Wanita Telanjang

Seorang wanita telanjang
menunggu saatnya
Agar terlepas pikulan dosa
Wanita itu, kini termakan budi berbala
oleh seorang korupsi tembaga
Jerat bibir lancip
memaku kepada pemahat ayat-ayat disana
Sungguh cemar maruahnya
Kesiankah kita pada wanita itu?
Dia tidak punya apa-apa
Ditinggalkan oleh sang cintanya
dengan beban dosa
Menuju ke pangkal jalan
tanpa seurat benang
Lantas ditertawakan
kerana lantang suara tapi dia telanjang
Dia melangkah
sedang jarum-jarum mencucuk telapak kaki
Darah berlumuran
namun jiwanya kuat
Dia tetap teruskan langkah
Telanjang
Sambil suara tertawa itu makin jelas
Di hadapannya menunggu selimut tebal
Tapi di belakangnya
ada tersedia baju kegemarannya
Selimut tebal masih jauh perjalanan
Baju kegemaran cuma berundur setapak ke belakang
Namun pasti hancur maruahnya
Mahukah wanita itu hancur maruahnya untuk kali ke-2?

8 Responses to Wanita Telanjang

  1. sam says:

    Lady Mariah,

    Baru sat ni, depo tau yang hang ni pandai buat puisi, agaknya saya faham apa yang diungkapkan oleh saudari dan yang pasti bagi saya, apapun situasinya langkah – langkah perjuangan ini tetap diteruskan melalui PKR, kita tidak akan menoleh ke belakang apatah lagi melangkah ke belakang dan meninggalkan bait-bait wadah perjuangan PKR.

    Berjaung Tetap Berjuang Demi Kaum RUNGUS

  2. de_kerinchi says:

    lady mariah, dalam maksud tu…tajuk pun dah ada tarikan..yang best ayat ni seorang korupsi tembaga ..huhu

  3. mscforum says:

    tak mengapa.telanjang atau ditelanjangkan atau menelanjangkan tubuh, tanda manusia ini telah tahu menilai dirinya..kembali kepada keperluan diri dan tubuhnya. Maka maruah bagi manusia yang ditelanjangkan atau menelanjangkan dirinya terletak pada mata-mata yg akan menutupi pandangannya dari kehinaan insan lain.Indahnya ciptaan tuhan,cermin ini banyak gunanya.

  4. nazhasecret says:

    dasyat nye puisi ni..walaupun kureng paham maksud sebenar tp sy suka.ape2 pun thanks jenguk blog sy

  5. cicakkuat says:

    Sungguh indah puisi itu. Terasa ingin aku sambung. Dengar ya..

    jika hari itu wanita telanjang
    mungkin tiada fikirnya panjang
    kerana otaknya tiada ruang
    untuk mencari sedetik peluang
    menjengok kehitaman simpang

    jika hari itu wanita telanjang
    mungkin kerana bodoh menjadi petualang
    nafsu menjadi dalang
    namun tiada iman untuk menghalang

    jika hari itu wanita telanjang
    mungkin dia terlupa berfikir panjang
    untuk melalui denai2 gampang

    jika hari itu wanita telanjang
    mungkin dia sesat di simpang
    tiada jumpa jalan ingin pulang
    untuk menjadi seorang pejuang

    jika hari itu wanita telanjang
    mungkin dia sudah hilang
    akal yang panjang
    untuk kenal siapa petualang

    hahahha mungkin tiada lagi peluang
    untuk dia mengulang perbuatan telanjang
    kerana wanita sudah pandai berfikir panjang
    bijak mencari simpang
    bagus membunuh petualang
    baik mencari iman.

    Sekian huhu hal ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Aku saja2 tumpang lalu ya. Jangan marah.

  6. Nice Poem, saya bikin yang lain untuk dia ye

    Dia sudah berlaku
    zalim pada yang berhajat
    kini dia bersembunyi
    di balik punggung
    sang musang rakus

    Wahai jiwa yang kejam
    jangan kau lacuri lagi
    bibirmu dengan kalimah

    perpaduan ummah
    laillah ha illallah
    muhammad rasullah
    demi memenuhi wadah kangen
    iblismu yang tidak akan
    pernah perpenuh

    kerna kangen tiada
    kengen yang lebih muluk
    dari kengenkan Rab penciptaMU
    Muhammad Rasullah Allah.

    Wahai jiwa yang alpa
    Pulanglah
    Jalan pulang sentiasa
    terbuka luas untukmu
    kerna DIA
    Maha pengampun
    lagi maha penyayang

    *kangen means keinginan yang sangat kuat, kerinduan etc etc.

    Saya tidak menyokong mana-mana partai tapi Saidatul Badru adalah contoh klasik kesan dari keganasan Kapitalis Sibernatik sejagat. Imagine dia ibu kita.

  7. ladymariah says:

    Salam untuk semua. Terima kasih diatas segala respon yang di’post’kan ke tajuk ini tetapi saya terpaksa men’delete’ beberapa comment yang tidak berkaitan. Ampun Maaf. Salam Sayang.

  8. akbar says:

    ingin skali date kamu
    kalau bisa tolong kirim ke email gue

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: