Suara Keramat Rakyat di Permatang Pauh

Kemenangan DS Anwar Ibrahim adalah seperti yang dijangka kerana ia merupakan kubu kuat beliau (walaupun sebelum pilihanraya BN confident giler diorang boleh menang). Secara peribadi, aku sangat berpuas hati dengan keputusan yang sangat penting dalam sejarah Malaysia.

Aku bertolak dari Sabah (tanpa disponsor ataupun diarahkan oleh parti) ke Permatang Pauh dengan harapan yang sangat besar. Kalau DSAI tak menang semalam, silap-silap boleh jadi sawan aku. Hahahaha.

Sampai sahaja di Yayasan Aman, aku berjumpa dengan ahli-ahli AIC yang lain dan bergerak ke Seberang Jaya (kubu kuat calon BN) kerana ada program yang perlu diselesaikan bersama dengan AMK. Terima kasih diatas tunjuk ajar YB Yusmadi (aku janggal gak panggil dia ni YB. Hehehe. Kawan dari AIC tetiba dah jadi MP) dan Bro Sam (Shamsul Iskandar, Ketua AMK Malaysia). Kalau mengikut pemerhatian aku, Seberang Jaya merupakan tempat yang tidak mungkin untuk dimenangi oleh BN kerana kalau dilihat dari segi penampilan penduduknya yang rata-rata menyokong Pakatan Rakyat. Time pengiraan undi pulak, tempat ni la yang ada kedapatan pengundi hantu. Hehehehe. Pendedahan seorang taukeh cina berkenaan hutang calon BN sebanyak RM6,000.00 sejak tahun 2005 juga menimbulkan kekacauan di hati penduduk setempat.

Persiapan akhir HIMPUNAN ANAK MUDA MERDEKA.

Pejabat AMK Seberang Jaya: Persiapan akhir HIMPUNAN ANAK MUDA MERDEKA.

Keesokan harinya, aku menyertai Wanita Bahagian Ampang untuk berkempen ke Guar Perahu (kubu kuat BN) dan di sinilah aku melihat sendiri provokasi rempit anak-anak di kawasan ini yang keterlaluan di mana mereka mengeluarkan kata-kata kesat dah lucah kepada kami (gerakan wanita PKR dan PAS). Selain daripada itu, kami juga dipanggil munafik. Whooo haaa… Emosi betul sorang pakcik tu. Dia cakap orang muda macam aku kena join UMNO baru ada masa depan. Kalau megikut pengamatan aku, golongan penyokong Pakatan Rakyat ni la yang di kalangan professional😉 Kami diingatkan agar tidak membalas sebarang makian dan cacian. So, kami senyum je la. Nasib baik dah kena ‘brain wash’ sebelum turun kempen. Lagipun i can feel that God was with us. Hati aku tenang di sepanjang kempen. Terima Kasih di atas doa kengkawan.

Tugar terakhir ketika pembuangan undi.

Permatang Pasir: Tugas terakhir ketika hari PEMBUANGAN UNDI.

Bla…bla..bla… banyak kerja sebenarnya. Walaupun letih tapi berbaloi. Walaupun baju basah kuyup dan kering di badan (tiada masa bertukar pakaian), tapi selepas pengumuman kemenangan DSAI, ibarat segala keletihan terus hilang sekejap. Terima kasih banyak kepada Mr & Mrs Wunan, Spark, Piut, Zul Bumilangit, Shukri dan rakan-rakan lain yang bersama-sama tika hujan, panas, siang malam.

Esok, DSAI akan mengangkat sumpah. Maka, dia akan mula menjadi MP. Belanjawan juga sudah semakin hampir. Perbicaraan DSAI di mahkamah pula pada 10 Sept. Risau juga sekiranya dia ditangkap lagi. Make sure la agar wakil suara rakyat ini akan ke Putrajaya dalam masa terdekat. SUARA RAKYAT,  SUARA KERAMAT!

* Terima Kasih kepada Tuhan yang memberikan kemenangan kepada rakyat. Terima Kasih kerana mendengar setiap doa kami di kala kami dimaki dan dicaci…

9 Responses to Suara Keramat Rakyat di Permatang Pauh

  1. bayumurni says:

    Aku tau bersusah payah ko,, saya awal lagi cabut dari P.pauh sebab aku kompon menang apalagi aku tunggu,, hehehehe

  2. Ustazsaid says:

    Salam,
    1. Tahniah Ds Anwar kerana menang PRK…jd PM. blum lg, heheh.
    2.Tahniah SPR berjaya mjlnkn PRK wpun ramai x percy…rupanya ok juga SPR ni wpun dikutuk orang pnipu.
    3. Tahniah pengundi menjlnkn t/jwb, rupanya demokrasi masih kekal subur di negara ni wpun ramai mcm x percy…
    4. Tahniah Arif Shah sebab dpt mnerima kekalahan dgn tangan tbuka, biasak la Tuk, truskn khidmat anda kpd rakyat, ko pun masih YB.
    5. Tahniah BN/UMNO, wpun kalah ko masih kekal memerintah Msia, kdudukn kerusi sama mcm sblm PRK. Sblum tlupa: BN=140 & Bukan BN=81 & Bebas=1.
    6.Ingatan kpd ahli BN/Umno. jgn mrusuh, jgn demo, jgn mganas, jgn pukul org, jgn raba punggung orang,jgn lwn polis…
    7. Kepada pengundi hantu, jangan datang lagi, klu ko dtg jg, nanti Bukan BN x boleh menang…heheh
    8. Sekian terima kasih. Jumpa lagi

  3. Batis Batagar says:

    Bravo DSAI, Hidup PAKATAN RAKYAT, MP Sabah bila nak masuk PAKATAN?

  4. sumbiling says:

    palan2 kau.. see u soon

  5. AnakMudaParlimenBatu says:

    Ini merupakan kejayaan atas usaha yang gigih oleh semua rakyat Malaysia yang tertumpu di Permatang Pauh. Inilah pengajaran yang patut diajar oleh puak-puak UMNO, tetapi semacam belum sedar lagi, mereka tidak relevan lagi, esok DSAI akan angkat sumpah, Terima Kasih Rakyat Permatang Pauh.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  6. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    BN yakin menang BESAR….hahahah

    BN menurunkn harga minyak….hahahaha

    BN pakai pengundi HANTU….hahahah

    Arif Shah YAKIN dpt menghalang DSAI….

    Khairy REMBAU mau kuburkn karier politik DSAI…..di Pmtg Pauh..hahahahhah

    DEMOKRASI di Malaysia.. masih subur.. rupannya sebelumni nda kot..PENIPU!

    Apa2 pun MAJORITI LAGI BESAR dr PRU mac lalu…hahahaha

    TIADA YG BENAR MELAINKAN YG BENAR….

  7. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    BN yakin menang di PERMATANG PAUH…Arif…HAHAHAHAHA

    ANWAR pro yahudi..amerika…..HAHAHAHAHA

    Anwar x le percaya..Nalakaruppan…..Hahahahaha

    Anwar memainkn isu DEB……Ezam..hahahahahah

    Sumpah SIPOOL sah disisi Islam….NAJIB…hahahahaha

    PENYOKONG KR MENGGANAS, MERABA punggung…TV3suku…hahahhahah

    2 EXCO perak PKR rasuah…UTUSAN meloya….hahahahahahah

    Duit KEMPEN dirampas oleh Pihak BERKUASA Hong kong..HAHAHAHAHAAHHA

    *********************************** Apa2 pun semua ini tidak mampu memenangi HATI Rakyat Permatang Pauh…*************

    Belajarlh dari KESILAPAN.. ASYIK2 SERANGAN PERIBADI…tu lh RAKYAT membungkus BN…. GUNA TV3 pun tak menang.hahahahaa

  8. ladymariah says:

    Rakyat Permatang Pauh lebih percayakan ‘Youtube’. Hahahaha.

  9. bayumurni says:

    Ok langkah pertama kita telah pun selesai jadi apakah langkah-langkah seterus nya untuk mengucar-kacir kedudukan BE END dan UMNO ini ?

    Bagi pendapat saya la Mariah kita mulakan isu dalam BE END dan UMNO iaitu pro dan kontra di antara penyokong-penyokong PAKLAH dan yang penyokong yang mahu satu perubahan kepada PM sekarang ini,,

    Kita pula main kan isu mereka yang selama ini mereka mengunakan senjata serangan samaada pribadi maupun pada parti PKR dan PR,,

    Sebab bagi pendapat saya BE END dan UMNO akan melanncarkan satu pembaharuan iaitu mereka yang lain akan membuat satu perubahan yang amat besar kepada PM malaysia ini,

    Oleh yang demikian pada para-para blogers memainkan peranan agar Paklah dapat mengekalkan dengan angkuhnya dan kelalaian agar bertahan sebagai pucuk pemimpin malaysia sedangkan keadaan mereka sekarang ini ditengah-tengah karam dalam laut yang agak tenang,

    Dengan cara ini PR akan dapat menumbang kan dengan mudah sekali gus rejim BE END dan UMNO yang selama ini bermaharaja-lela,

    Saya berharap awak akan faham, dan saya mohon maaf tentang pendapat saya ini, ini sekadar pendapat saya sahaja,,

    Kerajaan PKR Kerajaan Rakyat,,,hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: