dan dilema yang dialami media, khususnya jenis alternatif dan “independen”.

    Saya tidak menjawab semua persoalan, tentunya, tetapi sekurang-kurangnya menawarkan sejumlah persoalan penting tentang media, politik, budaya membaca, budaya kritik, kelemahan pembangkang, kelemahan aktivis NGO, kekurangan Reformasi dan juga “intelektual yang malas serta tidak berguna.”

    Elok kita pertanyakan hal ini kepada Najwan…

    http://patahbalek.blogspot.com/

  2. salam.

    Sekadar cadangan.

    Rasanya jika saudari bertukar tempat tugas di Perak untuk jangka masa yang lama….elok saudari aktif membantu parti di mana-mana bahagian keADILan di negeri Perak yang menjadi kawasan fokus dalam PRU akan datang.Mungkin di Bahagian Gopeng kwsan ditandingi Dr. Lee Boon Chye dlm PRU 2004 .

    Berkaitan jawatan saudari di negeri asal saudari, di sabah…rasanya saudari perlu berbincang dgn kepimpinan bahagian sana..
    mungkin boleh diberi ruang pada yang lain untuk mengisi jwtan saudari di sabah…..

    Yang penting….semangat terhadap parti berkekalan walaupun telah berpindah ke bahagian lain.

    Sekadar cadangan.TQ

  3. ladymariah says:

    Terima Kasih keADILan_SriGading.

    Salam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: