Protes GERAMM Perseorangan di KK

One Borneo, Kota Kinabalu

Warisan Square, Kota Kinabalu

Sebagai sokongan kepada Perhimpunan Aman pada hari ini, aku menyuarakan PROTES dengan cara aku sendiri. Aku buat setakat yang aku mampu coz i dont really have time today. 12pm-1pm aku di Center Point dan Warisan Square manakala 2pm-3.30pm aku di One Borneo. 4pm aku ada meeting. Kerja. Ramai orang muda yang senyum dan ‘tumbs up’ kat aku. Maknanya mereka setuju. Ada juga 2 orang yang bersalaman dan mereka kata ‘KAMI SOKONG DARI BELAKANG’. Golongan veteren, adalah beberapa yg jeling bila nampak t-shirt aku. Jealous kot. Hehehehe.

Tidak kisahlah mereka sokong dengan cara apa, tapi aku pasti ramai yang PROTES KENAIKAN HARGA MINYAK tapi tidak tahu bagaimana nak meluahkan.

Salam GERAMM dari Negeri di Bawah Bayu…

55 Responses to Protes GERAMM Perseorangan di KK

  1. sumbiling says:

    well done…. i salute u. mmm.. mungkin memang niat diorang mau buat tu protes di sini stail karnival mangkali🙂

  2. admin says:

    congratz mariah!
    lawan tetap lawan!

  3. ustazsaid says:

    woi, makcik orang tu pakai baju merah mcm jersi MU la, yg ko pakai baju hitam ni, apa ke jadahnya…lawak3X, publisiti murahan tul la!

  4. Pemudasabah says:

    Syabas saya ucapkan kerana berani! Teruskan usaha giat anda. Walaupun kita berlainan halatuju perjuangan tetapi saya menyokong mana2 perjuangan yg benar. Lain kali, bolehlah jemput saya sama2 tunjuk protes.

    Kpd UstazSaid, hang ni bikin malu perkataan “Ustaz” saja. Hang ingat perkataan “Ustaz” ni rendah kah martabatnya hingga hang boleh “pinjam” & dan dlm masa yg sama, mengata ikut suka kepala otak hang saja.

    LadyMariah menunjukkan keberanian yg tak dipunyai oleh hang sendiri selaku lelaki, so baik duduk diam2 dan jgn kritik apa yg dibuat oleh orang lain walhal isu yg dibawa adl berkepentingan umum utk semua rakyat Sabah.

    Budak2 kecik macam hang tak kenal apa itu perjuangan, so tutup mulut hang ok.

  5. bayumurni says:

    SABAR USTAZ BAWA BANYAK-BANYAK MENGUCAP… JANGAN MARAH.. YE!!!

  6. ladymariah says:

    Buka minda pakcik Said, baju itu adalah baju AIC. Salah 1 organizer GERAMM. Saya mewakili organizer. Harap maklum.

    Mungkin pakcik tidak tahu kerana masih di takuk lama, maka dgn ikhlas hati saya maafkan org seperti anda…

  7. Ustazsaid says:

    Sjuta orang…ramainya!!! sorry, ladymariah aku lupa, ko pakai baju hitam…hitam itu menawan rupanya.
    Kita jgn hilang fokus, truskn mbela DSAI drpd tudhan yg mungkin mybbkn impian ke Putrajya hilang & lebur mlayang2…soal minyak kta tggu 16/9/2008, hari ini jd kjaan, esok turun harga minyak!!!
    PemudaSabah, klu hang x mau blaku kritikan, baik hang duduk d hutan Amazon…hehe, buat kjaan d sana, hang jd PM.

  8. bayumurni says:

    Kakakaka,, marah sudah dia Pemudasabah si usatazsaid ni,!!! susah juga dia ni mariah sebab dia ni di antar oleh BTN umno dan bn untuk meyamar dan cuba mengahancurkan kerajaan PR internet di blog ini,, itu lah perancangan kerajaan oleh shebry chik—ken ni,,

    Walaumacam mana pun kau pertahankan juga Ustazsaid BE END dan UMNO ni,,, parti ini akan tumbang jua mencium tanah,,,

  9. omsabah says:

    wahh… maria.. ko buat solo2 ka tu… buli tahan ko ni… salut….
    Tuan ustaz..emm.. maaf kalau aku menegur, tapi sedik sebanyak tercemar sedikit lah status para ustaz ni kalau “penggunaa” ayat tu agak keras .

  10. ladymariah says:

    iya.. aku buat solo saja bah. inipun sebab ada masa sekejap aku ambil kesempatan protes di sekitar KK sblm masuk keja… thanks for the ‘salute’. SALAM REFORMASI!

  11. fik017 says:

    lady… tabikkkk….
    tak tau nk komen pa…..wa tabik lu…
    congratulationssss…

  12. M Khairul says:

    Wow…

    CONGRATULATIONS!

    ::BRAVO!!!::

  13. AnakMudaParlimenBatu says:

    Setinggi-tinggi tahniah buat kamu mariah, aku bangga kerana ko salah seorang ahli aic yang begitu bersemangat tinggi, untuk info ko, ada orang dari Sabah dan Sarawak datang ke Stadium Kelana Jaya, mariah izinkan aku mengambil foto kamu dari blog kamu untuk memasukkan ke dalam blog aku, untuk menjadi contoh buat semua pejuang …..

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  14. bayumurni says:

    Kalau begini bagus lah kita buat pula di sebelah sabah,, apa macam jadi ka???

    inilah musim nya,,, REFORMASIIIIII,,,,

  15. ladymariah says:

    Khairil diizinkan mengambil gambar ini…
    Bayumurni, kita boleh buat begini gerenti jadi… Mulakan dgn jumlah sedikit kemudian dlm masa yg sama cari member yg mau join…

  16. bayumurni says:

    Beres punya ladymariah,, aku semangat tengok ko kalau macam tu,, ayuh rakyat malaysia kita protes minyak,, biar bergegar sabah ni,,,

  17. Sabahan says:

    respect!

  18. wan says:

    huhu..caya la beb,mmg macam karnival pun aku p jgk hehhe,apa pun good job

  19. Ustazsaid says:

    Korang maki…suruh tutp mulut…suruh kjaan yg dpilih oleh majoriti rakyat turun mencium tanah…atas nama kebebasan bsuara dan tah apa2 lagi…semua boleh.
    Bila aku sokong kasi turun harga minyak slp 16/9/2008…dan hantar pemudasabah jd PM d hutan Amazon…korang marah. Apparrrrra! hehe jgn marah!

  20. Ustazsaid says:

    ayuh rakyat malaysia kita protes minyak, biar bgegar sabah ni,,, En. Bayumurni, apa yg bgegar ni?

  21. Ustazsaid says:

    makcik ladymariah, bg komen sikit : p/s ni bukn dr bernama @ tv3 @ mana2 media kjaan. tk

    Hajat Rakyat Untuk Protes Tidak Sampai
    Dilulus terbit pada Monday, July 07 @ 09:51:06 MYT oleh greenboc

    Oleh Jundullah-PASJB


    Terlalu banyak yang tidak kena, setelah jawatankuasa PROTES mempercepatkan tarikh himpunan aman rakyat yang awalnya dijadualkan pada 12 Jul 2008 yang dipinda juga dengan tempat dan tarikhnya sekali lagi pada 05 Julai kepada 06 Julai.

    Tambah musykil ialah perpindahan lokasi himpunan yang dijadualkan di KLCC ke Padang Timur di hadapan Amcorp Mall dan 2 hari sebelum 6 Julai berpindah pula ke Stadium Kelana Jaya.

    Inikah dia demontrasi aman ataupun sekadar pesta yang layak digelar temasya bilamana unjuk rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan seolahnya diperuk disudut stadium yang tiba-tiba menjadi sindiran kerajaan BN betapa himpunan ini telah gagal mencapai matlamat dan sasarannya.
    Tambah mengaibkan ialah insiden penyanyi kumpulan Caburator Dung menunjukkan punggung ke arah hadirin yang hadir yang mengundang kemarahan peserta himpunan yang rata-ratanya datang dari seluruh pelusok negara lalu disajikan dengan penipuan pihak penganjur yang begitu tidak berhati-hati dalam mengatur program.

    Bukannya niat saya hendak menyalahkan seratus peratus jawatankuasa PROTES tetapi inilah yang dibimbangkan kami dari Parti Islam Se-Malaysia yang berjuang untuk memartabatkan Islam disamping berprinsip menegakkan keadilan dan bencikan kezaliman tiba-tiba kami umpama dijolok sarang tebuan.

    Rata-ratanya ramai yang kecewa dan mengambil keputusan untuk pulang awal termasuklah 700 anggota unit amal PAS yang menarik diri dari meneruskan tugas bersama-sama 2,500 pemuda Pakatan Rakyat.

    Masalahnya sekarang siapa yang kita PROTES kerajaan ke jawatankuasa PROTES…

    Sumber : Jundullah

    http://pasjohorbahru.com/

  22. dekerinchi says:

    salam ladymariah,

    saya kagum dengan anak muda yang boleh bergerak dengan sendiri memperjuangkan ideologi tersendiri…amat jarang kita dapat lihat generasi sekarang mampu untuk melakukan begini…..

    Syabas……….apapun saya sokong untuk memprotes mendesak harga minya diturunkan…..

    Pak ustazsaid….sekurang-kurangnya kita boleh bagi credit pada usaha berani Ladymariah….rasanya kitapun tidak mampu untuk melakukannya…..

  23. ladymariah says:

    Thanks everybody. To the pakcik said (geli bah panggil ustaz. mcm nda sesuai. lol), komen dan pendapat dari orang lain seharusnya difahami terlebih dahulu. Tidak semestinya mengambil artikel orang lain untuk dijadikan komen sendiri dan meminta pendapat org. Nyatakan dulu pendapat kamu… Sorry for (maybe) being rude but i cant see the pakcik saying anything from his own tought. Kebanyakan hentam keromoh ambil pendapat org lain…

  24. bayumurni says:

    Habis sufah bah formula nya mariah,, kau tau lah ,, islam hadhari, apa slogan si Paklah tu,,, CERMERLANG, GEMILANG, TERBILANG rupa-rupanya ada lagi yang kurang TEMBERANG,, hehehehe,,,

    ss tedy kau ustazsaid,, OK BAH KALAU KAU,,,!!!!!

  25. kaca says:

    WOOOWWWWW…

    Besstttt…kamu memang menarik, tertarik, d´bom lah. syabas. ini baru semangat namanya. ini baru anak malaysia.

    mahu mintak izin juga untuk ambik gambar di atas untuk tempek dalam bloq aku. boleh ?

  26. Lady yang gagah dan berani!

    Anda adalah contoh terbaik anak muda Malaysia yang amat faham tentang kesengsaraan rakyat! Ada berjuta lagi anak muda yang bangun dan akan bangun bersama anda membela nasib rakyat di negara ini!

    Persetankan apa orang cakap! Kon (saya) di Pahang juga buat Protes! Walaupun usia sudah 60 tahun!

    http://rp-semantan.blogspot.com

    CUCU TOK KEDU

  27. ladymariah says:

    Salam GERAMM…
    Anda diizinkan untuk mengambil posting ini tetapi link harus disertakan donk…

  28. Ustazsaid says:

    1. Pendapat saya : protes turunkan harga minyak ni buang masa, buang tenaga dan buang karan. Ada banyak benda lagi yg boleh dbuat daripada buang masa sehari suntuk duduk d stadium, konon turunkan harga minyak… Dalam negara ni, bukan semua yg kita minta boleh dpenuhi…Hukum demokrasi ialah, minoriti kena respect la yg majoriti…hehe,
    #amacam ladymariah, ni idea aku sendiri…bukan hentam keromo ambil pendapat org lain…mungkin sama, dgn majoriti pendapat rakyat Malaysia. Tk

  29. Ustazsaid says:

    2. Pendapat saya :Korang maki…suruh tutp mulut…suruh kjaan yg dpilih oleh majoriti rakyat turun mencium tanah…atas nama kebebasan bsuara dan tah apa2 lagi…semua boleh.
    Bila aku sokong kasi turun harga minyak slp 16/9/2008…dan hantar pemudasabah jd PM d hutan Amazon…korang marah. Apparrrrra! hehe jgn marah!
    # ha ni pun ladymariah, idea aku sendiri…bukan pendapat org lain. Jd, apa pula pendapat ko?

  30. ladymariah says:

    Baguslah kalau itu pendapat Pakcik.
    Kita masing-masing ada pendapat. bagi kami, kami tahu hak kami sebagai rakyat. Tidak mahu dicucuk hidung. Suara rakyat, DEMOKRASI SEBENAR.

    Saya hormati pendapat pakcik yg tidak mahu turun padang untuk protes. Dan protes itu bukanlah paksaan. Siapa yg protes maka dipersilakan turun. Kalau tidak mahu protes, maka buatlah aktiviti sendiri. Simple!

  31. Ustazsaid says:

    ok tk, pendapat 2, apa pulak komen ko?

  32. dekerinchi says:

    ustazsaid,

    persepsi “buang masa” hanya terpakai apabila kita tidak setuju pada persepsi tersebut…

    tapi bagi mereka yang memperjuangkan hak mereka, tindakan itu adalah tidak sia-sia dan tidak dianggap buang masa….. sebab agenda yang mereka perjuangkan adalah agenda untuk keperluan diri mereka dan juga rakyat umum jika berhasil …… sekurang-kuerangnya mereka berusaha juga, dan taklah menyerah sahaja pada nasib dan keadaan keliling…. atau pendekkata taklah kita hanya “bayar dan tuang ” sahaja…..

    Saya tahu mungkin ustazsaid merasakan bahawa kenaikan harga memang tidak dapat dibendung, maka tindakan memprotes adalah sia-sia…tapi tahukah ustahsaid bahawa perubahan boleh berlaku kalau kita bersatu hati….. kerajaan boleh menurunkan harga jika mereka mahu….. jadi taksalah untuk kita mencuba bukan…? Satu soalan untuk ustazsaid… tidak mahukah ustazsaid menikmati label harga yang murah….bagi saya hanya orang yang takwaras sahaja bersetuju untuk mendapatkan barangan atau perhidmatan pada harga yang tinggi….

    Tapi maaf ladymariah, saya tidak setuju dengan demontrasi jalanan….mugkin boleh dilakukan di dalam tempat yang lebih terkawal dan tidak menggangu gugat hak orang lain…… tapi saya tak salahkan mereka ini, sebab perkara ini terjadi, kerana terdapatnya kekangan dan halangan yang tidak profesional dari pihak yang berkenaan…..

    Sekiranya mereka mudah untuk :

    Mendapatkan permit atau kebenaran berhimpun,
    Tiada provokasi,
    Mendapat layanan adil,
    Mendapat laporan dan siaran yang meluas serta adil di media elektronik dan media cetak

    Pasti demontrasi ini berada di jalan dan di landasan yang betul lagi aman, dan memberikan setuasi menang-menang bagi rakyat yang menyokong dan rakyat yang tidak menyokong……

    Saya satuju dengan kenyataan ustazsaid yang menyatakan kerajaan sekarang menang majoriti…tapi saya nak betulkan sikit kenyataan tersebut, iaitu “kebanyakannya dengan majoriti goyah”…..jadi harapan saya agar kita terutamanya kerajaan BN tidak bangga diri macam dulu-dulu…kerana luka pasti akan berdarah kembali…..

    Kerajaan harus menimbulkan isu-isu yang masuk akal atau relevan, kerana rakyt sekarang bijak untuk mengesan sekiranya ada ruang kosong atau kepincangan di dalam sesuatu isu….contoh yang terbaik kes terbaru DSAI, yang kelihatannya ada ruang-ruang kosong yang tertinggal untuk diragui kebenarannya…..begitu juga kenyataan Datuk Najib, yang nampaknya kurang berhati-hati hingga mampu untuk dipertikaikan…..( kalau nak tahu cubalah teliti kenyataan Datuk Najib, tempoh hari semasa menidakkan kaitan beliau dengan kes ini…tapi sebelum tu cuba ustazsaid simpan dulu sifat “BN” tu dan duduk sebagai rakyat berkecuali….baru boleh nampak…)

    Satu contoh : Bolehkah kita menganggap, orang yang membuat aduan sebagai mangsa dan yang dituduh pula sebagai pemangsa…sedangkan ia msih diperingkat tuduhan? umpama sudah jatuh hukum sebelum dibicarakan…..contohlah sekarang ni saya nak tanya ustaz, setuju tak kalau si X menuduh ustaz merogol (bukan liwat)……kemudian si X dianggap mangsa dan ustaz pula merupakan pemangsa…?

    saya rasa ustaz mesti cakap wah si X ni buat fitnah dan buat laporan palsu (maklumlah ustaz)…. kalau begitu dari sudut pandangan ustaz pula pastilah ustaz jadi mangsa atas tuduhan palsu yang dibuat oleh si X aka pemangsa…jadi ustaz bolehlah membuat laporan polis balik…. tapi ada lagi satu ketidakadilan dalam kes ini….bila hukuman untuk tuduhan merogol adalah lebih berat dari tuduhan membuat laporan palsu….. ada faham tak….. nak tahu lagi contoh….nantilah…. ustaz cari dululah…

  33. ladymariah says:

    Terima Kasih diatas penerangan yang amat jelas dr saudara De Kerinchi.

    Bagi persepsi buang masa yg dimaksudkan di sini memanglah kalau difikirkan secara ringkas (bagi yang tidak mahu mencuba memperjuangkan hak diri sendiri) ia adalah membuang masa dan tenaga apabila berhimpun/ membuat demonstrasi di jalanan.

    Protes sebelum ini berlaku tanpa permit dan ada beberapa individu telah ditangkap kerana ia mungkin mengganggu sesetangah pihak (kesesakan lalulintas dan juga mengganggu premis perniagaan org lain). Namum protes geramm baru-baru ini telah dibuat di stadium dan ia berlangsung secara tertutup dan amat berbeda dgn demonstrasi yang berlaku sebelumnya.

    Ia merupakan perhimpunan marathon yang membolehkan rakyat dapat dtg ke tapak stadium mengikut masa masing2. Bagi saya, ia agak janggal kerana sebelum ini protes dilakukan di jalanan kerana kita tidak didengari dan tidak diambil peduli. Suara kita dibelakangkan.

    Namun baru2 ini keizinan telah diberikan untuk menunjukkan protes di stadium. Namun, perhimpunan tersebut tidaklah sepanas yang di harap-harapkan kerana ia tidaklah menunjukkan emosi geram yang sebenar. Ia lebih hambar dan PASTINYA akan diambil enteng oleh kerajaan.

    Bagi saya, saya tidak suka keganasan. Saya juga tidak suka akan demonstrasi extream. Namun jika tiada sebarang respon daripada kerajaan berkenaan bantahan kenaikan harga minyak, tidak mustahil aktivis seperti saya akan kembali ke jalanan untuk mendesak.

    Mana mungkin kerajaan bisa mengambil ringan sekiranya rakyatnya sudah sepakat untuk membantah kerajaannya? Kenapa perlu memusuhi mereka? Kenapa perlu berkasar pada mereka dan menghumban mereka ke dalam penjara? Tidakkah ini menunjukkan DEMOKRASI sudah mati di Malaysia??!!!

    Minta maaf sekiranya pendapat ini agak kejam. Tapi sekiranya golongan veteren sekarang sudah tidak mahu mengubah pemikiran mereka, maka sayapun tidak mahu ‘buang masa’ untuk menjelaskan berulang-ulang. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Fokus saya adalah golongan muda yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Kalau bisa memberikan pertolongan cemas CPR kepada demokrasi di Malaysia, maka itulah kesanggupan saya. MASA DEPAN!!!

  34. remadel says:

    Tahniah ladymariah!!!!!…

    Tidak semua berani macam ko nie, yang lain cakaaaapppp…sajaa banyakkk!!!!, action tiadaaaa!!!..

    Congrats ladymariah!!!..

  35. Ustazsaid says:

    sdr. dekerinchi, jawaban utk soalan ko d anjung larik. Tk
    makcik ladymariah, hukum demokrasi mbenarkn pbezaan pendapat, tp demonstrasi jalanan yg myusahkn bukn caranya…apa cara, pilihanraya!!! so, tggu aja la.

  36. ladymariah says:

    Pilihanraya di malaysia tidak telus. Laporan demi laporan dibuat tapi tidak diendahkan. Penetapan dakwat hitam dibatalkan secara tiba-tiba. Maka, rakyat bangkit di jalanan untuk memprotes. Perhimpunan BERSIH yang lepas telah mencabar SPR sendiri…

  37. Ustazsaid says:

    pilihanraya d Msia x telus?
    makcik ladymariah, andai p/raya x telus, mampukah PR bkuasa d 5 negeri tbabit, PR menang 6 drpd 9 kerusi d WP, Dap menang d KK & Sri Tanjung… jgn la butakan mata & pekakkan telinga.
    Soal dakwat, apa yg kecoh2 dgn dakwat ni? Tanpa dakwat pn PR boleh menang, apa masalahnya? TK

  38. ladymariah says:

    Kalau bukan kerana demonstrasi BERSIH sebelum pilihanraya, ketelusan SPR tidak kelihatan. Kalau memang pilihanraya di Malaysia ini berlandaskan demokrasi yang sebenar, saya yakin bukan 5 negeri sahaja yang bisa dimenangi oleh PR.

  39. Diam Ubi says:

    Ladymariah..Congratz!
    U really impressed me!

    Eh..hati2 ya ladymariah,zaman skang ni ramai yg ngaku ustaz….wakakakaka.
    opppsss..ada yg terasa kaitu???huhu
    Apapun,minda rakyat malaysia skg lebih terbuka.Tahu menilai mana yg patut n mana yg xpatut.Soal brapa kerusi pembangkang menang tidak penting..yg penting pembangkang da merampas banyak kerusi dr BN.So paham2 sendiri la…generasi baru ramai yg mahukan pembaharuan..mahukan reformasi dan amahu MALAYSIA BARU..skarang ni.baru jugak…tp baru tau!!!minyak naik..beras naik..suma pun naik.baru tau!hahaha.

    teringin mau join ladymariah wat protes,tp nt kena buang keja pulak.Indapa la..yg penting…time mengundi..aku pangkah pkr.yg timbangan tu tak teringin i…huhu

    Camanapun,CONGRATULATION my laling ladymariah!U are reallllllyyyyy something!

  40. tukangfitnah says:

    tahniah untuk kamu kerana berani berkata benar.

  41. Ustazsaid says:

    Ladymariah, Kalau ko rasa nda pandai menari sumazau, jgn salahkn lantai tinngi rendah….

  42. Diam Ubi says:

    salam ustazsaid,
    sapa kata ladymariah inda pandai menari sumazau?

    Urg SABAH inda kira kaum pa..KOMPEM pandai nari sumazau bahhhhh…

    sapa setuju..angkat kaki(erks!yg pakai skirt dakpayah yah..hahaha).

    Apapun,SALAM REFORMASI!!!

  43. ladymariah says:

    Well well well… siapakah yang sudah tersalah tajuk ini? Hahaha. Salam reformasi Diam Ubi. Kim salam sama mummy n daddy ya…

  44. bayumurni says:

    Betul tu DiamUbi,, bukan lah rakyat sabah kalau ndak pandai menari sumazau,, walau macam pun kalau Usatazsaid mau try sama aku lawan nari Sumazau silakan,,
    lawan tetap lawan,,, hheeehaaa Aramaite,,, Aatorokk giaw, hehehe

  45. delster says:

    congratulation lady…
    i salute u beb…
    teruskan perjuangan yang masih belum selesai…

    LAWAN TETAP LAWAN!!!

  46. ladymariah says:

    Thanks, babe! Salam Reformasi AICers sumer…

  47. ustazsaid says:

    maksud aku ladymariah, bukan nda pandai mnari sumazau la…apa la korang ni, x faham2 itu la, dulu kecik nda skolah…hehe, jgn marah.
    maksud aku, klu nda menang praya jgn slahkn spr…ada faham murid2?

  48. ladymariah says:

    Kalau SPR curang pada rakyat, patutkah diam diri?

  49. bayumurni says:

    Mariah,,
    cari isu baru lagi mariah,,!!! baru panass,, hehe,, ustazsaid tu weak sudah bateri nya,,,hehehhe

  50. farwanz says:

    Angkat thumbs skit untuk lady….Cayalah….

  51. NaKaDnaS says:

    aku x tau nak taip apa…
    tp…
    kita hanya merancang dan tuhan yang menentu kn semua…..
    x semesti nya berkesudahan baik..
    dan….
    x semesti nya berkesudahan buruk….

  52. Lukes says:

    Cayala,…….

  53. rumputt says:

    ….semangat jitu!!! ada ramai org berani ckp nda berani buat tp u very different at all

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: