Bersedia untuk pilihanraya?

Saya sangat terkejut bila menerima sms daripada rakan saya pada malam tadi. Dahlah terkejut dengan sms tersebut, ditambah dengan keletihan kerana saya baru pulang dari Seremban untuk Kongres. Bunyi sms yang saya terima adalah begini:

SUMBER. TOLONG EDAR. Parlimen bubar 4 Ogos. Penamaan calon Ogos 16.  Mengundi pada 25 Ogos. 9 hari tempoh berkempen. Edarkan kepada semua ketua bahagian.

Saya tidak tahu dari mana sumber ini mereka dapat tapi nampaknya bahang pilihanraya semakin panas dan menikam sukma. Kenaikan gaji dan projek-projek kerajaan yang  semakin menonjol menunjukkan mereka sudah mula memasang perangkap untuk memanipulasikan rakyat. Walaupun sumber tersebut tidak tepat, namun persoalannya sekarang, sudahkah kita bersedia berhadapan dengan apa juga keadaan sekiranya pilihanraya akan dibuat pada bulan Ogos ini?

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada a.i.c yang telah membuka ‘booth’ ketika kongres di Seremban. You guys “RAWKS”! Jualan hari pertama memang memberangsangkan tetapi hari yang ke 2 saya tidak sempat mengira stock dan jumlah kutipan jualan kerana semalam saya bertolak balik ke KL bersama dengan Tan. Boss Farhan, jualan ok tak? (“,) Pada hari pertama kongres di mana wanita bersidang, saya telah menjalankan tanggungjawab saya untuk mengundi calon-calon yang akan meneruskan perjuangan sayap wanita. Pada malamnya pula saya mengikut ‘kumpulan a.i.c‘ untuk membuat persediaan penjualan. Tempat tinggal ada swimming pool, beb! LOL. saya sangat teruja dengan semangat anak-anak muda ini. Salute you guys!  Saya tidak menyangka komitmen mereka yang begitu membanggakan.

Oleh kerana tahun ini merupakan tahun pertama saya menyertai Kongres PKR tapi saya dapat melihat kehadiran para Perwakilan dan Pemerhati yang boleh memberikan keyakinan bahawa penerimaan terhadap PKR semakin bertambah dari masa ke semasa. Kehangatan dalam dewan ketika pemilihan pemimpin teraju hadapan ditambah dengan usul-usul yang dibahaskan. Bernas dan menyuntik semangat dalaman. Masa untuk perubahan!

Saudara-saudaraku,

Walau siapapun yang akan menjadi ketua dalam PKR, kita harus menyokong dan memberikan kerjasama untuk berhadapan dengan kerajaan pada pilihanraya yang sudahpun ‘around the corner’. Selagi sistem demokrasi kita dijaga dan dipertahankan dengan telus di dalam PKR, maka sepanjang itulah langkah kita mesti seiring dan melangkaui pemerintah kotor kerajaan. Perkasakan minda dan tenaga kita mulai sekarang. Jangan sampai terkena ‘pukul curi’ BN. Selagi ada kudrat, kita pertahankan hak kita sebagai rakyat…

 P/s: Nak siap2 balik Ipoh. Working tomorrow

 

+imperial hotel, kl+

 

3 Responses to Bersedia untuk pilihanraya?

  1. de_keirnchi says:

    Salam Lady_Mariah

    Wah jauh berkongres, apapun selamat menempuh alam politik…

  2. Isabelle Mamo Dingli says:

    Hello Michael,

    Are you the Michael who was in Canberra in the late 60’s early 70’s?

    Bella

  3. ladymariah says:

    Hi Isabelle,

    Lady Mariah here. Im not Micheal who was in Canberra and i born in 1983. Wrong person i guess (”,)

    If u talking about Micheal Edge, I think I know him. He is Malaysian but now staying in Brisbane for almost 40 years. He will coming back to Malaysia by end of this year.

    Lady Mariah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: