Cikgu kesayangan hamba…

Hari ini merupakan sambutan Hari Guru. Seperti biasa, saya akan menghantar sms ucapan Hari Guru kepada semua bekas guru saya yang masih ada dalam ‘contact list’ .

4 orang guru yang tidak pernah ‘lost contact’ selepas zaman persekolahan ialah Cikgu Asma’ Nasir (Kota Bharu, Kelantan), Cikgu Zaidi Tahir (Johor Bahru), Cikgu Anuar Yasis (Sandakan, Sabah) dan Ustaz Jeffry Isnin (Seremban, Negeri Sembilan). Mereka adalah antara personaliti yang saya sanjungi kerana mereka telah mendidik saya dari segi akademik. Pada masa ini mereka merupakan rakan rapat saya tetapi panggilan keramat “CIKGU” tidak mungkin dapat dikikis begitu sahaja.

Terima Kasih kepada Cikgu Asma’ kerana melentur saya menjadi pemidato dan pembahas sekolah, Terima Kasih kepada Cikgu Zaidi kerana mengajar saya erti memaafkan dan menghormati orang lain, Terima Kasih kepada Cikgu Anuar kerana memberi sokongan kepada saya dan rakan-rakan lain walaupun kami tidak dapat memenangi pertandingan di peringkat kebangsaan, Terima Kasih ini juga ditujukan kepada Ustaz Jeffry kerana masih mengingati saya. Walaupun saya bukan pelajar beragama Islam pada masa itu, tetapi Ustaz sungguh ikhlas memberi pengetahuan moral.

Kapada guru-guru yang saya sayangi tidak kira anda berada di mana, Terima Kasih tidak terhingga kerana mendidik saya. Istimewa: Cikgu Asnia Bunawan, Cikgu Dayang Saadiah, Cikgu Asiah Lee Ah Toi, Cikgu Abd Rauf Ibrahim, Cikgu Jain Bichi, Cikgu Maimunah Undan, Cikgu Connie Wong, Cikgu Mariana Madnipa, Cikgu Jais Sunan, Cikgu Monica Lai, Cikgu Misa Maisin, Cikgu Suhaimi Jusoh.

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Petikan Sajak: Guru Oh Guru Usman Awang

4 Responses to Cikgu kesayangan hamba…

  1. dekerinchi says:

    salam mariah,

    Memang patut anak murid kenang jasa guru.
    Sekarang ini ramai anak murid yang tak tahu menilai jasa guru.Baru kena cubit sikit dah report mak bapak.

    Tak dinafikan ada guru jua guru yang bertindak luar batasan. Tetapi ia hanya kes terpencil. Mungkin tekanan perasaan, bila lihat hendak mengajarpun kena kongkong..bagamana hendak didik anak bangsa…suka dengan cara guru lama…

  2. ladymariah says:

    Salam kembali kepada dekerinchi…

    Terima kasih di atas komen anda. Sesungguhnya zaman telah berubah jauh. Jasa guru dikenang sepanjang hayat kerana mereka merupakan ibu bapa kita ketika berada di sekolah.

    Bila orang lama bercerita berkenaan guru-guru mereka pada masa dulu, kita pasti merasa iri hati kerana kita tidak melalui zaman itu.

    Namun saya pasti, sejauh mana masa berubah, jasa guru tetap akan dikenang dan disanjung…

  3. Kak G says:

    assalamualaikum. bila bercerita tentang guru, saya sering teringat guru sy dulu…30 tahun telah berlalu selepas tamat sekolah. kini sy juga guru. jauh beza suasana sekolah dulu dan sekarang. kalau dulu, kita hormat dgn guru…tapi kini ramai yg biadap pd guru. hilang rasa hormat. di mana silapnya? kalau dulu guru mengajar, silap murid dirotan, tiada ibu bapa yang melenting kerana mereka tahu tugas guru untuk mendidik. kalau ibu bapa sendiri yg hanya ada 4 org anak di rumah boleh naik angin dgn perangai mereka inikan pula kami guru yg menghadap kerenah 40 org murid!

    Bila guru garang, murid2 mula mengadu kepada i/bapa. Jarang yang mahu menghargai guru…tapi bagi kami kaum guru, cukuplah sekadar ingatan ikhlas mereka. cukuplah dengan ucapan salam dan memperkenalkan kami kepada anak2 mereka bahawa kamilah guru ibu / ayah mereka dulu. Bukan hadiah yg dipinta. Cukuplah berkata ” terima kasih cikgu “

  4. ladymariah says:

    Thanks for the comment Kak G. Saya mengerti apa yang Kak G maksudkan. Guru ikhlas memberikan tunjuk ajarnya tapi pelajar tidak punya hak untuk mengenepikan ucapan Terima Kasih mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: