Bila Komponen BN Sabah nak lompat?

Setelah MP Kimanis Sabah, Anifa Aman telah membuat kenyataannya berkenaan ‘lompat parti’ terdapat banyak spekulasi yang berlaku. Memang benar apa yang Anifa cakapkan. Apa salahnya jika parti komponen BN ini melompat untuk menyertai Pakatan Rakyat sekiranya banyak keuntungan untuk negeri dan juga rakyat.

Hari ini pula, Datuk Harris Salleh (Bekas Ketua Menteri Sabah) dan Yong Teck Lee (Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah) telah membuat kenyatan di akhbar tempatan bahawa kenyataan Anifa adalah satu kenyataan yang patut disuarakan.

Apa tidaknya kalau kita lihat perlantikan menteri baru-baru ini menteri-menteri Sabah ibarat dianak-tirikan. Shafie Afdal ibarat dijadikan menteri warisan ‘igal-igal’ dan lebih tertumpu pada regata lepa-lepa berbanding daripada jawatannya sebelum ini menguruskan perdagangan dalam negeri. Ternyata suara orang-orang Sabah seolah-olah dicatu. Anifa Aman juga mengambil keputusan untuk menolak jawatan timbalan menteri kerana sebelum ini dia sudah pernah memegang jawatan timbalan menteri. Kenapa tidak diberikan peluang menyandang jawatan menteri? Adakah suara Sabahan dicatu?

Lihatlah sahaja siapa yang berkuasa di Malaysia ini!

Tadi saya sempat berbicara dengan Datuk Dyg Mahani. Borak-borak kosong katakan… Dia menceritakan perjuangan mereka dulu ketika menggabungkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Ia bermakna penyatuan 3 dalam 1 dan bukannya 14 dalam 1. Ini adalah kerana Sabah dan Sarawak punya hasil yang sangat besar. Tapi apa yang berlaku sekarang, Sabah makin papa kedana! Hasil dirompak.

Kalau DSAI mengetuai Pakatan Rakyat dan dapat mengotakan janji terhadap kami rakyat Sabahan, restu pasti akan bersama parti komponen BN ini untuk melompat. Janganlah ada isu peribadi. Fikirlah kami anak muda yang bakal mewarisi negeri ini…

8 Responses to Bila Komponen BN Sabah nak lompat?

  1. AnakMudaParlimenBatu says:

    Aku amat setuju dengan kenyataan anda LadyMariah ….. Rakyat Sabah dan Sarawak ada hak untuk menuntut segala hasil mereka untuk kemajuan negeri mereka ….. ini adalah isu negeri …. setiap pemimpin negeri patut mempertahankan rakyat mereka … jgn jadi seorang pemimpin yang hanya pertahankan kroni dan kaut keuntungan utk kepentingan diri sendiri …. sesiapa yang memerintah yang berlaku tidak adil kita sebagai golongan anak muda perlu bangkit menentang ……………

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  2. hasronrabbanie says:

    sabar bah…hari itu bakal tiba jua…

  3. lambunau says:

    Cepat atau lambat, hijrah pemimpin Sabah ke dalam Pakatan Rakyat tetap akan berlaku, dan mesti berlaku. Sabah dan rakyatnya tidak akan selamat di bawah pemerintahan kerajaan Barisan nasional yang dikepalai UMNO. Cuma diharapkan mereka yang akan melompat tidak mempunyai sebarang agenda bersifat kepentingan peribadi. Utamakanlah perjuangan untuk anak-anak Sabah yang telah lama tertindas dan dijajah. Penjajahan terhadap Sabah tidak berakhir pada 16 September 1963, tetapi ianya diperbaharui pada tarikh keramat itu tanpa disedari oleh rakyat Sabah seluruhnya. Semoga tumbangnya kerajaan BN akan membawa Harapan Baru Untuk Sabah, Harapan Baru Untuk Malaysia. Tamatkan penjajahan teruskan perjuangan.

    Saya mengalu-alukan kedatangan anda semua ke Laman Suara kecil Anak Sabah di http://asam-lambunau.blogspot.com

    Berjuang tetap berjuang, Anak Sabah Anak Malaysia.

  4. bayumurni says:

    BETUL KAH,MENTERI-MENTERI SABAH BERANI MELOMPAT DAIPADA B.N. BAGI SAYA PERKARA INI TIDAK MUNGKIN TERJADI,ATAS DASAR KOMETMENT MB-MB SABAH,,,

  5. koliangked says:

    ngam la itu menteri pewaris igal-igal bap dia gagal menjalankan tugasnya dikementerian yang lama dan tak ada kelebihan untuk rakyat sabah malahan barang naik.

  6. anton says:

    Janganlah harap MP-MP dari BN ini akan melompat! Mereka acah-acah saja dengan Pak Blah, supaya diberikan habuan untuk mendapatkan kesetiaan mereka bah! Mereka ini semua tiada telur dan tiada niat langsung untuk menyelesaiakan masalah yang kita, orang -orang Sabah hadapi – PTI, PTI IC palsu, kemiskinan, keselamatan dan kadar jenaya yang tinggi, hak-hak Sabah, kekurangan infrastruktur spt. jalanraya, bekalan air dan letrik, dsbgnya.

    Ini terbukti bila MP-MP dari Sabah semua tidak menyokong usul untuk “Royal Commission of Inquiry on Illegal immigrants” yang diketengahkan oleh YB Lim Kit Siang di Parlimen beberapa hari yang lalu. Bikin malu semua YB-YB kita ini! Beginikah wakil rakyat yang kita mahu? Tidak pun berani untuk bersuara untuk rakyat Sabah! Palui!

  7. Gendu says:

    Tu lah, ngam la jga kalo ad MP Sbh yg tumundok p PR, supaya kita dapat harapan baru untk Sbh…Ini Bee-End sdh lama dcini, tpi jln p kg sia mc lae grabel..apa maksud…wahai MP2 d Sabah, saya mewakili anak2 desa di Sabah yg selama ini menyokong penuh pentadbiran Bee-end, walaupun hanya diberi kubis batu, ikan masin, ikan sadin dan gula, dengan ini mencabar anda dengan berbekalkan semangat roh2 moyang kami, untuk melompat kepd PR demi untuk kesejahteraan kami penduduk desa, kalau bukan anda yg memimpin kami ke jalan yg betul, apalah gunanya anda menjadi wakil rakyat, ingatlah, anak2 kampung sekarang sudah tau membezakan antara yg btul dan salah! UNDI Bee-End=kubis,ikan sadin, ikan masin; UNDI PR= Harapan baru untuk anak2 kita!

  8. Gendu says:

    Mungkin ada diantara MP yg menjaga maruah, xmau dikatakan katak? namun di hati para penduduk sabah, kami tidak mengenang perpindah MP2 semua kpd PR sebagai ‘melompat’ tetapi sebagai satu ‘ritual pengorbanan’ untuk menjaga maruah bumiputera sabah. janganlah hanya kerana mahu menjaga maruah, anda (MP) sanggup diperkotak-katikkan oleh PeLah(Bee-End), cuba bayangkan apa perasaan nenek moyang kita melihat waris2 mereka diperlakukan sebegini? Renungkanlah wahai MP MP yg terhormat, kalau hati anda masih lagi di bumi sabah, lakukanlah yang terbaik, kami menyokong penuh setiap ‘perjuangan’ dan ‘perngorbanan’ anda…..Kotoluadan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: