Keluar Parti

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak mengumumkan keluar dari PKR pada 13 Ogos 2007. Aku terkejut apabila mendengar berita ini dari seorang rakan yang didengarnya dari stesen radio tempatan.

Saidatul Badru mengambil keputusan keluar parti dan menyokong kepimpinan Pak Lah dan Ketua Menteri Sabah Musa Aman demi perpaduan ummah.

Saya kurang faham apakah kaitannya dengan keluar parti dan perpaduan ummah? Beliau punya alasan tersendiri untuk mempertahankan haknya sebagai rakyat Malaysia tetapi ada timbul tanda tanya di dalam diri saya sekarang. Mengapakah beberapa orang yang tidak terpilih dalam Jawatankuasa Tertinggi di Sabah sangat mudah untuk mengheboh-hebohkan mereka ingin keluar daripada parti?

Adakah mereka cuma ingin mengambil kesempatan dengan kekuatan PKR untuk menjadi pemimpin? Mengapa perlu jawatan-jawatan tertinggi selalunya dimonopoli oleh anak-anak mahupun cucu-cucu dan saudara mara pemimpin-pemimpin yang terdahulu? Adakah kita mahu kerajaan Sabah ini menjadi mangsa pimpinan keluarga? Kita tiada sistem beraja di negeri ini. So, janganlah biarkan orang-orang yang tidak sepatutnya untuk menaiki singgahsana.

p/s: Saya sibuk dengan kerja. Tiada masa untuk update blog selalu. So sorry…

9 Responses to Keluar Parti

  1. sam says:

    Saudari,
    Keluar parti masuk parti ini sudah menjadi lumrah dalam arena politik di Sabah, tidak ada yang menghairankan, kita mesti sokong tindakan Datin Saidatul kerana tujuan beliau masuk UMNO dan menyokong kepimpinan PakLah dan Musa Aman adalah untuk penyatuan ummah dan pada hemah Datin sendiri, pasti bahawa melalui pembangkang penyatuam ummah ini tidak dapat dilaksanakan apa alasannya hanya Datin sahaja yang tahu jawabannya. Saya menyokong tindakan ini dan laksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut dalam UMNO sebaik mungkin jangan hanya cakap sahaja tetapi tiada kesungguhan.

    Kita mahu pemimpin yang tegas berani dan berkeupayaan menyatuhkan ummah dalam ertikata yang sebenarnya.

    Syabas…Datin

  2. ladymariah says:

    Ewah ewah… saya belum baca comment ni Mr. Sam sudah call nak bagitau dia ada drop comment. Huhuhu. Thanks for ur opinion, boss. Kita punya pandangan masing-masing. Kita punya pegangan masing-masing. Terpulanglah pada kita sama ada untuk terus bertahan ataupun tidak teguh pada pendirian. Pada pandangan saya, biar berpegang pada pendirian yang benar dan biar mengalah tapi bermaruah…

  3. dekerinchi says:

    Salam ladymariah

    Selalu nya yang keluar parti, adalah orang-orang yang kecewa…

    Sangat kecil orang yang berjuang dengan ikhlas….

  4. sam says:

    Salam Saudari,

    Memang betul apa yang saudari katakan itu, dan saya juga sependapat dengan kenyataan dekerinci bahawa pada kebiasaannya mereka-mereka yang keluar parti ini disebabkan kecewa dengan sesuatu perkara, sebab itu kita tidak perlu hairan dengan gejala katak ini. Memang pemimpin yang ikhlas dan benar-benar berjuang untuk rakyat amat sedikit, kita mengharapkan PKR dapat melahirkan pemimpin-pemimpa yang bukan sahaja komited kepada perjuangan parti tetapi mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi, jujur, ikhlas dan menempatkan kepentingan rakyat ditempat yang paling tinggi.

    Salam Reformasi

  5. Life Of 'AKU' The Episode says:

    islam jalan penyelesaiannya… ikhlas itu tunjangnya…. berjuang kerana nama … kan apa ada pada nama …. islam hual halv..izin add url ni.. syukran

  6. affuan says:

    Hm.. Aku sokong part ‘kecewa’ tu. Hehe.

  7. Farrel says:

    Ladymariah said ~”Mengapa perlu jawatan-jawatan tertinggi selalunya dimonopoli oleh anak-anak mahupun cucu-cucu dan saudara mara pemimpin-pemimpin yang terdahulu? Adakah kita mahu kerajaan Sabah ini menjadi mangsa pimpinan keluarga? Kita tiada sistem beraja di negeri ini. So, janganlah biarkan orang-orang yang tidak sepatutnya untuk menaiki singgahsana”…

    Srikandi Reformasi, Nora (yang baru bertindak keluar KEADILAN dan menyertai PAS dan GERAK) said ~”Nora tidak akan menuruti mereka yang hanya mahu mencium tangan Anwar Ibrahim. Kalau itu sekarang syarat untuk masuk Keadilan maka Keadilan yang kami kenal sudah mati. Apa yang berlaku dalam Keadilan semakin hari semakin buruk. Anwar Ibrahim dan Wan Azizah mahu parti itu seperti PARTI KELUARGA mereka. Mereka mahu agenda Parti Keadilan agenda mereka dan ramai yang masih terpengaruh dengan manis kata-kata. Reformasi adalah tuntutan perubahan. Kalau reformasi itu tidak boleh menegur dan mengkritik Parti Keadilan Nasional maka semestilah ini akan jadi seperti kepimpinan UMNO.

    Farrel said : Apa pandangan Ladymariah?

  8. godservant says:

    Mmmm.. I am disappointed but still under control. I dun’ understand but still available to rethink it for my ownself. Mmmm..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: