Harga Maggi Mee Naik!!!

Aku rasa ini adalah iklan percuma untuk produk ini. Hehehe. Aku rasakan, apabila harga maggi mee melonjak naik korang tak kisahpun sebab korang banyak duit beli lauk pauk yang lazat-lazat, korang ada pembantu rumah yang tolong masak kat rumah, korang ada kerja tetap untuk beli makanan seimbang… manalah terfikir akan penderitaan ‘pemakan maggi’ yang tak mampu beli beras, tak mampu beli lauk-pauk, takde tukang masak yang sediakan makanan ketika balik dari kerja/ kuliah. Kan? Kan? :-) 

Aku GERAMM sangat sebab makanan ruji student Uni dan student College di Malaysia  ini telah naik menjangkau RM1.00 – RM1.20 sebungkus di seluruh negara. Bila ditanya kepada peniaga kenapa harga dinaikkan, jawapan adalah kerana HARGA MINYAK NAIK! Aduh, aku terfikir zaman aku belajar dulu. Mana nak fikir tambang bas, beli kertas kajang, print out assignment, cuci gambar untuk assignment, beli sabun, ubat gigi dan pelbagai kelengkapan asas. Hujung-hujung, terpaksa berjimat wang in case of emergency, maka belilah sekotak maggi untuk bekalan makanan. Itupun, siap kongsi dengan kawan. Dulu harga taklah sampai RM1.00 sebungkus.

Wah la weh… Sekarang bukan main naik harga maggi mee. Fahamkah anda penderitaan golongan pemakan Maggi??? Dah la duit pinjaman cukup-cukup untuk hidup kat hostel. Itupun kalau ada pinjaman. Kalau tiada? Fuuuyoo… Jangan kutuk pelajar makan maggi. Bukan pinta mereka (akupun sama) mengamalkan memakan makanan itu. Tapi kesan kenaikan minyak ini menambahkan kegusaran aku akan sistem pemakanan pelajar-pelajar kita di institusi pengajian tinggi. Kita fikir dalam skop luas. Kalau maggi mee naik sedemikian rupa, apatah lagi dengan kenaikan harga barang makanan yang lain? Mampukah pelajar kita makan dengan sempurna akibat tekanan yang disebabkan kenaikan minyak ini?

Kita bukan setakat perlu GERAMM atau MARAH kerana kenaikan minyak. Sila klik di sini untuk ilmu tambahan. DEMO! DEMO! DEMO! Kumpul 1 juta buat DEMO takkan kena tangkap kan? tak muat penjara, beb! Maklumat terkini, perancangan DEMO 1 juta (12 Julai) telah dipercepatkan kepada tarikh baru yang lebih awal seminggu iaitu pada 5 Julai 2008.

P/S: Jangan sesekali memanipulasikan tajuk posting ni. Aku bukan nak DEMO disebabkan oleh harga MAGGI MEE yang meningkat sahaja. Sekian dan Terima Kasih…

25 Responses to Harga Maggi Mee Naik!!!

  1. bayumurni says:

    Memang kalau sudah PM telah kacau minyak,bermakna dia telah membuka suis kunci pada keseluruh barangan yang akan naik,perkara sebegini tidak boleh di tolak ansur melain kan dia mesti dengan sekeranya di turun kan dari seluruh jawatan yang di sandang nya.hanya itu saja jalan yang terakhir untuk menyelamat kan seluruh rakyat Malaysia ini,,,

    Kepada seluruh rakyat malaysia yang telah mengundi BN pada PR12 yang lalu,,apakah ada tidak rasa menyesal di atas kesilapan dan diatas tangungjawab anda menyerahkan mandat anda kepada PM secara bulat-bulat,Lihat lah apa yang telah berlaku pada rakyat seluruh Malaysia,,

    Fikir lah sendiri baru tau yang mengundi BEE END,,

  2. menteil says:

    hah? nie yg aku panas nie..
    dorang tak tau ke megi nie lah penyelamat hidup aku di kala aku sengkek??
    cis!!

  3. AnakMudaParlimenBatu says:

    Tragik nie, bila harga maggi telah naik, harap mee sedap xnaik …. haha …. hari jumaat yang lepas, nasik goreng telah naik dair RM3 ke RM3.50. Nak salahkan peniaga xboleh juga sebab ASASNYA sudah naik jadi semua akan naik lah …….

    Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  4. Bro pemerhati bebas, sebol and mie amour..

    Production kos untuk Petroleum sebenarnya sekitar USD20 usd per barrel…Itu bersamaan dengan RM0.60 seliter .. kalau ambik sekali dengan kos-kos keuntungan dan sebagainya sebanyak 70% sekali pun harga minyak petrol hanya patut naik sehingga RM1.50 paling tinggi pun…

    Off course kalau kita ambik kos minyak dunia memangla kalau kita beli kat Pasaran terbuka harganya = USD100++, tapi kalau ambik nilai production yang betul-betul at the pump, harga nya sekitar USD20 sahaja..

    Berdasarkan perkiraan aku, harga petrol kat Malaysia masih lagi boleh dijual dibawah harga RM2.70 seliter…Malah boleh dijual dibawah RM2.00 seliter dan masih untung, kalau ade inisiatif yang benar-benar ikhlas oleh kerajaan..

  5. SumazauFc says:

    Hari Demi Hari ada sahaja Barang Naik harga.Selagi BN berkuasa.Kuyak la macam ni lama-lama , nak ajar ubah gaya hidup??? Kalau memang dah naik harga semua, apa lagi yang boleh di buat ? Peniaga buka Kedai 24 Jam . Kita Tak Cukup budget nak beli barang.
    Peniaga tak laku jualan. Kita Tak mahu membeli tak ada duit.
    Peniaga akan lingkup . Kita akan bingung nak beli di mana ?
    Kerajaan ? Na ambi mu dullah, kalau aliran wang dalam malaysia tak pusing dah..
    apa jadi ???

    To all members sini kalau sudi add blog aku http://www.omsabah.blogspot.com
    kita tukar2 links thanks

  6. Melvin says:

    perkiraan yang baik…
    market malaysia harap boleh bertambah pesat dan memberikan impak nikmat kepada rakyat khususnya orang kampung macam saya

  7. Pak Lah perlu di maggie kan!

  8. dekerinchi says:

    salam ladymariah,

    Sentuh pasal maggi, saya memang gila maggi..lebih-lebih lagi maggi goreng….duu sampai tahp tiap pagi ena sarapan maggi goreng….tapi sekarang tak ler….

  9. ladymariah says:

    Bayangkanlah kalau kita yang bekerja inipun ada kalanya bergantung pada mee segera untuk beberapa hidangan. Apatah lagi kalau student. Hahaha. Aku highlightkan untuk student sebab aku tahu pemakan maggi mee ramai dari golongan pelajar kan? Kesian diorang tau… Silap2 1 bungkus mee dibahagi 2. Tidak percaya? Hahaha. Percayalah!

  10. SumazauFc says:

    mari kita beting, c dullah tahu ka tidak harga maggi sebelum minyak naik dan selepas minyak naik ? Sa bilang dia inda tahu langsung.. mungkin dia inda tahu pun maggie laksa ada suda… xuhahah

  11. ladymariah says:

    diorang mana tau harga maggi. selalu dapat sponsor ma… banyak benda diorang dapat free…

  12. Salam, lady mariah, di semenanjung, harga maggi lebih murah. Kalau nak kirim boleh telefon saya. Seperkara lagi, boleh minta elaun PM dan Menteri yang dipotong sebanyak 5 % itu untuk beli maggi.

  13. ladymariah says:

    Thanks for the ‘ziarah’ Mr. Sam.
    Hehehe. nanti i turun KL i will call u cari kedai mana maggi mee paling murah utk bawa balik Sabah.

    Berkenaan minta elaun kat menteri tu, i think lebih baik diorang bagi utk biasiswa student/ hospital/ klinik desa/ tadika kat pelusuk negeri Sabah. We need it badly!

  14. bumilangit says:

    wah… megi dah keluar dari senarai ‘makanan rasmi marhaen’

    sebelum PRU, orang2 tua kata, dulu masa umno takdak, kami makan ubi kayu saja.

    sekarang lepas PRU, orang2 tu tu diam je. makan hati kot….

  15. ladymariah says:

    bukan setakat makan hati tu Zul, tapi siap berulamkan jantung… kesian kan? kena kencing hidup2. b4 pru dah kuar newspaper minyak tak naik. tapi last-last tak sampai setahun dah naik mendadak. tua or muda, semua kalut!

  16. KNizam says:

    semua benda akan naik. hujan je yg turun. tension aku

  17. ladymariah says:

    ok le tu hujan turun Nizam. time demo nanti best gak kalau hujan. gas pemedih mata tak terasa sangat. hehehehe.

  18. bayumurni says:

    Ladymariah,kali ni kalau buat demo kat KL kita bawa loceng serupa dengan loceng FRU,bagi FRU tu kalut sikit,bagi kucar kacir sikit sebab kekuatan FRU adalah di loceng mereka,jika ada bunyi yang menyerupai loceng mereka tersebut,mereka akan ikut,,maka senang lah kita memecahkan tembok pertahanan FRU itu,,,

    Kita cari penyelesaian berdemo dengan lebih teratur,,,

  19. ladymariah says:

    jgn ckp sini… ada SB. hahahaha.

  20. SumazauFc says:

    Okey, Makanan safe budget Orang kita dan orang-orang yang sewaktu dengan kita pun .adalah maggie… jadi… kalau maggie ni pun dah naik taraf macam nasi ayam.
    Apa la makanan lain yang mengambil alih peranan maggi ?
    Baru-baru ni, gara-gara lady mariah punya topik ni aku ke kedai makan bersama seorang kawan, aku oder maggi telur, (budget juga) + Milo ping , member oder Mee Goreng Ayam + Kichai Ping ,selesai makan, petik jari, pelayan datang, aku tanya berapa ?
    Pelayan jawab : semua minuman ping dua = RM3.60 , mee goreng RM 4.00 maggi telor RM3 , Semuanya : RM10.60.😛

  21. ladymariah says:

    Maggi telor RM3? Whooaaa…. Tu dan hampir mcm harga tuna & egg sanwich aku jual.

    Sandwich tuna:
    – Home made white bread
    – Mix green
    -Tomato slices
    -Cucumber slices
    -Mayo+salt+black pepper
    Total price: RM3.50

  22. faizalzainol says:

    maggie tetap pilihanku.. terutamenye waktu malam2 . ..lapar la.. kedai tutup.. nk study.. hahaha… mohon kerajaan beri subsidi kepada maggie …🙂 :))

  23. SumazauFc says:

    Ya lady, Maggi RM3, aku buat relex jak, dalam hati bagus aku makan mee goreng ke,
    apa kah, tapi senyum keningau sajalah… ( awek jg pelayan dia cam mana mau buat muka terkejut ) .Apa pun Berita Mahkamah hari ni memutuskan kerusi DUN Sanglang dikosongkan, so maknanya BN akan hilang 1 kerusi DUN .Harap-Harap Pakatan sana boleh ambi alih kerusi tu dengan cemerlang. ok jangan lupa my blog at http://www.omsabah.blogspot.com

  24. Ustazsaid says:

    ai harga maggi pn mau kecoh satu kampung ka?

  25. cicak says:

    alah, lepas ni kena mula makan rumput pula la ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: