Tembakan Sipi 169

Salam Sayang untuk semua…

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung blog yang tidak seberapa ini kerana sudi membaca dan memberikan komentar.

Berbalik kepada sasaran Pakatan Rakyat menukar kerajaan pada 16 September 2008, mengingatkan aku pada rancangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj akan pengisytiharan penubuhan negara Malaysia pada 31 Ogos 1963 yang telah menghadapi tekanan daripada negara-negara jiran. Lantaran itu pengisytiharan tersebut terpaksa ditunda dan diperalusi dari setiap sudut. Tetapi (kira-kira) 2 minggu selepas itu Malaysia tetap tertubuh pada 16 September 1963 meskipun sasaran awal tidak mengena. Adakah sasaran 169 juga seperti itu? Kita tunggu sahajalah…

Sedangkan wanita mengandungpun diberikan tarikh ‘sasaran’ oleh doktor untuk melahirkan tetapi sasaran tersebut tidak semestinya tepat. Ada kalanya awal, dan ada kalanya lambat walaupun sudah dikira melalui jadual kitaran haid yang tepat (sorry, masuk topik biologi sikit tapi ini adalah contoh permulaan agar lebih faham). Tarikh sasaran kelahiran yg diberikan oleh doktor juga mempunyai kebarangkalian yg tinggi untuk tersasar.

Kalau kita masih ingat akan trip kursus pertanian di Taiwan baru-baru ni, sudah terang lagi bersuluh bahawa 169 telah menyebabkan kebimbangan di kalangan pihak kerajaan yang menyebabkan mereka mengambil tindakan drastik sedemikian. DSAI begitu confident akan tarikh 169 tetapi inilah yang dinamakan manusia bisa merancang, tetapi Tuhan yang mementukan. DSAI juga insan biasa, seperti kita.

Tetapi saudara-saudari yang dikasihi, serangan psikologi ini telah menyebabkan kerajaan mengeluarkan taring dengan menunjukkan kekuasaan mereka terhadap rakyatnya melalui cara apa sahaja termasuk penangkapan menggunakan ISA. Penulis blog pula seakan di’gertak’ dengan penangkapan beberapa penulis blog. Dan kini, Abdullah Badawi pula telah mengambil alih Kementerian Pertahanan yang sebelum ini telah dipegang oleh timbalannya. Mengapa ini terjadi? Bantulah saya untuk menjawapnya ya…

Bagi aku (suara sebagai rakyat yang menduduki negara demokrasi), apa yg penting sekarang Pakatan Rakyat seharusnya mengambil alih kerajaan. DSAI sahaja calon paling layak untuk menggantikan PM buat masa ini. Sebarang komentar yang bertanyakan aku soalan soalan seperti: ‘adakah anda sanggup berPMkan gay?’ ataupun ‘adakah anda sanggup berPMkan agen Yahudi?’ dan juga soalan-soalan yang kedengaran sumbang kerana tuduhan tidak berasas dan provokasi pihak yang tidak sealiran pendapat, aku bukan memusuhi anda. Tapi soalan sedemikian tidak akan terjawap kerana bagi aku, itu adalah provokasi ABC yang akan menimbulkan banyak perbalahan yang tidak berguna. Kalau benar DSAI tak boleh pakai, dia ada masa 5 tahun sahaja utk tunjukkan kepimpinannya. Kalau nyata tidak seperti yg diharapkan, kita sentiasa tahu bahawa SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT! Suara aku cuma sekecil zarah. Tidak layak untuk mementang anda semua yang bijaksana…

Jangan nafikan hak aku sebagai warga Malaysia yang inginkan perubahan pucuk pimpinan. Anda juga berhak mempertahankan kerajaan sekarang andai itu keinginan anda. Namun kita harus bertanggungjawab akan apa sahaja yang kita lakukan.

Salam Sayang,

– Lady Mariah (Kota Kinabalu, 11.44pm)

43 Responses to Tembakan Sipi 169

  1. Nami says:

    tanya penanya-penanya soalan provokasi tu balik..

    “Adakah anda sanggup berPMkan seorang perampok billion ringgit?”

    “Adakah anda sanggup berPMkan pembunuh manusia gunakan bom C4?”

    “Adakah anda sanggup berPMkan seorang yang kerja dia tido dalam office(dulu mase i tido dalam kelas kena cubit telinga ngan cikgu)

    “Adakah anda sanggup berPMkan seorang suami yang takut bini?”

    haha..jawab balik..tanya Ustaz..kot2 dia boleh jawapkan ke..ekekekek!!

  2. AnakMudaParlimenBatu says:

    Ini mcm amanat jer nie, salam sayang lagik, tengok ustaz mariah sayang jugak kat ustaz, tengah sabar menunggu nie dan terus berdoa utk perubahan yang nyata ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  3. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Suara Rakyat Suara Keramat…….

    PM Dolah Badawi telah menyerahkn Portfolio kewangan kepada Najib…Tnyata PM tidak mampu mengurus tadbir kewangan negara dengan baik..PM hanya mampu mengerahkn FRU2 berbondong2 ja menghalang kebangkitan rakyat…sesuai sgt lh nak pegang K.Pertahanan…….Kot2 nak guna ISA lagi…Kita Tgk siapa yg kena!

  4. ustazsaid says:

    Salam, ni tulisan Amin Iskandar 4/9 dr Msiakini, utk ingatan:

    Dalam beberapa majlis, Anwar memberitahu media bahawa tarikh untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat masih lagi pada 16 September.

    Semalam, ketua perhubungan PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangkakan lebih 40 ahli parlimen akan melompat daripada Barisan Nasional.

    Dengan penuh yakin Dominique Ng berkata, “Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar.”

    # kalau la boleh aku btanya dgn Mr Dominique, siapa yag bmimpi, siapa yg bcakap besar?

  5. ustazsaid says:

    Salam, kalau la juga aku blh btanya dgn En. Nami di atas tu:

    1. Adakah kamu James Bond, detektif yg menyiasat kes rompakan di Texas ?
    2. Adakah kamu seorang hakim yg mjatuhkan hukuman kes pbunuhan di Segambut?
    3. Adakah kamu office boy, tahu org tido ka jaga di pejabat, berapa gaji kamu?
    4. Adakah kamu seorang amah yg tahu, laki orang takut bini orang @ atau pun kamu ni ‘anak ikan’ ? heheh jgn mare…..nanti batal puasa!

  6. omsabah says:

    Usah di risau tentang tarikh, biar di anjak dari hari ini atau esok atau lusa atau bulan depan .Sasaran sudah kena, tinggal diambil sahaja.Bagi anggota BN memang lega lah
    tanpa kejadian apa-apa , setelah misi penghantaran ke taiwan dan bermain “tapuk-tapuk”. Tapi perlu diingat , ingatan untuk semua, Sebelum DSAI ditahan dan di masukkan kedalam kadang ISA beberapa tahun lepas, DSAI ada berkata, “kita akan lawan, kalau bukan hari ini, esok , kalau bukan esok minggu depan, kalau bukan minggu depan, bulan depan, kalau bukan bulan depan tahun depan,dan tahun-tahun depan.
    Dan apa yang DSAI kata kan dikotakan . Kini DSAI kembali dan masih berjuang, “lawan tetap lawan”.
    Jadi setakat 16/9 yang baru beberapa hari ni berlalu , apa lah sangat berbanding
    bertahun-tahun masa yang digunakan untuk terus berjuang.Masih banyak masa lagi
    dan pujian seharusnya diberikan kepada DSAI yang begitu cermat mahu mengaturkan
    pertukaran kuasa .Tapi malangnya Pak Lah masih rasakan dirinya gah, sebagai PM
    sedangkan dalam kompenan BN sendiri pun sudah berulang kali meminta Pak Lah
    undur.

  7. Kakinya terketar-ketar.
    Jantungnya berdegup-degap.
    Takut kehilangan projek bikin bayar kereta…. Hehehehe.
    Lantas mulut saja lancang bicara.
    BN makin pupus…

  8. ladymariah says:

    Terima Ksaih OmSabah… Aku tersedar seketika…
    LAWAN TETAP LAWAN! REFORMASI!!!

  9. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Terbaru sumber yg ble dipercayai beberapa MT UMNO minta paklah supaya jgn bertanding utk jwtn presiden parti..desakn tersebut dibuat selepas mesyuarat MT semlm..Takut dolah tidak cukup pencalonan kot..hahahaemm .Pergolakkan dalamn Barisan Nasional semakin parah..ter..Media2 kerajaan plak terus memainkn isu2 perkauman…ISA hanya utk org2 yg antikerajaan….ja…hahahaha

    Najib pun ckp besar…Rembau pun ckp besar..sebelum PRK pmtg pauh…
    BN YAKIN MENANG BESAR, KITA KUBURKAN POLITIK ANWAR….hahahaha…ANWAR MENANG TIPIS LAH…apalah mau dibandingkn sgt…ni.

  10. ladymariah says:

    Ye ke pakatan? Setau aku media2 di TV terus cakap BN sentiasa teguh jer… Ish. Ish…

  11. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Emm….pas PRU lg isu perkaumn dimainkn..isu UITM, Isu org melayu penang, isu Ketuanan hak lah and isu Azan..sehingga melibatkn penggunaan ISA sehingga tertangkp nya sorg wakil rakyat..Isu dipenang kurang dihighlight plak..BAGUS bagi KENA ISA juga Ahmad tu……Isu perkauman yg dibw oleh media2 kerajaan skrg lebih kepada mendidik rakyat membenci pakatan PAS, DAP dan PKR..parti dahulunya tidak sehaluan kini bersatu memeperjuangkan hak rakyat..Media kerajaan skrg berusaha mempOrak perandakn dalamn PAS dan BERUSAHA mewujudkn sentimen PAS dan DAP…

  12. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    TEGUH tu coz dengil…hahaha…SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT..

    Malaysia baru bukan PEMIMPIN yg gagah PERKASA dengan FRU2 ISA2 dan AKTA2..

    tapi Malaysia baru ialah sebuah negara yg mana RAKYATnya gagah perkasa…KERAJAAN DARI RAKYAT dan UNTUK RAKYAT…

    tidak payahlah buat AKTA Hubungan KAUM…cam gagal ja slama 50 thun ni bunyinya.hahahaha

  13. LeeSlimShady AIC says:

    Mariah…………

    Dah stand by nak gempur perlimen pensiangan??? macam mana persediaan AIC disana harap – harap dah korang dah mula berkempen dan edarkan brochure

  14. Watan says:

    916 will still happen sooner or later. But i rather prefer if PR win those seats outright and not because of those frogs. Remember 1994? Although it is legitimate but may not be ethical but maybe Pak Lah will immediately dissolves the Lower House if it is apparent that many BN MPs will jump ship. That option is the best…so, PR be prepared for snap 13th GE! Insya Allah

  15. Gintak Gabui says:

    Jangan kamu banyak cakap bah kita mau kerajaan baru di Sabah yang kita cintai ini. Cukup sudah si Musa Tidak Aman kaut habis harta kekayaan di Sabah ini.

  16. pm says:

    pakatan BAJau..FRU di bawah kementeriaan KDN bukan pertahanan k…
    ustaz sy sokong anda…
    kepada semua…cakap senang tapi nak lakukan susah tau…

  17. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Kita tengok siapa yg kena..hehehehe..

  18. suarasaktii says:

    Pakatan Rakyat pasti beroleh kemenangan dan akan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat ini. Salam reformasi

    http://suarasaktii.wordpress.com

  19. Ajeem says:

    Keyakinan saya amat tinggi bahawa PR akan berjaya membentuk kerajaan pusat sebelum disember ini.ulasan lanjut: http://egimbb.blogspot.com

  20. Sam says:

    Saya memang amat keciwa dengan gagalnya tarikh keramat 916 ini direalisasikan sebagai tarikh penubuhan kerajaan baru Pakatan Rakyat, tetapi disebalik kekeciwaan itu apabila saya letakkan fikiran positif dalam kepala otak saya, perkara disebalik yang berlaku dimana kekuatan dan semangat saya menyokong Pakatan Rakyat semakin kuat dan bertambah sebabnya mungkin ada hikmah disebalik kegagalan 916 ini. Bagi saya apapun yang berlaku kita perlu terus memberi sokongan kepada DSAI dan pimpinan Pakatan Rakyat kerana hanya mereka inilah sandaran bagi kita untuk merobah landskap politik Negara Malaysia yang kita cintai, untuk masa ini saya tidak nampak adalagi pemimpin yang mampu membawah Negara Malaysia ke arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dari skop Ekonomi dan Keadilan.

    Saranan saya kepada saudara/saudari ayuh terus beri sokongan dan sumbangan tenaga kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

  21. Rem says:

    Reformasi memang bagus. Kerajaan yang statik jumud bertahun-tahun, tak akan ke mana.

    Persoalannya, kenapa Anwar Ibrahim?

    Or, let me rephrase that.

    Persoalannya, dalam konteks masyarakat Sabah — kenapa Anwar Ibrahim?

    Semasa berkuasa dulu, apa kebinasaan yang Anwar telah lakukan kepada Sabah?

    Pertama, menghalang hasrat Sabah untuk memohon kenaikan kadar royalti hasil bumi, daripada 5% kepada 10%. Anwar, ketika jadi Menteri Kewangan dan TPM, berkali-kali menolak hasrat Sabah. Bukan saja ditolak mentah-mentah, dipertimbangkan pun tidak.

    Kedua, Anwar telah memulakan hagemoni federal terhadap politik Sabah. Bagaimana? Pada era pre-1994, politik Sabah berteraskan sepenuhnya kepada politik multi-racial: bermula dengan USNO, BERJAYA hingga PBS. Walaupun tiga-tiga parti ini menampakkan penonjolan pemimpin dari suku tertentu, namun keahlian dan modus operandi setiap parti adalah sangat multi-etnik. Tapi kerana ketamakan Anwar, pada tahun 1994 — Anwar gunakan taktik ‘main belakang’ (posisi kegemaran dia) untuk menumbangkan PBS yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Sabah.

    Sejajar dengan keruntuhan parti multi-etnik tempatan Sabah yang terakhir itu — maka Anwar dengan megahnya membawa masuk UMNO yang berasaskan mono-etnik. Natijah daripada itu, maka muncullah parti-parti mono-etnik yang lain sebagai mengikut telunjuk UMNO: seperti PBRS, SAPP, etc.

    Untuk mengukuhkan cengkaman UMNO di Sabah, Anwar gunakan modus operandi yang biasa UMNO guna di Malaya. Menerusi kuasa kroni dan wang ringgit. Di bawah kuasa pelihara Anwar (1994-1998) — juak-juak UMNO telah menguasai pelbagai perniagaan dan peluang industri di Sabah. Sebagai balasan? Setiap kali pilihanraya, mereka akan tabur-taburkan duit untuk politik Anwar.

    Kalau bukan kerana nafsu rakus Anwar, Sabah tak akan jatuh di bawah cengakaman hagemoni kerajaan federal seperti yang ada sekarang.

    Sama ada Anwar UMNO atau PKR, dia akan gunakan modus operandi yang sama. Dia mahu kekal berkuasa dan dia akan gunakan pintu belakang (politik wang) untuk kekalkan kekuasaan. Belum jadi PM, dia sudah gerakkan operasinya menggunakan wang ringgit. Membeli wakil rakyat. Langsung tiada maruah. Di mana hak jutaan pengundi yang telah datang menunaikan tanggungjawab pada pilihanraya Mac lalu? Ada yang meredah sungai untuk sampai ke tempat buang undi. Menyikut anak-anak di belakang sambil jalan kaki berpuluh-puluh batu.

    Tapi akhirnya ke mana nilai undi mereka? Ini adalah soal keadilan pilihan. Bukan soal siapa lebih baik: BN atau Pakatan Rakyat. Itu soal subjektif. It doesn’t matter. What really matters is… parti siapa yang diberi mandat menyeluruh olh rakyat jelata dalam pilihanraya umum yang lalu?

    Think about it.

  22. bayumurni says:

    Tidak di nafikan selagi di namakan manusia,,
    kalau dulunya ia memang jahat boleh saja berubah menjadi baik, di sebaliknya kalau manusia itu baik boleh saja bertukar menjadi zalim,,

    seperti kerajaan yang ada sekarang ini,,
    jika benar Anuar rakus sebegini,,

    Saya harap Sdr Rem cuba buktikan dengan lebih detail lagi,?? ,biar kita sama-sama saksi kan kebenaran tu,,

    If you worry to worry to worry , you will be worried,,
    I know who you are, so i let you know who am i,,,

    People Power,,

  23. tambunan says:

    betul tu REM..sy sokong…….
    dulu c pak nuar ni TPM pa dia bagi dengan sabah????jawab ladymariah
    PBS kekal berkuasa kuat di sabah kalau c nuar ni tak beli c Amir kahar tun mustapah selepas pilihanraya tahun 1994…..
    sekarang terhegeh@ pula nak support sabah…pa ni bay???
    SAYA MAHU KEPIMPINAN BARU TAPI SY TAK NAK PAK NUAR TU?????

  24. ustazSAID says:

    Sdr Rem,
    Ada 1 lagu dangdut utk kamu, 100% AKU SOKONG KAMU!!!

  25. ladymariah says:

    Anwar Ibrahim bukannya Perdana Menteri masa tu. BUkankah setiap keputusan tu atas persetujuan PM?

    Kalau benar Anwar salah masa tu, pemimpin sekarang sedang buat apa? Bukankah lebih teruk lagi?

    Kalau bukan Anwar, siapa lagi? Jangan pandai berak saja tapi tak pandai cuci. Cubalah mention, siapa yang kamu mahu jadi pemimpin Malaysia?

  26. Rem says:

    LadyMariah: “Anwar bukan PM pada masa itu”.

    Come on. Don’t be so naive or pretend to be stupid. Anwar bukan PM pada masa tu, tapi dia adalah TPM dan diberi kuasa memantau modus operandi BN di Sabah. What does it mean? Maksudnya Anwar memegang kuasa eksekutif dari segi perancangan dan perlaksanaan. PM dan Kabinet Bn hanya endorse saja.

    Misalnya, keputusan Anwar untuk memaksa TYT supaya tidak membenarkan Pairin angkat sumpah adalah satu tindakan atas kapasiti personal. Kabinet BN dan PM pun tidak tahu kerana ia adalah tindakan spontan Anwar yang ketika itu berada di Sabah untuk memastikan kemenangan BN. Hanya selepas Anwar laksanakan taktik jijiknya — maka dia barulah meminta endorsement dari kabinet BN.

    Tindakan Anwar untuk melacurkan entiti kebudayaan Sabah bersabit dengan ‘sigah’ juga adalah modus operandi personal Anwar. Tiada kena mengena dengan PM ketika itu. Tidak juga diputuskan menerusi kabinat. Tindakan Anwar itu dijalankan sepenuhnya menerusi kroni beliau dalam semua media massa arus perdana.

    Nota: semasa Anwar jadi TPM, dia MENGUASAI SEMUA MEDIA ARUS PERDANA. Semua juak-juak dan kroni Anwar dijadikan Ketua Editor dan penguasa maklumat. Untuk makluman, PM sendiri pun tiada saham dan kroni dalam media. Sebab itu, salah satu punca kenapa Mahathir ‘mencantas Anwar’ adalah kerana sifat tamak dan terlebih-lebih Anwar. Sampai satu ketika, semua berita muka depan adalah aktiviti dia saja. Berita PM dan aktiviti DYMM hanya jadi sekundari. [You can ask people in the media — and they will tell you exactly the same!]

    Apa yang Anwar lacurkan tentang sigah? Media arus perdana (yang dikuasai oleh Anwar) mewar-warkan bahawa sigah yang dipakai oleh Razaleigh (Semangat 46) ketika bertemu Pairin membawa lambang salib. Padahal ia sebenarnya imej dua batang padi bersilang. Media (atas hasutan Anwar) secara implisit menyebarkan dakyah bahawa PBS dan Kadazandusun adalah pendokong Kristianisasi. Sebab itu sigah yang dipakai oleh pemimpin pun ada lambang salib. Tujuan propaganda ini adalah untuk melaga-lagakan penduduk Sabah — kalangan bumiputera Islam dan bukan Islam.

    Ini adalah penghinaan terbesar terhadap adat tradisi orang Sabah. Sigah adalah item kebudayaan milik asli masyarakat muslim Bajau. Bukan eksklusif milik kaum Kadazandusun. Sebab itu Persatuan Bajau (Sama) Sabah telah menghantar memorandum bantahan kepada semua media arus perdana (Berita Harian, Utusan Malaysia, NST, TV3, RTM) supaya membetulkan fakta tentang ‘salib pada kain sigah’. Tapi Anwar MENGARAHKAN supaya memorandum itu tidak disiarkan.

    Kenapa? Sebab memorandum itu akan meruntuhkan propaganda politik dia untuk menanamkan stigma terhadap PBS dan Semangat 46 menerusi permainan sentimen agama dan kebudayaan.

    Ladymariah,
    Jangan ditanya…. “kalau bukan Anwar siapa lagi?” Itu pertanyaan budak-budak. tak logik. Dalam dunia ini mana ada pemimpin yang sempurna. Cuba tanyakan begini: “Pemimpin yang ada sekarang adakah lebih teruk dari Anwar Ibrahim?” Dan ukuran untuk teruk itu harus dipaksikan pada tiga perkara:

    Pertama, permainan dan taktik politik (siapa yang lebih banyak guna taktik “matlamat menghalalkan cara”).

    Kedua, kronisme dan nepotisme (siapa yang paling banyak mengumpul kekayaan dan himpunan kroni i.e. usahawan ‘gajah putih’ Melayu semasa berada dalam tampuk kuasa).

    Ketiga, hubungan dengan ‘kuasa luar’ terutama yang mempunyai nilai moral dan etika pemerintahan yang jijik — seperti Joseph Estrada (10 kali lebih korup dari pemimpin BN paling korup!), Suharto (ya, seorang lagi pemimpin yang dinobatkan oleh dunia sebagai paling korup dan kronisme!!!). Siapa yang paling rapat dengan pemimpin-pemimpin ini? Belum dicampur hubungan intim dengan tokoh-tokoh kapitalisme Barat yang telah memporak-porandakan ekonomi negara-negara sedang membangun (Asia dan Afrika khususnya).

    Sebenarnya para penyokong PKR tak perlukan semua bukti ini. Sebab mereka sudah bertaklik pada kata-kata Anwar dan dakyah-dakyah PKR yang tersebar serata internet. Kalau keburukan itu tentang pemimpin BN, terus secara totok-totok diangkat sebagai kebenaran mutlak. Kalau keburukan pemimpin PKR, banyaklah cengkadak.. nak minta bukti itu dan ini.

    I’m not worried. Not even a tiny bit. Seriously, I don’t have any reason to be so.🙂 But I love my country. And I will do everything in the name of Sabah and Malaysia. Tentang hak kebebasan untuk memilih (bukan dikhianati dengan perbuatan lompat katak!) dan tentang kestabilan negara ini: politik dan ekonomi.

    Itu saja. Ada masalah ka?🙂

    Kalau Anwar itu pemimpin yang baik, dia akan tunggu dengan sabar Pilihanraya ke-13 yang akan datang. Dia akan persiapkan PR untuk peralihan kepimpinan secara demokratik lima tahun lagi. Bukan rakus tamaha mengkhianati mandat yang diberi oleh rakyat pada Mac lalu. Bukankah?

  27. Rem says:

    Ha ha ha.. odoi dogo. Panjang pula komen saya sini. Baru saya sedar. Macam gila kuasa. He he he. Siou noh gaman…🙂

  28. ladymariah says:

    It’s ok Rem. I always love u😉
    Love ur comments!

  29. LeeSlimShady AIC says:

    Nie aku nak tegur sket pada saudara yang dikasihi REM………..

    Saudara REM …

    pada ketika itu Anwar pergerakkan nya terbatas kerana.di di awasi oleh mahathir
    tengok balik rakaman parlimen pada 1994 anwar ada cadangkan pemberian Royalti minyak penuh kepada Rakyat sabah
    tapi di tempelak oleh YB ruhanie yang ketika itu MP parit sulong dan di tegur oleh….rafidah aziz menteri perdagagangan dalam negeri ketika itu

    Apa kan daya Anwar gagal menyeamatkan rakyat sabah kerana dikawal oleh UMNO..
    Anwar juga pernah di beri amaran oleh MT umno agar jangan mengusulkan semula tuntutan rakyat sabah dalam Artikel 32 fasa 5 (c) 2 yang mana rakyat sabah harus menikmati 20% hasil bumi dari borneo utara

    Anwar Fikir dengan menyertai UMNO di boleh mengubah UMNO nampaknya UMNO tetap UMNO…..Dia harus Ubah UMNO dari luar dengan cara menukar kerajaan ini

    pada ketika di menguasai media……
    Dia masih di awasi Mahathir agar tak mencabar Bossnya…..Dia harus jatuhkan mahathir kerana secara totalnya negeri – negeri yang di bawah arahan mahathir tidak membangun an maju seperti sabah dan sarawak…………..

    Mahathir mencantas beliau bukan kerana tindakkan Anwar yang berlebih tapi kerana nak menyelamatkan kedudukan dan kroni – kroni nya apabila anwar telah berjaya menguasai 98% dari UMNO dan Tinggal Mahathir swahaja yang nak di tumbangkan…

    Imbau semula pada 1998 dipecat apabila hujung tahun kerana pada masa itu ia telah hampir pada masa pemilihan parti….Mahathir takut pada anwar kerana anwar telah menguasai MT ketika itu.jadi nak tak nak kena lah buat cara kotor…….

    Yang paksa TYT Dipertua Sabah agar halang Pairin dari angkat sumpah ketika itu adalah mahathir yang memberitahu melalui surat yang disampaikan oleh Anwar…
    Anwar terpaksa lakukan nya kerana itu arahan Boss(mahathir)sebab mahathir masa tu memerintah cara diktator………sebab tu aku rasa kau yang tuduh anwar yang buat..

    saudara Rem yang dihormati…
    Anwar masa tu TPM bukan PM jadi dia kene patuh pada arahan PM

    Berkenaan tentang SIGAH……kita pun dah tau jawapannya itu pun arahan mahathir…..
    jadi kerana nak menghentikan kerja kotor mahathir, Anwar perlu jatuhkan mahathir …..
    sebab tu anwar syorkan “Reformasi” dalam mesyuarat Agung UMNO pada 1997…
    berubah….berubah……berubah !!!!!

    Dan pasal 3 perkara tu………….

    saudara REM …………..

    Semasa dalam UMNO itu semua adalah arahan Mahathir yang telah menjadikan Kambing Hitam untuk merealisasi segala impian Fasis mahathir……..
    Anwar bertekad tak mahu jadi tunggangan mahathir jadi di perlu tewaskan mahathir jika tidak rakyat akan terus merana……..

    Anwar tak mahu jadi pak turut,…………

    Mengumpul kronisme???
    untuk apa dan untuk siapa………

    saudara REM……..

    Ketika Anwar menjadi Menteri kewangan Harga Minyak dunia pernah melonjak tinggi ekoran serangan amerika keatas iraq dan iraq bertindak balas bersama – sama rakan – rakanyanya iaitu venezuela,iran bolivia dan ramai lagi negara pengeksport minyak terbesar dunia dengann memboikot penjualan minyak ke U.S……..
    jadi…..harga minyak melabung tinggi pada 1992 hingga 1994

    Anwar tegar memanipulasi segala keuntungan negara dengan menangani kos subsidi minyak demi memastikan agar harga minyak tidak naik dan kekal pada 1.10 sen seliter….

    Kerana Anwar tahu…..kalau minyak naik,beras naik,gula naik dan segala barang keperluan harian akan naik…..rakyat akan menderita lebih – lebih lagi penduduk -luar bandar……..

    Ingat REM…ingat…

    Di era 1990 hingga 1998 kita hidup makmur…….aku ketika itu berumur 16 tahun aku boleh mengisi petrol ke tangki motor honda cup ku dengan membayar 50 sen sahaja malah boleh round kampung ku sebanyak 3 kali…….
    ketika itu kita boleh nikmati nasi lemak yang berharga 30 sen dan 50 sen dan kuih muih hanya dengan harga 20 sen 10 sen………………..

    atas usaha siapakah itu kalau tidak Hamba Allah yang Zuhud yang bernama Dato’ Seri Anwar Ibrahim………dia berjuang demi kita………..

    janganlah kita jadi rakyat yang tak mengenang jasa macam Mahathir, Daim, Rahim norr dan mereka – mereka yang panjang taringnya tapi berlagak alim…

    Tapi Rem………
    kau tengok lepas Anwar kena pecat apa jadi????apa jadi????
    Ekonomi gawat !!!! harga minyak naik !!! barang makan naik !!!! dan tah apa lagi berlaku selepas ini……..

    Rem….

    aku bukan penyokong yang buta …..yang pekak. tak mampu nak membezakan antara kaca dan permata……tapi apa yang aku lihat orang melayu di sebelah sana yang banyak membuat onar…….
    kalau kau nak tau dakyah UMNO/BN lah yang lebih kuat dan kotor…..lihat lah UTUSAN,Berita harian ,RTM dan TV3 sapa punya…….
    tidakkah BN lagi kuat dakyah Kotornya………………….

    Rem….
    UMNO/BN kini dah jadi petualang,mereka tak lagi membela hak melayu tapi mereka lebih senang membela hak….GRO – GRO dan perempuan – peremouan murah yang disimpan dan di bayar dengan duit rakyat semata – mata nak memenuhi kerakusan Nafsu mereka………….

    REM……….
    Mereka kata nak bela Hak Melayu…………..tapi tengoklah nasib orang melayu di rimba jaya di usir,disepak tak ubah seperti anjing itu yang kau kata pembela melayu….

    REM………
    Kita tak de cara lain selain merampas kerajaan pusat melalui lompat parti kalau nak tunggu pru ke 13 alamatnya………kami akan merana untuk 4 tahun lagi……

    Rem ………..

    aku sayangkan negara ku……….sebab tu aku mahu Anwar ke putrajaya dengan harapan kita boleh kembali semula ke situasi ekonomi pada era 90-98.

  30. LeeSlimShady AIC says:

    aku punyak lagi panjang Bahhh………………..

  31. LeeSlimShady AIC says:

    Ehh……..Ustaz pun boleh nyanyi lagu dangdut…………cehh ajaran sesat mana la dia amik tuu Ustaz tobat Ustaz……….tak pun balik mengaji pondok balik………….

    Besok akhirat besok tak tertangung dosa di padang mahsyar

  32. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Emmm…
    .Tumpang tanya,

    1. UMNO ni masuk ke sabah..melalui nuar ke atau coz Allahyarham Ghaffar baba thun 90 an.

    2. Ladang2 Felda2 di pantai timur Sabah tu hasil sumbangan sapa lah agaknya ya..klu nda ada tu nda tau lah..ekonomi Sabah macam mn…

    3. Em napa lah royalti minyak tu still 5% pas nuar dipecat dan disumbat ke dlm penjara..
    hehehehe…skrg siapa plak memperjuangkn 20% royalti minyak utk sabah..Bung ka, Anifah ka, Musa lagi lah dari dulu nda juga bangkitkn royalti ni…

    4. Nuar..MEMBELI Wakil rakyat dengan wang ringgit!!!Huhhu LAPOR P BPR lah wei klu ada BUKTI..Inilah..SATU TUDUHAN YG BERNIAT JAHAT, MENGAIBKAN seseorg individu …jangan coba berbicara sedemikian rupa..klu ianyanya benar BPR dah siasat…klu btul gak napa tiada LAPORAN…dibuat..tgklah cam Datuk Hassan Malek…TIBA2 Ckp dtwarkn duit berkali ganda..tapi napa tidak lapor terus p BPR..LAPOR Plak pd TV3..hahaha apa pun otak
    lah..TERNYATA…sengaja mengelirukn rakyat..Rakyat dah lh keliru sekarang makin plak keliru..hahaha…

    5. Reformasi tetap Reformasi!!!!!

  33. Rem says:

    Pakatan Bajau: “Nuar membeli wakil rakyat dengan wang ringgit? Huhuhu lapor pada BPR la wei klu ada bukti!”

    Orang-orang reformis pun menuduh kerajaan macam-macam. Rasuah la. Kronisme la. Menipu dalam pilihanraya la. Politik wang la. Macam-macam la.

    Dengan nada yang sama saya nak kata: “Wooooiii.. kalau ada BUKTI, lapor la pada BPR. Jangan tuduh-tuduh saja!”

    Boleh begitu?🙂 Masalah golongan reformasi ni, mereka boleh menuduh tanpa bukti. Tapi orang lain tak boleh menuduh tanpa bukti. Maklumlah, mereka saja yang maksum dan suci. Orang lain semua keji dan berdosa.🙂

    Pakatan Bajau: “UMNO masuk Sabah melalui Nuar ke atau Ghafar Baba?”

    Lain kali baca betul-betul. Jangan pula nanti kena tuduh buta huruf.🙂 Saya kata proses hagemoni UMNO bermula dengan permainan taktik kotor Anwar pada tahun 1994. Bila UMNO masuk ke Sabah, itu tak relevan. Dan saya tak peduli pun. Tapi saya peduli pada detik… ketika mana UMNO diberi mandat kuasa hagemoni ke atas Sabah. Get it?

    LeeSlimShady,
    Oh iya ka? Minyak pernah melonjak naik LEBIH TINGGI daripada kelonjakan sekarang masa Anwar jadi TPM dan Menteri Kewangan? Saya tak tau pula cam gitu. Yang saya tau.. minyak pernah naik melonjak zaman Anwar dulu.. tapi darjah lonjakannya tak sekritikal macam yang ada sekarang. Rupanya apa yang saya tau ini hanya palsu saja. Oh silly me. I should learn from the reformists. Seem they are more factual and knowledgable than me.🙂

    Oh ya ka.. Mahathir pula yang suruh Anwar mempolitikkan isu “sigah”? Saya sungguh kagum dengan pengetahuan sdra yang begitu tinggi dan tepat.

    Dan Mahathir juga yang mengarahkan Anwar supaya halang TYT dari membenarkan Pairin angkat sumpah MELALUI SURAT? Wah… cepat sungguh surat Mahathir sampai ya. Dalam tempoh lima belas minit saja (detik kritikal di mana keputusan dibuat — secara spontan): Mahathir di Kuala Lumpur sempat menulis surat kepada Anwar di Kota Kinabalu. Seriously, even the lowest form of logic couldn’t possibly digest this.

    But well…. apa-apa saja. Memang semuanya memang salah Mahathir, kan.🙂

    Isu negara masakini bukan soal siapa lebih baik: BN atau PR. Ini adalah soal kestabilan. Pilihanraya telah dibuat. Rakyat sudah memilih. Can we just get on with our jobs? Kerajaan buat kerja diorang. Pembangkang jalankan tugas-tugasnya sebagai pembangkang. As simple as that. Untuk kepentingan negara mengikut kemahuan majoriti rakyat.

    Tak mahu terseksa untuk 4 tahun lagi? Itu kamu yang tak mahu terseksa. Hanya golongan reformis saja yang fikir begitu. Tapi fikiran kamu itu tidak mewakili majoriti. Bagaimana dengan jutaan rakyat lain (yang telah sukarela memilih BN dalam PU12 yang lalu)? Mereka juga ada hak pada pilihan mereka. Dan mereka ada hak untuk hidup dalam negara yang stabil politiknya. Bukan asyik tertunggu-tunggu tarikah peralihan yang ntah bila akan datang. Propaganda tak habis-habis. Menyusahkan rakyat saja.🙂

    Kalau PR dapat rampas, lepas ni BN pun mau rampas juga kerana mereka akan terfikir: kalau PR boleh rampas, kami pun boleh rampas. So, sampai bila kita akan dapat kestabilan politik?

    Kalau PR menang 140-80 pada pilihanraya yang lalu, walaupun saya sokong BN… saya akan tetap akur pada pemerintahan baru. Demi untuk kestabilan negara. Dan kalau BN cuba untuk merampas kemenangan itu menerusi permainan ‘wakil rakyat’ lompat-lompat: saya juga akan cemuh, kutuk dan laknat BN.

    Saya cinta pada kestabilan dan demokrasi. Bukan cinta pada UMNO atau BN.🙂

  34. ladymariah says:

    Bukan cinta pada UMNO atau BN. I like that. Muax!

    I really like u Rem😉

  35. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    apabila semua telah menjadi kuda tunggangan ni lah akan terjadi REM.hahahahaha

  36. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Saya cinta pada kestabilan dan demokrasi. Bukan cinta pada UMNO atau BN.🙂

    Demokrasi yg tulin ka klu tangkap org tanpa bicara..SISTEM KEHAKIMAN terhakis..tgklah kes peguam Correct correct correct..and paling penting DEMOKRASI MENJAGA KRONI2….menggunakn ISA utk mempertahankn jwtn..
    klu undi tidak setuju dijlnkn dengan alasan yg cukup kuat dan bertujuan menjaga serta memulihkn sistem demokrasi…saya tidak terfikir itu merampas hak rakyat…

  37. ustazsaid says:

    caya la Rem, ptama kali aku jumpa :
    1. pencacai kat sini tsadak nda dpt m’jwb, tmsuk ladymariah pun ikut tsadak
    2. klu ada jwpn pun, jawapan mrapu…hehe
    skali lg tabik spring utk ko Rem…Ko sapa Rem? Banyak ko tau ah!

  38. LeeSlimShady aic says:

    AKu dah jawab semua persoalan rem tu wahai ustaz yang fasik

    1.Rem terkedu dan telah pun surrender dengan mengatakan dia tak cinta UMNO atau BN

    2.Rem tu masih muda ….segala ketrangan bukan berdasarkan fakta tapi mengikut nafsu marah……..

    aku tak respek langsung kat kau Rem…….

    Dan aku jugak Ustaz Sesat…pasal ustaz yang betul takkan panggil orang pencacai..

  39. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    lee…relax ko jangan label ustaz sesat..x baik..

    Tu ustaz hasil didikan ADA HARI…(hADHARI)hehehehehehe

  40. tambunan says:

    hidup Rem….ko banyak pengatahuan tentang ni ah…sy sokong ko coz;
    pendapat ko tak berpihak pada mana tapi atas dasar kebenaran
    utk ustaz…
    – leeslimshady tingal kutuk ko coz fakta di merapu2..
    – teruskan perjuangan mu..
    utk leeslim…
    – wah anuar di kawal oleh bossnya kan?tapi if pasal minyak tak kana kawal oleh bos pula?amcm tu?

  41. ladymariah says:

    Pengetahuan saya terbatas dan teramat cetek. Kalau saya dikatakan tidak dapat menjawab komen blog ini maka saya ingin berterima kasih kepada pengkomen2 yg datang ke blog ini kerana menambah ilmu saya yang cetek…

    Terima kasih banyak-banyak…😉

  42. ustazsaid says:

    hahahaha….anyway utk smua…SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

  43. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Selamat Hari Raya juga ustaz..Maaf gak byk2.heheheh nanti ada masa aku p Beaufort beraya gak…heheheh…Mesti ustaz buat umah terbuka…heheheeh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: