SELAMATKAN ANWAR DARI TUDUHAN LIWAT!

Tuduhan terhadap anwar sekali lagi menggemparkan negara kerana spekulasi ini adalah tuduhan kali ke 2 yang dikenakan terhadap DSAI yang mana sebelum ini didakwa di atas tuduhan yang sama pada 1998. Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.

Siapakah Mohd Saiful Bukhari B. Azlan? Mari kita lihat siapa yang kena… Hehehe. Jom kita baca dengan teliti statement Saiful:

Saya Mohd Saiful Bukhari B Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.

Manakala kita baca pula kenyataan media dari DS Anwar Ibrahim sendiri:

29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia – kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

Saya memang tidak percaya dengan dakwaaan Saiful. Pendedahan ‘Musang Berbulu Ayam’ oleh Najwan Halimi akan saya sertakan di sini dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya kerana ini adalah strategi perang dalam politik. Saiful dihantar oleh pihak musuh untuk menjadi telinga dan mata pihak yang satu lagi, tetapi tanpa disedarinya, dia adalah anak kecil yang ‘belum pernah menjilat garam’. Tuduhan yang dilaporkannya itu menghancurkan masa depannya sendiri.

This is the accuser, Saiful Bukhari (picture in red neckie). My colleagues and I knew that he was planted by the other side. So we kept him under surveillance since the day he turned up in our office just before the March 2008 elections. It was a matter of time and we would have exposed him as someone with links to the office of the Deputy Prime Minister. He knew that the noose was tightening around his neck.

There was no security breach because he was not directly involved in the strategic activities of Parti KeADILan Rakyat. He was merely a coffee boy or a butler type.—Din Merican

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (Part 1) Selasa, Mac 11, 2008

Dua orang pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah berjaya dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor dan Pulau Pinang. Nik Nazmi Nik Ahmad dan Sim Tze Szin masing-masing telah diamanahkan untuk mewakili rakyat di DUN Seri Setia dan DUN Pantai Jerejak.

Kini khabarnya, kerusi panas Pembantu Khas Anwar Ibrahim mulai menjadi rebutan beberapa individu yang dikatakan cukup berminat untuk mengisinya. Mewarisi ‘diari merah’ sememangnya sesuatu yang paling dihajati oleh ramai anak muda yang punyai rencana untuk mengembangkan jaringan politik mereka. Menyelia jadual Anwar Ibrahim sememangnya bukan tugas yang mudah, pun begitu ianya suatu keistimewaan yang sukar dikecapi. Azmin Ali merupakan antara tokoh politik yang dahulunya bermula sebagai pemegang ‘diari merah’ Anwar.

Dan kini, selepas Nik Nazmi, saya difahamkan ‘diari merah’ menanti pewaris barunya. Saya kira ramai yang mulai mengetuk dan menempelkan diri di pejabat Anwar semenjak kebelakangan ini dalam usaha untuk mewarisi meja kerja Nik Nazmi. Ada juga yang tiba-tiba ligat menjadi peminat setia majlis-majlis ceramah Anwar walhal sebelum ini begitu taksub dengan UMNO dan Barisan Nasional. Malah ada yang cukup berani sehingga mendakwa yang dirinya kini merupakan kakitangan dan pembantu khas Anwar menggantikan Nik Nazmi.

Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut.

Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak.
Barangkali sikap waspada cukup penting dalam keadaan sebegini. Jangan sampai ada musang berbulu ayam yang kemudiannya memangsakan seluruh reban sebagai santapannya.

NAJWAN HALIMI


Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (Part 2) Selasa, Mac 18, 2008

Beberapa orang teman terkejut apabila mengetahui yang saya telah melakukan tapisan terhadap ulasan-ulasan yang singgah di blog ini. Kata mereka, tindakan saya itu bakal merosakkan imej sebagai seorang pendukung kebebasan bersuara. Petang semalam, saya kembali melupuskan praktik tersebut dan kini ulasan serta komentar dalam blog ini kembali bebas tersiar.

Saya punyai alasan tersendiri dalam hal ini. Menyorot kembali entri ‘Awas! Ada Musang Berbulu Ayam’, jelas terdapat beberapa individu yang sensitif lantas melatah tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada diri mereka sendiri. Saya menganggap pihak yang merasakan diri mereka ‘musang berbulu ayam’ ini sebagai terdesak dan gelisah serta kurang matang dalam berhadapan dengan realiti.

Bermula dari kesilapan mengeluarkan kenyataan, seterusnya menukar identiti melalui nama samaran, ‘musang’ yang sedang resah ini kemudiannya mengambil tindakan jahat dengan menyerang dan mencemuh peribadi beberapa individu yang sebetulnya tidak ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan.

Saya suka untuk menjawab tuduhan fitnah seorang bekas ‘pemimpin’ mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) yang menyebut saya sebagai penyebab kejatuhannya sewaktu beliau berkuasa sebagai seorang pimpinan kampus serta menyebabkan kehidupannya terumbang-ambing. Persoalannya, apakah saya yang menentukan hala tuju hidup individu ini? Jika benar saya punca kejatuhannya, maka saya kira hujah beliau cukup dangkal memandangkan saya hanyalah seorang mahasiswa biasa tanpa kuasa yang mampu menentukan naik turun seseorang.

Bekas ‘pemimpin’ mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) ini harus merenung dirinya kembali. Urusan pemecatan dari kampus ini merupakan subjek di bawah bidang kuasa pentadbiran universiti, bukan saya.
Jika dibaca kembali entri ‘Awas! Ada Musang Berbulu Ayam’, jelas bahawa saya tidak pernah menyebut atau menuduh nama sesiapa pun, namun demikian masih ada juga seorang dua individu yang resah. Dan individu-individu resah ini kemudiannya menyerang dan mencemuh peribadi mereka yang langsung tiada kaitan dalam isu ini.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC), sebuah organisasi anak muda yang mewacanakan idea serta pemikiran Anwar Ibrahim dijadikan sasaran fitnah dan lepas-geram individu-individu resah ini. Melalui penyamaran identiti, individu yang dikesan sebagai salah seorang pemimpin AIC ini mencemuh dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berniat jahat yang disanggah oleh banyak pihak. Tuduhan-tuduhan jahat tanpa asas ini mengingatkan saya kepada tragedi yang menimpa Anwar hampir 10 tahun yang lalu gara-gara fitnah dan permainan kotor pihak yang tidak menyenanginya. Ini kelihatan mulai berlaku dalam AIC, melalui individu yang dikatakan diangkat sebagai pemimpin organisasi itu sendiri.

Situasi sebegini akhirnya memaksa saya untuk mengambil tindakan menapis semua ulasan yang singgah di blog ini demi memastikan tidak ada individu yang bakal teraniaya dek kerana agenda politik sempit segelintir oportunis yang rakus kuasa.
Saya menyeru kepimpinan AIC agar dipertimbangkan satu rombakan kepimpinan demi meletakkan semula objektif AIC pada landasan yang sepatutnya. Reputasi serta kredibilti AIC sebagai sebuah kelab pemikiran tidak seharusnya dipertaruhkan setaraf dengan kelab Mat Rempit ala Putera UMNO yang sarat dengan para oportunis rakus kuasa.
Barangkali benar dugaan saya.

Musang berbulu ayam mungkin wujud dalam lingkungan kakitangan di pejabat Anwar. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa pula percaturan mereka selepas ini.

NAJWAN HALIMI

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (Part 3)

Saya pernah menulis tentang ’seekor musang’ dalam beberapa entri terdahulu yang kini semakin selesa bertapak di Pejabat Anwar Ibrahim selepas mempergunakan kedudukan seorang kakitangan kanan di pejabat tersebut.

Khabarnya, ‘musang’ tersebut kini sudah mulai merencana agenda peribadinya (yang sudah saya jangka sejak tiga bulan lalu ketika terserempak dengannya dalam satu program kempen pilihanraya Anwar Ibrahim) untuk menguasai jadual dan pergerakan harian Anwar. Menurut sumber dalaman Pejabat Anwar Ibrahim, kakitangan asal yang selama ini berkhidmat menyelia jadual Anwar sudah pun meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian dalam pengurusan perniagaan keluarganya.

‘Sang musang’ dikhabarkan kini memulakan langkah untuk mensabotaj beberapa program yang melibatkan Anwar Ibrahim Club (AIC) serta berusaha untuk mencemar nama baik salah seorang kakitangan kanan yang baru berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim.

Saya turut menerima respon daripada beberapa orang teman sekuliah berhubung dengan rancangan terbaru ‘musang’ ini yang dahulunya merupakan bekas oportunis politik di kampus. Lantaran kesibukan bermain politik ala UMNO, ‘musang’ ini kandas dalam pengajian dan disingkir oleh pentadbiran universiti.
Ketika menjelaskan kedudukan sebenar beliau di blog ini beberapa bulan lalu, ’sang musang’ menegaskan bahawa beliau akan memulakan kelas latihan penerbangan dalam bulan ini dan sekadar membantu Pejabat Anwar Ibrahim untuk kempen Pilihanraya Umum ke-12 (walhal, hakikatnya beliau antara yang cukup giat berkempen untuk Barisan Nasional secara maya pada waktu itu!). Pun demikian, sehingga kini beliau masih membayangi pergerakan Anwar dengan menonjolkan dirinya secara melampau.

Saya komited dengan pendirian saya selama ini bahawa ’sang musang’ sebetulnya mempunyai agenda serta muslihat peribadi untuk terus kekal di Pejabat Anwar Ibrahim. Oportunis licik ini cukup terkenal sebagai individu rakus kuasa dan taksub publisiti sewaktu di kampus suatu masa dahulu. Amanah dan tanggungjawab yang diberi dilayan seakan-akan ‘kuda tunggangan’ untuk dirinya meraih glamor dan populariti.

Bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim memikul amanah kepimpinan negara dalam waktu terdekat ini, apakah rakyat mampu menerima hakikat bahawa ada antara kakitangan pejabatnya merupakan individu oportunis, seorang rakus kuasa yang tidak memiliki dukungan akademik yang selayaknya?
Saya yakin, kebijaksanaan Anwar bakal menidakkan agenda licik ’sang musang’ hingusan ini!

NAJWAN HALIMI (Riwayat Hayat Blog)

*Saya tidak kenal Saiful tetapi saya kenal Najwan Halimi. Dia menulis di dalam blognya tanpa selindung. Pro dan kontra. Kami sama-sama menyertai pertandingan blog anjuran Frierich Nauman Foundation dan dia merupakan juara pertandingan itu. Kami pernah berjumpa ketika Seminar Blog dengan kerjasama Blog Bugs di bawah tajaan FNF, July 2007. Dengan pendedahan ini diharap Najwan berhati-hati kerana saya tidak hairan jika ancaman bunuh seperti yang berlaku ke atas DS Anwar akan berlaku ke atas adik Najwan juga.

17 Responses to SELAMATKAN ANWAR DARI TUDUHAN LIWAT!

  1. Ustazsaid says:

    Apa benarkah ini?…ah pening aku dibuatnya…aku jua bdoa utk bro. Anwar, harap2 la jgn btul fitnah tbaru ni…

  2. omsabah says:

    Done! Saya tidak kenal siapa dia si saifool ni… tapi dia memang manusia yang hidup dengan saitan.. Laknatilah dia……..matilah dia disambar petir… andai ini satu pembohongan!!

  3. anton says:

    Maria, ya benar itu, ada musang berbuku ayam di mana-mana! Di PKR Sabahpun ada musang berbulu ayam jugak. Takan lah sampai sekarang pun masih belum tau siapa si musang berbulu ayam itu. Maria, cuba teka siapa si super musang berbulu ayam di PKR, Sabah itu?
    Salam meneka.

  4. silaun says:

    Bahaya…memang bahaya, sy stuju supaya adik Najwan pigi btapuk d mana2 ambassador!
    Om, laknatilah dia…andai satu pembohongan…tapi kan, andailah bah betul c saiful ni, mcmana kita mau buat 2?

  5. baca dek bacaaa..

    http://wordpress22.wordpress.com/

    apabila kita khianat, maka khianat yang datang ke muka..
    jika tak ke muka kita,
    datang balik ke muka anak cucu cicit kita..

  6. farrel says:

    kita tunggu dan lihat…

    tapi dalam masa yang sama kita usaha yang termampu untuk meyakinkan rakyat tentang berlakunya konspirasi kedua utk menggagalkan usaha pakatan rakyat memerintah Malaysia.

  7. bayumurni says:

    Sabar jua kamu ,,! jangan kamu susah nanti mati juga si saiful tu kena bom c4, dengan alasan nanti konon2 ada parti yang nak balas dendam dan tak puas hati pada dia, untuk mengucar-kacirkan lagi keadaan,, hehehehe, bermula sudah wayang kulit BE END dan UMNO,,,

  8. AnakMudaParlimenBatu says:

    Sudah lama agaknya … aku membaca blog najwan tentang isu ini sehingga melibatkan AIC aku ada berhubung dengan atasan AIC dan bercakap tentang isu ini tetapi mereka mengatakan najwan hanya membuat provokasi tetapi hari ini terbukti najwan ada kebenarannya.

    http://khairilazuar.wordpress.com

  9. angahsp says:

    diminta selepas ini pkr dan dsai lebih berhati-hati mengambil pembantu..walauapapun tuduhan di buat terhadap dsai aku tetap di depan dsai …salam reformasi

  10. babymioi says:

    sudah tiba masanya untuk rakyat malaysia bangun menentang kezaliman….
    makin hari makin banyak manusia yang sedia mengaibkan dirinya sendiri demi sepuluh sen duit haram………………………………
    ingatlah ” FITNAH ITU LEBIH TERUK DARI MEMBUNUH’
    buat bro anwar ibrahim…. banyak2lah bersabar….
    nescaya Allah akan melaknat orang yang manabur fitnah buat bro anwar…….
    ”’REEEEFORMASIIII”””””””’

  11. ladymariah says:

    AIC pun sama. Kena hati2. Skrg ni paling sedih, ramai yg salahkan AIC pasal hal ni sebab ambik sepol tu keje utk DSAI.

  12. Tamparuli says:

    Tahniah untuk blog ini ladymariah, semoga ianya menjadi sumber inspirasi kepada anak² muka sekarang, ambil lah yg baik sebagai panduan menghurangi masa depan dan renungi lah yg kurang baik sebagai sandaran untuk membuat keputusan di masa depan. Ingatlah ilmu dan pengetahuan adalah pelita dlm mengharungi kesuraman dalam perjalanan hidup.

    Benar tak benarnya hanya Tuhan yg tahu. Sama-sama la kita berdoa agar kebenaran segera muncul. Sebenarnya konpirasi akan muncul apabila ada pihak yang merasakan mereka semakin tertekan. Apapun bukan d tangan kita untuk mehakimi seseorg. Yang penting andai ada pemimpin yang tewas, kita yg masih berdiri harus terus berjuang sehingga kebenaran itu muncul.

  13. bayumurni says:

    Benar tetap Benar, Berjuang tetap berjuang, lawan tetap lawan hahaha,,

    Bagus lah cara BN dan UMNO buat begini ibarat sebuah ikatan simpul tali, semangkin kencang tarikanya maka semangkin kuat ikatanya,,
    Semangkin kuat fitnah yang di tujukan pada DSAI maka semangkin kaut lah kepercayaan rakyat pada parti PR,,,

    BE END dan UMNO pada kali ini tersalah langkah bermain catur politiknya,,,

    TOUCH MOVE,!!! Peeewwwiitttttttttt,,!!!!

  14. chip says:

    wahai anuar!!!!betul atau tidak kau meliwat hanya tuhan sahaja yang tahu…tak payahlah nak peningkan kepada rakyat dengan masalha kau ni…sepatutnya kau ni tolong selesaikan maslah rakyat tapi rakyat pulak yang kena tolong selesaikan masalah kau…nak jadi pemimpin ape kalau macam ni..bersumpah aje dihadapan Al Quran..bukankah senang…apahkah kau tak percaya kepada Al Quran serta hukuman dari Allah..kalau itu ceritanya tak gunalah kau sebagai pemimpjn ABIM dulu..mudah-mudahan kau dapat petunjuk dari ALLAH…

  15. ladymariah says:

    Adakah anda kekurangan sumber media alternatif? Anwar bersedia utk bersumpah tapi dia dinasihatkan oleh ulama agar tidak melakukannya.

    Jangan diputar belit media gomen…

  16. ain says:

    mana mungkn DSAI yg uzur lgi tdk lrt bdri lma mmpu mliwat saiful.sedngkan saiful mmiliki kudrat yg kuat(boleh lawan blik) bbndng DSAI….dan yg musykil lgi knpa tmpt pertama yg dia report ialah org lain…knpa bukan polis ke?hamba musykil….klau le mmg saiful tu diancam…knpa msti adu dkt org lain dlu???

  17. gabanx says:

    Satu saja soalan saya. Harap korang bole jwb bkn dgn emosi k🙂

    Apa sebab utama anwar klu pergi ke luar negara mesti bawa tukang bancuh kopi bersama? Mau kata sbagai PA xjuga coz anwar da ada PA sndiri.. Nak kata d hotel tiada kopi pun xlogik jg.. Sbb kopi buatan saiful sedap? C’mon la guys.. Huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: