Orang UMNO cari pasal di Sabah

Pada 9hb Feb 2007 lepas pihak UMNO telah mengadakan perjumpaan di Kg. Kelabu, Beaufort Sabah tetapi tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

Keesokan harinya PKR mengadakan perjumpaan di tempat yang sama  dan kehadiran adalah sangat ramai. Segelintir ahli UMNO membuat kacau dengan membuat bising dan provok ahli-ahli PKR untuk ‘cari pasal’ dan menimbulkan pergaduhan.

Bukan sahaja di Sabah malah ceramah PKR di Kelana Jaya pula disekat oleh pihak Polis. Lihat posting dari Nik Nazmi ini sebagai rujukan.

10 Responses to Orang UMNO cari pasal di Sabah

  1. biasala UMNO…terdesak!

    benar, di Kelana Jaya juga mereka bikin ribut, polis jd perkakas utk halang DSAI berucap.

    mudah-mudahan Sabah bakal tumbang ke tangan kita!

  2. ladymariah says:

    PKR pasti menang di Sabah andai jentera kita tidak putus bergerak dari sekarang. Wake up, SABAHAN!

  3. Amin Ahmad says:

    Lady Mariah la bakal calon PKR yang akan menggerakkan jentera di sana ya?🙂

  4. ladymariah says:

    Untuk pengetahuan saudara Amin, saya bukanlah calon yg berdiri utk pilihanraya tapi tenaga saya adalah salah satu jentera yang akan digunakan berkempen. Selamat berkempen semua.

  5. Indie Of Borneo jr says:

    nya urang brunei..kalah-kalahan urang umno..Apapun hidupkan jentera yang sepatutnya..hidup sabahan..kempen habis-habisan..keadilan untuk rakyat sabah…

  6. Cuma yang berbeza dengan Semenanjung, yang datang ceramah PKR ramai undi juga memihak BR tetapi di Sabah yang datang memang ramai tetapi undi ciput. Sedih bila tengok keputusan di negeri sendiri. Untung benar mereka di Semenanjung….

  7. arixes says:

    sya pun ada disana waktu tu,nada pun terjadi perkara tu…kamu nie lah PEROSAK UMNO…

  8. zul says:

    UMNO tetap di hati rakyat Sabah.Sebaliknya, impian PKR untuk melebarkan sayap pemerintahannya di Sabah tidak menampakkan sebarang tanda-tanda positif.Buktinya, kekalahan teruk PKR dalam kesemua kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya umum lalu.Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Sabah tidak inginkan kehadiran golongan pemimpin yang hanya pandai berhujah dan menabur janji kosong kepada rakyat.Ini sudah pasti di tambah lagi dengan beberapa insiden hangat yang dipelopori oleh pemimpin PKR itu sendiri.Adakah sifat pemimpin seperti ini yang kita mahu selama ini?..Sudah tentu tidak bukan? Jangan hanya pandai bercakap tentang keburukan UMNO sebaliknya menilai serta menghayati sedalam-dalamnya visi, misi, serta bentuk perjuangan parti PKR yang saudari agung-agungkan itu.Perlu ditegaskan lagi di sini bahawa sanubari rakyat Sabah sudah pun sinonim dengan UMNO kerana UMNO sajalah yang mampu membawa perubahan dari segi pembangunan sosioekonomi dan kerana UMNO lah juga rakyat sabah hidup dalam keadaan aman, harmoni dan bersatu padu selaras dengan slogan 1Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: