Terus memblog

My flight to KL on Saturday was tergesa-gesa coz Boss nak aku sampai KL before dinner. Nasib baik sempat. And sempat lepak kat tempat lama enjoy group  band baru.

Ahad, aku bangun awal coz nak hantar pakaian kat lobi berdekatan hotel tapi aku tak jumpa. So, aku pendamkan hajat. Terus bergegas ke Shah’s Village Hotel untuk Seminar Blog. Mula-mula aku ingatkan aku dah lambat tapi rupanya cuma Matkeri sorang je yang dah sampai. Tapi ok la jugak coz tak payah buat banyak benda. Semua dah tersedia. Tidak lama lepas tu Tan pun sampai and kamu bertiga sempat minum kejap kat mamak stall berdekatan hotel. Petang tu hujan lebat menyebabkan ramai yang tak datang.

Keseluruhan seminar terkawal dan mendapat liputan dari Web TV8. Panel yang datang Sultan Muzaffar, Soon Li Tsin dan Jeremiah Foo. Ketiga-tiga mereka memang cool ditambah lagi dengan kehadiran Nat yang memeriahkan suasana. Dari awal lagi Matkeri dan Ahan suruh aku sampaikan gift untuk ahli panel tapi aku tak nak. Last-last, Rahimi panggil juga nama aku. Apa lagi, bedal je la takkan nak lambat-lambatkan masa pula.

Sebelum pulang, kami lepak sebenter di A&W sambil menunggu hujan berhenti. Tan hantar aku dan seorang saudara kita dari AIC UK balik. Malam tu, aku tak dapat tidur coz Isnin merupakan my hearing kat Mahkamah Jalan Duta. Namun, aku happy giler bila keputusan dari hakim merupakan perkataan yang aku tunggu-tunggu.

“Anda bebas”  itu sahaja perkataan yang aku masih ingat sampai sekarang. Aku dibebaskan dari tuduhan kerana air kencingku tidak mengandungi dadah. Salah seorang kawanku yang ditangkap pada malam itu menyuruhku untuk membuat saman terhadap PDRM tapi aku malaslah nak panjang-panjangkan keadaan. Anggap sahaja Lokap dan Penjara yang aku duduki dulu sebagai pengalaman untuk melihat keadaan yang berlaku di dalam sana.

Pada malam itu, aku menonton Bulletin TV3. Wartawan ada bertanya kepada TPM Najib berkenaan dengan ancaman terhadap blogger (Penangkapan Nat) dan Najib cuma menjawab pendek dengan mengatakan bahawa tiada kena mengena dan ia bukan ancaman. Pendek je jawapan dia mungkin tak sangka TV3 bertanyakan soalan tersebut.

Hari ini, aku berada di ofis. Ofis mana? Hahaha. Aku kembali ke Sabah malam tadi kerana ada beberapa hal office perlu aku selesaikan. Boss sibuk dalam minggu ni. Akulah yang jadi bola yang ditendang ke sana ke mari. Hari ni juga aku dapat email dari Merpati Jingga. Pusingan seterusnya aku terpilih lagi.
Tajuk: ‘Mengatasi Gangsterisme Dalam Generasi Pasca-Merdeka di Malaysia’. 
Lepas ni aku akan cari idea pula untuk esei ni dan seterusnya berblog seperti biasa. Walaupun ramai blogger yang takut dengan perkara yang berlaku kepada Nat, tapi aku akan terus memblog. Yang penting, kita bertanggungjawab dengan apa yang kita taip. Kita punya hak untuk bersuara!

Malaysia Today

Raja Petra Kamarudin has been summoned to the Dang Wangi Police Station, Jalan Staduim, at 11.00am today (25 July 2007) for his statement to be recorded with regards to the police report made by the Umno Information Chief. It is believed a second police report has also been made with regards to the article Raja Petra wrote called ‘See you in hell Muhamad son of Muhamad’.

p/s: Semasa menaip blog ini, aku baru menerima SMS berbunyi:
Nazri Aziz arah polis guna ISA/Akta Hasutan tekan blogger. Skrg Raja Petra dipanggil ke IPD Dang Wangi krn laporan polis oleh K.Penerangan Umno Mohd. Taib.

***********

6 Responses to Terus memblog

  1. penagrafiky says:

    lady mariah!
    teruskan mengkhabarkan isu2 terbaru. manfaatkan blog secukupnya!
    great!!

  2. de_keirnchi says:

    Salam lady_mariah

    Semalam ada dengar seorang pemanggil di radio hot FM yang berkata para bloggers ni perasan..dan dia tak membaca pun blog-blog ni buang masa…tapi yang lawak bila ditanya kalau blog tu ada unsur positif dia baca tak…dia jawab.baca dan kita harus sokong benda baik ni…alahaii nampak sangat pemanggil ni yang perasan..sebab tulah dia hipokrit..heehehe

  3. Teruskan memblog dan menyebarkan kebaikan.🙂

  4. Pembebel says:

    Haha.. Kalo aku tau ko masuk lokap ari tu aku nak ziarah. Hehe. Lol.. Apsal x saman? Munyit bergayut sebelah kaki tol la..

  5. ladymariah says:

    ya ampun… bila aku ingat2kan dari mula aku kena hantar masuk lokap, aku memang nak saman jer pdrm tapi bila melalui semua prosedur tu aku tahu diorang akan melambat-lambatkan hal ni sebab aku bz sangat. time hearing tu pun boss hanter je kat court n aku sorang je coz semua bz. buang masa betul!

  6. pirut says:

    Helo lady mariah..nice to read your blog. Saya jarang jumpa bloggers yang muda seperti awak. Anyway, tahniah dan teruskan memblog!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: