Kad Pengenalan Percuma!

Saya sekarang berada di Lapangan Terbang Tawau, Sabah sedang menunggu penerbangan ke Kota Kinabalu dan akan terus terbang ke Miri seterusnya meneruskan perjalanan ke Bintulu, Sarawak.

Tadi ketika dalam teksi (perjalanan dari Bandar Tawau ke Airport), saya sempat bersembang-sembang dengan pemandu teksi tersebut. Perbualan kami lebih berkisar mengenai politik Malaysia yang lebih saya fokuskan kepada negeri Sabah sendiri. Menurutnya, beliau merupakan pesara dari Telekom Malaysia Bhd dan tidak berminat untuk bergiat aktif dalam bidang politik.

Pakcik tersebut mempunyai pandangan yang agak menarik minat saya. Dia tidak suka untuk terlibat dalam politik kerana politik itu kotor, politik itu merosakkan akhlak dan politik itu ibarat perjudian untuk memenangi kekuasaan dan harta. Katanya lagi, pemimpin merupakan manusia yang ‘cakap tak serupa bikin’. Jestru saya bertanya kenapa dia berkata sedemikian.

Jawapannya mudah sahaja “Nak, saya tidak mahu melihat politik itu terlalu besar sampai bercakap berkenaan budget Malaysia ataupun dasar yang digubal di negara kita. Lihatlah sahaja daerah Tawau ini. Pendatang asing dari Indonesia menjadi peniaga yang kaya dan kami hidup menderita. Ini kerana pendatang asing mengampu pemimpin dengan  bayaran yang amat tinggi. Maka, mereka mendapat hadiah percuma KAD PENGENALAN”.

Kami terus sahaja berbual-bual. Berkenaan Kad Pengenalan percuma itu benar atau tidak, jawapannya hanya bisa dijawab oleh Jabatan Pendaftaran, Tawau.

12 Responses to Kad Pengenalan Percuma!

  1. Pembebel says:

    Tidak lupa juga kat Kelantan ramai Siam yang jadik kaya bila masuk Malaysia. Dapat IC gak kot! Haram jadah! Muahaha!!

  2. dekerinchi says:

    Salam Ladymariah…

    Bila mau balik semenanjung..🙂

    Dalam hal kad pengenalan ni, kalau IC ni diberi sewenang-wenangnya kepada warga asing, ia akan mewujudkan satu keadan merbahaya didalam negara kita dan harus dibenters…

    Kalau kita boleh mencari bukti maka ia adalah lebih baik….harap mereka yang ada bersangkut paut dalam hal ini ….dapat insaf dan mendedahkan kepincangan ini..

  3. ladymariah says:

    Salam…

    Belum ada perancangan untuk ke semenanjung la dekerinchi.

    Sudah banyak pendedahan yang dibuat di negeri Sabah berkenaan kad pendenalan tetapi tidak dihiraukan. Kerajaan perlukan undi untuk Pilihanraya…

  4. Affuan says:

    ya ya. jangan percaya cakap kerajaan. tipoo sume tuh. hehe.

  5. unknown says:

    yeah Mariah.. d sabah tu ada warga asing jadi tokeh stesen minyak petronas… bugis lg tu jd tokeh minyak..

  6. Aris Arapa says:

    Aiyo… bukan ramai ahli PKR Sabah di Pantai Timur tu BUGIS ka? Siap jadi calon lagi. Lagi mau kutuk. Ludah ke langit, terkena muka sendiri.

  7. Rakyat Malaysia says:

    Pasal kad pengenalan tu memang betul. Ada seorang kawan saya orang Siam, kawin dengan orang malaysia dah lebih 10 tahun, tak pernakh dapat IC. Dekat pilihanraya yang ke 12 ni asyik senyum je. Tanya la dia, katanya dia boleh buat loan kat Malaysia ni. Pelik pulak kenapa tak de IC boleh buat loan kat Malsyia ni. Dia terus bukak wallet dia, ada IC.. biru lagi. Tarikh lahir semua betul cuma dia tak de surat beranak je. Yang seronok tu dia kata syaratnya tak payah balik kelantan untuk undi BN dah automatic pangkah dah. Kami ni rakyat malaysia terpaksa mintak sedekah nak cari sesuap nasi. Betul-betul kerajaan Bn da jual rakyat malaysia. Busknya politik kat Malaysia ni, sanggup buat macam tu. Mengikut kawan saya lebih kurang 20000 kad pengenalan dikeluarkan khas untuk kelntan je. Itu anggran sebab kita boleh lihat ramai orang siam kat seluruh semenanjung ni meniaga Tom Yam. Pikir-pikir la

  8. suaa says:

    habis bagaimana pulak ngan nasib seseorang yg sememangnyer sudah lama tinggal disabah.lahir di sabah bersekolah di sabah..adek beradik pon ade ic..ahli2 keluarga lain pon dh lama menetap di sabah dn mempunyai IC dn bekerja..dan seorang ayah dh lama memohon utk kewarganegaraan begitu lama sehingga 10 tahun..sampai sekarang pon belum ada balasan lagi..,kenapa sukar sgt ? seolah2 macam hendak menghukum,sehingga seorang anak pon sukar dn tidak layak memohon IC..sedangkn die mempunyai surat lahir..w/pon ayah die mempunyai IC.

  9. Aris Arapa says:

    Kalau bab undi suku kaum BUGIS kepada PKR semua penyokong PKR mau, tapi lagi mau kutuk kata orang BUGIS pendatang. Aiyo!!! Tengok ja di pantai timur sabah, berapa puluh or even ratus ribu penyokong PKR terdiri daripada suku kaum BUGIS.

  10. juaini says:

    napa mesti bugis ja disalahkan..cuba fikir jauh2…camana mudah pun mereka dpt IC tp klu kita snts berusaha…rajin berusaha…berani mencuba risiko…ada ic pun PTI klu kita cepat rebut peluang..mrk akan kuasai kita ka…tdk kah kita berfikir napa mereka jauh lbh maju?bkn sbb kerna ic..kita yg dah lama beri mereka peluang…kita leka sbb kita ada ic…bila mrk ada peluang ada ic cam kita….jgnkan tauke minyak…pelajar2 yg ramai di ipt adalah drp mrk…mungkin sabah maju pun sbb dorng…mereka ada ic..mereka tambah maju..mereka wujudkan peluang keja kat penduduk sabah jati yg sdh lama ada ic …kita mampu halau mereka dgn cara kita jd BOS di tmpt kita sndiri…klu ada ic tp jd kuli…kita yg bos ni tak la byr pasport pkerja yg mahal tu kan….sbenarnya peristiwa projek ic ni mengejutkan kita yg sdh lama ‘tido’..

  11. MUTALIB M.D says:

    Well congratulation on your guts. You are welcome to visit my blog http://mutalibmd.blogspot.com to witness your self the clandistine behind IC PALSU.

  12. W says:

    Apa lh nasib, aq yg nk smbung blajr pn susah.. Empat adk bradk d bwh ku smua dh dpt ic,
    Aq jak nie surat lahir pn blum datang2 lgi apa g ic. Dh brapa thun dh mnggu smpai krg.. Jbtn pndftrn yg slah, aq yg mnggung nye smua…trpksa nggu g nie..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: