N.3 Pitas Rindukan PAUL TOM IMBAYAN!

pkr1.jpg


Selepas penamaan calon untuk PRU 12, PKR memberikan kejutan apabila bekas pemimpin PBS iaitu YB Paul Tom Imbayan telah dicalonkan untuk PKR bagi DUN N.3 Pitas dan menentang calon baru BN iaitu Bolkiah Ismail menggantikan YB Datuk Masrani Parman.

 Saya masih ingat lagi semasa YB Paul Tom menjadi wakil rakyat di Pitas, ketika itu saya masih kecil.
Memori lama mengimbau kenangan, sokongan masyarakat Pitas yang tidak berbelah bagi kepada beliau. Baktinya kepada rakyat daerah ini masih lagi dapat dirasakan sehingga ke hari ini apabila melihat beberapa bantuan rumah yang diberikannya. Bantuan asas yang diberikan kepada penduduk kampung dengan memberikan bekalan air dan elektrik merupakan pembelaan kepada golongan petani dan peladang di daerah terpencil ini.
Setelah 3 penggal berlalu dibawah pemerintahan BN, kebanyakan rakyat mendapat wang saguhati RM50 ketika mengundi dan ianya cuma berhenti di situ. Apa yang saya maksudkan di sini adalah sumbangan daripada Paul Tom merupakan sesuatu yang tidak bisa dilupakan begitu sahaja kerana sumbangan tersebut dapat dirasakan oleh setiap bangsa yang menduduki daerah ini.
Sejak beberapa hari ini, saya berjumpa dengan beberapa ahli lama PBS. Sengaja bersembang-sembang sambil tumpang sekaki memakan sireh. Bila saya tanyakan pendapat beberapa senior citizen di beberapa tempat sekitar daerah ini, mereka sungguh gembira apabila mendapat tahu Paul Tom akan berdiri untuk pihak pembangkang.
Senyuman di bibir mereka ibarat satu kerinduan kepada pemimpin ini. Mereka kata, orang-orang BN banyak menolong rakan-rakan dan saudara-mara sahaja. Dulu Paul Tom tolong semua orang tidak kira dari kaum Sungai, Rungus, Tombonuo, Kimaragang, Bajau , mahupun Suluk.
Saya tidak mengatakan ini adalah petanda bahawa Paul Tom akan menang mudah di Pitas tetapi pengundilah yang bisa membuat keputusan untuk memilih siapa pemimpin yang akan menjadi Wakil Rakyat mereka.
Kalau ditanya pada saya, mungkin saya berpihak kepada PKR kerana calon ini (YB Paul Tom Imbayan) yang telah memberikan sumbangan kepada ramai rakyat di daerah ini. Dengan itu, harapan kami sangat tinggi agar Paul Tom masih mempunyai jiwa seperti dulu.
Ubah Sebelum Parah, Ubah Demi Maruah!
-Lady Mariah (Anwar Ibrahim Club, Malaysia)
aic.jpg
…never take someone for granted, hold every person close to your heart because you might wake up one day realize that you have lost a diamond while you were too busy collecting stones…

14 Responses to N.3 Pitas Rindukan PAUL TOM IMBAYAN!

  1. hafiz says:

    Sorry if this comes as an intrusion but there is an effort to get as many bloggers as possible to blog about bloggers whom are running for public offices on one particular day. One blogger candidate per day.

    Below is the list:

    1. Nik Nazmi Nik Ahmad (Friday, February 29)
    2. Tony Pua (Saturday, March 1)
    3. Elizabeth Wong (Sunday, March 2)
    4. Jeff Ooi (Monday, March 3)
    5. che’GuBard (Tuesday, March 4)

    Please join! For more information, visit http://maddruid.com/?p=1563

  2. alexander ah tong says:

    Rakyat Pitas harus tutup mata dan undi Paul Tom!!!!! BN harus bungkus mayat mereka di Sabah.

  3. hasronrabbanie says:

    semoga cahaya keadilan semakin bersinar di negeri bawah bayu!!!!
    apa cerita pulak dengar kabar pkr sabah bergolak??? orang kuat pairin letak jawatan??? ada brita sebenar x??? saya kurang percaya berita dari media arus perdana nie….

  4. farrel says:

    teruskan perjuangan… moga PKR bisa menerajui SABAH..

  5. ladymariah says:

    To alexander ah tong: Tatap bah bungkus tu BN. Kalau derang manang pun gerenti nyawa2 ikan.

    To hasronrabbanie: Bukan org kuat pairin bah tu… org jeffery bah dia punya brother. Si Kanul bah tu yg keluar tu. I tidak dapat ulas lebih2 coz i betul2 bz bah kempen di bahagian and dun. But Kanul memang a bit agresif. He’s a good man. Kalau dia keluar PKR, itu hak dia.

    To Farrel: THANKS, BRO!

  6. koliangked says:

    amacam di sana besar harapan ka?

  7. tanakwagu says:

    byk mslh dalaman ba tme pilihanraya lps tue.. calon bebas jolly majalap yg akan dicalonkan pkr tp last minute pkr tukar calon pula jadi beterabur pengundi dia.. tengok la apa perubahan di pitas selama BN memerintah sana.. adakah nasip rakyat akan dpt di ubah? its up to them..

  8. Saul Alan Imbayan says:

    Hi, I am Paul Tom Imbayan’s son and I was Google-ing my dad’s name today and I found this site. Your kind words are greatly appreciated. Yes, I do believe that PBS should return as the leading party once more and from my sources tells me that this may be possible in future. I have spoken personally to my uncle Joseph Pairin, and though he didn’t give any comments, I believe that he, too, share our sentiments. I know and understand the displeasure and animosity towards the current reigning party for I feel the same way as well. I despise the way the people of Pitas is being treated. I have heard of the many things that has happened there during my father’s absence and I have to say it is absolutely unfair. The reigning party members(which I shall not name, but you know who they are) should step down from their seats and remove themselves from politics altogether. Power do corrupts a person and I have to say that they are absolutely drunk on it.

    I have to admit that, even at age 27, I have not voted for anyone, ever. This is cause I feel that I haven’t met a politician that I can put my faith in or trust on, and on the unlikely event that there is no hope whatsoever for PBS, I may not vote for any future election. This is the choice I have made and though I am not trying to tell you to follow my footsteps, I plea to you to study, research, learn, judge and most importantly, Question the agenda of the politicians before voting cause the future is yours to mold, and not to be told to you. Remember, the people has more power that all the politician combined for the government could not function without the people. You have the right to question everything and protest against the governments’ choices. One man should never have this much power over the people.

    I shall hope to hear from you and everyone else who has any questions regarding my father. I hope that someday Sabah will reign supreme again under the guidance of PBS. Also, if I have offended anyone, my apologies to you. I didn’t mean to offend, just to reveal the truth.

    Yours truly,

    Saul Alan Imbayan.

  9. ladymariah says:

    Hey, thanks for dropping by Saul.

  10. Saul Alan Imbayan says:

    The pleasure is all mine.

  11. linda osman says:

    ~ naa kalu kamu undi pkr
    ~ kamu fikir bantuan suma dtg sr kerajaan juak..
    ~ fikir la bha😀

  12. linda osman says:

    ~ kita kena fikir kebaikan semua
    ~ jan ikut kata hati…

  13. master mind says:

    hai??? saya d sni bkanla hendak mngkritik… dan bkan juga hendak mngadili… tapi klau kita fikir2kan balik… sebagai rakyat malaysia yang berfikiran panjang.. wajarka kita untuk memilih pentadbir yang akan mentadbir d negara kita adalah orang luar…?? sdangkan orang2 d tmpat kita sendiri begitu tinggi kelayakannya… untuk pngetahuan para blogger skalian.. Paul Tom Imbayan merupakan org luar daripada N.3 pitas yang mana hanya muncul pada masa dkat2 pilihan raya… kalu kita ungkitkan hal2 WAKTU KITA KECIL dulu.. untuk apa…?? untuk apa klau pembangunan yang d buat hanya sekadar HANGAT2 TAHIK AYAM.. oleh itu wahai rakyat2 n.3 pitas sekalian.. buka la mata, minda dan hati anda semua.. xda gna kita membantu pihak pembangkang sekiranya pihak pembangkang itu sendiri tidak mampu untuk membnatu dirinya… ibarat kata orang mnyuap nasi ke mulut sendiri pun x bdaya, inikan pula ke mulut orag lain… fikir2kanla… renung2kanla…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: