Minyak Naik…

Stesen ESSO Jln Penampang Kota Kinabalu sesak sekitar 7.00pm semalam kerana pemandu berpusu-pusu ingin mengisi minyak kenderaan masing-masing setelah mendapat tahu minyak akan naik dalam masa kurang daripada 24jam.

Jalan Penampang (Kota Kinabalu) memang sesak petang semalam. Setiap kali jalan yang berdekatan dengan stesen minyak gerenti sesak. Orang ramai berebut-rebut isi minyak sebelum harga naik. Macam mana ni? Nak beli keta ke tak? Hmmm… Lemah semangat nak beli kalau gini. Malaysia ni nama je pengeluar minyak tapi mahal sangat la! Betul kata sahabat aku Adihamka ini adalah tradisi yang membebankan rakyat. Rakan-rakan Najwan bagi pengapat buat demo. Suara harapan kita sudah ada di parlimen. Masih didengarkah suara kita di jalanan? Baca lagi pendapat DeKerinchi berkenaan subsidi wang tunai.

Cuba tinjau blog Anwar Ibrahim dan Che Det (Tun Mahathir) berkenaan hal ini. Pak Lah kata apa? Dia tak kata apa-apa yang boleh membantu rakyat kerana dia mahu rakyat ubah cara hidup. Bagi Pak Lah, harga minyak di Malaysia masih rendah lagi. Hmmm… Pak Lah berundurlah…

14 Responses to Minyak Naik…

  1. admin says:

    di Kuala Lumpur keadaannya lebih parah Mariah..
    dah sampai masanya kita tukar ‘nakhoda’ kapal.

  2. watan says:

    Demonstrating on the street will not achieve anything…just say terima kasih Pak Lah, how u say it its up to you…

  3. dekerinchi says:

    salam ladymariah,

    makin menyampah dengan kerajaan…… bodoh punya keputusan…

  4. Sam says:

    Wah… ini satu lagi projek besar Kerajaan Barisan Nasional, menaikkan harga bahan bakar petrol RM 2.70 dan diesel RM 2.58 benar-benar memberi keuntungan yang besar kepada rakyat Malaysia sebab selepas ini nanti semua barangan keperluan asas pasti melambung naik, kata pemimpin BN nak pantau kenaikan harga barangan boleh caya ke ni? Kalau teh tarik naik RM 3.00/ cawan dan roti canai RM 4.00/sekeping dikedai-kedai mamak boleh mereka pantau ke? Yang pasti rakyat Malaysia terutama yang macam saya ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan mengakami tekanan yang paling teruk kalau tak gila syukurlah. Bagai mana rakyat luar bandar yang mempunyai keluarga besar sedangkan pendapatan kecil dan harga barangan naik fikirlah….fikirlah, Tak sangup aku Mariah memikirkan kesusahan yang dialami oleh mereka-mereka ini.

  5. koliangked says:

    adeh lady ikat perut la kali ni, budget makan RM7 sehari dah ditelan minyak, apapn tahniah org kg yg undi Berani Nipu, apa mereka rasa ya? Oren? hah harga beraspn dah naik sehingga RM6 satu kampit. kesian yg keluarga besar tu…. oh Malaysia ku

  6. ladymariah says:

    besok aku keluar kat utusan borneo cakap pasal isu minyak.

  7. dekerinchi says:

    salam ladymariah

    bagus tu, kalau dah keluar tu, jangan lupa kasi paste kat blog…buat rujukan….

  8. KNizam says:

    maki geram ngan kerajaan sekarang neh. kalau boleh nak buat pru13 next week je. haiH! haha

  9. saffa says:

    minyak minyak minyak!

  10. sasha says:

    orang sabah and sarawak tahu apa….asyik2 pangkah BN padehal negeri kaya ngan minyak…..@#$$@W@!!@@###!*&&[sensor]

  11. AnakMudaParlimenBatu says:

    Inilah padahnya, kita terpaksa menanggung kesusahan bersama dengan rakyat Malaysia yang memangkah BN padahal kita tahu apabila menyokong Pakatan Rakyat akan dijanjikan penurunan harga minyak tetapi mereka tidak percaya. Subsidi yang diberikan kepada kita ialah subsidi yang begitu merugikan rakyat, padahal contohnya, aku sendiri menunggang motosikal menggunakan petrol dengan harga sekarang dalam masa 3 bulan sahaja menghabiskan subsidi kerajaan selama setahun. Apa daya kita untuk melawan keputusan yang dikatakan adil untuk pemerintah dan untuk rakyat. Adil untuk orang bergaji besar tetapi tidak adil mcm kami yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meninggi dan dengar ura-ura yang tarif elektrik akan dinaikkan, sememangnya permohonan TNB ini sudah lama diminta. Inilah pergorbanan rakyat untuk pemerintah hingga rakyat terkorbankan diri sendiri. Hentikanlah tajaan Petronas ke atas F1, Hentikanlah Monson cup dan segala penajaan yang membuangkan duit, lebih baik duit itu dilaburkan untuk kepentingan rakyat.

    Dengar orang UMNO pun marah akan kenaikan minyak ini, Siapa yang suruh pangkah BN lagi.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  12. bayumurni says:

    Apa yang ko sangka orang sabah tau apa? Sahsa,! apa ko ingat pr menang kat semenanjung ini dah lama sangat ke? atau baru je revolusi ni,,awak salah kan orang sabah ,tapi awak tak pikir PR menang kat semenanjung cuma lima negeri je,apa pasal tak bagi sapu habis PR menang kat semenanjung pr12 baru-baru ni,,kenapa nak salah kan orang sabah pula,,saya nak bagi tau kat awak minyak yang terbesar dan ter banyak kat seluruh malaysia ini adalah negeri Kelantan,tu pun bukan orang kelantan tau semua nya pasal minyak diorang,,

    orang sabah bukan semua bodoh la SAHSA,,pikir-pikir dulu le,,,

  13. POK COP says:

    Minkyak naik akan menyebabkan barang lain naik harga
    langkah untuk mengatasinya;
    1.Kerajaan kena jual minyak yang dikeluarkan untuk negara dan selebihya untuk eksport
    2.Rakyat kena merancang perbelanjaan setiap bulan mengelakkan pembaziran
    3.Rakyat juga mesti merancang tabungan masa depan untuk keluarga
    4.Kerajaan mestilah berjimat cermat dalam perbelanjaan
    5.Kita kena sepakat jangan menyalahkan mana-mana pihak
    6.Selesaikan persengketaan dalam negara dengan bijak dan jangan menimbulkan isu yang kurang penting kerana akan merosakkan negara
    7.Kembali kepada al-quraan dan hadis
    8.Matlamat kita bukan hanya didunia tetapi sebenarnya lebih penting diakhirat
    dahla tu tima kaceh

  14. orang kampung says:

    pada masa sekarang,jika kerajaan BN belanjakan banyak wang untuk subsidi minyak(minyak murah)kerajaan BN masih ada baki wang yang cukup untuk mentadbir dan membangunkan negara.tapi harus diingatkan bahawa harga minyak di pasaran dunia sentiasa melonjak naik.ini bermakna kerajaan perlu meningkatkan lagi jumlah perbelanjaan wang untuk subsidi minyak(minyak murah)sehinggakan wang untuk mentadbir dan membangunkan negara tidak cukup sehinggakan negara terpaksa berhutang dengan ALONG(Bank Dunia,IMF atau negara barat.kesilapan kerajaan BN ialah memperkenalkan subsidi minyak.projek mega seperti Menara Berkembar Petronas,Litar Sepang,KLIA<Putrajaya,tajaan terhadap F1 dan projek mega lain adalah untuk menjana ekonomi dan kemajuan negara.kerajaan BN belanjakan jutaan ringgit untuk projek MSC.projek ini memang tidak memberi makanan kepada rakyat miskin.tetapi dengan adanya MSC ini kita boleh menulis sesuka hati ikut sedap mulut dalam internet.yang paling penting pelabur luar membelanjakan banyak wang untuk ekonomi dan pembangunan negara. rakyat miskin mendapat kebaikan secara tidak langsung tetapi cukup bernilai!!..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: