Golongan Rendah Tertekan: Utusan Borneo (7/6/08)

Utusan Borneo (7hb Jun) bertanya pendapat aku berkenaan kenaikan harga minyak beberapa hari lepas. Naib UMNO Bahagian Kota Kinabalu kata pemberian subsidi daripada kerajaan harus diambilkira dan seorang peniaga pula berpendapat ianya untuk kebaikan kerana menyumbang kepada pembangunan dan pengangkutan awam. Aku memang tak puas hati. Mungkin kerana aku bukan orang senang dan aku bukanlah orang kroni politik yang berpendapatan besar. Tidak tahulah kalau anda semua ni terasa kenaikan minyak ni tidak membebankan. Tapi aku betul-betul tidak berpuas hati. Aku TERBEBAN. Kalau kerajaan tak bantu rakyat siapa lagi? Nak buat Demo? Ya, Julai aku turun. PROTES habis-habisan! Time wartawan tu ambil gambar nak je aku pegang kertas yg bertulis ‘PAK LAH: TERIMA KASIH ATAS KESUSAHAN YANG KAU BERIKAN’ tapi tak jadi la pulak. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Demo! Demo!

***

Utusan Borneo 7/Jun/2008

Petikan Akhbar: utusan-borneo2

65 Responses to Golongan Rendah Tertekan: Utusan Borneo (7/6/08)

  1. kumbang patah sayap says:

    TDM ada menyebut dalam chedet.com yang harga minyak mentah adalah USD130 setong .. USD30 adalah kos pengeluaran dan USD100 adalah keuntungan..tiada peningkatan dalam kos pengeluaran..(bermakna pengeluar minyak dah untung yang teramat besar)..

    Semalam kat akhbar mingguan ada menyatakan bahawa harga minyak dah meningkat USD135 setong disebabkan oleh Israel hendak menyerang Iran atas alasan senjata nuklear..(baru gertak dah naik 5 dolar..aku x paham apa kaitan diorang ngan telaga minyak kt Malaysia ni)..

    Dan pada aku yang tergolong dalam kasta paling bawah sangat2 merasakan yang minyak pertrol dan diesel naik secara mendadak dan tinggi pulak tu disebabkan kerajaan nak tutup semula kerugian masa pilihan raya lepas..Dah habis duit dan janji ditabur tapi impian leburrr..

    Kalo naik 2-3 posen takpe aku pahamlah,,ni sampai 78 sen..

  2. Ustazsaid says:

    Kalau mau protes tguling limpang pn…harga minyak dunia tatap naik ma. Org senang ka susah, tatap bli minyak yg sama harga. Yg sure klu ko pakai keta 2000cc, ha ko dpt subsidi RM625 seth. Klu ko pakai Ninja King, jgn la mau ceta pasal subsidi. Di Thai @ Spore, sudah lama x harga RM2.70/liter. Jgn sampai ko demo durang tau, bikin malu ja…

  3. Affuan says:

    owh, ko masuk paper ke? patut la buat entri ni. hak hak.

  4. Pembantu Kuli says:

    ada tk gambar2 perhimpunan di Neg. Sekangor semalam?

  5. Aidil Khalid says:

    Wah, glemer masuk paper. Hehe.

  6. ladymariah says:

    Terima Kasih atas respon semua. Kepada Ustaz Said, jgn pula kerana anda org BN maka anda bulat-bulat menyokong kenaikan minyak ini. Kamu mungkin mampu untuk menanggung tetapi ingatlah golongan yg dari kasta rendah. Kita bukan cakap pasal kereta kancil atau Ninja King. Sebab kenaikan harga minyak menyebabkan semua barang pun naik. Mau beli sardin pun sudah naik harga. Apa lagi barang-barang lain. Kalau kerajaan skrg tidak menghiraukan kesusahan yg ditanggung oleh rakyat siapa lagi yang akan hirau? Memang tanggungjawab kerajaan untuk mencari alternatif demi utk kebaikan rakyat. Kalau tak buat demo, sampai bila kerajaan di atas tu sedar? Diorang sedap-sedap makan lamb chop, kami makan nasi berlaukkan garam. Ternyata perhimpunan BERSIH sebelum pilihanraya mendapat perhatian dr kerajaan dan SPR. Maka kalau ramai-ramai rakyat berhimpun meminta harga minyak diturunkan takkan kerajaan tak pandang? Jangan takbur pada kuasa. Ingatlah orang di bawah pimpinan anda. Jgn bagi alasan yg sama kononnya kita harus ubah gaya hidup. Tiadapun langkah-langkah untuk mengurangkan beban rakyat. BEGITUKAH SEPATUTNYA? Salahkan RAKYAT BIASA seperti saya untuk meluahkan kesusahan kami? Jangan hanya fikir-fikirkan tapi LAKUKAN terbaik untuk mengurangkan beban rakyat!

  7. alexander ah tong says:

    ustazsaid………….apahal kau bandingkan harga minyak di singapore dan thailand dengan
    malaysia? Kenapa kamu tidak bandingkan gaji pekerja di singapore dengan malaysia?Kenapa kamu tidak bandingkan harga makanan di thailand dengan harga makanan di malaysia?

    GAJI CLEANER…… MALAYSIA=RM 450/SEBULAN SINGAPORE=$1200/SEBULAN=RM2500/SEBULAN
    SEKALI MAKAN ……MALAYSIA=RM4.50 THAILAND=BT180=RM1.70

    SINGAPORE DAN THAILAND PENIMPORT MINYAK.
    MALAYSIA PENGEXPORT MINYAK……….bandingkanlah ustazsaid???????

  8. Affuan says:

    first time aku jumpa manusia BUTA cam ustazsaid. nama jek ustaz tapi BUTA HATI. haha.

  9. Pembantu Kuli says:

    Ustaz?

    Bahasa mudah….. katakan harga petrol di Singapura RM5 seliter kemudian tukar balik kepada nilai ringgit Singapura iaitu sekitar $2.00 shj jadi sekarang siapa yang lebih mahal harga petrol kalau bukan di Malaysia Lagi satu kita kena ingat Singapura mengimpot minyak dan pendapatan rakyatnya lebih tinggi dari rakyat Malaysia. Fikir2kan siapa kena tipu bulat2. Orang kampungpun semua tau kira geng.

  10. bayumurni says:

    Itu lah salah satu kerajaan BN ingin menipu rakyat,terang dan amat jelas bahawa rakyat bukan buta di malam hari,kenaikan di war-warkan oleh media malaysia itu adalah suatu pembohongan dan satu penipuan kepada seluruh rakyat malaysia,,seperti juga cerita isu Hindraf,seperti juga Beras dan lain-lain lagi,,ternyata PM malaysia hari ini tidak layak sama sekali menjadi peneraju negara,,,

  11. Dirk^Diggler says:

    ekceli….ni suma silap kerajaan yg terlalu memberi subsidi kepada rakyat terutamanya bumiputra sejak dulu lagi…..kerana terlalu hendak membantu bumiputra Malaysia utk trus maju…subsidi diberi sesuka hati…ini sedikit sebanyak membuat Bumiputra mudah lupa dan take things for granted coz hanya menunggu gomen punya subsidi…kerana malas mo bersaing dgn bangsa lain yg lebih rajin…itulah sebabnya bumiputra lebih terasa bila subsidi makin dikurangkan…..

    Namun demikian…cara menaikkan harga dgn drastik sekali sepatutnya tdk berlaku….kalau gomen kasi naik 10 sen atau 30 sen slowly…rakyat tdk juga akan terasa…malah diorg buli adjust lifestyle secara perlahan-lahan….BN atau bukan BN….face it…harga dunia tetap akan naik…dan harga minyak tetap akan terjadi!! Jgn cakap kalau PKR berkuasa diorg akan kasi kurangkan harga minyak!! It will happen…maybe bukan minyak…tapi subsidi2 yg lain pulak…..

    So…the moral of this event is to kasi sedar rakyat yg gomen tdk akan bantu the whole time….masa utk rakyat berfikiran lebih matang bagaimana mengatasi masalah ini ….bukan dgn mengharapkan subsidi diorg jak….masa utk berubah…maybe ubah gomen?? maybe ubah lifestyle?? fikir fikirkanlah…..

  12. ustazsaid says:

    Buka minda, tenangkan hati, jdn emosi…rileks beb! Jgn la mengarut, baru la kita blh diskus.
    Sy agak stuju dgn dirk diggler, sbb dah mbesar dgn budaya subsidi, bila kini subsidi ditarik sdikit2, kita pn pening, kalau subsidi minyak ni ditarik abis…kita beli minyak ikut harga pasaran, agaknya mau pengsan c alexendar & affuan.

    Ladymariah, ni bukan soal sokong BN ka x. Org BN pun beli minyak sama harga ma. Tp yg ni kita kena faham. Kali ni harga naik sbb Kjaan kurgkn subsidi, itu pun disubsidi utk benda lain spt beras dsb. Camna kita mau cakap negara maju kalau mentaliti subsidi kita masih mlekat kuat?

  13. dekerinchi says:

    Salam ustaz said

    saya rasa budaya subsidi ini, tidak perlu saudara hinghlightkan..sebab bagi saudara yang kaya saudara sedikit pun takkan rasa keperitan itu….bagi kami setiap sen itu berharga…

    Bukan soal sokong BN atau tidak…tapi soalnya kenaikan harga minyak menaikkan segala jenis barang dan perkhidmatan…menyebabkan orang miskin macam kami terasa bahang yang amat sangat….berlawanan sangat dengan apa yang sharil uar-uarkan….

    subsidi hendaklah dilihat dalam kontak yang luas…bukan subsidi minyak sahaja….
    salah satu kesannya kepada bumiputra…kalau takda subsidi jangan harap bumiputra dapat bersaing dengan bangsa lain..dalam ekonomi atau pun pelajaran….lagipun subsidi kalau dilihat dari kontak bumiputra…kami memang berhak untuk memiliki keistimewan tersebut….maklumlah kami ini bumiputra…jadi jangan persoalkan budaya subsidi kami…lagipun BN juga yang memberi baja subsidi cap dacing di Sabah…. siapa yang salah…atau memang ada pengecualian….sendiri mahu ingatlah…

    Cubalah tarik taraf keistimewaan kami sebagai rakyat Malaysia…barulah tahu apa yang akan berlaku dalam PRU akan datang….saya bukan mengugut…kerana saya belum pernah belot..jadi berhati-hatilah….jangan menguris hati rakyat….belajarlah dari PRU yang lepas…dan tolong jangan ego dengan rakyat miskin macam kami….

  14. bayumurni says:

    SAYA SETUJU PENDAPAT (DEKERINCHI),,SAYA TAK TAU LAH PENDAPAT DIRK-DIGLGER DAN USTAZSAID,LIHAT SAJALAH APA YANG MEREKA TULIS KAN DI SINI,,TERBUKTI DAPAT DI BACA OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA KHUSUS RAKYAT SABAH BETAPA LEMAH NYA PEMIKIRNA MEREKA TENTANG EKONOMI MALAYSIA,SEHINGGA KAN BOLEH SAJA DI TIPU OLEH MEDIA-MEDIA TEMPATAN DARI SEBELAH KERAJAAN,TAPI TAK TAU LA PULA SAYA KALAU DIAORANG NI MEMANG PENYOKONG BEE END DAN UMNO YANG MEMANG PENIPU TERANG PADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA NI,,

    KITA BOLEH LIHAT DI SINI SELAIN MINYAK GAS ASLI DI MALAYSIA INI,TERDAPAT JUGA PENGELUARAN MINYAK KELAPA SAWIT YANG TERBANYAK SEKALI DI SELURUH DUNIA,ADALAH MALAYSIA,

    KENAIKAN MINYAK PADA ABAD INI ADALAH SEJARAH MALAYSIA YANG PERTAMA SEKALI SELEPAS PERDANA MENTERI YANG SUDAH-SUDAH ADALAH YANG TERTINGGI PADA ZAMA INI,,

    PIHAK KERAJAAN SUDAH KETANDUS DARI SEGI IDEA MAUPUN SOKONGAN KEWANGAN YANG TELAH DI BELANJAKAN PADA PRU12 LALU DENGAN CARA MENGAUT BALIK WANG YANG TELAH DI AMANAH KAN RAKYAT PADA MEREKA,

    PIHAK KERAJAAN MEMANG TIDAK SETIA PADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA HINGGA MEMBIARKAN RAKYAT MALAYSIA MENDERITA TANPA MEMBERI BANTUAN DAN GALAKAN,NEGARA KITA MEMANG BERDAULAT SEMEMANGNYA KITA LAYAK MENDAPAT HAK-HAK SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA,KECUALI LAH KALAU MALAYSIA DI TUKAR KE REPUBALIK MEMANG KITA PERLU BERSAING TANPA DIPLOMASI,

    YANG KAYA TETAP SENANG HINGA KEAKHIR HAYAT MEREKA,,TETAPI YANG MISKIN TETAP PAPA KEDANA DI MALAYSIA INI,,,ADIL KAH PEMERINTAHAN DI MALAYSIA INI,KALAU TIDAK BERSISTEM KUKU BESI,,,

    ORANG YANG DI KAMPUNG SANA PUN BOLEH MENILAI CARA PEMERINTAHAN PAK LAH PADA ABAD INI,,LEBIH DASHYAT,LEBIH BODOH,LEBIH DUNGGU,LEBIH TERUK DARI PEMIMPIN YANG SUDAH-SUDAH,,KALAU ANDA TAK PERCAYA TANYA PADA PAK/MAK ANDA,,

  15. ladymariah says:

    KEPADA,

    KERAJAAN BE END:

    APA GUNA MENJADI PEMIMPIN KALAU MENGHISAP DARAH RAKYAT? APA GUNA MENJADI PEMIMPIN YANG ULUNG KALAU TIDAK MENCARI JALAN PENYELESAIAN UNTUK MENGURANGKAN KESUSAHAN RAKYAT? APA GUNA MENCARI SERIBU ALASAN TANPA KESUNGGUHAN MENCARI JALAN PENYELASAIAN?

    PASAL DEMO TU, SETIAP PENENTANG BUKAN BERERTI MUSUH. SETIAP PENENTANG BUKANNYA PEMBELOT. SETIAP PENENTANG BUKANNYA PEMBERONTAK. PENENTANG ADALAH PEJUANG HAK MEREKA.

    KEPADA SAID,
    SUARA-SUARA ITU TIDAK BISA DIPENJARAKAN. DI SANA BERSEMAYAM KEMERDEKAAN. APABILA ENGKAU MEMAKSA DIAM, AKU SIAPKAN UNTUKMU PEMBERONTAKAN!

    -ss-

  16. Ustazsaid says:

    Wah nampaknya makin panas & mlalut la korang ni. Kan aku dah cakap…rileks beb! Klu panas & emosi mana la kt jumpa kebenaran…lg pn kbenaran mana jumpa djalanan.

    Sdr dekerinchi kata aku kaya- yahoo.. 1st time la aku org cakap kaya…keta kancil, rumah papan, pdptn cukup2 makan…tp aku x rasa miskin…sbb harta bkn ukuran, yg ptg fikiran mau jalan ma…dlm Msia ni byk pluang utk dteroka…Pakistab/Indon dtg shelai spinggang, tiap2 bulan kirim duit pg kg boleh buat banglo…sendiri mau ingat ma

    x perlu highliht subsidi- budaya subsidi ni la yg akan mhancurkan masa dpn kita org bumi. Betul Msia ni kita punya, negara kita, kita bangsa induk…tapi sampai bila? Jgn cakap byk la klu beras yg kita makan pn mo tggu subsidi!

    Kjaan BN yg promote budaya subsidi- ya btul, memang btul, sbb klu dr dulu lg tiada subsidi, x tahu la apa sdh jd dgn bangsa kita ni. Tp, TS Khalid bg 20liter air pcuma d Sgor apa ceta? Ya itu bukan subsidi, itu cuma hadiah?

    Subsidi ni la de kerinchi yg byk mbantu kita…sy akui sbg bumi, dgn subsidi la sy mbesar & dpt pluang yg baik…itu sbb sy x sokong Malysian Malaysia & Social Justice yg durang heboh2 ni. Ko macam… mo sokong ka?

    Bayumurni kata aku lemah ekonomi & kna tipu media – ya mungkin btul, tp aku x la mcm dia yg agak x pandai. Cth: Knaikn harga minyak adalah tertinggi zmn Pak Lah…iya la zmn TunM minyak USD30 setong, skg berapa? Budak tadika ppaduan kg Chu Badak pun tau..bikn malu kompeni saja.

    Orang mcm Bayumurni jgn la kta sgt…agak x bijak…ikut kapla dia ja…pigi balik skolah la, belajar tatarkyat…lagi bagus.

    Ladymariah, rileks…jgn kalut…jgn tlalu idealistik…bpijak la d bumi nyata…demo x salah…tp klu smua kta mo demo, apa kes?…Indon hari2 demo, tp apa jd dgn durang..blambak d sini x cukup makan.

  17. orgpening says:

    Pemimpin d bayar utk memimpin rakyat, menyelesaikan masalah rakyat bukannya menyerah menyalahkan pihak lain. kalau sekadar bagi alasan jer sapa2 pun bleh jadi pemimpin. FIKIR-FIKIR lah.

  18. ladymariah says:

    Did i mention semua pun nak demo? atau demo utk minyak naik je? yg dulu memang la demo utk BERSIH. hehehe. Salam Pakcik Said… PEACE! Tidakkah Pakcik Said belajar sejarah bahawa ‘orang jalanan’ lah yang banyak mengubah negara. Tolong belajar sejarah. UMNO sendiri bermula dari jalanan. PKR juga bermula di jalanan. Kebanyakan suara rakyat yang berkumandang di jalanan (perhimpunan gergasi) adalah permulaan untuk sebuah perubahan. Pakcik pun bukalah minda… Salam…

  19. Dirk^Diggler says:

    Ok…fine!! masing2 ada ideologi dan pendapat yg berbeza…so daripada mencarut tanpa penyelesaian…apakata…berikan pendapat atau pandangan atau idea yg boleh di share suma utk mengatasi masalah rakyat?? DEMO?? nanti haus berteriak berdiri di panas hari…mo juga duit pigi beli air minum…(air minum pun naik harga oooo) DEMO?? berdiri diam2 pigang sepanduk…..(kurang produktiviti, bolehlah kalau yg teda kerja tu)

    Semua start dr jalanan?? bah…cuba kasi org jalanan pigi pigang pucuk pimpinan Negaralah….see what happen!!

    peace….i dun like whats happening too…but drpd trus susah hati…bagus cari jalan kasi improved….

  20. ladymariah says:

    Orang di jalanan jadi pemimpin negara? Masih belum nampak bukti lagi? Nurul Izzah, Yusmadi, Tian Chua, Elizabeth Wong, Anwar Ibrahim, Jeff Ooi… Kan sudah ramai duduk di parlimen? Bukankah usul yang mereka ketengahkan menghangatkan perbahasan di parlimen?

    Kalau mau kasi improve, kerajaan mesti jaga kebajikan rakyat. In the same time, rakyat boleh kerja senang hati. What say you Dirk?

  21. AnakMudaParlimenBatu says:

    Cayalah Mariah, ini salah satu protes yang berkesan, kata kat Fatimah Shara itu kalau nak bertenang pergilah tepi laut. Ini bikin panas hati, kita protes sampai ke titisan minyak yang terakhir. TURUN HARUS TURUN. Julai turun KL ker MAriah?Contek Aku.

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  22. ustazsaid says:

    Ladymariah…nama yg ko sbut lahir djalanan…ya btul, apa durang cakap djalanan, spatah haram x sbut dlm dewan…ntah2 tnga-nga mulut takjub @ hairan ngan dewan yg cantek tu, tinggal la korang tpekik tlolong still djalanan…we must realistic!

  23. Dirk_Diggler says:

    I still remember once upon a time….pemimpin2 seperti Yee Mo Chai, Dr Max, Datuk Pairin…sgt lantang memperjuangkan hak2 rakyat Sabah di Parlimen ataupun di media2 …..itu time diorg msh di pihak sebelahlah….tetapi skrg sejak diorg di pihak yg sama…sumuanya yg mereka laungkan dulu sdh senyap!! Kenapa??

    Sepatutnya “art of war” by sun tzu kaitu…ada mengatakan…if you cannot fight them from the outside…fight from within….but tat is not wats happening eh? apa yg terjadi ialah…if you cant beat them…join them!!

    [quote]Kalau mau kasi improve, kerajaan mesti jaga kebajikan rakyat. In the same time, rakyat boleh kerja senang hati. What say you Dirk?[/quote]

    true…memang patut kerajaan bantu rakyat!! But in wat sense?? alangkah baiknya kerajaan mengajar rakyat cara memancing atau memelihara ikan daripada memberi ikan? sebab…once ikan sdh kekurangan di laut…..rakyat mula bising!!…berbalik kepada subsidi!! Fikir-fikirkanlah…..

    Sia pun golongon yg terasa juga bila minyak ni naik…tapi drpd mengeluh ….sia cuba cari alternatif lain utk mencari extra income atau berjimat dimana yg patut!! Mungkin dulu sarapan di kedai mamak…skrg sarapan di rumalah!!

    Bah! byk sdh sia mencarut nii….mo jimat juga ni duit main di internet cafe…..till then…peace upon you all!!

    just my 2 cents…oppsss….sdh bundar pigi 5 cents!!

  24. bayumurni says:

    Patut la di Malaysia ni ustaz-ustaz pun boleh kena beli untuk menjawat sesuatu jawatan dalam menteri,,bila saja lantang dan menegur kesilpan keraajan mereka akan di pecat serta-merta dan di gantikan dengan orang baru,,

    Tak guna kalau saya nak panjang lebarkan perkara ini, Ustazsaid awak sepatutnya tambah kan lagi nama awak di belakang ni USTAZSAID,tambah dengan USTAZSAIDKICK,saya tak sangka awak ni sekolah tinggi tapi masih bodoh macam lembu, saya agak awak ni adalah agen pada parti BEE END dan UMNO untuk masuk dalam ruangan ini memberi kucar-kacir sahaja pada rakyat,

    Jangan lah awak bercakap pasal soal subsidi kalau awak tak tau,! nampak sangat awak ni mengunakan hujah politik kampung dan politik sabun yang di ajarkan oleh BEE END

    Selama ini awak tak tau ke? seluruh barang yang ada di malaysia ini adalah di hantar oleh Robert Kouk iaitu Kouk Brothers yang berasal dari singapura,kecuali beras yang memang dia tak akan supply pada negara Malaysia,sejak rejim komunis China lagi, Malaysia adalah satu-satu negara yang amat bergantung pada kompeni yang terbesar di seluruh asia ini dan dia adalah pembekal yang terbesar di seluruh asia dan eropah,

    Maaf saja USTAZSAID-KICK,masih banyak perkara yang awak tak tau ATAU,!! awak ni memang agen BEE END dan UMNO 007, kalau awak nak suruh saya sekolah,saya rasa sekolah yang saya duduk kat jepun,tak da dalam Malaysia, awak faham ke,,?? Ustadsaid-kick, Saya tak akan sampai sekolah saya kat jepun kalau saya bodoh seperti yang awak sangka,dari kepulauan Okinawa hingga ke Hokkaido saya telah jelajah dan bercakap pada mereka,

    Ustazsaid,Demo ini adalah menandakan sesuatau negara yang maju,atau awak boleh buka lama ini http://www.telegraph.co.uk/money/main/jhtml?, atau awak boleh klik pada http://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp? awak boleh dengar penjelasan bulliten singapura dan george soros mengatakan kelembapan ekonomi malaysia pada kali in,,,,,

    Rilek leee,,sampai tuaaaaa,,Ustazsaidkick,,hehehe

  25. ladymariah says:

    what are u talking about pakcik said? MANSUHKAN ISA adalah pekikan di jalanan. MANSUHKAN ISA juga dibawa ke parlimen. benarkah anda ini ustaz? mengelirukanlah…

  26. bayumurni says:

    Patut le di Malaysia ni ustaz-ustaz pun boleh kena beli untuk manjawat sesuatu jawatan dalam menteri-menteri,,bila saja lantang bersuara dan menegur kesilapan kerajaan mereka akan di pecat serta-merta dan di gantikan dengan orang suruhan mereka,

    Tak guna kalau saya nak panjang lebarkan perkara ini, usatazsaid awak sepatutnya tambah kan lagi nama awak di sebelah belakang ni USTAZSAID di tambah USTAZSAIDKICK,,hehehe,, saya tak sangka awak ni sekolah tinggi tapi bodoh macam lembu lsaya agak awak ni adalah agen pada parti BEE END dan UMNO untuk masuk dlm ruangan ini memberi kucar-kacir pada rakyat,,

    Jangan lah awak bercakap soal subsidi kalau awak tak tau,!! ternyata nampak sangat sangat awak ni mengunakan hujah-hujah politik kampung dan politik sabaun yg di ajarkan oleh BEE END,

    Selama ni awak tak tau rupa nyer seluruh barang yg ada di malaysia ini adalah di hantar oleh Robert Kouk iaitu Kouk Brothers yg berasal dar singapura,kecuali beras kita ambik langsung dari Thailand,memang dia tak akan supply pada malaysia sejak rejim komunis China lagi,Malaysia adalah satu-satu negara yang amat bergantung pada kompeni yg terbesar di seluruh asia ini dan dia adalah pembekal yg terbesar di seluruh asai dan eropah,,

    Maaf saja le,Ustazsaidkick masih banyak perkara yg masih awak tak tau,, ATAUU,!!! awak ni memang agen BEE END dan UMNO 007 ,kalau awak nak suruh saya sekolah,saya rasa sekolah yg saya duduk kat jepun tak dak dalam Malaysia ni,,

    Ustazsaidkick,,saya tak akan sampai sekolah saya kat jepun kalau saya bodoh seperti yg awak sangka,dari kepulauan Okinawa hingga ke Hokkaido saya telah pegi dan jelajah bercakap dgn mereka,,jangan lah awak nak mengarut,

    Ustazsaidkick,demo menandakan yg maju,atau awak boleh buka laman ini,http://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp? atau http://www.telegrafh.co.uk/money/main/jhtml?,,awala boleh dengar dan baca bulletin singapura dan george soros mengatakan kelembapan ekonomi malaysia akibat salah tadbir kerajaan,,,,

    Rilek leeee,,sampai ketuaaaaa,,,Ustazsaidkickk,,,hehehehe,

  27. bayumurni says:

    Ladymariah,,dia bukan ustaz tapi dia adalah agen BEE END dan UMNO keparat tu,

  28. bayumurni says:

    Cuba cari dalam dunia ni negara mana yang boleh maju dengan cara diplomasi,US,JERMAN,JEPUN, kalau buka menyerang dan membunuh mati,,kita lihat saja le Iraq macam mana Amerika nak membangun kan negera mereka,bagus lagi kat malaysia takat demo jer,kalau kat Paksitan,India dan lain-lain negera mereka demo dengan sejata api,,kalau boleh kat Malaysia macam ni memang menteri-menteri Malaysia kecut telo mereka kantoi diaorang,,hehehe

  29. chot says:

    wah…siap keluar paper tu..

  30. alexander ah tong says:

    ustazsaid, walaupun harga minyak dijual mengikut pasaran saya yakin saya tak akan pengsan.Saya yakin rakyat akan menderita….walau bagaimanapun yang saya nampak kamu cuba berlagak cerdik tapi yang saya nampak ialah kebodohan dan sombong bongkak yang ada pada diri ustaz ini.

  31. ustazsaid says:

    Untuk makluman sdr2 suma, sy bukn agen sapa2, cuma rakyat Msia realistic …dan anti rakyat Msia yg x bpijak dbumi nyata.

    1.Bayumurni – la dia ni skolah d Jepun rupanya…oooohhh hebat memang hebat. Tp skolah d Jepun pn x guna klu adab mcm Barbarian. Mengata org bodoh boleh… kena provok sikit dah mlenting…apa la. Org Jepun bangang camna pn mana ada panggil pmimpin durang dungu, bodoh, mcm lembu ka…Ntah2 ko skolah Jepun pn biasiswa kjaan kot ?

    2. Demo tanda negara maju – Iya la ko betul, klu negara ko ni dah msuk G7, ko demo la pg ptg, suka ati ko, org x larang pn. Masalahnya, rakyat negara ko ni, baru tarik subsidi minyak sikit ( itu pun subsidi benda lain – mana la ko percy sbb yg btul ko aja, yg lain mana btul? ), dah pening. Camna la mo jd negara maju klu rakyat mcm Bayumurni- x mampu bhujah dgn rasional, emosional siap bahasa kesat lagi.

    3. Ko nak baca buletin Spore & Soros utk tgok ekonomi Msia – Bila masa Spore & Soros Yahudi tu nak bagi positive comment utk Msia?

    4. Hai alexender rupanya ko msih sedar, ingat dah pengsan ko. Satu ja sy mo nsihat ko ni, JGN CAKAP ORG BODOH KLU KO PN X CERDIK!!!

  32. ustazsaid says:

    Marah ka? jgn marah bah, rileks bah ko… kwn2 suma klu ada masa jom lawat ustazSAID.blogspot.com – Jom ramai2 kita tgok

  33. ladymariah says:

    promosi nampak…

  34. bayumurni says:

    Untuk makluman Ustazsaid,,ternyata awak ni memang seorang agen kepada parti BEE END dan UMNO,segala biasiswa persekolahan awak pun di tanggung oleh kerajaan barisan national,dan bagi saya awak adalah seorang salah satu kaki tangan BEE END untuk masuk ke dalam blog agar dapat mengimbangi pemikiran negative rakyat sekali gus dapat menangkis tomahan-tomahan rakyat kepada Barisan National,

    1. Ustazsaidkick – awak terasa juga bila orang cakap pasal awak,? tapi awak tak pernah rasa apa yang awak katakan pada orang lain balik pi sekolah,dengan ayat-ayat awak di atas tadi, awak pandai mengata orang tetapi sayang,,!! Ustaz apa ni yang pandai melihat kelemahan orang dan menasihati orang,apalah maksud ni semua,,?

    Sebelum kita menasihati orang lain,adalah lebih baik kita nasihati dulu diri kita atau kita cermin dulu diri kita betul- betul sampai pecah, baru la layak awak menasihati orang lain,awak nak sebut pasal pemimpin dekat jepun,ha,!! meh saya nak bagi tau pada awak, awak boleh cari seluruh negara jepun jika ada menteri-menteri nya yang menggunakan kerete yang lebih besar dari pada rakyat,? awak cari le seluruh jepun kalau ada menteri-menteri nya yang datang pejabat pukul 08.00a.m?

    Selalunya menteri-menteri kat jepun akan datang dengan tepat pada pukul 07:30 pagi,sebelum kaki tangan awamnya sampai,dia lah ketua yang pertama-tama membuka pejabat dan dia lah yang terakhir menutup pejabat,
    Saya nak tanya satu soalan pada Ustaz? Menteri-menteri kita dekat Malaysia ni bangun pukul berapa juga?
    Saya nak tanya ? Benani kah pemimpin dan menteri-menteri Malaysia ni naik moto ke atau naik Basikal?,, atau memang dasar menteri-menteri kita di Malaysia ni,mengikut acuan orang-orang British?
    Sebab setahu saya orang-orang British,kalau tidur tidak boleh di bangunkan selagi belum pukul 10:00 pagi,saya tau le,,sebab saya memang biasa kumpul dengan orang bukan setakat orang jepun je,,Ustazsaid,!!
    Tak guna kalau kita nak menunjuk-nunjuk kan Kelayakan Phd,Degre,DiPloma,Ijazah,Dr untuk masuk kedalam blog kita,sememangnya di Malaysia,sijil-sijil boleh di beli dengan wang ringgit,

    2. Tak payah tungu G7 kalau nak demo, Pemimpin yang berakal dia akan tau itu adalah isyarat buat dia,samaada nak turun minyak atau nak turun jadi Perdana Menteri malaysia, Iya lah,! hari ni dia tarik subsidi minyak, esok dia tarik subsidi beras.lusa dia tarik gaji rakyat Malaysia,lusa dia tarik semua, dengan ko-ko sekali kebulur,,
    Dah pening ke? kalau pening makan le panadol 10 biji biar padam sekali,,tok sah pening-pening fikir macam saya Ustazsaidkick,, Peguam yang bijaksana pun dekat Malaysia ni pun pandai buat Demo,apa lagi macam saya ni,
    Ustaz,,jangan lah nak bagi gred pada hujah saya, mengatakan saya ni rasional.emosional ata iskinol, siapa yang emosi siapa dalam hal ni?
    Baik la,katakan saya adalah emosi,! memang betul sebab saya rakyat, apa pun kalau saya nak kata awak tak berhak untuk menilai,kalau memang awak ni seorang yang bertauliah dan berpeajaran tinggi,

    Tapi apa yang saya dapati cara ustaz berhujah ni macam seolah-olah Ustaz ni adalah orang yang jenis Panas baran,hehehe,, Seorang Ustaz walaupun di lemparkan dengan kata-kata kesat ke,maki ke,murka ke, sepatutnya seorang Ustaz membalas dengan kata-kata yang sedap di dengar bukan dengan jalan mencarut orang lain,,

    3. Bila masa s`pore & Soros Yahudi nak bagi positive komen utk malaysia,perkara itu baru berlalu,bayangan kan lah negara luar pun boleh menilai kebodohan pemimpin Malaysia, saya nak bagi tau pada Ustazsaidkick di malaysia sudah ada 10 orang kesemuanya pekerja warga Yahudi yang bekerja di malaysia tanpa di sedari,salah satu menjawat dalam ke doktoran,bahagian kewangan,bahagian pemakanan,bahagian pemasaran dan lain-lain lagi yang tak perlu saya katakan, Termasuk lah komputer yang Ustazsaid gunakan kan ini,,,,tak paham lagi,,tak sedar-sedar lagi??

  35. bayumurni says:

    Siapa yang marah siapa ni USTAZSAID? untuk masuk blok anda tak mau lah awak adalah seorang Agen kepada barisan nasional USTAZBOND 007,,jangan marah ustazm Ok bah kalau kau,,

  36. ladymariah says:

    kesianlah kat dia bayumurni, hits dia masih rendah kot… tu yg nak bayu datang berkunjung dan memberi komen ke blognya…

  37. bayumurni says:

    Oh, kalau begitu,dia mesti terkecuali dari pandangan yang menyebelahi pihak kerajaan,sebab dia yang mula mencetus kan,dalam perkara ini,dia kena faham LadyMariah di dalam hampir keseluruh blog ini banyak suara-suara rakyat yang tak puas hati pada kerajaan bukan nak menjahanam kan kerajaan,nak menegakkan kebenaran melalui suaramaya yang agak lebih berkesan dari media saluran kerajaan,

    Oleh itu kalau mau Blog kita lebih popular atau lebih famous, kita jangan cuba-cuba menyebelahi pihak kerajaan,Jadi lah sekurang-kurangnya orang tengah lebih baik,,

    Kalau dia pelawa saya LadyMariah, masuk ke blog nya tak ada apa-apa masallah,sebab saya ni memang pejuang,!!

  38. ustazsaid says:

    Wa caya sama lu bayumurni, hebat memang hebat…Ladymariah patut bg anugerah sama bayumurni, pengomel blog ko yg palinnnnnnng baik, dia plg layak dapat sbb org lain jahat blaka…hatta menteri2 kat malaysia ni pun lembab, bangun jm 10, pg ofis jm 12, mana ada urusan! Camna dia tau, aku pn x tau. Ntah2 bayumurni ni menteri pencen x kna lantik balik kot… itu yg memanas sangat tu.

  39. bayumurni says:

    Hahahaha,rilek Ustazsaid, saya tak bermaksud begitu tetapi kalau le pemikiran mu sebegitu bermakna awak lebih baik dari ku,

    Kalau tak caya,cuba jemput menteri-menteri ni datang tepat pukul 8.00 pagi,kalau betul mereka ni sampai tepat di tempat tu,melainkan mereka ini lah yang di tunggu,
    Saya bukan menteri yang berpencen Ustazzzzzz,,tapi saya seorang aktivis pada rakyat,
    Nampak nya ustaz ni seolah-olah di jawatan dari parti BN dan UMNO, Apa yang saya nampak Ustaz ni hilang tahap kesabaran berhujah,,bawa bertenang Ustaz,, banyak-banyak mengucap,,,,,kekekek,,

  40. crying_sabahan says:

    warh..(menguap)..

    mengantuk sia tinguk ni perang mulut..
    harga minyak naik..sapa perlu dipersalahkan..goverment.
    siapa yang buli kasi setel ni hal?..pembangkang..

    apa perlu rakyat buat?.. paling kuat pun becakap and perang mulut..

    macam ni la..bagus kita serang blog-blog pembangkang..contribute in giving a comments..suarakan keperluan rakyat, terutama sabahan..copy paste from 1 site to another..VOICE it up!! sini bukan gelanggang..

    sorry everyone..sya ni bukan la pandai sangat..we are the richest state in Malaysia, the biggest oil reserve state..2010, definitely will be a massive sucking oil activities in SABAH.. you name it, kikeh, kebabangan, malikai..all those in Sabah water!!

    apa perlu kita buat skarang?.. ask/demand the goverment, give us sabahan a good job, build more terminal for sabah, not in johor..build a refinery like in bintulu..set it up in KKIP..let our sabahan becaome like sarawakian that most of them already living a good life working with oil and gas..

    Ask the goverment to bring in Shell back to Sabah, bring in BP or Total or ExxonMobil and setup their office like in miri which can offer thousands of job opportunities to the locals..

    we expect people like BE END or UMNO agents who always read this comments can hear our voices..not grumbling and war..

    Wake up..its time to work on something..not necessary to be a demo, let it be last resort lah..SAPP is going out, now its PBS time..marilah kita sama-sama menyumbangkan suara kita…

    PEACE..

  41. bayumurni says:

    Kalau kau mengantuk bagus kau tidur bah,,jangan lah kau sibuk-sibuk lagi pasal sabah ni,ndak juga kau peduli,,

    memang kita berperang pakai mulut bah di sini,,jadi mau pakai apa juga? kita ni bukan babaww bah,kalau kita babaw atau bisu baru lah kita menentang,, buduh juga bah kau ni,,

    Apa yang kau suruh orang BEE END ni wakeup untuk kerja,sudah terlambat bah,masanya untuk turun atau tidur terus jangan bangun-bangun lagi,,,kekekeke,,

  42. crying_sabahan says:

    ish..ko jan maran sana ba bayu..

    sia tau la ko belajar jauh di jipun, kami ni yg teda skolah tinggi ko anggap budu..sia kurang pandai macam ko bah, apa yang sa dapat buat cuma taip apa sia rasa ja sini..

    ko memang aktivis dan berjuang bagi rakyat, sia bukan.. sia rakyat biasa saja. tidak mampu sia mo jadi aktivis macam ko..

    kalu ko berperang sini,dan sakat pendapat urang lain saja kerja ko..nampak la suda kelemahan kita..rakyat sabah tidak bersatu hati..bukan sia tia peduli sama sabah..itu la bah sa harap kalian2 yang aktivis tu suarakan rasa tia puas hati tu dalam blog2 urang lain..baru la kena notice..

    sia tia perlu bercakap bahasa jepun bah mo kestau apa sia rasa sama rakyat sabah yang lain..dan sia bukan urang BN..sia suka lagi durang tumbang.. tapi persoalannya, mampukah Anuar jadi PM yang kita harapkan?

    PEACE..

  43. ladymariah says:

    ya, betul juga apa ko ckp crying. kita mesti satu hati tumbangkan BN skrg ni. saya sokong anwar jadi PM tidak semestinya sia yakin utk bagi jaminan dia akan puaskan hati rakyat tapi dia ada peluang selama 5 tahun. kita tingu saja la… malaysia akan lebih terbuka kalau BN sudah tumbang…

  44. crying_sabahan says:

    ya..kita tinguk saja la..mana la tau kan?

    jgn saja dia mcm si pensinta mongolian, cakap minyak tia naik..tp naik juga..
    dulu Anwar terlibat sama bah bawa tu UMNO datang Sabah, skang sia harap dia bawa keluar plak tu UMNO la..

    sia kesian bah tinguk urang2 kita di sabah, gaji sudah la kecik..urang kita terpaksa keluar sabah cari kerja tempat lain..BN patut buat sesuatu ba dulu, tapi skang mungkin giliran PKR buat sesuatu..

    kenapa negeri2 lain dapat luxury kerja kosong dan gaji besar untuk locals, tapi di sabah…kesian oo..

    mari la satu hati sabahan, suarakan hati kamurang di mana2 blog yang ada juga…kalu mampu suarakan di sini saja, tidak apa…suarakan saja…

  45. ladymariah says:

    Suarakan saja bah sini😉 ada juga tu yg baca🙂

  46. crying_sabahan says:

    ya…sini pun ok..jgn saja kana sakat la..🙂

    bah, yang aktivis tu..yang ada masa banyak, suarakan juga la di blog lain..tapi tempat yang famous2 la…

  47. bayumurni says:

    OHH,,sory Crying_sabahan aku ingat kau ni orang kuat BN dan UMNO,baru terlampau pula kau ni merendah kan diri mengatakan kau ni tidak ada sekolah,,padahal kau cakap urang puith bulih tahan bah,kau tulis di sini akupun ndak mengerti bah apa kau cakap tu,,hehehe,,

    Ok lah aku kasi tau sama kau,Kenapa tahap gaji kita di Sabah ini begitu rendah berbanding kan negeri-negeri malaysia yang lain,,

    Salah satu faktornya ialah di Sabah masih mengunakan akta buruh pada tahun 1970,
    Pada tahun ini paras gaji adalah di bawah paras RM10:00 sahaja,,
    Sedangkan kita telah beredar zaman pada sekarang ini dalam tahun 2008,jadi akta buruh kita sudah tidak sesuai lagi di gunakan pada tahun 1970 yang lalu,

    Sepatutnya menteri-menteri di Sabah yang jahanam ini membawa isu ini ke-Parlimen untuk di Gubal dan di Mansuhkan,baru lah nampak gaji-gaji di sabah ini selari dengan negeri-negeri yang lain-lain di malaysia ini,,

    Crying,, untuk kepastian dan kebenaran kata-kata saya ini,cuba awak selidik kementerian sumber manusia,,,

    Kalau tentang si DSAI jadi PM Malaysia,memang itu lah ukuran garis lintang dan jadual Malaysia pada abad ini,,Crying,
    Saya nak bagi tau pada awak DSAI akan tetapi jadi PM Malaysia menganti kan Paklah yang bodoh itu memerintah tempatnya,, walaupun saya bukan ahli dalam PKR dan mana-man parti pembangakang di malaysia ini,

    Perkara ini telah di susun dengan strategik pada tahun 1995 lagi,oleh perdana menteri DR,Mahathir sebelum dia di lucutkan dari jawatan Timbalan PM,

    Sebab kenapa boleh berbuat begitu? Tidak lain dan tidak bukan semata-mata ingin menyelamatkan bakal perdana menteri Malaysia yang cukup bertauliah dan berkalibar dari pada di musnahkan karier nya berpolitik terus dari musuh dalam BN dan UMNO itu sendiri,,terlau panjang untuk saya hurai kan pada awak,,cukup untuk setakat ini,,

    Tetapi walamacam manapun,,dengan meremdah diri saya minta maaf pada awak jika ada keterlaluan saya pada awak,,kalu boleh,,Crying kita gunalah bahasa kebangsaan kita,bahasa malaysia, OK kalau kau,,,hehehe

  48. crying_sabahan says:

    hahah..ko ni aa Bayu..

    bukan nda mo cakap bahasa malaysia bah, cuma mo kasi paham urang lain yang baca ni blog non-sabahan.. kesian durang, melangap nanti tu mulut durang baca ni apa yang sia taip..hehe

    buli tahan ko pya political observation sama ko pya Gov act ni knowledge ni..betul tu, sia sukung ko memang jahanam bah politician kita sendiri skang..sepatutnya isu gaji atau sara diri di sabah suda lama kana gubal.. habis poket politician sabahan kana isi oleh goverment, tapi mangkuk lanjang urang2 sabah macam kita ni teda pun kana peduli..

    paling kesian skali, habis ba resource kita kena guna tuk kepentingan BN..paling sia sakit hati bila urang2 sabah / anak2 jati sabahan terpaksa kerja di luar tempat sdiri ba..

    pasal PM, so far bagi sia Anuar saja the best choice..why? bagi sia, dia perlu perbaiki apa yang mungkin silap dia pernah buat dulu terhadap Sabah..mungkin la..tepuk dada tanya selera.. tapi tertanya2 sama ada dia mampu kasi maju sabah atau tidak..tunggu dan lihat, dari segi janji2 DSAI memang meyakinkan la..takut nanti jadi macam si kawan yang bakal jadi PM kononnya berani cakap minyak tidak naik sebelum election, skarang bila minyak naik mendadak, dia buat dont know ja..siap mimpi mo jadi PM..hehehe.. itu ka bakal PM yang kita mau?..

    eh..panjang sia tulis ni.. bukan juga sia pandai dalam politik ni.. cukup la, mahal sia mo bayar ni cyber cafe..

    PEACE…

  49. crying_sabahan says:

    sorry semua,

    saya tidak bermaksud keterlaluan atau menunjuk pandai..
    saya cuma anak sabah yang lama sudah prihatin dan sedih ke atas apa yang suda jadi sama SABAH tanah air tercinta..

    saya cuma mampu meluahkan perasaan saya sini, kalu saya meluahkan perasaan saya di luar dewan parlimen nanti sia – sia saya kana tangkap..heheh..

    sia harap betul politician kita jumpa ni site..baca comments, biar putih mata durang..

  50. Dirk_Diggler says:

    Yupp!!! sia setuju…paling penting rakyat Sabah harus bersatu hati…..tunjukkan pada mereka yg we mean business…no more janji2 manis….its our time now!!

  51. bayumurni says:

    Thats right what ur talkin Dirk_diggler, so i let u know,! The Boss is Always Right, don`t forget Sabah is The Power,,we are people power, keep PM kick the ass out from the chair,,,,

    LONG LIVE SABAHAN,,,,,pppeeewwwiiiitttt,,,,

  52. Jok says:

    Hello kawang-kawang,

    Ya lah nak cakap pasal minyak naik harga, rasa macam ada yang tak betul ni, memangpun ada. Cuba korang pikir, dulu harga lama, kompeni Telaga Minyak untung itu jangan cakaplah, kalau tidak macamana nak bayar gaji kulikang dia. Harga pasaran dunia naik, negara kita patut untung lebih kerana dapat jual mahal pegi negara luar dan bukan jual mahal pada RAKYAT SENDIRI…. Harga domestic patut harga lama biarlah harga luar yang mahal.
    Gaji Contractor Telaga minyak bagi SABAH &SARAWK pun tidak pandai naik, besar lagi gaji orang potong rumput. Minta naik Gaji dia orang cakap kontrak kita dapat harga rendah tidak ada untung…tanya saja, cakap tada untung..Padahal Harga Minyak naik sampai tiga kali lipat..
    Nanti ambil kuli dari luar negara kerana murah, sendiri punya orang sekolah tinggi-tinggi sampai pujuk tapangpun tada kerja. kenapa tak train kita punya orang sendiri buat kerja. BIARLAH HARGA MINYAK YANG NAIK ITU SAMA-SAMA KITA NIKMATI, BAGILAH DAN DERMALAH PADA RAKYAT TEMPATAN KITA, ITUPUN TIDAK HABIS KAN…JANGAN SEMBELIH ANAK TEMPATAN SENDIRI…PIKIRLAH APA YANG PATUT JGN BUAT TAK TAU SAJA.

  53. Jun says:

    Apalah kita berbalah pasal minyak … sekarang cerita minyak naik turun sudah diselesaikan oleh kerajaan yang pentingnya kita sama fikir bagaimana negera yang akan kita tinggalkan ini aman dan damai dapat diwrisi oleh anak cucu kita… berbalah boleh tapi janganglah lebih- lebih ….. biar kerajaan jalankan kerjanya … lebih – lebih lagi dia orang semua tahu apa yang harus dibuat dan hari ini terbukti sampai masa minyak turun … tak adaillah jika keadilan terus menyalahkan kerajaan ….kalau sendiri dah adil buat cara adil …. kita tak mahu dengar orang serang kerajaan sebab kerajaan pun ada ramai orang yang sangup bergadai bergolok mempertahankanya … terimalah kenyataan ini dengan hati ang terbuka

  54. Adamik says:

    Hi, this is really nice post i like it so much
    thank very much

  55. Alton says:

    Great article Mike, i loved it . I don’t know if it’s ok but i found a very cute site on the internet http://eazyclip.com/ and i think others may be interested.
    It has a lot games , like Pandemic 2 , Tycoon Games and Poker Games.
    I heard that soon the admin will add MultiPlayer games , so that will be great.

    ?Friends are helpful not only because they will listen to us, but because they will laugh at us; Through them we learn a little objectivity, a little modesty, a little courtesy; We learn the rules of life and become better players of the game?

  56. Rice says:

    The safest way to stop erectile dysfunction is with an all natural approach. I have some health reasons that keep me from taking most anti impotence medications. So during the last few years I have tried most of the herbal formulations available online, and so far I have to say that I like CaliPlus and I’m sticking to it. “>Herbal Solution to cure Impotence

  57. Kraebel says:

    Thank for topic , that’s great
    Invite you come to my blog that get more software , wallpapers ,……Update daily … http://www.softlatest.co.cc Blog Share software , wallpapers ,……Update daily …

  58. Cruse says:

    Hello, It is super blogs, enjoy my seo

  59. Moulds says:

    tesekkurler harika bir sey bu

  60. Carmack says:

    Thank you, continue sharing your thoughts, thus enriching your readers.

  61. Grove says:

    Thank you, continue sharing your thoughts, thus enriching your readers.

  62. gebelik says:

    Thanks for publishing about this. There’s a heap of solid tech info on the internet. You’ve got a lot of that info here on your web site. I’m impressed – I try to keep a couple blogs reasonably current, but it’s a struggle sometimes. You’ve done a big job with this one. How do you do it?

  63. Bosack says:

    very nice admin, very very nice
    webmaster forum
    ucuz hosting

  64. Redding says:

    Hi, I offer my regards to you sir for this wonderful article
    from people like you our knowledge is increasing so
    Be good thick

  65. Airfares Kota Kinabalu…

    […]Golongan Rendah Tertekan: Utusan Borneo (7/6/08) « Kopivosian…[…]…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: