Apa yang lebih penting PEMIMPIN atau PARTI?

Parti dan Ahli Parti adalah totally different berbeza sama sekali. Parti yang bagus tidak semestinya mempunyai Pemimpin yang boleh disokong. Pemimpin yang berkaliber tidak semestinya berada di parti yang betul. Namun setiap parti yang ditubuhkan pastinya membawa idealogi masing-masing yang pada dasarnya untuk membantu rakyat dan membangunkan negara.

Siapa tidak kenal dengan Tun Mahathir yang membuat perubahan besar kepada pembangunan negara? Tun jugalah yang berani keluar dengan buku Dilema Melayu dan Tun Mahathir jugalah yang menjadi Perdana Menteri yang menghumban timbalannya ke penjara. Kenapa ini terjadi? Itulah yang dinamakan STRATEGI! Anda tidak suka? Lawanlah balik. Pakai strategi sendiri. Salute Anwar Ibrahim for that.

Kini Tun keluar dari UMNO kerana dia tidak percayakan kepimpinan Pak Lah. Mungkin Tun patut salahkan diri sendiri kerana telah melantik Pak Lah yang bukanlah ‘sharp shooter’ sepertinya. Tun dulu memang tegas. Ibarat guru besar yang garang dan suka pukul pelajar di sekolah. Namun, sudah tidak dapat dielakkan manusia semestinya tidak dilahirkan dengan sempurna namun bila pengganti yang diharap-harapkan oleh Tun Mahathir ini pula mempunyai banyak kelemahan yang ketara dan suka pula tidur di majlis-majlis penting, maka bertambahlah Tun GERAMM tak suka. Apabila dia menegur (mungkin) dan memberikan nasihat (mungkin juga) Pak Lah tidak menghiraukan dan lebih parah lagi ahli-ahli UMNO tidak dibenarkan mendengar ucapan-ucapan Tun Mahathir. Patutkah mereka ini dipanggil anak derhaka kepada insan yang mereka pernah anggap sebagai ayah? Siap cium tangan (konon) ketika bertemu (ketika Tun masih memegang jawatan PM dahulu la). Tiba-tiba sekarang, tindakannya keluar BN pula dikatakan keluarnya duri dalam daging. Apakah ini hipokrit? Soalan ini mereka sahaja yang bisa menjawab.

Sejahat manapun majoriti pemimpin di dalam BN tapi berilah muka kepada pemimpin baru yang ingin membuktikan keikhlasan mereka membantu rakyat. Selantang manapun pemimpin PR mengusulkan keikhlasan mereka untuk membantu rakyat yang teraniaya dan menyebabkan kekecohan (perhimpunan aman) namum berilah mereka peluang untuk membuktikan.

Lady Mariah Malaysia!

16 Responses to Apa yang lebih penting PEMIMPIN atau PARTI?

  1. Omsabah says:

    Saya setuju dengan pendapat ini, apa yang penting sekarang ialah kebebasan berfikir dan meluahkanya.Pada pandangan saya, kebanyakan pemimpin BN sekarang apabila ketuanya atau rakan-rakan pemimpin membuat suatu cadangan atau kenyataan ,mereka seolah-olah dipaksa mengiakan, atau menyokong walaupun, pada fikiran mereka cadangan dan kenyataan itu agak luar biasa.Mahu diluahkan rasa tidak puasa hati akan dianggap menentang Dasar Kerajaan.Ini tidak boleh diselindungi lagi,sudah jelas di mata rakyat,
    Satu lagi hal yang pelik, semua cadangan , pelan pembanguan rakyat dan negara oleh pihak pembangkang susah untuk diterima pakai oleh kerajaan ?
    Kenapa , adakah cadangan-cadangan pembangkang itu akan menghancurkan rakyat ?
    Adakah pemimpin-pemimpin pembangkang ini semuanya tidak berpelajaran hinggakan
    cadangan mereka tidak masuk akal ?
    Memang aneh, pandangan pemimpin pembangkang semuanya salah, tidak betul,ada kepentingan peribadi.
    Dalam sejarah politik dimana-mana jua negara ,sebenarnya pemimpin pembangkang lebih banyak mencetuskan idea yang bernas berbanding dengan pemerintah.
    Walaupun tidak diikuti cadangan pemimpin pembangkang ini 100% namun , cetusan idea mereka banyak membantu.Dan memberi ruang kepada pemimpin kerajaan memikirkan jalan penyelesaian sesuatu masalah dalam sesebuah negara.
    Seperkara lagi, saya melihat kebanyakan pemimpin BN khususnya amat mendendami dan ada perasaan benci terhadap para pemimpin pembangkang.Hinggakan hal-hal peribadi sering dikaitkan dengan politik, sedangkan para pemimpin ini dinilai dan terus dinilai oleh masyarakat.
    Saya berharap rakyat malaysia berfikiran terbuka, dan Pembangkang itu tidak semestinya “jahat” dan pemerintah itu bukan semuanya “baik”.

  2. ustazsaid says:

    apa-yang-lebih-penting-pemimpin-atau-parti : sy bpendapat parti lebih penting. Pemimpin yg bijaksana sekalipun tidak akan mampu merubah keadaan jika berada di tempat yg ‘salah’. Contoh, dalam kes Sabah, perjuangan Datuk Anifah, datuk Ghapur dll, yg ingin membela nasib rakyat Sabah, yg agak ketinggalan di bidang pembangunan. Niat mereka suci murni, disokong 100% tetapi dapatkah kita bayangkan hala tuju perjuangan mereka jika tidak berada di tempat yang betul? Sy mbayangkan niat suci itu hanya menjadi RETORIK saja la…

  3. ladymariah says:

    Salam…

    Kalau mereka menyuarakan mahu membela rakyat Sabah kenapa perlu dibayangkan halatuju mereka ke arah negatif? Bukankah ahli-ahli dalam parti boleh membantu mereka ‘push’ apa yang mereka suarakan? Kenapa perlu ada perasaan syak pada perkara yang membawa kebaikan pada rakyat?

    Kalau berterusan niat baik mereka dikritik dgn kata-kata ‘RETORIK’ sedangkan kamu berada di perahu yang sama, bagaimana mahu merealisasikannya?

    Bersangka baiklah pada kata-kata yg memang baik. Bantu mereka melaksanakannya. Ibarat kata-kata Bard, perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata. Apa yg terbaik pada masyarakat, maka terimalah. Pemimpin ibarat lilin yg bakar dirinya untuk menyinari org di sekeliling. Bukannya membakar manusia di sekitarnya untuk kepentingan diri sendiri…

    Maaf andai terkasar kata.

  4. bayumurni says:

    kakaka,,!! begitu lah nampaknya pemimpin BN dan UMNO yang tidak sama sekali menerima dan mengaku kelemahan yang mereka yang ada, Amat jelas dan nyata kesombongan dan kejam mereka mencekam kepada yang ingin sekadar mengatakan salah, Patut lah Malaysia terkenal di mata dunia dengan rekod politik yang tidak pernah kalah di dunia,, Di sebabkan tektik penipu mereka dan kekejaman yang di pelajari dari dua buah negara yang berkuasa, di antara CIA Amerika dan KGB Russia,

    Begini lah salah satu cara kerajaan BN mengunakan perang saraf kepada rakyat Malaysia, mereka lebih penting Parti dari pemimpin durjana lagi munafik dengan kata-kata mereka, Hingga mereka sangup mengatakan `YES BOSS’ kepada pucuk pemimpin mereka,!! sekali pun,,!! terang dan nyata salah dan bodoh sama sekali yang tidak dapat di terima akal fikiran yang normal oleh rakyat malaysia hari ini,

    Kita lihat saja bagaimana pulau batu putih boleh di miliki singapura sebelum ini, Lihat la dengan mata kepala kita sendiri betapa lemah nya pempmpin kita di Malaysia, kalau bukan kerana ketamakan dan kesombongan membuat mereka ini di pandang satu bangsa melayu yang hina dan dina di dunai ini,
    Kita lihat saja pembunuhan Altantuya dan penyelesaian kes di mana sengaja di rumitkan di Malaysia ini,

    Kita amat susah menduga hati budi manusia di alam sejagat ini,,Pemimpin Malaysia kalau pada awalnya ia baik dan suci tetapi pada akhirnya ia akan menjadi kejam dan betul-betul bejat pada rakyat Malaysia,
    Tetapi di sebaliknya bila kita nampak pemimpin yang pada awalnya jahat dan keji mungkin boleh bertukar kepada yang lebih baik dari yang kita sangkakan,,

    Setiap benda ada lawanan nya, seperti panjang lawannya pendek, hitam lawanya putih
    maka kalau baik tadi lawanya jahat, kalau pula tadi jahat maka lawanya baik,,,
    Fikir laaa,,,!!!!

  5. AnakMudaParlimenBatu says:

    Bagi pendapat aku parti yang baik perlu mempunyai pemimpin yang baik juga maka akan terhasillah anak buah yang baik. Tetapi bukan senang hendak mencari kejadian sebegini. Tun bermula sebagai pemimpin yang cukup baik dimata rakyat, ini terjadi juga kepada Pak Lah pada tahun 2004. Mereka berubah dek kerana wang dan ketamakan kuasa yang menyelubungi mereka. Jadi kita di bawah belum lagi capai tahap mengenal duit jadi susah hendak kita katakan akan menjadi pemimpin yang baik juga. Sekarang aku dalam PKR. tetapi adakah aku berada di dalam parti yang baik, kena masuk ke gelenggang baru kita tahu…….

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di Amcorp Mall P.J untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  6. Ustazsaid says:

    Salam…
    Pendapat diberi bukan la utk diketawakan sbb ruang wujud adalah utk meluahkan pendapat masing2. Adakah semestinya Ladymariah, setiap pendapat lain MESTI sealiran dgn pendapat kita? Bayangkan, bolehkah Datuk YTL menyelesaikan perisytiharan 8 perkaranya tu, jika SAPP saja yg mpjuangkannya , tanpa dibantu PARTI lain? Semestinya, PARTI lebih utama drpd PEMIMPIN. Pemimpin kan datang dan pergi, tapi pjuangan kekal abadi…pendapat saya, diulangi, pendapat saya. Tk

  7. bayumurni says:

    Itu bagi pendapat awak AnakMudaParlimenBatu,, tetapi bagaimana pendapat rakyat malaysia yang tidak terbela dan yang tertindas di sana, apakah mereka tidak mempunyai hak untuk bersuara,? memang betul bukan senang untuk mencari pemimpin yang jujur dan telus di malaysia ini, Tidak mungkin di dalam satu malaysia ini kita tidak dapat mencari seorang pemimpin yang jujur dan setia,, kalau kita pikir susah maka jadinya susah la,, Bukan senang mau cari senang dan bukan susah mau cari susah kalau kita pikirkan begitu,,

    Duit dan harta kekayaan tidak boleh sama sekali di salahkan, Yang salah adalah manusia itu sendiri atas dasar sikap tamak dan haloba, Manusia berubah atas dasar ketamakan dan nafsu semata-mata,sedangkan duit dan harta tidak berubah dari dulu hingga sekarang,

    Apa maksudnya kita di bawah belum lagi mengenal duit,? Apa lah erti nya tulisan ini.? atau kalau awak pun di lantik suatu hari nanti untuk menjadi kabinet yang berhormat adakah awak akan mengikuti jejak mereka-mereka ini dengan mengambil komisen yang berjuta-juta? kalau begitu lah pandangan awak bermakna duit lebih berharga dari manusia yang berakal sempurna, Itu lah di dalam negara kita mereka mengakui Islam adalah ajaran rasmi mereka,mereka juga menjalan kan amal ibadat mereka sperti sembahyang lima waktu,berzakat macam biasa,mereka juga memberi sedekah, ada segelintir mereka menunaikan Haji tetapi dalam masa yang sama mereka juga memberi rasuah dan mengambil rasuah,,
    Saya cakap terus-terang saya bukan ahli PAS atau Penyokong PAS atau penyokong PR, tetapi kita nampak di sini ada kepincangan yang di tadbir oleh kerajaan dan parti BN di sini,,

    Kalau awak masih ragu-ragu di dalam parti PKR awak, saya cadangakan awak lebih baik awak undur diri dulu untuk seketika, untuk awak mengisi peluru awak bila dah cukup banyak baru lah awak masuk kegelangang untuk bertarung,, kalau tidak sia-sia saja perjuangan awak selama ini, saya takut awak akan KO di gelagang nanti

    TEPUK DADA IMAN,,!!!!!

  8. bayumurni says:

    Oh iya betul la juga pendapat Ustazsaid,, dan ada betul nya Datuk Yong memberi pendapat nya pada kabinet, walaupun saya tahu Paklah amat susah di tumbangkan oleh suara akar umbi(umno), namun YTL telah memberi isyarat kepada part-parti lain,
    Apakah parti-parti lain dan Umno sendiri takut untuk bersuara atau sekadar `YES BOS’,, kalau lah begitu pandangan mereka maka tunggu lah PRU 13 akan datang, UMNO dan BN akan jadi padang jarak padang tekukur,,,

  9. Omsabah says:

    Mahu diulas panjang-panjang pun, ceritanya tetap akan sama.Kita cuma berharap agenda YTL ikhlas membela rakyat Sabah.Dihina sekalipun saya tetap menyokong tindakan YTL,

  10. Ustazsaid says:

    RASUAH PKR – PEGAWAI KANAN MB SELANGOR LETAK JAWATAN. apa comment ko Ladymariah?

  11. ladymariah says:

    Pakcik Said, ia masih dalam siasatan. Kalau benar ada rasuah, pecat sahaja la, walaupun cuma projek pembersihan sebegitu. Tiada kompromi bagi pemimpin rasuah. Tidak kira dari parti mana. Apa yang saya sudah cakap, pemimpin itulah yg penting.

    Pak Lah beli jet pun sama. C4 atas kuasa menteri pertahanan pun boleh terlepas untuk membunuh Altantuya. Kenapa kesalahan sebesar itu pakcik tutup mata? Apa komen pakcik? Jangan cuma nampak kuman, tapi jumpa gajah buat-buat tidak nampak.

  12. wan says:

    bgs teks kamu nieh,aku ni wan dari malaysia pdg serai.

  13. Ustazsaid says:

    cik ladymariah, aku cuma btanya aja. yang PakLah n kes Altantuya 2 aku bukn tutup mata, cuma tak nak komen. Durang kan bsalah sudah, mahkamah dah putuskn bgitu, apa nak komen lagi….boleh aku tanya lg, WANG DERMA MASUK AKAUN PKR – apa comment ko?

  14. affandi says:

    akum…
    tenangkan fikiran….buangkan prasangka….
    tenang seketika…
    bagi saya…bukan senang nak mengemudi bahtera yang dinamakan negara….
    sebagai orang bawah…kita memang berfungsi begini…yalah…yang tak betui…kita tegur…tapi nak tegur orang tua…mestilah berhemah…
    orang tua…ada egonya…maklumlah….makan garam lebih…
    bagi saya…
    baik kita buat apa yang semampu namun dengan cara yang berhemah serta mengikut lunas undang-undang…

    kita sendiri lengkapkan diri kita…biar satu hari nanti kita ambil alih dari mereka…
    dan cuba jadi yang terbaik..

    bukan mudah..nak bahagiakan semua orang…terutama apabila ingin membuat sesuatu
    perubahan…

  15. Halima says:

    Yang Peting Negara dan Sultan nya
    Utuh negara utuh lah rakyat……..Jika Sultan yang sedar diri nya wakil Khalifah Islam
    akan membawa berkat
    Rakyat akan bernaung di bawah keberkatan itu
    Pemimpin yang strategi bijak sana dan tidak rakus
    atau rasuk untuk diri dan keluarga.
    Rakyat dan pemimpin adalah satu pasukan masing
    memeberi sumbangan.
    Contohi lah sahabat Nabi
    Mauwiyah perlopor pebangunan
    Omar mementing sosial dan keselamatan
    Ali menegakkan undang undang dan perlembagaan
    Abu Bakar menegakan kesatuan
    Abu Zar penuh kezuhudan dan kesabaran
    Pemipin Moden Perlu memenuhi semua ciri kerana kita sudah ada contoh

    Pemabangkang selau megaitkan Tun Mahathir dengan Firaun tetapi sebenar nya ia adalah Muawiyah pelopor pemabangunan moden. Pembangunan nya memenuhi keperluan rakyat, menjana pertumbuhan ekonomi.

  16. betul ke says:

    sebagai orang islam… kalau aku la ditanya soalan yang senang ni, mesti la aku jawap aku nak pemimpin yang ada ciri2 seperti rasullulah serta sahabat. kalau tak banyak sikit pun jadilah . apa maksud aku tu .. cuba 2 cari dalam alquran dan hadith .mungkin kalau nak ikut 100 peratus cara rasululah tu memang la tak boleh dapat sikit daripadanya pun alhamdulillah..bak kata pepatah tak dapat rotan akarnya pun jadilah . apa maknanya tu renung2 kanlah .. kalau aku ditanya pasal pemimpin . aku sendiri adalah seorang pemimpin .. ya aku sekarang ini adalah pemimpin keluarga . suami kepada seorang isteri, bapa kepada anak2,sebagai seorang pemimpin keluarga . aku sentiasa barmuhasabah. pimpinlah dahulu keluargamu sebelum kamu ingin menjadi pemimpin..wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: