Rumahku, Rumah Rakyatku, Undi Aku…

tun-sakaran-dandai.jpg

Rumah Datuk Nasir Tun Sakaran

hj-mohd-yusof-afdal.jpg

Rumah Mohd Yusof Afdal

 

tansri-bernard-dompok.jpg

Rumah Tan Sri Bernard Dompok

datuk-osu-sukam-raja-judi-sbaah.jpg

Rumah Datuk Osu Sukam (Raja Judi Sabah)

datuk-hj-salleh-tun-said.jpg

Rumah Datuk Salleh Tun Said

datuk-hj-sapawi-ahmad.jpg

Rumah Datuk Hj. Sapawi Ahmad

yg-datuk-japlin-ahkim.jpg

Rumah Datuk Japlin Ahkim

datuk-nasir-yeo.jpg

Rumah Datuk Nasir Yeo

datuk-uzair-yahya.jpg

Rumah Datuk Uzair Yahya

hj-ramli-marahaban-menantu-sakaran-dandai.jpg

Rumah Ramli Marahaban (Menantu Sakaran Dandai)

sulap.jpg

Sulap-sulap (Pondok) Petani di Sabah

bn-hebat.jpg

Rumah salah 1 keluarga Pengundi BN di Sabah

***Lu apa mau cakap sekarang Boss? Lu hilang 1 undi wwoorrr….

64 Responses to Rumahku, Rumah Rakyatku, Undi Aku…

  1. adihamka says:

    good job mariah!!
    hebahkan pada rakyat..confirm byk undi hilang..hehe!

  2. elhakim says:

    love u lady mariah…..!!!
    superb work
    emperor will be pleaseeeeeeeeeed

  3. dekerinchi says:

    salam Lady_mariah

    Wah..bagus kerja kamu ni….

    first time, tengok rumah pemimpin sabah…what ever, dia punya kos bina pagar boleh buat sebiji rumah…

  4. bicarasamaawan says:

    yang kaya bertambah kaya, yang miskin papakedana!

  5. khairulnizambakeri says:

    Inilah namanya pembahagian kekayaan negara sama rata dalam Malaysia.
    Syabas BN!

  6. gomputut says:

    check out rumah YB Masrani Parman di Kg Pinggan2 Pitas. the biggest building in the district!! Pitas is daerah paling mundur di Sabah.

  7. ladymariah says:

    Yeap. Masrani my YB tu boss. Susah kalau letak gambar banglo dia sini nanti bini muda di Kg. Kabatasan tu jealous. Sudah ada rumah baru beb!

    • linda osman says:

      ape-ape pun yang kamu umpat-umpat 2 tambah pahala…napalah berselindung di sebalik nama yang kononnya ingin membela nasib bangsa sendiri..Lebih baik tukar kerja jadi wartawan or jurugambar cz boleh tahan hasil kerja tangan kau ni nampak cam pro..tak de gambar tandas dorang ke??? cz sya dengar2 ada emas di tandas drg 2,tak berminat ke?..sya rasa eloklah tengok disekeliling kau dulu,saudara mara perfect sangat ke ..mungkin semua dah jadi lawyer,pro photographer or etc..saya bukannya apa nak mengingatkan ja cz inilah sifat yang akan menjatuhkan bangsa sendiri..so klu minat sangat berkarya cubalah buat majalah sendiri ‘KOPOVAsian’nanti saya jadi pelanggan tetap..tapi nasihat saya kalau nak ambil gambar minta izin dululah dengan tuan rumah nnti tak pasal2 masuk kes polis pla..klu nak tegur orang jangan tegur masa berlari mesti tak dengar punya..

  8. gambar umah pemimpin pembangkang seperti anwar, jeffery kitings, etc.. mane? xkan pemimpin bn je.. cam bias je.. just my 2 cents🙂

  9. ladymariah says:

    Lepas pembangkang menang barulah i ambil gambar rumah diorang coz kalau nak letak gambar rumah diorang skrg ni bukannya diorang guna wang rakyat tapi hasil titik peluh sendiri. Harap Maklum.

  10. kan otai2 pembangkang cam anwar, jeffrey, etc.. tu perna jadi yb & menteri juga..dan mmg tdk mustahil rumah diorang pun dibina menggunakan WANG RAKYAT..setuju atau tak kalau saya katakan, baik pemimpin mahupun pembangkang sama sahaja..menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri, mereka & keluarga mereka..so..jgn bias semata2 nak kan pembangkang menang..gune la taktik lain..bukan taktik murahan camnie.. :p

  11. ladymariah says:

    Kenapa komen pakai nickname? Buat la blog sendiri and tunjuk taktik awak yang mahal tu. Blog ni aku punya suka hati la isu apa yang aku nak post. Kau bantah je la apa yg ko tak puas hati. Itu hak ko. Pecah kaca, pecah gelas. Lepas baca, harap balas. Sekian dan terima kasih!

  12. huh?! so..awak setujulah ni apa2 yang awak postkan hanyalah luahan perasaan semata2 tanpa bersandarkan pada fakta penuh? kiranya, awak hanya umumkan separuh kebenaran & sanggup ketepikan kebenaran yang separuh lagi tu..ermm..bias tu baby bias…ermmm. etika baby etika…etika tu penting :p

    • Tok guru says:

      Jefri , Anwar ada rumah besar juga. kiralah jumlah BN dan Barisan Altanatif, siapa lebih teruk. Jangan hilang nampak isu macam hanya kau tahu bias, etika. Yang Barisan lebih bias, tak etika? Tiada 100 % baik tapi ada yang siapa lebih teruk. Orang macam kau marah polis tankap pencuri besar tapi tak tankap pencuri kecil.

  13. Indie Of Borneo jr says:

    Dulu kala kita berpergian ke Kuala Lumpur, maka orang di sana akan bertanya “datang dari mana?”, Maka kitapun dengan bangga menjawab “dari Sabah”. Bila disebut Sabah maka orang Semananjung Malaysia pasti mengatakan orang Sabah kaya kerana ada balak. Itu di zaman dulu dan memang ketika itu Sabah merupakan negeri yang kaya, tetapi sekarang kalau ditanya dan jawaban kita sama “dari Sabah”, maka mereka segera bertanya “Kerja kilang mana?” Begitulah keadaan Sabah.
    Sabah ada kayu balak, ada tembaga, ada kepala sawit, ada hutan tebal dan sekarang merupakan negeri yang terbesar memiliki telaga minyak terbesar di tengara asia dan sabah bolehlah dikatakan terkaya, terbilang, terkenal kerana gunungnya tertinggi dan macam-macam, tetapi yang aneh dan ajaibnya Sabah merupakan negeri termiskin sekali (23%) dan sama dengan kemiskinan di Afrika Selatan.fikirkan la!

  14. Indie Of Borneo jr says:

    Pernah kah pemimpin kita terfikir akan orang yang susah di pendalaman??kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..ada kekadang tidak makan..berangkali ada lah juga..tapi sejauhmana perihatin kita nda tau..rumah banglo bak istana..sekiranya anda begitu?Pembangunan yang dijanjikan,jalan raya keluar kampung(bullshit)..Dulu Yayasan Sabah bekalkan pen,buku,kasut dan lain2 utk orang miskin..100 peratus daripada hasil bumi sabah hanya kita dapat 5 persen..Minyak naik dan barang semua naik,kita ikat perut..kita tidak kira siapa pembangkang atau siapa parti kerajaan..yang penting pemimpin yang benar..semua manusia ada perasaan gila..sekarang?Wujud kah pemimpin yang benar mengambil perhatian dan peka terhadap rakyat..Adakah semangat Allahyarham Tun Mustapa “father of Sabah’s independence” akan kembali membangkit kan semangat rakyat orang kita?insya”allah dan jawapannya ada.kita lihat dan tunggu..Pengegar sabah sedang beraksi di padang..

  15. Indie Of Borneo jr says:

    kepada ntahapepentah..Wujud kah Permimpin generasi sekarang yang punya semangat cintakan negeri dan rakyat Sabah? saya tidak menyokong mana-mana parti politik tapi saya hanya akan ikut pemimpin yang benar yang mana mengambil berat terhadap rakyatnya sahaja..ada rakyat yang tertipu dan ada rakyat yang bisa dikaburi dgn wang untuk minta di undi..byk isu-isu politik di sabah..dan kita tau fakta..saya percaya tuhan akan buka mata rakyat..BANGLO BAK ISTANA AKAN BUKA MATA RAKYAT SABAH TIDAK KIRA PARTI PEMBANGKANG ATAU TIDAK.YANG KAYA TERUS KAYA YANG MISKIN TERUS MISKIN..KERANA SAYA ORANG SABAH CINTAKAN SABAH..

  16. william_D'conquer says:

    Rumah si Benard Dompok unik la…ngam dengan citarasa sa…;p

  17. Dirk^Diggler says:

    Nice houses eh….. but just out of curiosity, mana satu kamu mahu jadi YB kamu? yg tinggal di rumah besar2 itu atau rmh yg kecil2?? ” CARI MAKAN DULU, BARU BERPOLITIK, BUKAN CARI MAKAN DALAM POLITIK” !! Fikir-fikir kan lah……

  18. kpd indie jr..kan baik kalau masih ada pemimpin yang punya semangat cintakan negeri & rakyat sabah seperti pemimpin terdahulu (Tun Mustapha, Tun Fuad, Tun Said, etc..)…tapi syg seribu kali syg…semangat tersebut kurang atau tiada langsung di dlm diri setiap pemimpin generasi sekarang ini (tdk kira kerajaan mahupun pembangkang)..

    makro:
    undilah barisan parti yang telah terbukti berjaya
    jauhilah barisan parti “baru bgn tdo” atau yang tidak mempunyai matlamat & halatuju yang jelas..

    mikro:
    undilah calon yang yg mempunyai kriteria yang sangat baik & bukannya “baik” sahaja…

  19. ladymariah says:

    PKR punya halatuju yang sangat jelas. Memberikan hak kesamarataan kepada semua kaum. Bukan pada kroni-kroni dan saudara mara sahaja. Juga membuka mata mata kita supaya berfikiran bahawa masih ada harapan untuk memudahkan kehidupan rakyat yang telah dicekik darah. Kalau anda punya kaitan dengan pemimpiun BN mungkin kamu tidak terasa apa yg org lain rasa. Anda makan enak. Orang lain berebutkan sebutir nasi. Itu perumpamaan yang cukup jelas. Time kempen dilayan baik. Selepas menang pilihanraya nak tegurpun takut. Peace! Lain padang, lain belalang. Sama-samalah pertahankan KEADILAN!

  20. 1) my ladymariah..baca & hayati statement saya pada 17 feb 2008.🙂

    2) halatuju memberikan hak kesamarataan kepada semua kaum? same goes to other parties..takde bezanye… :p

    3) takde kaitan..cuma kami masih tak jelas dgn halatuju & perjuangan pkr skg ni..itu je..awak akan anggap pkr adalah hero kepada rakyat sekiranya anda baru mula2 berjinak dgn dunia politik..tetapi sygnya, realiti tetap realiti…

    4) cuba lihat senario politik skg ni dr sudut yang berbeza (jgn bias, halo, etc..)…awak akan lihat perbezaannya dgn pemikiran awak skg ni..trust me

  21. ladymariah says:

    Pertama sekali, kalau time pilihanraya ni perkara paling penting adalah undian. Cuba lihat, anda mengundi di tempat mana. Lihatlah calonnya siapa. Saya tidak ego untuk mengundi BN sekiranya calon yang mereka ketengahkan memang bisa memainkan peranan sebagai WAKIL RAKYAT. Tapi, jauh panggang dari api. Even muka baru yang mereka ketengahkan tetap kroni-kroni mereka yang di atas juga.

    Saya akui yang saya masih muda. Masih baru untuk berkecimpung di dalam politik. Tapi adakah pandangan anak muda diketepikan? Adakah mereka yang sudah berumur sahaja yang bisa mentafsir politik? Saya membesar dengan melihat penindasan. Keluarga saya merupakan golongan yang ditindas kerana bukan kroni dan tidak suka dicucuk hidung.

    Kalau saya cakap saya tidak suka kerajaan sekarang, itu maknanya saya akan memberikan undi kepada BA yang saya rasa paling terbaik. Saya merupakan Puteri Umno Wilayah Persekutuan sebelum ni. Setiap cadangan yang bercanggah tidak akan dilayan dan orang itu akan diketepikan. Saya tahu saya masih muda, tapi saya tahu apa itu perjuangan. Tiada kata yang bisa keluar cuma LAWAN TETAP LAWAN!

  22. alexander ah tong says:

    Halo ntahapepentah..susah mau sebut kau punya nama.Kau punya cakap seperti kau setuju dengan pemimpin2 bn yang kuat makan duit rakyat kau undi sajalah diorang kami rakyat sabah undi ba.sorry bahasa…… sama dengan nama kau.

  23. may says:

    hi all..
    pasal rumah agam ni.. apa mo heran, sekurang2nya dorang ni mmang ada
    bisnes bah, bukan alang2 tu. yb suda baitu! sedangkan rumah c mr. modily bangali yg saana kg tamu darat kb tu pun sya nampak lebih kurang jga sama ini rumah2 vvip
    kamurang ni. c modily tu baru sigu saana pitas bah. sya punya rumah pun apa kurang..
    klu buli sya upload len kali.. aik, tp kes minta puji suda itu. sikarang nda susah bah mo bkin rumah banglo. klu bekari tul mo rumah agam, sinang ja bah. pinjam rm200k baru rm500 sebulan, tp bayar 25 taun laa.. itu pasal rumah laa..

    bah, pananaman salun suda ini ari minggu. 24 feb maitu k.. kasi manang kuda kita.
    tp jan larang durang bkin rumah banglo len kali..

  24. Adam says:

    wah, rumah c Dompok mcm Dojo di Jipun saja. Kauramastaiko! Hait! hahaha..

    asal urg2 kaya, mesti rumah busar2 ni. pa lagi kalau yg pernah jadi pemimpin.
    susah juga mo cakap sapa yg pakai duit rakyat atau tidak, yg ni susah mau dijadikan bukti bah lady🙂

    tapi yg terang-terang dia, pemimpin2 skrg, kasi biar tu PTI2 (Pulis Telah Izinkan) tu, kalau sini saja tmpt sia d Keningau, aduh, mo 80% PTI seja. mcmana mo tau? kalau time checking, bersih tu semua, hilang.
    tapi dulu2 lah, tu pun time pulis dia ada bersih sikit, skrg ni pulis pun sudah dipolitikkan kan, drg pun makin malas dan makin kuat minta minum kupi.
    Tgk saja d jalanraya sini, kalau nampak pulis tahan luri, tu tengah ‘bulan tua’ lah tu.

    bayangkan generasi akan dtg, anak-anak Sabah kita, akan merempat di tanah sendiri, hak dinafikan, dan direbut oleh PTI2 tu. Pastu anak2 cucu kita pigi kuburan nenek moyang, LUDAH dan cakap “apa lah yg kamu kasi tinggal untuk kami ni?”

    fikirkan lah. Masa utk berubah!

  25. Dirk^Diggler says:

    yg bikin takut nanti kalau betul ni PKR memerintah…teda penindasan akan berlakukah?? tdk muncul kroni2 barukah?? haiya…politik tetap politik….kotor!! Org bilang…kalau masuk neraka…org politiklah dulu masuk sebelum org lain….

    Pasal rumah2 di atas…salahkah?? most of them are businessman before they become politician…just remember this… ” CARI MAKAN DULU BARU BERPOLITIK, BARU DAPAT BANTU ORG YG MEMERLUKAN BANTUAN…..BUKAN CARI MAKAN DALAM POLITIK!!”

  26. let us put aside the party tdk kira lah bn ka ba ka bebas ka, etc.. apa yang penting sekarang ini adalah dengan “mengundi dengan bijak”.

    mengundi dengan bijak adalah mengundi calon yang kita tahu boleh diharap utk buat kerja pada rakyat..tahu bagaimana utk generate income di dlm kawasannya dan mengutamakan kebajikan rakyat tidak kiralah ia dari parti mana sekalipun. ini yang rakyat mahu..bukannya mengundi calon yang kita tahu tidak mementingkan rakyat dan tidak tahu buat kerja.

    so, jgn salah faham..pada saya, bn atau ba sama sahaja..perjuangan yang tiada perbezaan yang ketara. apa yang penting adalah kriteria CALON..pilih calon yang terbaik & tahu bagaimana utk generate income pada rakyat..

    sekiranya awak tahu calon tersebut tidak boleh pakai walaupun ia drpd parti awak sendiri, awak patut tolaknya bulat2..begitu juga sebaliknya..

    p/s: my ladymariah, ketika membuat pendedahan, sila dedahkan fakta yg benar & lengkap..bukannya hanya separuh2 :p bias tu baby..bias.. :p

  27. kepada alex.. kenyataan awak tu hanya merupakan pandangan peribadi semata2 dan bukannya pandangan rakyat sabah keseluruhannya..so..case closed.

    my ladi mariah, adakah baru sekarang awak merasa ditindas? dari kenyataan awak tersebut..seolah-olah awak, keluarga dan rakyat sabah telah ditindas sejak sekian lama.. kenapa tidak bertindak dr dulu lagi?? kini da pun masuk pilihanraya yg ke13 dan adakah awak & mereka masi tidur pada pilihanraya2 yg lalu?

    ingat wahai para pengundi yg bijak..jgn hanya tahu bcakap dan mengikut bulat-bulat dakyah2 pro pembangkang mahupun kerajaan. pilihlah calon yg anda tahu boleh membuat kerja utk rakyat dikawasan anda tidak kira ia dr parti mana sekalipun. anda yg menentukan nasib anda sendiri..jgn jadi mcm ladymariah & the gang dimana mereka telah ditindas sejak sekian lama tetapi tidak pernah mengambil sebarang inisiatif untuk mengubah situasi tersebut dlm pilihanraya2 sebelum ini.

    tidak semua calon bn tidak boleh diharap & tidak semua calon pembangkang atau bebas boleh diharap.. :p

  28. ladymariah says:

    Salam Perkenalan kepada ntahapepentah. Saya rasa kita belum berkenalan lebih lanjut lagi. Endu bah… Untuk pengetahuan kau kan geng, tahun ini merupakan tahun pertama aku mengundi. Sebelum ni aku belajar dan kena tumpukan sepenuhnya pada pelajaran. Muda lagi aku ni geng… Lagipun kalau aku berpolitik pada pilihanraya sebelum ni pun, aku belum layak lagi untuk mengundi sebab aku bukan ‘pengundi hantu’ yang umur 15 tahun sudah boleh memangkah kertas undi.

    Aku faham apa yang kau cakap pasal calon tu. Itulah yang aku maksudkan. Kau ni cuma mau menang saja bah ni. Kau sendiri tidak siasat. Macam mana mau mengundi and berkempen kalau umur belum cukup lagi? Sudahlah kau ni main tapuk-tapuk tidak mau dedah identiti. Stop mumbling. Bagus kau buat blog and tidak payah tapuk-tapuk identiti. Peace!

  29. may says:

    hi lady..
    sa sukung ko kimpin tp jan la pasal rumah..
    nampak tul teda mudal.. apa.. kimpin kampung2 sja!!
    mcm la susa sgt mo bikin rumah banglo.
    ko ada lesen f then dpt 2, 3 kali prujik 1 taun buli jalan suda itu.
    p ambi lesen kontraktor maa..
    bukan susa itu, inda perlu apa2 sijil akademik,
    yg penting ko butul2 mo kerja laa..

    baru ko inda heran apamcm dpt bikin rumah banglo..
    alala.. lady maria su wanita daerah kudat aa?

    baca buku pengetahuan banyak2 jan jual air liur sj ..
    jan dingar apa org cakap sj..
    JD DIRI SENDIRI YG TERBAIK.. baru ko dpt floww..
    nda kira ko pembangkang ka bn ka..
    itu petua org berpengetahuan!!

  30. ladymariah says:

    Sebenarnya kan, sia teda pun mention yang kita tidak boleh buat rumah besar-besar. Siapa-siapapun boleh buat yang penting ada duit sendiri. Cuba ko tengok betul-betul bah May. Ko perhatikan apa yang dimaksudkan dalam post ni. Keseimbangan antara pemimpin dan rakyat… Saya sudah baca buku banyak-banyak, ada banyak lagi buku yang besusun mau kasi habis baca ni. Selain daripada baca buku, sia tengok pakai mata sendiri. Sebagai pemimpin, kena berusaha untuk seimbangkan kehidupan rakyat. Macam mana pemimpin tiap hari makan sedap-sedap, kumpul harta dan bersenang-lenang kalau ada rakyat yang masih susah?

    Saya betul-betul mau juga tahu dan belajar daripada kau yang berpengalaman. Tunjuk identiti sebenar bah, jangan cakap tapuk-tapuk. Baling batu sembunyi tangan…

    Jangan pandang negatif sahaja, kalau pemimpin itu masuk site ni, at least jadi pengajaran supaya diorang lebih peka kepada rakyat-rakyat diorang.

    Last but not least, posting ini sudah cukup lembut untuk kita fahami sebab sia tiada dedahkan apa-apa yang buruk berkenaan diorang. Sendiri mau ingat saja la… Kau kan berpengalaman, kalau tidak paham maksud sia ni tidak tahu la…

  31. may says:

    ngam laitu lady..

    bukan sia tapuk tp klu ko mo kanal rakyat sabah..
    itu la sia & sapa pun pengunjung blog ko..
    tp mo baca & kasi komen post misti ada blog sendiri ka?

    org pulitik la paling banyak pengkritik & paling suka kritik..
    tak kan ko inda tau..
    kalu indaada yg kritik maknanya
    tiada urang kanal kau!

    kadang2 yb makan sadap2 bukan pakai duit durg bah,
    tp toukeh balanja ka..
    saana rumah kadang2 masak sup ikan ja tu.
    kalu buli, rindu sgt makanan kg2 tp indaada masa mo masak..
    sibuk baitu yb..
    ko pranah ka jd kaki tangan kerajaan ka suri rumah ja ka.. sibuk kan?

    lady.. inda paya p jauh2 mo blajar sama sia.
    sukup sia kasi komen, itu pun suda kira..
    BUKA FIKIRAN..
    kalu ko anggap negatif.. inda tau la.
    sa komen bukan mo kasi jatuh ka..

    sa pun dah bohsan ba dgn taktik ging2 timbangan ini
    tp yg butul, banyak lg point yg kita buli katangah kan..
    yg butul itu gambar vvip yg ko upload tu,
    gambar lamaaa suda baitu.. (musim kimpin pilihanraya yg dulu2 lg)
    jan2 durg suda kasi bikin lagi basarr drp itu..
    kalu inda binkarap laa..

  32. may says:

    hi again lady,
    anyway.. sorry nung kiwoi tangar ku nakasakit ginawo nu o noh.
    sia ni baru2 juga masuk forum pilihanraya sabah.. lum register pun.

    ada 2 minggu lg mengundi..
    moga Tuhan bersama dgn calon
    yg berniat tulus & ikhlas utk berkhidmat kpd rakyat & negara.

  33. thanaif says:

    Mari berkongsi pandangan dengan saya.
    Bagaimanakah mahu dicirikan harta dari sumber pendapatan negara upaya dikongsikan oleh marhaen apabila hak-hak perkongsian lebih diutamakan antara pelabur dengan syarikat-syarikat koporat milik kerajaan atau swasta?
    Wajar juga dikongsikan pertanyaan ini dengan rakan di Sarawak memandangkan tiada mampu diberi kesempatan untuk kita menghayati ciri-ciri asasi dari konsep perbelanjaan mewah yang kita hormati hasil usahanya adalah dari penat lelah memberikan perkihidmatan namun bagaimana andai wujud pembaziran dan penyalah gunaan kuasa menerusi rasuah yang dilindungi?
    Adakah sememangnya tidak wajar setiap warga miliki syer-syer dari saham hasil peribumi yang diperdagangkan setelah selama ini kelaziman hutang-hutang oleh defisit ekonomi dipindahkan kepada warga dalam bentuk pembayaran cukai tariff perkhidmatan air eletrik juga kumbahan selain kenaikan harga barangan keperluan tol tambang perkhidmatan kemudahan awam.
    Ini menjadikan keperluan untuk kita dari barisan alternatif/rakyat upaya memberi keutamaan dan fokus bagaimana agihan kekayaan negara tidak hanya diuruskan untuk aktiviti ‘bail-out’ atau penyelidikan ilmiah yang hanya menjurus kepada dirangka bentuk penjajahan pemikiran yang meninggalkan kesan natijjah ke atas ras budaya agama dan akar bahasa bangsa?

  34. mane2 je la my ladymariah..ckp banyak takde gunanye..
    sila2 le baca posting saya pada 21 FEB 2008. Terima kasih & sila datang lagi..

  35. Dirk^Diggler says:

    aiya….PKR punya org sendiri tdk bersatu?? ada yg ambil tindkan keluar parti pada saat begini?? pamacam mo maju? mana sdh perjuangan kamu?? nasihat sia lah kan….baca buku sun tzu kaitu…?? the art of war!! If u cannot beat them from outside…beat them within…something like tatlah……

    Calon2 PKR pun mcm teda yg ada kredibiliti…..teda yg sia nampak ada aura sebagai pemimpin….silap pilih calonkah?? tangkap muatkah?? and some of them even had a better house dr yg di atas?? cuba ambik gambar simpan sini luk?? Bagus juga nii…buli sia ambik idea buat rmh sia nanti….

    anyway…Good luck in your fight lady…

  36. Indie Of Borneo jr says:

    kepada ntahpepetah & lady mariah..

    Saya berterus-terang,umur saya baru 23 tahun mungkin kamu beranggapan saya masih mentah(tapi itu bukan manjadi ukuran kan).. Saya percaya kamu dua mempunyai semangat untuk pandang ke hadapan untuk rakyat kita(orang kita iaitu sabahan).. Mahatma Ghandi pernah berkata “SAYA TIDAK MEMPUNYAI MUSUH DI DUNIA TAPI HANYA ORANG YANG TIDAK SEPENDAPAT”.. Apakah punca rakyat sabah tidak bersatu? lain cerita.. isu projek ,harta sabah,minyak,balak dan segala macam menjadi bahan parti kerajaan dan pembangkang.. tapi bagaimana pula salah satu parti ini tiba-tiba menjadi pemerintah dan kemudian isu Projek,harta sabah,minyak dan segala macam terus dan menerus menjadi isu?Dapatkah mereka menghentikan api yang saya dengar melompat-lompat dan terbang di semak-semak Negeri Sabah?Dapat kah mereka menahan harga minyak,gula dan segala macam terus melambung naik harganya sama seperti yang juga terus berlaku di indonesia,thailand filipina dan thailand,korea pendek cerita seluruh Asia? Kenapa parti2 di sabah,dimana maksud saya parti P.B.S,UPKO, dan segala macam Maksud saya parti khas untuk sabah tidak bergabung utk rakyat kita?kenapa kita harus biar parti dari malaya injak2 kepala urang kita ani..pernah kita terfikir? bahawasanya sabah dikira sebagai negeri yang terbesar daripada tanah semenanjung,sabah terkaya dengan hasil bumi,orang2 sabah semuanya bijak2 BAH(tapi tidak tahu bagaimana untuk memperlihatkan diri kerna takut di tahan polis Ataupun polis (yang makan gaji))..NEGERI YANG AMAT KECIL DARI SEBERANG SEDANG MEGAWAL PERGERAKKAN NEGERI YANG AMAT BESAR(SABAH)Padahal daripada segi ekonomi sabah dan sarawak banyak membantu dar segi sumber ekonomi.. kini sabah adalah negeri yang termiskin..fikirlah disemenanjung bukannya terkaya dengan hasil hutan etc balak ataupun bahan mentah..sumber kewangan yang di perolehi semuanya disalurkan ke pusat di kuala lumpur..ORANG KAYA TERUS KAYA YANG MISKIN MAU MATI..kpatut kah?dan fikirlah?kita berhak bersuara buat masa kini..Orang kita cukup sempurna..Saya amat hormati ntahpapetah dan lady mariah kerna berani bersuara.. tapi mari kita bersuara keluar bersama2 utk bersatu..umur bukan menjadi masalah tapi semangat perjuangan kearah yang sepatutnya utk rakyat sabah.. bukan maksud saya utk Menyokong Umno ATAUPUN PEMBANGKANG tapi kita lupa sesetangah pemimpin ada yang lupa diri bila sudah memerintah.. kita berhak bersuara kerna kita mengamalkan sistem demokrasi..kerajaan keluarkan arahan jangan menentang kerajaan SEMUANYA BULLSHIT..maukah kita biar rakyat kita di tindas?MENGELUARKAN ARAHAN SEOLAH-OLAH PENGECUT padahal kita dalam negara yang demokrasi..kita mesti hidup di kerajaaan yang betul.Kekadang parti kerajaan dan pembangkang ada yang betul dan ada yang salah..saya amat sedih orang kita byk jauh ketinggalan..dulu saya mampu melihat dari SIRING,sekarang saya akan cuba keluar utk bersuara demi rakyat kita sabah..ini olah asam garam hidup..Saya percaya di dalam blog ini semunya orang sabah..marilah kita BANGUN UNTUK RAKYAT SABAH KEARAH KEMAJUAN..

  37. Tundo says:

    weeiii lu…
    apa ko cakap? itu rumah sulap2 sama tu dekat laut ituuu pendatang puuunyaa rumah lhoo…
    rumah ko pun begitu ka? mana da…

    itu Datuk Ramli Marahban punya rumah ..dia bikin time dia jadi kontraktor lho…baru ja tahun ni bertanding…menang lhooo tanpa bertanding!!! ko jelas tu…worrr…

  38. ladymariah says:

    Terima Kasih kepada pendapat Indie. Bunyi kata-kata kamu ibarat dekat di hati saya. Macam biasa kedengaran.

    Kepada saudaraku Tundo, rumah sulap-sulap yang kamu kata rumah pendatang tu adalah salah 1 contoh rumah beberapa rakyat di pedalaman. Saya amat faham apa itu kemiskinan. Saya datang dari daerah yang sudah biasa melihat keadaan rumah seperti itu semenjak BN merampas BN dari PBS. Kalau dizaman PBS dahulu, wakil rakyat memberikan bantuan rumah untuk program PPRT walaupun semasa mengundi mereka tidak diberikan wang sogokan.

  39. Dirk^Diggler says:

    Talking about poverty…sometimes have you ever think who’s fault it is?? I know some foreign bodies such as JICA from Japan coming to Rural area to help to teach the people to work..to teach them to stand on their two feet….but what happen is..after they left…it all goes back to square one….

    Some people just dont know how to take advantage of these help…some people terlampau manja bah…mo kena suap…itulah masalah sesetengah org….sampai bila mo maju kalau diri sendiri ndak mo maju??

    Fikir fikir kanlah…..

  40. may says:

    ya bah..
    cam yg d satu tampat ni, mimang padalaman laa..
    tp tampat subur sana itu kalu rajin laa..
    masalahnya.. ada pukuk balak berampaian d siring jalan pun,
    jangankan mo p ambil bikin rumah ka.. jual ja ka..
    ni p ambi dia punya kulit balak ja bikin dinding rumah.
    bagus kalu itu rumah siap..
    tagap lg kandang babi c sombuoi !!
    apa macam itu?

    satu lg,
    kana kc bontuan rumah pprt..
    tiap taun urg yg sama kana kc bontuan
    tp rumah inda pandai siap2..
    sikit2 dia bikin tambing2 ja soono utan!!

    ada jg yg anak dia kana kc bontuan kwamp (cam biasiswa baitu)
    di sakulah..
    tp sampai rumah bikin kaamatan pula.
    saragas tu kalu p terima bontuan
    tp gobulan kalu p gutung royong pibg..

    bukan mo menghina
    tp itulah isu kanapa & mangapa
    buli jd begitu..
    silap mendiagnosis ka pemimpin
    maka salah kc ubat
    pd penderitaan & penyakit yg sebenar2nya
    ditanggung oleh rakyat..

    odoii, bangsaku..

  41. ladyWendy says:

    Ai…rumah calon ni semuanya cantik2 macam istana,tapi rumah pengundi (rakyat) macam reban ayam.sampai ada yg tinggal di gua…… ada pula tidur di taman-2……… tanpa pengundi kamu ini , manalah dia orang ini akan jadi semewah itu.sedangkan jalan raya yg berlubang lubang pun tidika dipikin dan beri bantuan……apa lagi rumah pengundi [rakyat]langsung tidak dipeduli..
    Memang itu , masa pilihan raya baru dia orang ini keluar untuk bantu-bantu saja , nanti selepas pula ……mana dia orang mahu bantu lagi………………..sudah agar nya begitu itu…

  42. indie of borneo jr says:

    Didalam Arena politik terdapat 2 jenis orang yang kita boleh lihat.. iaitu orang yang benar prihatin terhadap masalah rakyat. dan orang yang buat bisnes.. cuba kita teliti terhadap orang yang buat bisnes pula ..orang yang buat bisnes pula terbahagi kepada 2 iaitu bisnes kepentingan peribadi dan bisnes utk hal2 kebajikan.. ..ini lah senario yang sebenarnya terjadi di negeri kita.. tidak hairan lah bagi saya sang kontraktor2 mengampu2 atau sebagainya(kroni-kroni kaum jahil).. menjadi lembu ikut kemana saja..SIAPA MAKAN LADA DIA TERASA PEDASNYA..msg ini hanya utk orang yang tertentu..Mana2 agama menyeru agar kita berbuat baik..hidup sama rata..kalau kamu bijak bercakap tentang masalaah..pernahkah kamu masuk ke kg pendalaman yang jauh berbatu-batu?lihat keadaan kehidupan mereka..rumah tidak punya elektik,tidak punya sistem perparitan yg bagus,jalanraya..buka fikiran kamu..duit bukannya segalannya..saya faham seperkara..dalam hidup ni tentunya wujud manusia yang TAMAK,DENGKI,TIDAK BERFIKIRAN,NIAT UTK MEMBANTU…jadi fikir lah kamu manusia tergolong yang mana..saya byk kenalan kontraktor..byk yang mengeluh tidak dpt projek…apakah PUNCANYA?kamu sendiri tau..apa maksudnya KRONI2….Projek yang bertender sudah di ketahui harga silingnya(tidak mengikut pro-dr..projek yang di beri terus kepada kroni2 ataupu keluarga..jangan pertikaikan hal orang miskin ataupun kaya..tapi cuba lihat diri kamu..apa jasa kamu terhadap rakyat…fahami maksud politik dari segi lain2 bahasa.. letakkan diri kamu sebagai orang yang amat miskin tinggal di pendalaman..adakah kamu pernah merasai kesusahan yang sama seperti mereka tidak punya lampu elektrik,kais pagi makan pagi,bkakai mencari duit utk sekolah kan anak2(belanja dan harga barang ,makin naiK)dan segala mcm cuma hanya tingal di sulap2?mma lah kamu tidak tau merasa kan apa yang org seperti ini rasa..sebab kamu terlalu ego..maaf bagi yang terasa..sesetengah manusia kabur setelah berduit..saya sudah masuk berberapa kg sebagai contoh kg,sinuko,kg bawan,kg,poring pendalaman bogawan dan sebagainya..tidak ada pun orang yang pernah benar2 dgr rintihan orang pendalaman yg mejoritinya orang kadazan-dusun-murut..fikir lah..

  43. Ah Cai Kudat says:

    Kamu ni… tak ada perasan maluke? kamu paparkan rumah kamu tu utk mamalukan kamu sj?
    sebenarnya apa tujuan kamu mau menang dalam pilihan raya ini?kamu mau menang untuk diri sendiri atau untuk rakyat?Macam ada satu tahun , ada satu parti sudah menang 2 atau 3 tempat . dia orang ini tidak tahu kenapa lompat keluar dari parti itu pula , sampai parti itu kalah pula ……macam mana ???????? Rakyat undi bukan undi untuk orang tapi undi untuk parti yang rakyat suka saja……macam mana??????? Kalau begini undi untuk apa ??????? Bagus jangan undi lohhhhhhhhhhhhhhh

  44. ladymariah says:

    Yeap. Terima kasih atas penjelasan saudaraku indie of borneo jr. Itulah yang saya maksudkan. Ada sesetengah org tidak paham akan apa itu penderitaan. Walaupun kita sendiri pernah melihat kehidupan yang kais pagi makan pagi, itu tidak dapat menyamai penderitaan yang mereka alami sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…

  45. justmy2cents says:

    Membantu membasmi kemiskinan adalah niat yg mulia, tapi bukan hanya dlm politik kita boleh membantu mereka ini, byk lagi caranya, adakah dgn jadi yb di pihak pembangkang akan dpt membantu mereka ini ?? wat can u do wit limited fund and resources?? in the end…u jump the boat and join the coalition…and then another freedom fighter will fight againts u….hehehe…just after your new big house(dun say u never dreamnt of owning one?) is being published on the web……

  46. koliangked says:

    hai ahli forum sekelian tau tak apa kepanjangan dari awalan nama ntah tue? tu la dia LINTAH di kepala dia RM je kan Lady kan kan kan jngn tut dah la.

  47. koliangked..apa punya komen tidak matang ni?balik dan belajar dulu ok..semoga berjaya dalam exam :p

  48. lambunau says:

    Lady Mariah..

    Sia ambil tu gambar2 rumah aaa.. mau kasi masuk dalam blog sia.

  49. pengait says:

    Banyak lagi Rumah pemimpin yang perlu di paparkan (Datuk Musa Aman, Anifah Aman, Yahya Hussin, Karim Bujang, Rahim Ismail, Rosnah) Rakyat perlu lihat betapa rakusnya mereka mengaut kekayaan.

  50. Vicki says:

    Memang itu hak kau utk cakap apa2 lah kan.
    Tapi berani juga kau masuk rumah org. tempat orang tanpa kebenaran.
    tengok gambar rumah tan sri bernard. itu gate memang di bawah tapi berani juga kau naik sedangkan tiada function di sana. Ini boleh dikatakan ceroboh orang punya privacy. Diorang pun ada hak juga bah.
    Bila ko ada masa mo naik trus pi ambi gambar orang punya rumah?
    Kalau sya pi ambil gambar rumah kau trus simpan di website, kau suka kah?
    Salah kah mau ada rumah begitu? Rumah besar pun orang cakap, rumah kecil pun komplen. Terima lah hakikat orang Kadazan kuat jeles. Saya pun orang kadazan itulah saya tau gaya orang orang kadazan. Orang kadazan mau kalau satu jatuh semua pun jatuh.

  51. Randolph says:

    You can be sued for trespassing. Do u know the gate’s there for a reason?
    For people to not go into their compound.
    is this how PKR people are like?
    Tidak hormat PRIVASI orang langsung.
    Macam juga ketua kamu tu. semua pun ceroboh. Kalau bukan dari depan, dari belakang lah tu.

  52. Jan says:

    hi i’m new here!

  53. chai says:

    ini rumah dalam sabah kah?

  54. chai says:

    semua rumah ini letak di sabah kah?

  55. Sykurlah kepada Tuhan kerana kita punya pemimpin yang kaya raya. Daripada orang luar yang / pendatang yang kayaraya eloklah pemimpin kita. Lagipun sola rezeki adalah hak Tuhan bukannya hak manusia, sesiapa yang dikehendaki-Nya kaya maka kayalah dia tapi harus diingat kekayaan bukanlah segala-galanya. Kekayaan tidaklah menjajikan kebahagian, biralah hidup miskin yang penting kita bahagia dan hati senang.

  56. adil says:

    rumah nuar takde ke? Aku tgok umah dia pn 2×5 jg

  57. Anti Kronisma says:

    Jadikan rumah mereka inspirasi untuk naikkan taraf hidup keluarga mu. K. Selamat berjuang

  58. syaz says:

    boleh tanya ka ladymariah. apa bah point mau kasi masuk gambar2 ne? and, dari mana kau dpt ne gambar rumah2 org ne?
    dorg tau ka rumah dorg kena gambar and kena publish public? ah, itu ja la ah.

  59. TUAN GURU NIK AZIZ ADALAH PEMIMPIN YANG PATUT DICONTOHI. RUMAH KEDIAMAN RASMI MB BOLEH DIJADIKAN TEMPAT TINGGAL SEMENTARA MANGSA2 BANJIR. SELAMA 19 TAHUN BERGELAR MENTERI BESAR (KAT SABAH NI TARAF KETUA MENTERI). TIDAK ADA SATU BENTUK RASUAH DAN PENYELEWENGAN DALAM KERAJAAN BELIAU. NAK KUMPUL HARTA MACAM DUA TIGA KERAT PEMIMPIN SABAH YANG BARU BERGELAR YB PUN PAYAH. YB2 DARI SABAH MEMANG PANDAILAH. LAGI SATU TOK GURU NAK PERGI UMRAH PUN DIANGGAP RASUAH OLEH PIHAK2 TERTENTU. SPRM TIDAK FIKIR KOT YANG TOK GURU TIDAK PUNYAI WANG UNTUK PERGI UMRAH SEHINGGAKAN PERLU DITAJA. ITULAH CIRI2 PEMIMPIN YANG BERSIFAT KESEDERHANAAN. RUMAH KATA PERGI KUBUR KATA MARI LAI LAI BAWA KAIN PUTIH YANG TIDAK BERJAHIT JA.

  60. Jyewhite says:

    Lady mariah..klu tahu kita hanya mampu utk merangkak kenapa tidak cuba utk bertatih..tak adil menampilkan gambar sedemikian, seolah-olah sengaja mendaifkan kehidupan rakyat ditempat sendiri..memanipulasikan kenyataan..kalaupun dihati tidak berpuas hati tapi usah melempiaskan membuta tuli..Kenapa tidak mempamerkan rumah-rumah penduduk lain barulah boleh membuat perbandingan…Hanya sebegini rupakah rumah penduduk disini?..tak adil hanya yang busuk dicanang kesana kemari..saya tak memihak kepada sesiapa tapi cuma menegur apa yg rasanya perlu..apalah guna kilat sabung menyabung jika tak ada hujan yg turun..berfikir secara logik bertindak mengikut rentak..bak kata orang tua..klu berani ketengah gelangang..penuhi dulu ilmu didada..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: