Aku dan Nuri

nuri.jpg 

Apabila melihat berita berkenaan nahas pesawat Nuri dan membaca dari akhbar tempatan, tiba-tiba isi badanku menjadi ngilu. Ditambah lagi ada kejadian buruk melanda beberapa kejadian malapetaka yang melibatkan pesawat. Amat menakutkan. Dahlah aku selalu ulang-alik naik belon….

Tahun 2002 aku telah terpilih ke Pelayaran Kapal Di-Raja Tunas Samudera. Kami berada di tengah lautan selama 2 minggu. Memang best walaupun letih. Tapi apa yang menyebabkan aku mengimbau kenangan ini adalah kerana berkenaan dengan heli Nuri ni la.

Aku pernah naik heli Nuri di pangkalan tentera di Labuan ketika pelayar Tunas Samudera membuat lawatan ke sana.   15 minit berada di ruang udara Pulau Labuan merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Namun, bagaimana kalau time tu heli terhempas? Aduh. Tentu aku mati sia-sia sahaja. Tiada jasa pada keluarga, bangsa dan negara.          Ish, negitif juga fikiran aku kan? Hahaha. Aku terlebih berfikir kot… 

Terasa insaf seketika. Ajal, maut, rezeki, johoh pertemuan dan tanah kubur di tangan Tuhan. Begitulah kata-kata Tuan Hj. Yaakop Omar, Direktor aku di Ipoh. Tuhan, Terima kasih kerana memberikan aku hidup ini.

Esok, penerbangan ke KL. Aku tidak jadi transfer ke Kuching buat masa ini kerana office di Subang perlukan manager. Ok juga la, lebih dekat dgn A.I.C senang jalankan tugas.

 

salam sayang

9 Responses to Aku dan Nuri

  1. syeikhryz says:

    salam…setiap urusan pembelian brg2 utk faksiliti negara memang wujud unsur2 korupsi..sebab tu nuri still di pakai kerajaan..sebab setiap tahun nuri punya maintainance berjuta2,so boleh bagi makan dekat krni kan?.hahahhaha..kalau nuri dah xpakai lagi,nak songlap duit negara mcm mana?….so,kita wajib mengubah kerajaan dan sistem yg sedia ada…….sistem yg bobrok ni mesti di tukar….dah rosak teruk!.

  2. de_keirnchi says:

    salam cik lady mariah…

    Kau bakal balik ke Semananjung kah…huhhu

    Kau naik belon, yang kukuh takpa, jangan naik pesawat forker yang ada sarang burung tu dah lah.. hehehe..

    Dulu ada kawan pegawai teknik kat Airod, cakap gerigi gear helipkopter nuri yang dihantar betul kat situ, dah licin takder gear dah..huhhuuu..takut ooo…berani sungguh para sojer kita ni ehhh…

  3. ladymariah says:

    wah… kalau betul beritanya sedemikian memang sengaja cari nahas la tu. waduh waduh.

  4. Pembebel says:

    Alamak! Agak2, kalo orang tu gi dedah kat Harakah, dapat duit x? Berita panas tu.. Hehe..

  5. airynnz says:

    salam ladymariah…dah pernah naik nuri ek? apa rasa ek?

  6. ladymariah says:

    Pembebel,
    Dedah kat Suara Keadilan sekali. Kalau boleh bagitau kat Web 8TV and suruh pakcik kasiran bawa kamera sekali. Mesti gempak. Kalah Melodi.

    Airynnz,
    Saya memang pernah naik Nuri tp time to saya tak tau pun pasal kes helikopter jenis ni. Saya bangga dapat naik Nuri time tu. Tapi dapat tahu tahap keselamatan heli mcm kejadian baru2 ni, jadi seram sejuk pulak. Nasib baik saya naik Nuri time tu tak lama. Itupun cuaca baik and sekejap je berada di ruang udara…

  7. Mr.Bilik Sebelah says:

    Ajal maut ditangan Tuhan.. Tak payah naik heli kalu nak mati, naik darah pun boleh mati.. Maksud aku disini, bile2 pun kita boleh mati.. Masa tulis komen ni pun, kalau Tuhan nak matikan kita, dah mati dah..

  8. syeikhryz says:

    so,mcmmana seminar blog ptg td?…ok?..saya nak pergi(dah on the way pun)tapi ada masalah dlm perjalanan..so terpaksa batalkan…..sedih jgk,psl dah janji dgn Ahan.sampaikan slm kat kwn AIC yg lain!…

  9. ladymariah says:

    seminar ok… saya dan matkeri sampai dulu kemudian tan. and diikuti oleh yg lain2 termasuk panel. web tv8 datang jugak. hujan lebat time tu… ramai yg tak dtg.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: