SURAT TERBUKA UNTUK SABAHAN (*Berangkai)

U/P: KDM SABAHAN.

Ditujukan Untuk Orang-orang SABAHAN seperti saya.

Jangan Kerana Politik Kita Malu Memberitahu Kepada Urang Melayu, Cina Atau India bahawa:
Saya SABAHAN…
Saya KADAZAN…
Saya DUSUN…
Saya MURUT…
Dan Lain-lain lagi etnik dari Sabah…
Kalau ada pendapat mengatakan bangsa kita kecil dan tidak bertemadun maka katakan pada mereka, “Tamadun dibina dengan MASA maka dengan masa kini kami sendang membina tamadun”

Bangsa Yang Berpegang Pada Prinsip
-Jika orang MELAYU, tetap berbangsa MELAYU walaupun dalam BN
-Jika orang CINA, tetap berbangsa CINA walaupun dalam BN (MCA)
-Jika orang INDIA tetap berbangsa INDIA walaupun dalam BN (MIC)
Kenapa Kita SABAHAN atau KDM malu mengaku KADAZAN atau DUSUN atau MURUT walaupun di dalam BN (any other party in BN).

Tangungjawab Dan Berpolitik
Mungkin kita terlalu beremosi sehingga tidak mahu memberi masa untuk memahami beza tangungjawab berpolitik dan tanggungjawab mengekalkan identiti bangsa. Tapi jangan sebab gagal mengurus masa, lalu jadi harga pula untuk gadai suku kaum.

Jika ada SABAHAN atau KDM lain mempertikaikan Soal Agama hanya kerana kita KDM-Islam atau Sabahan ISLAM, katakan pada mereka:
“ISLAM tidak salah. Yang Salah ialah ORANG itu sendiri apabila anggap ISLAM itu Melayu Dan Melayu Itu ISLAM”.
-“Kita Tetap SABAHAN. Walaupun kita ISLAM.
-“Kita Tetap KDM. Walaupun kita ISLAM.

“Dan dalam Islam-pun kita diajar supaya menerima keluarga/ibu bapa sekalipun mereka bukan ISLAM kerana tanpa mereka kita tidak lahir didunia”

Oleh itu, wahai orang-orang SABAH terutama sekali suku kaum saya KADAZAN (sekarang sudah KDM)
tangungjawab menjaga asal-usul ini perlu dimana-mana. Adalah salah sendiri jika Etnik Sabahan ini pupus hanya disebabkan kita malu?

“Jangan kerana politik kita tukar Bangsa. Jangan kerana agama kita buang keluarga.”

Lady Mariah: IM PROUD TO BE KDM a.k.a SABAHAN!

24 Responses to SURAT TERBUKA UNTUK SABAHAN (*Berangkai)

  1. LeeSlimShady AIC says:

    Islam tak pernah membeza – bezakan sesuatu bangsa malah islam tak pernah memaksa mana bangsa menganutinya kerana islam perlukan kerelaan dan kesetiaan
    sekiranya ada seorang islam menyakiti orang bukan islam dan melakukan kesalahan
    didalam negaranya sendiri…..maka dia pun akan di adili sama seperti warga – warga negaran yang sama tarafnya dengannya walau berlainan bangsa dan agama…..

    Saidina Ali 700SM

  2. Ezreen Emira says:

    well,you’ve talking about a race called Malaysian race.Malay,Chinese,Indians..but why you shouting out loud that “YOU’RE PROUD TO BE KDM(KADAZAN DUSUN MURUT).”

    In Canada,either you’re Irish,Malaysian,Chinese,English,French,or indiginious people,who live in igloo,you’re still Canadian.

    You’ve said that you hate Malay supremacy ideology of UMNO,yet u still shouting about KDM things.I’m proud to be Malay(Bugis),Irish,or Turkish..but I didn’t say that.My country is Canada.I’m proud to be Canadian.

    You should say,

    “No matter if I’m KDM,i still proud to be Malaysian.”

    =)

  3. tompinai says:

    ya betul tu ezreen…sa sukung…atuk²….

  4. ladymariah says:

    Terima Kasih Ezreen.

    Tapi aku selalu malu menjadi orang Malaysia. Maafkan aku kerana agak kasar. Malu.

  5. farrel says:

    “ISLAM tidak salah. Yang Salah ialah ORANG itu sendiri apabila anggap ISLAM itu Melayu Dan Melayu Itu ISLAM”.

    saya setuju dgn petikan ini…

    “dont blame Islam but blame muslim..”

    Tidak perlu saya kupas tentang Islam, kerana ia adalah agama yang melebihi kesempurnaan. Yang menjadi permasalahannya ialah penganutnya yang sentiasa mengengkari ajaran dan suruhanNya. dan dalam masa yang sama menyatakan bahawa beliaulah muslim yang terbaik dan tersempurna.

    Islam bukan untuk melayu, tetapi Islam untuk semua yang bergelar manusia juga yang bergelar makhluk Tuhan..

  6. Your Right Ezreen………

    But like me i’m Proud to be a Muslim……………

    Eventhough I’m is Chinese……….

    coz everywhere,AnyWhere in the intire world i’m go i’m just that same greetings

  7. pakatan BAJAU Kota Belud says:

    Islam for All…. TAKBIR!

  8. Gintak Gabui says:

    antam dia Lady Mariah, memamg bah tu BN – Barisan Najis kuat injak kepala rakyat Sabah di org ingat kita ini macam kerbau di cucuk hidung saja.

  9. tompinai says:

    c lady mariah mo jadi org kalimantan suda ba tu..heheheeh

  10. gagakhitam says:

    betul tu, saya sokong saya pun dusun juga bangga dengan bangsa kita sendiri.

  11. sabah98 says:

    It’s alright LadyMariah.Nothing’s wrong to e proud of your race or where you came from.I believe Malaysians are proud of their own race.However it’s important that we label ourselves as Malaysians first and should be proud of being one because we Malaysians after all together regardless of race/ religion/state will one day save this beloved country of ours from political,economic and welfare/security disasters.so people vote wisely next time.peace to all Malaysians here and abroad.
    Selamat Hari Raya.

  12. dekerinchi says:

    Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari saya sekeluarga…selamat bercuti..😉

  13. remadel says:

    -Apa ko tiba2 marah nie Lady???…ada orang kasi panas ko kah nie???…

  14. farwanz says:

    I am so proud have a friend like u Mariah…Anyway sis let’s together as a Malaysian…Selamat Hari Raya Aidilfitri kat ko Lady…Hehehe

  15. rogon says:

    Saya orang KDM, tapi corak fikiran lebih kepada modern society dan tinggal sikit lagi ciri2 asal KDM.

    “saya bangga menjadi <>”, ialah laungan yang populer. Tapi disebabkan saya datang dari aliran falsafah pragmatic.. saya tidak berminat untuk turut sama melaungkan laungan populer tersebut. Bukan sebab KDM ni teruk sangat tapi sebab laungan tu tidak konsisten lojiknya, atau paradox.

    Tapi sini saya nak bantu KDM utk fikir beberapa kebaikan yang ada dengan KDM (bagi mereka yang gagal cari kebaikan KDM). Secara umumnya, jenayah berkadar terus dengan socioekonomi. Tapi suku KDM antara beberapa sukukaum di Malaysia yang berjaya buat hubungan ni tidak betul untuk mereka. Walaupun KDM rata2 tidak lah banyak duit, tapi kadar jenayah berdarah masih rendah dikalangan KDM.

    Ada beberapa lagi tu kebaikan KDM tapi saya just kurang berminat nak cakap lebih2, sebab bagi saya, semakin kita modern semakin kabur perbezaan mengikut kaum ni.

    apa2 pun.. saya bangga menjadi atheist…

    * banyak dewa–> banyak tuhan —> satu tuhan —> banyak teori sains —> theory of everything (ini perjalanan evolusi fikiran manusia)

    *no offense ok..😛 … freedom of speech bah…

  16. tompinai says:

    sa mo ucap selamat hari raya kepada datuk seri najib

  17. sabahanblog says:

    rogon ko memang betul betul rogon syabas

  18. Dukaruk says:

    Iya la kalau bukan kita siapa lagi yang mau proud bangsa sendiri…tapi mula2 pemimpin KDM mestu jadi contoh kepada KDM…contohnya segelintir pemimpin KDM mahu supaya bahasa KDM di ajar di sekolah2 tapi anak2 sendiri pun susah mau cakap dusun…
    Rimas juga saya kalau balik2 dengar melayu…melayu…melayu…segelintir orang dusun muslim pun menganggap diri mereka melayu …pening2. Tapi lagi sia pening bila orang KDM menjadi ahli UMNO:United Malayan National Organisation…malah jadi ketua bahagian lagi…

  19. ladymariah says:

    Pairin bilang balajar Kadus tp anak dia sakap urang putih. Hehehehe.

  20. sunsurigipan says:

    Kau betul dukaruk. saya setuju 100%. Diorang tidak perasan kah tu bila nyanyi itu lagu UMNO? Terang dan bersuluh sudah orang KDM tulen?

  21. rumputt says:

    sama2 kita pelihara bangsa sendiri (klu kt rasa kt ada bangsa lah hihii) dan jadikan ajaran agama sebagai amalan dalam menjalani kehidupan. semestinya akan membantu menjadikan diri kita seorang yang akan sentiasa berbuat baik.

  22. msaudreyc says:

    Hi Lady Mariah,

    Well said! Reading your open letter really fired up my patriotism and I hope you continue to strive on for what you believe in. All the best and do keep in touch🙂

  23. Starring kadazandusun says:

    bilang si najib bastards! kita juga melayu!… fucklah umno!

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NajibberpuisigambarkanbangsaMelayu/Article/index_html

    Melayu itu, kaya falsafahnya,
    Melayu itu, orang yang bijaksana,
    Akal budi bersulamkan daya.
    Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
    Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
    memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu.
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu,
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
    Malah mualaf bertakrif Melayu.
    Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
    Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
    Kita bersama dalam serumpun.
    Sebaik selesai membacakan puisi itu sambil
    tersenyum simpul, Najib menerima tepukan
    gemuruh daripada 2,543 anggota perwakilan yang
    berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan
    Dunia Putra (PWTC).
    Ucapan Presiden UMNO itu, yang disiarkan
    melalui siaran televisyen litar
    tertutup, turut mendapat sorakan daripada
    pemerhati dan hadirin di luar Dewan
    Merdeka yang penuh khusyuk mengikuti
    ucapannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: