Akuan Sumpah dakwa Najib-Altantuya ada hubungan

Mulanya, Balasubramaniam membuat akuan sumpah berkenaan hubungan Najib dan Altantuya. Selanjutnya baca di sini. 

Mereka ada hubungan? Aduh, adakah Polis Malaysia membuat siasatan seperti kes pelacur mati dijalanan? lupakah mereka yang Altantuya itu berurusan perniagaan yang mencecah angka billion bersama Abdul Razak? lupakah mereka bahawa Altantuya menguasai 5 bahasa asing dan memiliki 2 kesarjanaan?

Seperti mana didedahkan bapa Altantuya bahawa Altantuya bukan model, media Malaysia hilang rasa kemanusian dan seakan-akan berada bersama team orang penjenayah. Mereka mahu Altantuya dilihat seperti pelacur berbanding seorang ahli perniagaan.

 Berbalik kepada akuan yang ditarik balik, bolehkan akuan sumpah ditarik balik?

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Mula-mula buat akuan,
Pas tu pura-pura tak tahu.
Advertisement

13 Responses to Akuan Sumpah dakwa Najib-Altantuya ada hubungan

  1. ustazsaid says:

    Tkini: MIC cawangan Estet Kg Nakhoda mencadangkan P.Balasubramniam dilantik sebagai Ketua Pemuda MIC mengganti SA Vigneswaran yg telah keluar parti, untuk pjuangan membela nasib masyarakat India.

  2. ladymariah says:

    UPDATED FROM MALAYSIAKINI:

    Private investigator P Balasubramaniam today retracted his stunning statutory declaration which had linked Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak to murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu.

  3. omsabah says:

    Ha ha ha.. habis la pak jib kali ni… bongkar semua.. syukur saja tiada gambar time durang makan-makan kan… hehehe…

  4. AnakMudaParlimenBatu says:

    Semalam akuan bersumpah, pagi ini tarik balik, macam main tarik tali pula. Mesti kena apa-apa ugutan si bala ini ….

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di STADIUM KELANA JAYA untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  5. sumbiling says:

    nak buat macam mana kalau orang ugut nak letupkan family dia dengan C4…

  6. ustazsaid says:

    P.Balasubramaniam – juara acara tarik tali secara solo peringkat Estet Kg Nakhoda. Patut la…

  7. ustazsaid says:

    sumbiling, salah bah 2, bukan pasal c4. Bgini: Si Bala kena janji jd menteri kerjaraya kalau c Nuar jd PM, tp nampak gayanya mcm kempunan jd PM, mana la c Bala 2 mau tunggu. Dia cakap Bye2 gaman…hehe

  8. ladymariah says:

    jgn buat andaian sendiri ya…

  9. bayumurni says:

    Dan si BALA dia pun terus mengubah pendirianya dengan habuan yang di tawarkan berjuta ringit oleh TPM,, sebab Najib ada 500 juta, kalau najib bagi 5 juta,,
    Huuuiii,, banyak lagi duit najib tu,,, dan dia salah satu orang terkaya di malaysia ini,, kekekeke

  10. sumbiling says:

    ustazsaid, tingu si mariah dengar suda… hehe

  11. ladymariah says:

    UPDATE TERBARU:

    Laporan polis kehilangan Bala

    Andrew Ong | Jul 5, 08 7:49pm

    Penyiasat persendirian P Subramaniam yang membuat akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu – dan menariknya balik sehari selepas itu – kini tidak dapat dihubungi.

    Turut hilang ialah isterinya dan tiga orang anaknya.

    Ekoran itu, anak saudaranya, R Kumaresan membuat laporan polis hari berhubung kehilangan Balasubramaniam serta isteri dan anak-anaknya itu.

    Kumaresan, 27, yang ditemani seorang peguam, membuat laporan ‘orang hilang’ di balai polis Brickfields pada 5 petang tadi.

    Semalam Balasubramaniam membuat akuan berkanun kedua, tanpa bahagian yang merujuk kepada pembabitan Najib dalam kes Altantuya.

    Dalam akuan berkanun pertamanya, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunyai seksual dengan wanita Mongolia tersebut.

    Peguam N Surendran, yang mewakili Kumaresan, memberitahu pemberita bahawa pelanggannya itu “amat rapat” dengan keluarga Balasubramaniam dan membuat laporan polis itu kerana bimbangkan keselamatan mereka.

    Surendran, yang menegaskan beliau tiada kaitan dengan PKR, berkata Balasubramaniam telah keluar dari rumahnya di Rawang dan membiarkan dua ekor anjingnya di situ tanpa memaklumkannya pada sesiapa.

    “Balasubramaniam (dan keluarganya) tiba-tiba hilang begitu sahaja,” kata Surendran.

    Menjawab soalan pemberita, Kumaresan menafikan kemungkinan Balasubramaniam sedang bersembunyi.

    Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan Balasubramaniam adalah selepas penyiasat persendirian itu membuat akuan berkanun pertamanya pada 1 Julai.

    “Beliau menyerahkan satu salinan kenyataan asalnya kepada adik saya, Segar, untuk disimpan,” katanya, sambil menambah, beliau tahu yang bapa saudaranya akan mengumumkan dokumen tersebut dalam satu sidang akhbar.

    Kumaresan berkata, dia dapat bercakap dengan isteri Balasubramaniam pada malam Khamis selepas sidang akhbar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menurutnya, tiada apa yang tidak kena pada masa itu.

    Bagaimanapun, Kumaresan percaya Balasubramaniam dan keluarganya hilang pada pagi berikutnya, pada hari akuan kedua dibuat, dan tidak dapat dihubungi lagi selepas itu.

    Kumaresan memberitahu pemberita bahawa agak luar biasa bagi
    Balasubramaniam dan keluarganya berbuat demikian kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

    “Jika beliau ditahan, kami mahu polis memberitahu kami. Saya tidak fikir beliau sedang bersembunyi,” tegasnya, sambil menambah, Balasubramaniam tidak pernah menyatakan dia dalam bahaya.

    Sementara itu, ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang tiba di balai polis tersebut kemudiannya, memberitahu pemberita bahawa PKR bimbang dengan keselamatan Balasubramaniam.

    Tegasnya, inilah yang akan berlaku jika tidak ada undang-undang untuk melindungi saksi atau pemberi maklumat.

    Chua adalah antara tiga ahi Parlimen Pakatan Rakyat yang turut berada di balai polis Brickfields untuk memberi sokongan kepada Balasubramaniam.

    http://www.malaysiakini.com/news/85640

  12. I sincerely believe that the poor guy ie Balasubramaniam and family are being
    kept in detention in one of the elite army camp. This is obvious against the family
    will now it has been quite awhile no one seems to remember or rather call for his
    release.
    Strangely the authority too are very conveniently quiet, what is happening to the
    champion of the Indian Community the THE SAMY WALU don`t seemed to care be it
    dead or lalive none of his business. What a shame.
    Now the citizens of Malaysia must wake up and MARCH AND DEMAND THAT THIS
    KIND OF THING DON`T TAI KE PLACE IN MALAYSIA.
    HOW COME THE NGO AND THE HUMAN RIGHTS ARE SO SILENT ARE THEY ONLY
    EXIST WHEN THE PUBLICITY IS TOO THEIR ADVANTAGE ALL THE SHIT HEAD.
    I AM VERY SORE AND WILL TRY AND ORGANISE A WATCH///////////////

  13. abd gani says:

    stupid malaysian.traitor 2 your country.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: