Tsunami Di Mula Terasa?

Apabila DSAI datang ke KK dan bercakap berkenaan gabungan Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan Barisan Nasional yang ada kini, terdapat juga komen beberapa egois BN yang menyiarkan kenyataan berani mengatakan Anwar ibarat bermimpi di siang hari. Mereka rasa BN kebal. mereka rasa BN tidak akan tewas, meraka rasa BN tidak mungkin akan tumbang, apa tidaknya media-media rasmi di Malaysia adalah kuda tunggangan mereka.

Masih ingat lagi tak ketika musim kempen lepas? Pak Dolah cakap dia dah hampir lupa siapa insan yang bernama Anwar Ibrahim. Kata-kata yang cukup ego! Adakah kerana ‘mudah lupa’ Pak Lah itu menyebabkan negerinya sendiri ditawan parti pembangkang? Tidakkah itu ibarat tamparan hebat bagi pemimpin no. 1 Malaysia yang begitu lancang berbicara tapi kata-katanya terkena batang hidung sendiri? Makanya pemimpin-pemimpin sekalian, kalau mendongak ke langit jangan lupa kaki berpijak di tanah…

Semalam ada tersiar di surat khabar, bekas PM Malaysia iaitu Tun Mahathir (Che Det) mengingatkan konco-konconya agar mengambil berat akan keyakinan Pakatan Rakyat untuk menawan Malaysia dalam masa terdekat ini. Kenapa pula Che Det boleh cakap sampai begitu sekali melalui media? Adakah orang-orang BN rasa mereka masih menjadi favourite rakyat? Mungkin mereka terlalu yakin dan tidak pernah peka akan bantahan rakyat yang mahukan perubahan pemerintahan di Malaysia. Sadis beb!

Bila PR dah memerintah kelak, barulah mulut ternganga tak boleh cakap apa-apa. Lama-lama, mulut masuk lalat. Hehehehehe.

3 Responses to Tsunami Di Mula Terasa?

  1. AnakMudaParlimenBatu says:

    Aku ada mendapat foward msg dari rakan2 yang mengatakan ada 17 YB Parlimen akan menyertai PR hari rabu ini,adakah benar kenyataan ini, dari satu parti kompenan dari Sabah …. Kalau ianya benar maka aku berasa cukup syukur kerana kita memerlukan hanya 13 lagi kerusi untuk pembentukan Malaysia Baru.
    Kita sudah kenal benar akan perangai pemimpin pemerintah hanya tahu bercakap besar, sombong dan kejam. Apa pun kita hanya menunggu masa dlm beberapa bulan lagi untuk menguburkan mereka.
    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis.

  2. thanaif says:

    Bagaimana jika warga di Sabah mensasarkan matlamat melahirkan masyarakat yang BERSIH agar kebersamaan memiliki persamaan yang adil dan seimbang?
    Matlamat bersistem adalah untuk memiliki usaha dan proses mebangunkan masyarakat khususnya yang berada di luar bandar meliputi segala sudut kehidupan.

  3. bayumurni says:

    Bagus la kalau Pak-lah kata-kan begitu,jangan kita sekali-kali halang mereka,tujuan nya agar di-biarkan ke-lalaian nya selama ini,dalam masa yang samajuga PKR boleh mengatur kedudukan nya dengan lebih baik pada masa ini,,ayuh tumbang kan rejim B.N. yang tak ber-hati perut ni,,!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: