Demokrasi yang hampir mati!

Demokrasi hampir mati di Malaysia. Kenapa aku katakan begitu? Bukankah malaysia ini negara demokrasi yang dibangga-banggakan (terutama pemimpin kerajaan)? Baru-baru ini pemimpin atas BN telah mengecam blogger agar berhati-hati akan blog mereka. Itu ibarat 1 kecaman yang tidak bermaruah. Sistem demokrasi telah dirogol sewenang-wenangnya. Kenapa harus blogger disekat?

Sesiapa sahaja yang tidak setuju akan kenyataan aku ni, aku cabar untuk debat terbuka. Namun perkara di bawah harus diambil kira terlebih dahulu:

1. Doktrin pengasingan kuasa tidak lagi telus. Badan kehakiman dicemari.

2. Pilihanraya yang tidak telus menyebabkan rakyat turun ke jalanan untuk memberontak.

3. Tiada kebebasan bersuara kerana ISA telah dijadikan alat untuk meng’gertak’ rakyat.

4. Media disekat oleh kerajaan terutamanya stesen TV.

5. Rakyat tidak dapat menikmati sepenuhnya hak asasi mereka.

8 Responses to Demokrasi yang hampir mati!

  1. angahsp says:

    aku setuju ladymariah..
    kenapa penulis blog harus disekat??
    sebab mereka semua bacul…
    takut dengan kebangkitan rakyat…
    bukan penulis blog yg menyebabkan kebangkitan rakyat…
    tetapi apabila peminpin tamak kuasa menekan rakyat dengan ketidak keadilan.

  2. bayumurni says:

    Ustazsaid di persilakan masuk,, langkah kanan dulu ya,, hehehe,
    jangan sumbang udah ler,,,

  3. AnakMudaParlimenBatu says:

    Nampaknya Ustaz said memang menjadi tumpuan, takpa, kita berdemokrasi, pendapat semua kita ambilkan, mana tahu boleh dijadikan panduan. Ok, berbalik kepada perkara yang diusulkan, kita sebagai bloggers sudah menjadi tumpuan ramai, mereka lebih suka membuat rujukan berita daripada blog lebih dari media tempatan, mereka sebagai pemerintah tidak mengambil iktibar akan kekalahan mereka disebabkan keegoan mereka, pendek kata, mereka sudah memberi jawapan dalam PRU akan datang, mereka nak kalah lagi.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  4. bayumurni says:

    Memang mereka akan terus di landa kekalahan oleh kedegilan mereka sendiri, nanti jangan lah pula mereka salahkan rakyat, di sebaliknya mereka harus bertanggung jawab diatas semua perkara yang telah mereka akan lakukan,

    PRU !3 nanti bukan saja setakat BN akan kalah nanti malah UMNO akan terus terkubur sekali.. jika perinsip mereka-mereka(bn/umno) masih mendabik dada dan tidak langsung menerima keritikan rakyat,, maka tunggu lah akan hari kejatuhan mereka nanti, BN dan UMNO khususnya tidak berani menerima kenyaatan dan kebenaran,

  5. emansipasi says:

    mereka (UMNO/BN) smua takut. Skarang ni kebanyakan rakyat Malaysia tidak lagi percaya dengan media arus perdana yang penuh dengan penipuan. Dengan adanya blog ni rakyat Malaysia boleh mengetahu berita yang sebenar. Dengan Blog ni lah rakyat dapat mengkritik kerajaan yang KONONYA DEMOKRASI!!!!!

  6. remadel says:

    Saya setuju ladymariah…
    1. Blog adalah saluran info yg terbaik utk semua, kalau TV3 dgn RTM tu memang sudah diprogramkan oleh kerajaan…
    2. Walaupun ada blogger yg memberikan info. yg tidak telus, tetapi kita sendiri masih boleh menapis mengikut naluri pemahaman kita masing-masing…
    3. Kalau bukan blogger, tidak mungkin Pakatan mempunyai kerusi yg banyak sewaktu PRU12..

  7. omsabah says:

    Inilah bencana yang yang menimpa negara kita.. kekeliruan rakyat!!
    Pemimpin Negara kita Tidak Kira Kerajaan atau Pembangkang..
    semuanya Pintar-pintar belaka.Kebanyaknya terdiri daripada golongan pendidikan tinggi,
    namun apa dah jadi ..Rakyat sekarang amat keliru dan bosan..
    Yang lebih jelasnya saya melihat peranan TV , benar-benar bukan lagi sebagai media
    penyampaian maklumat untuk rakyat menimbah pengetahuan ,tetapi berterusan menjadi media kerajaan untuk memburuk-burukkan pihak tertentu.Setiap malam Berita , yang jadi mangsa Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.Setiap malam di waktu berita ada sahaja “maklumat untuk rakyat” keburukan kerajaan Pakatan Rakyat.
    eii bosan la…amat membosankan… seoalah-olah kerajaan BN ni takut kalau kerajaan PR ni dapat membuat sesuatu yang amat bermakna untuk rakyat.Kenapa yah ?
    BUKAN PEMIMPIN BN SAHAJA YANG ADA KEPINTARAN UNTUK MENGURUS TADBIR NEGARA.
    Rakyat yang melihat ,mendengar dan membaca , rata-rata sudah mula bertanya, kenapa para pemimpin BN ni macam lupa pula, bukan hanya mereka sahaja yang
    mempunyai kualiti pentadbiran.
    Ingat-ingatlah….

  8. ladymariah says:

    Dalamn keadaan DSAI seorang rakyat yang merdeka dan bebas, beliau dihalang menghadiri sidang Parlimen.

    How deperado can Be End be! Or this is the signal to the demise of Be End.

    -YB Zulkifli Noordin.

    *Benda mcm ni TV tak siarkan. Bayangkanlah kalau TV station kat Malaysia ni betul-betul adil, i dont think BN boleh bertahan sampai sekarang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: