Selamat Tinggal Malaya…

urine-sample.jpg

Tanggal 17 Jun, kira-kira 2.10am aku ditangkap oleh pihak polis di The Ship Bukit Bintang kerana mereka mendapati aku POSITIF DADAH melalui urine test yang mereka lakukan. Pada masa itu aku bersama Mr. Ara sedang menjamu selera dan minum-minum sambil bersembang-sembang berkenaan business dan masalah direktor. Tiba-tiba polis membuat serbuan dan beberapa orang yang telah didapati positif dadah melalui ujian air kencing dan aku terus digari lalu dihantar oleh pihak polis ke Cawangan Narkotik Dang Wangi.

Aku betul-betul terkejut dengan keputusan ujian yang mereka tunjukkan kepada aku. Aku tidak pernah mengambil apa-apa jenis dadah tetapi bagaimana mungkin ujian air kencingku boleh didapati positif? Hairan Bin Ajaib!

Setelah sampai di Balai Polis Dang Wangi, kami diarahkan untuk duduk berkumpulan dangan keadaan tangan bergari. Aku mula tidak senang duduk kerana aku tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Aku tidak sepatutnya berada di sana pada ketika itu. Apa yang lebih menyakitkan hati, bukan aku sahaja yang amat marah dengan tindakan pihat polis terbabit. Mereka yang lain juga sama sepertiku, tidak pernah mengambil dadah (menurut mereka) dan kami mahukan supaya air kencing kami diuji kembali untuk memastikan tidak terdapat kesilapan melabel tabung air kencing. Aku makin gusar!

Oleh kerana aku sudah tidak tahan berdiam diri, aku terus mengeluarkan suara dengan agak kasar.

“Encik, saya mempunyai hak untuk mengetahui dadah jenis apakah yang anda boleh lihat terkandung di dalam air kencing saya?”

“Tunggu 5 minit” kata seorang polis yang sedang mencatatkan sesuatu sambil membaca sesuatu pada label botol air kencingku.

Setelah 5 minit berlalu, aku tanyakan soalan yang sama. Namun ternyata mereka tidak punya jawapan. Aku mendesak supaya dibebaskan kerana aku yakin aku tidak bersalah dan tidak sepatutnya disabitkan kesalahan yang aku tidak pernah lakukan.

Keadaan semakin kritikal setelah semua semua barang diserahkan kepada kawan-kawan dan kami langsung tidak boleh berhubung dengan orang luar. Seorang Inspektor selaku I.O (Investigator Officer kot..) mengambil statement kami dan selepas itu kami terus dihantar ke Lokap Polis Kuala Lumpur. Adakah patut kami tidak diberikan peluang untuk membuktikan bahawa kami tidak bersalah? Ini tidak adil. Keadaan agak kelam kabut sewaktu mereka membuat ujian air kencing di The Ship dan besar kemungkinan akan berlaku kesilapan meletakkan botol dan label. Mereka seharusnya menguji kembali air kencing kami di balai.

Aku ditempatkan ke sel 3 dengan memakai baju t-shirt berwarna pink dan seluar bergetah hitam. Susah untuk menggambarkan dengan kata-kata bagaimana sengsara ketika berada dalam tahanan lokap. Mengikut tuduhan dari pihak polis, air kencingku mengandungi Syabu. What? Aku tidak mengaku di depan mahkamah dan aku direman 7 hari namun setelah merayu, reman dikurangkan 4 hari.

Semalaman di lokap, aku tidak tahu apa yang akan berlaku esok. Aku tidak tahu siapa akan datang ke mahkamah untuk mengikat jamin. Ataukah aku akan dibiarkan? Bagaimana mungkin aku menjelaskan perkara ini kepada keluargaku? Aku cuma berharap agar berita ini tidak sampai ke pengetahuan mereka. Salah sangka akan mengeruhkan keadaan.

Hari Isnin, aku dibawa ke Mahkamah Jalan Duta untuk sebutan ikat jamin. Apa yang tambah menyakitkan hatiku, polis mengatakan dadah yang didapati dalam air kencingku adalah Heroin. Bagaimana mungkin bisa bertukar-tukar kandungan dadahnya? Ya Ampun… Bertambah rawan hatiku bila tiada sesiapa yang hadir untuk menjaminku. Aku meminjam telefon salah seorang daripada polis yang bertugas di mahkamah. Aku menelefon Bazly supaya Mr. Yap atau Mr. Ara datang untuk menjamin. Rupa-rupanya mereka tidak tahu prosedur ikat jamin dan mereka tidak sempat untuk datang pada hari itu. Aduh… Maksudnya esok pagi barulah aku dapat keluar dari azab ini.

Setelah hari petang, aku dihantar ke Penjara Kajang dan bermalam di sana. Aku mengenali seseorang yang bernama Jean. Dia juga mengalamai perkara yang sama sepertiku. Ujian air kencing positif dadah walaupun dia tidak pernah mengambil dadah. Apa sudah jadi kepada tabung ujian air kencing? Tidak bolehkah pihak polis menyediakan tabung yang lebih ‘smart’ dan tidak menyusahklan orang?

Memanglah ujian kali ini adalah peringkat awal dan urine tersebut akan dihantar ke hospital untuk ujian selanjutnya. Keputusan dalam masa 2 minggu. Aku yakin aku akan selamat. tapi bagaimana jika berlaku pertukaran ketika di The Ship? Bisa ribut dong!

Bermalam di penjara bukannya sesuatu yang bisa dilupakan. Makanannya lebih baik kerana punya ayam dan sayur kangkung. Aku tidak punya selera walaupun perutku sudah masuk angin. Pedih gastrik. Seingat aku, SPS (Sel Penempatan Sementara) merupakan bilik yang ditempah khas untukku dan aku kini mempunyai nombor banduan. Gila! Terus terang saya katakan, orang-orang yang berada di penjara dilayan seperti tiada maruah. Mereka tidak kisah siapa nama yang telah diberikan oleh ibu bapa kita. Nama yang menjadi timang-timangan di antaranya ialah; Bodoh, Babi, Anjing, Setan, Penagih, Sial etc. Aku betul-betul tertekan. Sambil dalam hati aku terus bertanya adakah orang yang akan menjaminku esok? Jika tidak, aku tidak tahu nak buat bagaimana lagi. Sepanjang malam aku berjaga. Aku mengubat hati dengan bersandar ke dinding sambil menutup mata. Aku mengarahkan otakku untuk berfikiran positif. Esok aku akan dibebaskan dari sini. Aku membayangkan yang baik-baik belaka. Berdoa itu sudah pasti…

Ketika pagi masih buta, aku terdengar namakau dipanggil untuk bersedia ke mahkamah. Aku tidak tahu perkembangan masa kerana tiada jam kelihatan. Cuma ada tembok simen dan pintu yang terkunci rapat. Aku dan beberepa yang lain membuat master (duduk beratur di atas simen) untuk diperiksa. Tahanan yang lain kelihatan sangat gembira kerana mereka yakin akan keluar diikat jamin dan juga habis hukuman. Aku yang bermalam sehari di lokap dan sehari di penjarapun sudah tidak sabar untuk keluar, apatah lagi mereka yang sudah berbulan-bulan menjadi tahanan. Masing-masing mempunyai jalan cerita sendiri.

Melangkah ke dalam mahkamah, kelihatan Mr. Ara and Mr. Yap berdiri segak sambil tersenyum ke arahku. Bayangkanlah perasaanku ketika itu. Aku merasakan seperti mati hidup kembali. Proses berjalan tidak lama kerana aku orang pertama yang disebut ikat jamin. Lebih menggembirakan ikat jamin dikurangkan. Bertambah lebar senyumanku. Goodbye jail!

Setelah selesai proses ikat jamin, aku menaiki kereta V.I.P berlambang jata negeri sabah, menuju ke restoran Thai kegemaranku. Aku makan sepuas hati dan aku dibawa ke suatu tempat yang benar-benar melegakan hatiku… Menenangkan jiwaku…

Lebih daripada 200 missed calls yang aku terima di main telephone dan ada beberapa puluh panggilan tidak terjawab daripada clients. SMS pula, jangan tanya la. SMS terbanyak dalam sejarah. Semuanya hairan kerana aku tidak menjawab panggilan mereka selama 3 hari 2 malam. Nasib baik aku sudan menyediakan skrip yang boleh diterima pakai untuk keluargaku.

Kini, aku telah menerima sedikit perubahan dalam kerjaya. semuanya disebabkan oleh berita penangkapanku. Untuk tujuan kebaikan, aku diarahkan untuk lepaskan office Ipoh dan akan dipindahkan ke Service Center Kuching, Sarawak. Aku sedang menghabiskan masa kualitiku di Kuala Lumpur dangan kawan-kawan dan mereka-meraka yang sepatutnya. Ahad, aku akan menghadiri meeting A.I.C di Phileo Damansara. Isnin, aku akan berlepas ke Tanah Borneo. Sabah atau Sarawak? Itu bergantung kepada arahan daripada H.Q. Yang pastinya, 1hb Julai aku akan berada di Kuching.

Semoga berjumpa kembali… Naik court on July 23rd.

3 Responses to Selamat Tinggal Malaya…

  1. dekerinchi says:

    Salam LadyMariah,

    Simpati dari saya,

    sebenar nya seorang tahanan reman mempunyai hak kebebasan seperti orang bebas, eranan mereka baru ditahan. Persoalannya banyak kes tahanan reman ini dilayan seperti penjenayah walaupun kenyataan nya dia bersalah dan ditahan untuk membantu siasatan, sesuaut harus diperjuangan untuk menegakkan hak warga merdeka yang ditahan reman. sekiranya ada masalaha yang berbangkit harap dapat menghubungi suhakam:

    untuk rujukan Lady_mariah sila layari:

    http://www.suhakam.org.my/docs/document_resource/reman.pdf

  2. dekerinchi says:

    dekerinchi said,

    June 23, 2007 @ 11:28 am

    Salam LadyMariah,

    Simpati dari saya,

    sebenar nya seorang tahanan reman mempunyai hak kebebasan seperti orang bebas, eranan mereka baru ditahan. Persoalannya banyak kes tahanan reman ini dilayan seperti penjenayah walaupun kenyataan nya dia tidak bersalah dan ditahan untuk membantu siasatan, sesuatu harus diperjuangan untuk menegakkan hak warga merdeka yang ditahan reman. sekiranya ada masalah yang berbangkit harap dapat menghubungi suhakam:

    untuk rujukan Lady_mariah sila layari:

    http://www.suhakam.org.my/docs/document_resource/reman.pdf

  3. Akhdan says:

    Kesian juga cerita ko ni.. nda apa laa jadikan sebagai pengalaman jaa laa.. satu lagi.. selamat balik pigi sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: