BERSALAMAN: dari kaca mata ‘bukan Islam’

Sebelum jauh melangkah berkenaan topik kali ni, aku mohon maaf sekiranya ada kata-kata yang menyinggung hati. Tapi bukan niat aku mahu berbalah dan menyangkal. Jauh sekali menghina. Aku cuma mahu berikan cadangan dan padangan.

Kalau mengikut hukum dalam agama Islam, bersentuhan kulit di antara lelaki dah perempuan (bukan muhrim) adalah haram. Jadi, kenapa tak cadangkan kepada wanita-wanita yang beragama Islam supaya memakai sarung tangan? Jangan putar belit. HUKUM TETAP HUKUM.

Aku berkawan dengan ramai orang beragama Islam dan dari aku di bangku sekolah lagi, selalu je aku ni dapat malu sebab hulur tangan kat budak lelaki (ketika penyampaian hadiah, majlis-majlis rasmi, dsb) tetapi diorang setakat tunduk dan tak sambut tangan aku. Maka berdasarkan pengalaman seperti itu, kadang-kadang aku tidak menghulurkan tangan kepada lelaki. Malu beb kalau kita hulur tangan tapi org tu tak sambut. Tapi ada juga yang bersikap terbuka (adakah sikap terbuka ini dihalalkan?) dan bersalaman dengan aku.

Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Rasulullah sendiri ketika membaiat para wanita beliau hanya berkata-kata tanpa bersentuhan tangan (H.R. al-Bukhari).  Disebutkan pula oleh Abdullah ibn Amr bahwa Rasulullah tidak menjabat tangan wanita saat melakukan baiat (H.R. Ahmad). Dapat disimpulkan, Rasulullah saw. tidak berjabat tangan dengan wanita, padahal dalam kondisi penting dan dibutuhkan yaitu baiah. Sementara, hukum bersentuhan antara laki-laki dan wanita dalam keadaan darurat dan terpaksa diperbolehkan (misalnya dalam pengobatan jika tidak ada sesama jenis kelamin yang bisa mengerjakannya).  Sumber: Syariah Online.

Aku terpanggil untuk membuat posting ini kerana aku tertarik dengan gambar isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah yang menggunakan sarung tangan untuk memudahkan beliau bersalaman dengan sesiapa sahaja. Maknanya, tidak ada alasan untuk ahli politik seperti beliau untuk ‘menghalalkan’ sentuhan kulit sesama bukan muhrim.

Bukan susah utk membudayakan ‘sarung tangan di tangan kanan’ kan? New fashion mcm ni ‘fun’ tau! Maka tiada was-was ketika bersalam-salaman…

11 Responses to BERSALAMAN: dari kaca mata ‘bukan Islam’

  1. AnakMudaParlimenBatu says:

    Lady Mariah, cara Datuk Seri Wan Azizah itu mungkin kaedah yang boleh diguna pakai, tetapi pemakaian sarung tangan itu tidak boleh dijadikan satu fesyen, dan lama kelamaan ia akan menjadi satu budaya, banyak budaya dan adat yang digunakan pakai oleh orang Islam di Malaysia ini secara tidak langsung menyalahi dalam agama Islam tanpa kita sedari, yang paling penting ialah apa kita lakukan hanyalah kerana Allah tetapi ingat niat tidak menghalalkan cara, yang haram tetap haram.

    Seperti bersentuhan, ianya disebabkan tidak mahu mempertingkatkan berahi sex apabila lelaki dan perempuan bersetuhan, kadang kala kita berwuduk, apabila bersetuhan yang bukan muhrim jadi ia akan terbatal wudhuknya. Tetapi secara berlapik tidak menjadi masalah, ia juga tidak akan mengundang fitnah.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  2. ladymariah says:

    Aku masih kabur. Pemakaian sarung tangan ni menyalahi ke?

  3. Pembebel says:

    jangan konpius. sebagai orang islam, adalah menjadi tanggungjawab aku untuk menerangkan kepada ko.

    aku sokong pemakaian sarung tangan gitu. it’s better that way. better juga daripada bini najib mencium hrithik. better juga daripada puteri umno membaca al-quran di majlis mereka without properly tutup aurat (gilo ko?). juga, better daripada bini2 menteri yang mengaku islam tapi tudung haram pun tak pernah pakai! rambut beralun bak alleycat sesat jalan. wakaka.

    peace bebeh. hehe.

  4. omsabah says:

    Dear lady Mariah,
    Panjangan juga aku fikir mengapa ko buat topik ini.Tapi pengalaman mendewasakan fikiran kita. Aku cuma boleh cakap satu perkara , kerana ini melibatkan hukum agama.Sikap tanggungjawab.Mohon maaf pada semua andai aku tersilap .
    Tanggungjawab yang aku maksudkan ialah tindakan semasa bersalaman.
    Kefahaman kita perlu diperluas.Yang menghulu tangan untuk bersalaman seharusnya
    tahu dan faham dengan siapa dia menghulur tangan.
    Tetapi yang menerima huluran tangan itu juga lebih perlu bertanggung jawab.
    Sama ada menerima salam itu atas sebab tidak mahu memalukan orang yang menghulur
    salam atau terlebih dahulu memberi isyarat untuk tidak perlu bersalaman.
    Itu sahaja la lady.
    Maaf kalau aku tersilap.

  5. Watan says:

    Islam is a simple religion and we don’t need to complicate matters and we certainly appreciate and value ppl such our lady mariah for her openness on such matter but how many of us including Muslims are ready to face the truth. If wearing gloves becomes a trend one day (man included) then there’s no problem for us to shake hand if others who aren’t our mahram offers their hands i.e those who are ignorant of such rule. If ways of adhering to one’s faith become trends then life will be more easier since we don’t need to fear of transgressing the limit as long as such trends are in line with the commandments of the faith. For instance, wearing tudung or head cover nowadays has been an item but wearing tudung should be done properly by following all the requirements such as covering the rest of one’s body except for their faces and wrists unlike what happen today where women are wearing tudung but with tight fitting and short sleeve shirt

    Thus, education is the key in this matter and other areas as well.

  6. KNB says:

    Wah…I love this one Ladymariah!
    I mean, don’t let Michael Jackson rules this glove fashion kan? Hehe.
    Seriously, good entry.

  7. damai82 says:

    hehehe..bersentuhan yang bukan muhrim dalam islam adalah haram..
    sekarang ni ramai yang xamik hal ngan pengharaman ni..padahal benda ni termaktub dlam kitab suci Al Quran yang xmungkin terdapat kesesatan didalamnya dan terpelihara berbanding kitab yang lain..cara Wan Azizah tu cara yang baik dan patut diikuti.but bukan dia jak..ramai lagi..hehehe..
    ntah la..aku tengok sekarang ni ramai org islam yang bukan main lagi dalam berpakaian…ehehehe

  8. damai82 says:

    but ladymariah..ni bukan sesuatu yang boleh difesyenkan coz ini adalah haram bagi umat islam bagi yang bukan muhrim bersentuhan. cara ni semua pun leh buat but lebih baik jangan bersalaman just sekadar beri hormat..tu lebih baik.Allahualam.

  9. giinbuagas says:

    Hi lady mariah, I can’t find a more proper way to contact you, sorry. I propose link exchange between your blog and our’s, http://www.kadayanuniverse.com.

    kindly contact us if you interested, thanks

  10. dino says:

    Hai lady mariah, Ajaran islam itu indah. Tidakdiperbolehkan lekaki bersalaman atau menyetuh wanita yang bukan muhrim adalah untuk menjaga martabat dan kehormatan wanita. Karena islam sangat menjunjung tinggi wanita.

  11. rumputt says:

    alhamdulillah!

Leave a reply to damai82 Cancel reply