Undangan ke Ceramah Politik

Dengan ini saudara dijemput ke Dewan Wong Kok, Melinsung Papar, Sabah malam jam 8:00 malam ini (31/Oktober). Di jangka 1000-2000 orang bakal hadir.

Ismaily Hj. Bungsu, Dr. Jeffrey Kitingan dan mantan (Peguam) YB Chau Chin Tang akan menyampaikan ucapan.

Apakah isu-isu yang bakal dibicarakan? Silalah datang beramai-ramai. Kehadiran saudara amat diharapkan. Terima Kasih.

2 Responses to Undangan ke Ceramah Politik

  1. ladymariah says:

    PARLIMEN Kimanis mempunyai pengundi hampir 22 ribu. Kimanis mempunyai 2 ADUN. Baik Parlimen atau kedua-dua ADUN dimenangi oleh BN lewat pilihanraya lalu, tetapi kemenangan agak tidaklah banyak sangat kerana di Parlimen PKN mendapat undi hampir 8,000, makala di ADUN hanya kalah kira-kira seribu lebih. Pengundi Kadazan di kawasan Kimanis kira 45%, sedang Melayu Islam hampir 55%. Pengundi China agak kurang dan pengundi hantu pula tidaklah begitu banyak sangat dan tidaklah dikhuatirkan.

    Pilihanraya lalu, PBS yang mendapat sambutan hebat dari kalangan Kadazan baru saja menyertai BN dan masih suci dan kehadiran PBS ketika itu membawa tuah kepada BN kerana Kadazan ketika itu menyebelahi UMNO, lagi pula pelantikan Datuk Musa ketika itu baru saja dan tentu belum kelihatan tong tahinya dan KADAZAN dan Melayu ketika itu masih percaya, meski demikian PKR di Parlimen dapatlah juga undi hampir 8,000.

    Tetapi sekarang, akibat setelah UMNO berkuasa, seluruh jawatan di Parlimen dirakus oleh UMNO dan yang memeggang jawatan adalah suku sakat mereka. Bukan itu, saja malah semua projek menjadi milik keluarga pemimpin UMNO. Orang Kadzan ditipu dan hanya melihat projek dan segala macam dengan putih mata tanpa perbuat apa-apa kerana Pairin sendiri tidak dapat berkuasa atas sebab terpaksa akur dengan sistem kabinet dan akhirnya orang Kadazan dusun memiliki DENDAM yang tersimpan di dada dan hanya menunggu waktu.

    Kadazan Dusun yang sejumlah 45% sudah marah sangat dan rata-rata mereka punya dendam untuk melingkupkah kepimpinan UMNO dan orang Melayu yang dalam UMNOpun dendam sangat kerana mereka yang bukan keluarga terpinggir. Orang Binsulok yang dulu 60 menyokong BN sudah mula mengeluh kerana mereka tidak dapat apa-apa. Orang Pimping dan kg Brunei yang 70% menyokong PKR disepit dan hidup mereka langsung tidak dipeduli, malah baru-baru ini dikasih pula derma beras hancur yang kata orang Kadazan “sesuai untuk makanan anjing”. Begitulah ceritanya.

    Dan salah seorang Menteri UMNO pula berkata” kalau haji Ismaily tanding MP Kimanis/arahkan orang UMNO mengundi Haji ismaily” Demi Allah, inilah kenyataannya. Bukan kerana Haji ismaily yang mahu bertanding, tetapi kerana orang UMNO sendiri benci sangat pemimpinnya yang tamak, rakus, haloba dan segala macam. Berdasarkan kenyataan yang diperkatakan, maka jelas ADUN Membakut, Adun Bongawan dan parlimen Kimanis akan jatuh ke tangan PKR dan diramalkan UMNO/BN di dua ADUN dan Parlimen Kimanis hanya akan meraih undi 20%, itupun kiranya terdapat calon Bebas di kalangan orang UMNO yang tidak terpilih, maka undi itu akan dibahagia dua lagi dan tenmtu saja UMNO akan meraih undi 10-15% kerana pengundi PKR terdiri dari 45% sudah jelas, cuma mahu mendapatkan pengundi Melayu lagi yang sehingga kini belum kami gegar kerana menjaga kepentingan sebahagian dari kawan-kawan di dalam UMNO.

    Kami bergerak secara diam-diam dan tidak hairan BN di Sabah kalah kerana sejarah telah menyatakan bahawa sudah 2 kali parti kerajaan tumbang oleh rakyat yang marah dan politik di Sabah memang unik dan kalau sudah Kadazan dan China bersatu, maka jatuhlah pemerintah.

    Kita tunggu kenyataan ini dan saya sendiri sebenarnya dalam kerajaan sedikit masa dulu sebelum meninggalkan perkhidmatan awam telah dipindah ke Kementerian sosial dan demi allah 7 bulan gaji ditahan tanpa siapa tahu, malah dipindah semula tanpa kamar dan sebelumnya kamar saya dirampas yang menyebabkan saya sebagai pengarah kebudayaan dulunya duduk di kerusi kerani/lalu di kasih kamar tanpa kerusi dan meja. menangis tak berair mata, tetapi saya yang jenis tidak tunduk menyembah, maka terus juga berjuang dalam parti keadilan dan alhamdulilah/rupanya rezeki ada di mana-mana/setelah diseksa begitu rupa rezeki pula datang bergolek/tanpa gajipun saya bisa makan dan nampaknya rezeki terus datang tanpa henti-henti. Tuhan maha adil dan kita lihat kenyataan kata-kata saya ini.

    Parti keadilan di Sabah akan merampas kepimpinan barisan nasional dan tentu saja Pak Lah akan terkejut keranakata-kata pak Ampu kalangan UMNO sebenarnya tidak benar.

    ISMAILY HJ. BUNGSU
    Watan_Sabah@yahoogroups.com

  2. ismaily says:

    8 orang ceramah. Terlalu ramai. X berucap coz limit masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: