Doa Nik Aziz

Doa Nik Aziz

Doa Nik Aziz

Ya Allah ya Tuhan kami ampunilah dosa kami semua dan engkau tutupkanlah kelemahan kami dari musuh kami dan ya Allah ya Tuhan kami janganlah engkau beri peluang kepada musuh-musuh kami menikam kami dari belakang.

Lindungilah Anwar Ibrahim dari sagala fitnah mehnah dan selamatkan beliau dari mara bahaya dan engkau jadikan dia sebagai orang yang sabar dan istiqamah.

Kemudian Nik Aziz, dalam doanya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran dan menghapuskan segala kejahatan yang semakin berleluasa serta memelihara seluruh masyarakat Islam di negara ini, dunia ini dan akhirat.

Ya Allah ya Tuhan kami, kepada engkaulah kami memohon pertolongan dan pengharapan. Ya Allah ya Tuhan kami tunjukkanlah kebenaran itu adalah kebenaran dan kebatilan itu adalah batil lindungilah kami semua dari segala kejahatan dari luar dan dalam dan berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Sumber: SUARA KEADILAN NEWSPAPER, Bil 142: 6-13 Ogos 2008, pg 2.

10 Responses to Doa Nik Aziz

  1. bayumurni says:

    Aminnnnnn,!!!

    Mari lah kita bersatu rakyat malaysia perangi kebatilan yang selama ini di amalkan BE END dan UMNO,,

    Kita perangi segala gegala rasuah yang berkurun lamanya yang telah merosakan agama, bangsa dan negera,,
    Bak kata pepatah DSAI,, ” ADA PULUS ADA LULUS”

    Apa yang tidak di politikan di dalam malaysia ini ?

    Ibaratnya rakyat malaysia,, ” mau makan , mau minun atau mau kaya kena tanya dulu BE END dan UMNO,,,

  2. AnakMudaParlimenBatu says:

    Amin …. Moga-moga doa ini akan diterima oleh Allah S.W.T

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  3. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    amin…..

    Moga doa Tuan Guru diterima…Allahs.w.t

    Tiada yg Benar melainkan yang BENAR belaka…Doa Tuan Guru waktu Subuh sebelum
    PRU dan diaminkan oleh ribuan manusia diStadium Muhammad pun diterima Allah S.W.T

    Takbirrrr!!!!!!!!!!!RFORMASI….

  4. ustazsaid says:

    LadyMariah, betul ka TGNA doa DSAI macam ayat di atas? aku tgok vdeo tu lain ja, nanti lain TGNA baca, lain yg ko tulis.

  5. ladymariah says:

    God bless you Pakcik Said… Semoga kamu dibukakan hati agar tidak mempertikaikan doa Nik Aziz dan doa-doa ulama yang lain. Amin…

  6. gade says:

    haaaii…. kovosian om kopisanangan…. uiii.. hongo ko ilaan nud miagal dilo sambayang dau lo…..

  7. ladymariah says:

    Sila lihat dari sumber. Terima Kasih.

  8. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran dari kisah isteri Rasulullah SAW iaitu Saiyidatina Aisyah R.A yang telah difitnah dan keterangan di bawah ini saya rujuk kepada Kitab Tafsir AlQuranul Karim (oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus)(halaman 511-513) berdasarkan kepada ayat 11-16 dan 19 Surah An-Nur.

    Sekembali dari peperangan Banu Musthalaq, Aisyah turut dalam rombongan tentera. Di pertengahan jalan, pada suatu perhentian Aisyah pergi keluar, kerana suatu hajat, kemudian dia kembali ke sekdupnya.

    Tiba-tiba dilihatnya kalungnya hilang tercicir. Lalu dia kembali mencari kalungnya itu. Sewaktu dia sedang mencari kalung itu, qafilah tentera berangkat tanpa menyedari bahawa Aisyah ketinggalan di belakang. Kemudian Shafwan yang berangkat di belakang tentera, melihat Aisyah tinggal sendirian. Maka tanpa berkata apa-apa kecuali, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un, dia mempersilakan Aisyah naik kenderaannya. Lalu beliau pimpin unta itu, sehingga sampai bertemu dengan qafilah tentera.

    Melihat hal sedemikian, kaum munafiq terutama ketuanya, Abdullah bin Ubaiya menyiarkan pembohongan dan fitnah terhadap Aisyah dan Shafwan itu.

    Maka, dalam ayat 11 dan seterusnya Allah memberi peringatan dan pengajaran berikut:

    1. Orang-orang yang menyiarkan kebohongan dan fitnah terhadap Aisyah itu, sebahagian dari kamu juga. Hal itu janganlah kamu kira kejahatan bagimu, bahkan kebaikan. Kerana dalam hal itu terselit pengajaran iaitu: Kita tidak boleh menuduh orang berbuat jahat dengan semata-mata melihat seorang pemudi berjalan berdua dengan seorang pemuda, lalu dituduh berbuat jahat.
    2. Orang yang menuduh Muslimin/Muslimat berbuat jahat, harus menunjukkan 4 orang saksi. Kalau tidak, maka dia adalah bohong di sisi Allah.
    3. Orang Mukmin dan Mukminat yang mendengar tuduhan itu, hendaklah bersangka baik terhadap saudaranya dan mengatakan: Itu adalah bohong semata-mata.
    4. Berita yang kamu terima dengan lidahmu dan kamu katakan dengan mulutmu, sedang kamu tidak mengetahui kebenarannya, lalu kamu kira demikian itu tidak berdosa. Padahal di sisi Allah ia dosa besar.
    5. Kalau kamu mendengar berita itu, hendaknya kamu katakan: Hal ini tidak patut kita perkatakan, Subhaanallah. Ini adalah kebohongan besar.
    6. Sebenarnya orang yang menuduh itu dan orang-orang yang menyiarkannya telah berdosa; besar kecilnya menurut usahanya. Orang yang banyak usahanya mendapat siksaan yang besar.

    Seterusnya menerusi Ayat 19 surah An-Nur dapatlah disimpulkan seperti berikut:

    Orang-orang yang suka menyiarkan tuduhan yang jahat (berzina) pada orang-orang Islam, maka mereka mendapat siksa di atas dunia, iaitu didera 80 kali; dan di akhirat, iaitu masuk neraka jahannam.

    Sebab itu jangan sekali-kali kita mempermudah-mudah mengeluar tuduhan kepada seseorang yang bernama baik, kerana memberi malu itu amat terlarang dalam agama. Orang yang berani menuduh itu, wajib mengadakan 4 orang saksi laki-laki, keempat-empatnya sebenarnya melihat orang itu berbuat jahat dengan mata kepalanya sendiri, bukan dengan semata-mata curiga atau khabar-khabar angin saja.

    Dengan keterangan ini nyatalah kepada kita bagaimana kebagusan agama Islam, tentang menjaga kehormatan sesama manusia dan tidak boleh memberi malu antara seorang dengan yang lain.

    Persoalannya, sudahkah kaum Muslimin dan Muslimat kita menurut aturan ini?

  9. amin………
    takbir…………..
    hdup islam………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: