Mengimbas konspirasi liwat 1998

Kalau ada orang yang asyik baca newspaper ‘kuda tunggangan kerajaan’ dan menonton TV1, TV2, TV3 untuk mencari maklumat berita, pastinya mereka akan percaya pada fitnah kononnya DS meliwat adik angkatnya.

Ok lah, kalau masih ada yang tertanya-tanya tu, sila lihat link di sini bagaimana pengakuan lisan bagaimana konspirasi menjatuhkan Anwar dirancang.

Kalau masih tak jelas lagi, sila klik di sini untuk melihat sendiri pengakuan Sukma Dermawan pada masa itu (kelihatan dari riak wajahnya yang berserabut) dan klik di sini bagaimana dia mengaku bahawa dia telah dipaksa untuk memfitnah. Maka tutuhan terhadap kes liwat ini telah dibatalkan pada tahun 2004 dan membebaskan DSAI dari tuduhan.

Sekarang, konspirasi BODOH ini menjadikan Saiful pula sebagai mangsa. Aduhai… ternyata ada individu sudah mendengar derap kaki demokrasi yang sebenar makin hampir ke Parlimen.

8 Responses to Mengimbas konspirasi liwat 1998

  1. ustazsaid says:

    mungkin ini dapat mbantu kita memahami kes 1998:
    sumber: chedet.com

    Masih ramai yang percaya bahawa Mahkamah Rayuan (Appeals Court) terakhir telah menolak tuduhan bahawa Anwar telah liwat Azizan dan dengan kerana itu mendapati Anwar tidak bersalah dan boleh dibebaskan.

    Saya ingin perturunkan disini keputusan dua daripada tiga hakim yang mendengar rayuan Anwar. “Tun Jebat” pada 1hb Julai telah catatkan keputusan ini juga. Keputusan ini berbunyi;

    “Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt”.

    Yang jelas daripada apa yang di sebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah.

    Selok-belok undang-undang tidak dapat difahami oleh orang ramai. Yang mereka tahu ialah hakim-hakim ini berkata dengan terang dan jelas bahawa mereka mendapati bukti yang jelas yang mengesahkan bahawa perayu (Anwar dan Sukma) terlibat dengan kegiatan homoseks dan hakim-hakim ini lebih mirip untuk percaya bahawa apa yang didakwa berlaku di Tivoli Villa memang berlaku.

    Hakim yang ketiga dalam panel hakim yang mendengar rayuan Anwar dan Sukma memberi alasan yang panjang dan penuh dengan rujukan kepada asas-asas perundangan dan kes-kes yang lain kenapa dia percaya hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan dan tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan adalah betul iaitu Anwar memang meliwat Azizan.

    Malangnya penghakiman yang bernas ini tidak dilapor dengan jelas oleh media seperti laporan berkenaan asas-asas penghakiman dua hakim tadi.

    Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya.

    Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar.

    Sekarang kita dengar sekali lagi kes liwat oleh Anwar. Terpulanglah kepada hakim untuk mendengar dan meghukum. Awal-awal lagi Datin Seri Wan Azizah Ismail telah mengatakan ketidakpercayaannya kepada mahkamah di Malaysia. Tetapi apabila Anwar dibebaskan dengan alasan yang sukar difaham oleh masyarakat umum, Wan Azizah tidak pula berkata yang dianya tidak percaya kepada sistem pengadilan di Malaysia.

    Apakah pula akan dikatakan olehnya jika perbicaraan kes Anwar menghasilkan keputusan bahawa walaupun hakim percaya dia telah meliwat Saiful tetapi kerana selok-belok undang-undang dia didapati tidak bersalah.

  2. ladymariah says:

    bagaimana mau percaya che det kalau time dialah dsai disumbat ke mahkamah? whooaaa…

  3. bayumurni says:

    Kan aku sudah katakan Mariah,, kau bayangkan wanita monggol yang mati kena bunuh sengaja di lambat-lambatkan, sengaja di putar-belitkan,,

    Ini lagi kes Dsai,, mana mungkin mereka mau mengaku sekali pun terang mereka nampak salah,,, hehehe

  4. AnakMudaParlimenBatu says:

    Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang benar atau tidak segala tuduhan terhadap DSAI. Ingat Che Det yang mengambil DSAI sebagai gengnya dalam kabinet tahun 1982 dan mengapa beliau yang singkirkan yang begitu hina terhadap DSAI. Ingat Che Det ada 2 Timbalan Perdana Menteri sebelum DSAI, Semua disingkirkan secara senyap, siapa yang menentang, padah yang menanti …. JAWAPANNYA ADA DI MANA2, cuba cari

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di STADIUM KELANA JAYA untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  5. omsabah says:

    hehe.. jadi kambing hitam lagi budak sorang ni kan….
    Nak mohon biasiswa konon.. biasiswa lanjut pelajaran ketenteraan ka tu aa ?
    hehe.. Hisamudin tak kena pakai di kementerian dia ke ? hahah..
    Mohon biasiswa kena jumpa najib dulu,
    Buat repot liwat jumpa najib dulu …
    hebat kan…. jom jumpa najib … banyak masa dia tu kan..
    macam senang pula jumpa TPM ni.. aku ingat kena buat temujanji lagi
    eii…best ni…

  6. marina says:

    ramai orang yang tidak mempercayai anwar melakukan perkara itu. tidak mengapa jika tidak percaya. tetapi jangan pula menghentam institusi polis dengan mengatakan polis membuat cerita. tun dr mahathir pernah mengkaji tentang orang melayu, dia seorang lulusan doktor. kuat membaca. tidak suka membuang masa dan dia akan setia pada janji. dia bercakap berdasarkan kajian dan bukan putar belit. jika anwar mengatakan konspirasi pihak tertinggi untuk menjatuhkannya. buktikan kata katanya. nyatakan siapa kah peribadi yang ingin menjatuhkannya. tun dr mahathir nak menjatuhkannya? logikke seorang perdana menteri yang telah merasai susah senang di tahapnya ingin berdengki dengan anwar? buang karan. cari lah sebab lain!!!

  7. PandanganGua says:

    ..Itu cuma alasan mahathir utk terus mengatakan anwar mmg bersalah..Guna selok belok undang2 utk jadikan anwar x bersalah? come on la..siapa yg control undang2? yg sebenarnya Pak lah dh jd PM masa tu, so pak lah cuba utk menangi hati rakyat malaysia dgn membebaskan DSAI sblm PRU11. Hasilnya BN menang besar sbb percaya dgn niat murni Pak lah. Bukannya masa zaman Mahathir DSAI dibebaskan. Tp sbb Pak lah gagal memerintah & menaikkan harga minyak dgn sewenang2nya maka PKR yg masih dipimpin DSAI bangkit utk terus perjuangkan hak rakyat. Hasilnya PRU 12 PKR berjaya tawan 4 buah negeri. Masa inilah statement Mahathir ni kluar kat blog dia. Aku ada baca masa article ni dikluarkan…Sebab apa? Sebab akan ada konspirasi utk Liwat ke-2. Kenapa pulak Wan Azizah nk pertikai DSAI dibebaskan atas alasan yg sukar difaham sedangkan DSAI mmg patut dibebaskan kerana ditahan atas dakwaan yg sukar difaham.Itu pun x bley nk fikir ke?
    Tp korang penah terpikir ke kalau DSAI x berdebat secara live pasal subsidi minyak korng dpt rasa ke subsidi tu? jawapannya..JGN HARAP!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: