Ketuanan Melayu di UiTM

Bukan main tinggi pujian yang diberikan kepada pelajar UiTM yang ber’demo’ menolak 10% (sahaja) kemasukan pelajar bukan Melayu ke istitusi tersebut. Pahlawan dan srikandi yang mempertahankan bangsa. Totally RACIST! Kenapa perkara ini bisa terjadi? Adakah segelintir pelajar UiTM ini merasakan kedudukan pelajar Melayu sudah tidak dapat diselamatkan dalam bidang akademik? Atau takut andai ‘melayu hilang di dunia’? Kalau ada sesiapa yang membaca posting ini dan terlibat dengan bantahan tersebut, aku mahu respon dari anda. Biar kita faham apa yang berlaku…

Aku nak tanya ni, apakah yang didifinisikan sebagai bangsa Melayu? Kalau ada keturunam Jawa? Kalau emak cina dan bapa India tetapi beragama Islam? Bapa bangsa Mamak dan ibu bangsa baba nyonya yang masuk Islam? Ish… complicated! KITA BANGSA MALAYSIA!

Kepada pemimpin-pemimpin (tidak kira dari pihak memerintah ataupun pembangkang), kalaulah kamu mempertahankan pelajar-pelajar ini, sila kembalikan hak kami di Sabah. Biar kamu tahu berapa banyak hak kami sudah dirompak. Kembalikan 20 Points kepada kami! Sekarang kamu rasa bagaimana peritnya jika hak diambil orang lain (walaupun hak pendidikan adalah sama-rata).

Lagi satu, jangan hantar orang Semenanjung untuk bekerja di sektor awam Sabah. Jawatan-jawatan pengarah berikan kepada kami sendiri. Bangsa kami.  Kamu ingat tidak ramaikah graduan Sabahan? Nah, kamu fikir itu! Kamu mahu Sabahan ungkit balik semua itu?  Kembalikan hak ketuanan Sabahan. Buli ka boss?

Justru, andai pelajar UiTM ini sudah sedar akan tindakan mereka yang akan menimbulkan perpecahan kaum, maka janganlah buat lagi. Jangan biar anda di’provoke’. Jangan diperkudakan hak sesama kaum. Kita sudah jadi Malaysia. Semenanjung bukan lagi Tanah Melayu. Ini negara yang berbilang kaum! Anda harus terima itu… Belajarlah berkawan dengan semua suku bangsa. Anda akan faham bertapa ‘best’ kehidupan ini jika kita tidak memandang manusia melalui warna kulit. Aku terbaca blog salah seorang pelajar yang terlibat dengan demo tersebut. Dia kata, arahan pihak pengurusan UiTM induk. Dan mereka setuju dengan arahan tersebut. Tak perlu takut FRU, tak perlu takut ditangkap, tak perlu takut AUKU. Best kan jadi Melayu?

p/s: HIDUP MERITOKRASI!

* Adakah demonstrasi akan dibenarkan di kampus selepas ini? Hehehehe. Lama-lama mereka akan tahu ‘student power’ dan AUKU harus dihapuskan!🙂

35 Responses to Ketuanan Melayu di UiTM

  1. jentayu says:

    ceh! berani pulak nak hak kamu ye sabahan! kamu pun x kurang rasis jugak mcm melayu yg kamu benci. bangsa malaysia? jgn ckp soal bangsa la kalau x boleh berbahasa melayu dgn betul. ini satu nak ckp cina, satu nak ckp india, satu nak ckp iban. selesaikan hal satu bangsa, satu bahasa sebelum nak melalak pasal kesamarataan. hak kamu dirompak? rompak apa? brp byk org sabah yg jd pengarah di semenanjung kami x mengata pun sedangkan satu dua penduduk semenanjung jd pengarah di sana kamu sudah bising satu dunia. ‘ x boleh, ini sabah bah’. mentaliti sabahan dgn indon x kurang beza pun.

  2. hM says:

    bagus! bagus! btw ceta sal melayu ne kan, ku mcm tejmp dua site sal asal usul bahasa melayu

    1] http://nuhairi.net/wordpress/?p=12

    2] http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

    mcm menarik jg bila ku baca2… hehehe… :b

  3. AnakMudaParlimenBatu says:

    Aku amat bersetuju dengan kamu (kamu dah lama tidak komen di blog saya), berbalik kepada persoalan, sebenarnya orang melayu perlu sedar, bukan sahaja kita seorang berhak di bumi Malaysia ini, semua yang lahir di negara ini berhak, perlu fikirkan apa akan jadi kalau kita nak bolot semua, mari bersatu, di Sabah ada tenaga kerja yang ramai, gunakan sebaik mungkin, majukan negeri tersebut, baru adil. Sabah dan Sarawak kewajipan pemerintah juga, jangan abaikan. Blogers Sabah dan Sarawak perjuangan nasib negeri anda …..

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  4. gagakhitam says:

    gagak amat bersetuju pendapat ladymariah , melayu, melayu, melayu bosan pula gagak nak dengar, tanpa kaum lain, tidak mungkin kita dapat mencapai kemajuan seperti sekarang. kita ni malaysia bukan malaysaja .

  5. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Salam..

    Perkara ini lah yg membuatkan saya lebih cenderung memberi peringatan kepada rakan2 yg seangkatan dan yg x dengan saya.. adalah benar lg BANAR bahawa HAK2 rakyat SABAH telah diPERKOTAK-KATIKAN, DITINDAS dan DIPINGGIRKAN…

    Adalah amat malang sekali.. banyak jawatan2 KELAS A di Sabah DAN Sarawak dipegang oleh org MALAYA… so, jika dipikirkan secara logik.. adakah sabah tidak mempunyai atau memiliki INDIVIDU yg layak memegang jawatan2 ini..Y must diorg mesti diHANTAR ke sini… HARUS diingat DALAM HAK2 Sabah.. NAPA imegresen diletakkn dibwh kuasa negeri.. napa org MALAYA mesti P Sabah mesti ada PASPORT…Maknanyeeee mereka tidak ble dgn sewenang2 nya merampas HAK2 yg ada diSabah..

    Dahlah dlm KABINET DO^$H B@$@WI MENTERI2 SABAH KURANG DILETAKKN sebagai MENTERI PENUH..teringat kata2 ANifah Aman PLAK,HEHEHE..diorg PUSAT tak sedor DIRI..Klu tiada BANGKU Parimen dr SABAH..inda tau lah dpat ka nda dorg duduk diPUTRAJAYA..CEMERLANG , GEMILANG, TEMBERANG

  6. dekerinchi says:

    salam ladymariah….

    saya amt setuju dengan kemusykilan pelajar itm membuat demo, tetapi maaf, saya tidak bersetuju dengan tulisan mengenai ketuanan melayu, ada percanggahan yang jelas dengan pendapat saya, bila berbicara tentang ketuanan melayu…yakni bumiputra…..

    jadi saya akan usahakan jawapan saya atas tulisan ladymariah….😉

  7. Muslim says:

    Asalamualaikum..

    Saya tidak bersetuju dengan pendapat JENTAYU, adakah kalau pandai cakap bahasa melayu baru dipanggil bangsa malaysia ?? mintak maaflah pendapat macam ini memang nampak bodoh dan komen2 awak yang lain tu kalau lembu dengar pun boleh geleng kepala. Lain kali kalau nak bantah pun janganlah ikutkan perasaan marah tak tentu pasal awak tu. Kemungkinan jentayu ni student UITM itu sebabnya pemikiran dah rosak macam orang2 UMNO

  8. dekerinchi says:

    Muslim, saya berpendapat, ada betulnya cakap jentayu….bukan pasal UMNO,PAS, PKR atau lainnya….

    Tanpa penyatuan bahasa kita tidak mampu mendirikan bangsa Malaysia dibawah satu intregrasi nasional….

    Bayangkan kemanakah identiti bangsa Malaysia tanpa bahasa yang disatukan…?

    Pendek cerita cuba fikirkan apa terjadi apabila Parlimen menggunakan multi bahasa dalam persidangannya….harus cadi cacamerba….

    Lagipun Bahasakan menunjukkan bangsa….maka Bahasa Malaysia adalah identiti Bangsa Malaysia….

  9. sumbiling says:

    saya telah diajar sejak dari kecil bahawa semua orang adalah sama… tidak mengira warna kulit, kaum atau agama. saya amat tidak bersetuju jika sesuatu bangsa diangkat sebagai bangsa yang lebih tinggi berbanding bangsa2 lain. sebagai seorang bumipitera saya ingin melihat supaya semua rakyat malaysia tidak mengira kaum dan agama supaya mendapat hak yang adil. salah satu sebab kenapa saya tidak masuk uitm adalah kerana saya tidak bersetuju dengan dasar dan fahaman yang wujud pada uitm sendiri.

    saya bukan bumiputera yang tempang. saya ada tangan dan kaki serta fikiran yang waras untuk hidup. saya tidak perlu hak istimewa. bagi saya semua orang yang susah perlu dibantu tanpa mengira agama dan kaum.

    bahasa? sememangnya bahasa malaysia itu perlu diangkat sebagai bahasa kebangsaaan. tapi adakah kita perlu fasih berbahasa malaysia untuk layak menjadi bangsa malaysia? yang mana satu layak menjadi bangsa malaysia orang yang fasih berbahasa malaysia tetapi tidak berdiri apabila lagu kebangsaan dinyanyikan atau orang yang menyanyi lagu kebangsaan dengan loghat bangsanya? yang mana satu yang layak jadi bangsa malaysia? yang fasih berbahasa malaysia dan pergi berjudi sampai habis ratusan juta di london atau orang yang seumur hidupnya cuma tahu bercakap melayu dialek kelantan? yang mana satu layak menjadi bangsa malaysia? orang melayu fasih berbahasa malaysia tetapi tidak bergaul dengan kaum lain atau orang cina yang tidak fasih berbahasa malaysia tetapi bergaul dengan semua orang?

    apakah ukuran yang digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu layak menjadi bangsa malaysia atau tidak? perlukah saya fasih berbahasa malaysia untuk menjadi bangsa malaysia? perlu.. tapi adakah anda layak untuk menjadi bangsa malaysia jika anda lebih memihak kepada sesuatu kaum? anda langsung tidak layak. anda cuma layak bergelar melayu… cina .. atau dusun semata-mata. tapi bukan bangsa malaysia.

    orang yang betul2 layak menjadi bangsa malaysia adalah orang yang mempunyai kesedaran terhadap kesamarataan antara semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan semestinya mengangkat bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

  10. ustazsaid says:

    sumbiling, ko faham ka erti adil ? kalau nda jgn cakap banyak…ko lulusan U boleh la cakap tidak perlu keistimewaan sbb ko ada kaki tangan semua sempurna. tapi ko tahu ada budak di pinangah, banggi, sepulut, long pasia etc, yg masih perlu Perkara 153 + Perkara 161A, Perlembagaan Malaysia, untuk pigi U.

  11. ustazsaid says:

    Cik Ladymariah, jgn la ko rendahkan diri dgn pjuangan kesabahan yg tidak btepi tu. UITM Student demo pasal Hak Istimewa Org Melayu & Bumiputera ( yg ko pun dapat sama ), bukan pasal Sabah, Sarawak, Perlis etc.

  12. ustazsaid says:

    ni pakatan bajau jgn layan la, racist nda btempat. dari nama pun tau…macam la bajau ni bagus sangat. TK

  13. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Ustaz (PEMFITNAH)…….Nda pernah aku bercakap BAJAU bagus sangat….HARUS KAU TAHU tu.. samalah ko ngan WARTA JAM1 td… ckp sembarang ja….( AKU AKAN CAKAP YG PALING BAGUS IALAH KENIKMATAN AGAMA ISLAM )

    EMMM hal monyek/berk jalanan UiTM berdemo tu nda kisah lah..(jgn mare KJ rembau yg guna pakai istilah ini klu berdemo)… coz DEMONSTRASI KAN jd BUDAYA uda dlm BN (walaupun sebelum PRU ckp DEMONSTRASI bukan BUDAYA KITA) hahahahahah…membazir ja buat iklan atu..BUDAK2 SEKOLAH PUN MENYAMPAH tgk..ckp nda serupa bikin…

    Jentayu ni pun DUA….(X satu ) ko ckp SABAHAN NDA BETUL BM nya… coz sabahan berbicara ngan sebutan BAKU.. kami menerima KEMPEN GUNA KAN BAHASA BAKU.. bukan setakat di SABAH, hAtta Negara Brunei pun klu kau sampai sana kau akan nmpk signboard GUNAKAN BAHASA MELAYU…bukan bahasa semenajung ape mengape, kenape p mane, p pjbt TPM minta BIASISWA..KENAPE…COZ Bee EEND..
    iNDON PUN SATU RUMPUN dengan MELAYU.. jgn berbicara soal mentaliti…

  14. ladymariah says:

    Pakcik Said, berapa tinggi kau? Hahahaaha. Ko pikir aku rendah ka? Nanti aku turun P.Pauh kita jumpa. Ko tengok la aku rendah ka tinggi. Ahaks!

    Apa saja aku ckp mesti nda betul saja kalau org tu tu. Hahahaha. Manas-manas lagi. Lama-lama darah tinggi dia ni tau!

  15. sumbiling says:

    ustazsaid. saya bukan lulusan mana2 u. saya habis spm saja. result pun inda berapa bagus. saya orang dusun kota belud. bapa saya kerja drebar saja. mama saya pun kuli dihotel saja. sekarang saya kerja sebagai pelatih jurutera di kl. teda gaji kana bagi.. elaun saja.. rm 500 1 bulan. saya hidup juga. saya inda minta pun duit sama urang tua saya.

    saya sudah pernah makan roti saja 2 minggu sebab inda cukup duit mau beli nasi. saya suda pernah hidup dengan rm30 saja selama 2 minggu. saya suda pernah bejalan kaki 3 km hari2 untuk pigi kuliah. saya suda pernah naik basikal 7km hari2 untuk pigi menimba ilmu.

    saya masih hidup sampai sekarang. kenapa? sebab saya berusaha. saya bukan duduk goyang kaki sebab saya tau keluarga saya orang susah. sepa cakap orang2 pedalaman sabah inda dapat masuk u kalau teda keistimewaan? orang2 yang inda dapat masuk u adalah orang2 yang inda layak dari segi keputusan. kalau bagus keputusan, orang yang tinggal atas pokok pun dapat pg oxford.

    macam mana kau bilang adil kalau orang2 non-bumi yang dapat 10 a pun inda dapat biasiswa? bukan semua non-bumi yang dapat 10 a tu kaya… ada juga yang orang tua dia jual kuih saja.

    kalau mau bagi.. bagi la betul2. biar adil. apa salah bagi semua orang yang dapat straihgt a biasiswa? ni ada lagi kuota2. alasan tidak cukup duit. alasan paling bodoh. orang yang inda dapat mestilah inda puas hati.. kecewa.. belajar susah2 tapi inda dapat apa2. ini cuma menambahkan rasa tidak puas hati orang2 non-bumi kepada orang2 bumi.

    kalau mau adil… bagi sama rata. semua orang susah mesti ditolong tanpa mengira kaum dan agama.

    sorry la… kalau bumiputera masih dengan mentaliti mengharap bantuan kerajaan.. sampai bila2 pun begini la kita. teda daya saing.

  16. ladymariah says:

    Im so proud of u my dear😉

    Akupun memperjuangkan bangsa aku sendiri tapi tidaklah terfikir untuk menutup peluang untuk bangsa lain. WIN-WIN situation kan?

  17. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Sumbiling… Ko Kota Belud juga ah.. Setuju ngan komen ko tu…

    Kasihan kan rakyat yg mempunyai mentaliti SUBSIDI…ja. Tu lah tiada DAYA SAING…

    Kenyataan Tan Sri khalid patut dipikirkan secara sihat dan positif utk masa hadapan bkannya diBANTAH atas dasar POLITIKnya…

  18. sumbiling says:

    pakatan BAJAU Kota Belud …kau sama kb ka?🙂 tu la bah… mau mengharap saja.. sampai bila2 pun inda maju kalau macam tu.

    tu cadangan mau kasi masuk 10% orang non bumi. bukan mau buang 10% bumiputera yang layak.

    betul tu darling… kalau pun mau kasi maju bangsa sendiri jangan la tindas yang lain. kalau mau maju kita maju sama2.

    saya percaya orang2 non bumi inda akan lari kasi tinggal malaysia kalau kita kana serang. sama2 juga kita mati.

  19. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Diorg berbicara hak ketuanan melayu akan tergugat…BODOH punya Otak…

    Hak2 melayu DAN agama Islam kan sudah termaktub dlm perlembagaan.. Buat apalah diorg asyik2 menyalak ketuanan melayu…KETUANAN MENANTU adalah…hahahahahahah

    Emmm MENTALITI SABAHAN apalah si jentayu tu mengarut.. CAM LAH MENTALITI org BN baik… mau kira2 HARGA MINYAK pun palui..

  20. itsimple says:

    kesian jentayu..masih lagi dalam era zama 40-an ke?
    tak boleh berbahasa melayu dikatakan tidak patriotik?
    kalau aku tulis blog dalam dialek kelantan, rasa-rasa melayu tak aku ni?
    berbalik kepada isu mak india, bapak cina, agama islam..
    orang2 mcm jentayu akan cakap ko ni berbangsa melayu
    asal islam disamakan dengan melayu
    hatta warna kulit berbeda (indonesiakah aku menggunakan perkataan berbeda?)
    weh aku melayu jugak
    tapi pernahke ko fikir hak2 kaum lain
    jangan risau ketuanan melayu
    dah termaktub dalam perlembagaan
    like i said, it’s not Chandran’s fault born as an Indian

  21. gagakhitam says:

    wahai sang jentayu mungkin kamu lupa apa itu ,sejarah biar gagak ajar sikit, tanah melayu asal raykatnya dari mana? klu bukan dari keturunan majapahit atau sebelah utara dari siam . sayang mungkin kamu lupa asal kamu so jangan samakan sabahan ni indon satu lagi kamu yang jemput kami bukan kami yang minta ingat tu pi belajar sejarah lu .

  22. nur says:

    wowww2… hangat2…
    masing2 ada point nye sndri…
    bg aku sng je… xperlu perkauman, xperlu pertahankan bangsa masing2…
    kita masing2 brada di bumi Allah… semua sama.. sepatutnya dapat hak yang sama…
    asalkan kita berusaha.. Allah telah menjanjikan kejayaan untuk mereka yang berusaha, so y bother bout all this hak istimewa etc rite?
    plus, perjuangan mempertahan kan bangsa ni sebenarnya datang dari kaum yahudi yang begitu terkenal dgn kezaliman nye.. juga merupakan musuh utama umat Islam (korg bleh rujuk mane2 sumber atau alim ulama tentang jenis perjuangan ini,tidak digalakkan same skali) sepatutnya kita mendahulukan perjuangan mempertahankan Islam, bukannye bangsa, ni krn, mcm mane plak dgn bangsa2 lain yang masuk Islam? cina mualaf? india muslim? mereka bukan bbangsa melayu, tetapi beragama Islam.. jadi hows their right? will it b same as malays? padahal kita seagama, walaupun bukan sebangsa.. sorry la kalo ada bercanggah dgn mane2 pendapat, aku pun bkn pandai sgt bab2 agama, byk lg perlu dpelajari… ini cume pandangan aku… xsalah kalo nak pertahankan hak melayu, tp biarlah sejajar dgn agama Islam.. salam…

  23. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    hidup gagak hitam…SEJARAH MENGAJAR KITA MENJADI LEBIH DEWASA… dulu buli lah RAKYAT SABAH dipalui2 oleh RM50…. sekarang ni ORG2 Sabah pandai dan PINTAR BAH… SABAH LAWAN TATAP LAWAN BAH GENG!

  24. umar mukhtar says:

    Salam. Sudah terlampau jelik dengan isu bangsa. Kalau ikut Islam, tak ada nilai pun apa-apa bangsa di mata Allah kecuali orang yang bertakwa iaitu mereka yang buat perkara baik dan tinggal perkara buruk, buat apa Allah suruh, tinggal apa Dia larang. Itu sahaja nilai manusia di mata Allah. Bangsa-bangsa ni tak ada nilai sedikit pun. saya Melayu tapi saya malu dengan Melayu yang tak berfikir guna kepala lutut dan bukan otak fikiran yang Allah kurniakan.

  25. lipas kudung says:

    hmmm.. aku ANAK MELAYU yg sekarang ni menuntut di UMS (Universiti Mahathir Sayang??).. pertama, soal UiTM, aku memang tak suka dengan budaya tak kenang dek untung bebudak UiTM tu (sebahagian besar, tapi bukan semua!).. dapat PTPTN, hambur beli handphone baru, baju baru.. tiap2 sem tukar handphone. Bagi aku, yang dari pendidikan rendah dah sentiasa bersaing dengan kelompok bukan Melayu, aku memang tak minat untuk sambung belajar di UiTM! Pusing kiri, Melayu, pusing kanan, jumpa kawan Melayu.. Jadi, fikiran tu akan terbatas!

    Tapi, aku tetap Melayu. UiTM itulah yg aku pertahankan, bukan siswa-siswinya. Melayu ni bangsa yang hebat, cuma tak dihebahkan kehebatannya! Melayu bukan sahaja ada di Malaysia. Melayu Capetown, Melayu Riau. Sentuh ttg BAHASA MELAYU. Bahasa Melayu yg dipertuturkan sekarang ni lebih kepada BAHASA MELAYU JOHOR RIAU! Sebab tu la bunyinya tidak baku. Aku tak pernah memandang rendah orang-orang Sabah dan Sarawak mahupun bangsa bukan Melayu. Cuma, kawan2 Cina aku, lepas SPM, dpt biasiswa Singapura, tinggalkan Malaysia. Kmdn, berhijrah ke Australia. Patriotik ke tu?? Yg tinggal nanti siapa? Melayu jugak. Kehebatan dan keagungan Melayu yang terbesar adalah PEMBERIAN HAK KERAKYATAN kepada bukan Melayu.

    Bangsa dan Agama hari ni dah jadi CANDU MASYARAKAT seperti kata Karl Marx (lecturer aku btau)! Lady Mariah, tak salah untuk memperjuangkan 20Points Sabahan, tapi aku lebih melihat perjuangan itu untuk kepentingan tertentu. Kalau berikan kerajaan Pusat berikan balik’hak2 Sabah’ seperti yang Lady Mariah mahukan, aku pun mahu supaya NEGERI AKU YANG TERCINTA, JOHOR, keluar dari Malaysia ni! UMNO itu bertapak dari Johor, lahir dari istana Johor! Kami tidak rela parti lain di Johor. UMNO itu tidak kotor, pemimpin2 yang haprak itu yg perlu dicantas!

    SOALAN AKU kepada Lady Mariah: APA YG TINGGAL PADA HAK ISTIMEWA MELAYU??? Senaraikan kpd aku. Biasiswa? Mana ada! Yg ada pun budak2 FELDA atau luar bandar. PTPTN kena bayar. MRSM? Kuota dah dibuka kepada bukan Melayu. Matrikulasi? Dah ada bukan Melayu!Cuma UiTM saja yg dipertahankan..

    Kalo Lady Mariah mintak MERITOKRASI, kenapa hanya UiTM? Di UMS misalnya, pemilihan Dekan-dekan dan Naib Canselor, semuanya berbaur politik dan kenegerian semata! Bah, mari la kita laksanakan MERITOKRASI! Ini tidak, semua yang naik hanyalah Sabahan!

    • DeePo says:

      lipas kudung…

      suka2 hati je ko tdi org cina x patriotik hnya kerana dia kerja di oversea? tau knp durang keja oversea lps ambil biasiswa s’pore?

      SEBAB KERAJAAN MALAYSIA MENOLAK PERMOHONAN BIASISWA mereka lah bodoh! Engko ni x fhm ka? klu u ambil biasiswa negara lain, mestilah ko kerja dgn mereka….konsep ni pun x fhm…

      x pyah la ko melalak klu x fhm apa2….pegi belajar ABC dkat tadika dulu sebelum nk msuk Uni oxford…bangang btul aku dgn korang ni…

      ni Jentayu…knp nk samakan org indonesia dgn sabahan?! org indonesia lebih bertamadun dari engko perangai mcm monyet yg baru mngenal pisang…

      susah sgt ke nk hormat setiap org di dunia ini? ko tu mati kelak xda tuhan nk tanya ko bangsa apa pun…bodoh

  26. sumbiling says:

    ooo…ganah demo… sampai nok negeri demo tubik melesia….20 points sememangnya diperjuangkan untuk tujuan tertentu. bukan untuk saja2. sila fahami apa itu 20 points.

    sememangnya meritokrasi harus ada di mana2. di ums bukan saja kenegerian malah perkauman… di universiti2 lain pun 2 kali 5…

    kenapa agaknya orang2 cina menerima biasiswa dari singapura dan berhijrah keluar negara? berapa orang sangat yang kena tawar biasiswa singapura?

    bagi saya mereka cuma menunjukkan rasa kecewa mereka terhadap kerajaan yang menganaktitikan mereka… apa crita.. dapat straight a pun kerajaan inda bagi biasiswa.. sepa inda kecewa? susah2 belajar.. habuk pun x dapat..

    fikir2 kanlah… macam mana kita mau jadi bangsa malaysia kalau kita masih dengan minda perkauman kita… si melayu dengan melayunya.. si cina dengan cinanya.. si dusun dengan dusunnya… sampai bila baru selesai?

    tapi ni dusun yang menulis ni… bukan sembarangan dusun… ni dusun bukan dusun perkauman punya… ini dusun berjuang untuk semua bangsa.

  27. jentayu says:

    oi muslim, kau ni muslim ke? ataupun celup je? x penah pulak aku belajar kat uitm. kau pegi la US ke, indon ke, atau thailand. adakah bangsa cina cakap cina di sana? xdekan? kalau adapun cakap kat rumah je. sebab tula cina kat sana boleh fasih berbahasa kebangsaan diorang. dan diorg x dipanggil cina di sana melainkan dirujuk sbg negara diorang. cth cina indonesia dipanggil Indonesian. bahasa jiwa bangsa. bahlol.

  28. lee says:

    rakan sabahan sekalian. walaupun keturunan kamu itu badjau iban dan sebagainya di sabah, kamu tetap orang bumiputera yang terpelihara. dan buat pengetahuan kamu MELAYU ini luas maksudnya!!
    jika tak tahu belajar la lagi!!!
    maksud melayu ialah orang yang berada di NUSANTARA ini bermakna kamu adalah melayu indonesia adalah melayu riau melayu berunei pun melayu!!! malah sri langka itu juga melayu!!!
    cina dan india bukan lah ketogori melayu tetapi dari benua india dan cina yang datang berhijrah ke tanah Melayu!
    bodoh betul la korag ni nak hak sama rata konon sok lusa bangla pun dapt hak sama rata.
    dah dapat keistimewaan taktau nak syukur!!! nak bagi kat org lain watpe

  29. destarlight says:

    Kita perlu sedar bahawa Malaysia mempunyai berbilang kaum.. Klau setakat nk masukkan 10 peratus bukan bangsa melayu ke UITM pun nk kecoh.. skrg 2008 BUKAN 1989… ubah pemikiranlah orang melayu.. Jangan jadi katak di bawah tempurung..

  30. secondhome says:

    itu yang di namakan muhibah

  31. biasa kehidupan di malaysia mesti kena ada tolak ansur

  32. Otak Biru says:

    It’s not about you are being Malay ,Indian,Chinese, Kadazan or dusun or whatever you are..

    It’s not about you are from which state you are.

    It’s all about The Federation of Malaysia..A Great Federation with her Federated citizens, and that’s more matters to me.That’s the bottom line.

    the problem is, most of our politician blind us with their racist political agenda and when University students (especially UiTM) blindly followed what those partisan ask them to do..that’s really pathetic.

    http://mybraintalks.wordpress.com/2008/08/27/i-am-a-traitor-of-my-tribe/

    BBA(IB) Shah Alam 2002-2004

  33. from a neutral perspective says:

    bangsa Melayu adalah bangsa Melayu… MALAY-sia pun kerana asalnya tanah ini tanah melayu.. bukanlah rasis but it is the truth. i have chinese,indian friends but they do acknowledged us as the birth race of this country. the problem lies with the politician itself bila dorang gna isu hak samarata untuk meraih undi. provoking sumthing that is actually had no underlying issues at all. mmg x ada kesamarataan di negara ini dan mmg patut pn. kerana malay adalah asal usul tanah yg kita berdiri ini and other races were not denied their right to sue,privacy,live,eat,work,married,bla,bla,bla..its just malay is given special rights and uitm is one of the special rights. do gov denies right to education for the others? no rite..? and yes..malay mmg mdah melatah dan malay mmg ssh nk bangun..the evidence is there..but that cannot be the real reason for the special rights, because this spcial rights is a binding law that has exist at the time the independence of this country starts regardless of whether malay kurang maju or sgt pandai or watever. the solution is simple. provide education on the creation on our country, becos it seems like politicians yg menjaja hak samarata did not know the history of their own country and origin of their own races, how it was established and what underlies within it. malay should realise their special rights in the country and can bravely say so publicly (jgn mudah takut kalau2 lukakn hati ke…etc) but at the same time,acknowledging the rights of the other races. TAKE A LOOK at this one scenario i’ve read-a Chinese guy who happens to be warganegara US x dapat hakmilik tanah walau dah lma dia apply. y? becos the US itself acknowledged their rights (the whites and the blacks) as priority in their country. and this is how dorang maju. be firm on where you stand. and where you believe. then people will follow.

  34. SI TONDIG says:

    Ada pelbagai fikrah, ada pelbagai cereka….
    ada juga yg suka main lawan-lawan, ada pula yg main tapuk-tapuk,
    Tidak kurang pula yg bermegah jadi Dewa Sang Bedai ingin melawan Dewa api, kunun-kunun nanti dapat lawan seribu geruda di Kayangan, tapi yg tinggal hanya angan-angan, belum tentu ada ketentuan…
    Harap-harap “INI KALI LAH!!! BILA LAGI! KALAU BUKAN KITA!!! SIAPA LAGI KALU BUKAN KITA!!! ORANG KITA BAH NI!!! HUHUHUHUHU

    (SABAHAN)

    SABAHAN MARI YOW!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: