Sembang Kedai Kopi untuk Pensiangan

Aku belum ada masa terluang ke Pensiangan untuk melihat sendiri keadaan di sana tetapi sempat berberak-berak berborak-borak dengan beberapa rakan yang berada di haluan kiri mahupun sahabat-sahabat rapat penyokong parti kompenen BN.

Cerita paling hangat di kalangan BN, sudah beberapa orang berebut-rebut ingin menjadi calon PKR di tempat itu. Namun pada penamaan calon kelak barulah kita akan ketahui siapakah yang akan berdiri atas tiket PKR. Bah, orang-orang dari Pensiangan, mari kongsi cerita bah… Apa sudah jadi di sana.

Cerita di haluan kiri pula mahukan kemenangan PKR di Pensiangan untuk merintis suara pembangkang di Sabah kerana harapan untuk menawan Malaysia masih ada lagi. Dan kini, tanpa tarikh yang ditetapkan. Anytime!

Seperti biasalah, sentimen perkauman akan menjadi agenda. KDM yang sepatutnya bersatu mula kelihatan berpecah-pecah menjadi medan perang KD vs M. Tidak kiralah BN atau PKR. Bagi politik Sabah, isu perkauman tidak boleh dipertikaikan. Tidak mungkin. Dalam masa 20 tahun dari sekarang mungkin hal ini akan berubah. God willing… Kadang-kadang ketelampauan bah isu ni diapi-apikan.

Bagi aku, lebih baik calonkan Dr. Jeff untuk PKR sebab dia merupakan musuh politik Joseph Kurup (kalau Tan Sri bertanding la). Sama-sama ada ‘kaki’.

Datuk Bernard Maraat pula secara terang-terangan memberikan clue untuk bertanding mewakili parti BEBAS.

Melihatkan keadaan Pensiangan, siapakah pemimpin yang diperlukan? Jawapan saya: lihatlah calon yang berkemampuan untuk membantu penduduk di sana. Jangan pula PKR letak calon ‘ayam mati’ dan ‘guntalou’! Buang masa saja.

REFORMASI!

14 Responses to Sembang Kedai Kopi untuk Pensiangan

  1. Mariah dah tentu lah PKR akan Letak calon pilihan orang tempatan

  2. Nami says:

    Teh Tarik xde ke kat Pensiangan?
    hehe..

    Ezreen sekarang pun busy pasal pilihanraya Canada..
    dia cakap kat Calgary(tempat dia) org sembang politik minum cold beer..
    dia minum apple juice.haha!

    anyway sila2 la comment my blog ok?

  3. Watan says:

    JGK= No tapi kalau Mr. Maraat tarik masuk PKR camna? Tapi lebih baiklaa orang tempatan yang boleh jadi giant killer macam Kadoh Agundong cam dulu dulu. Aiseh best kalau saat itu diulang kembali. Sincerely, not many of us trust Jeffrey for his ‘frogging’ antics….PBS, AKAR, PBRS and now PKR,hmmmmm……(pikir panjang juga ni)

  4. tompinai says:

    ala….jeffrey lagi..pindah² parti saja tu…bagus² PBS dulu pindah sini sana..tpi ok juga kalau bernard maraat bertanding ba..time pilihanraya dulu dia nda kena kasi calon ramai org pensiangan berkumpul d rumah dia sna liawan..then dia kena panggil musa aman sna hotel perkasa keningau berunding..last² dia kena bagi jawatan lain..tetau jawatan apa suda tu..yg sa tau jawatan bahagian mengurus koridor raya yg tu ari kena buat tu d sabah bah..lg pun bernard maraat ni kira saudara mum sa juga..ok juga nie orang dia..kalau kurup bertanding bagus jangan la..kalau mo bertanding pun buat agreement luk yg dia buli kasi maju tu pensiangan..hahahaha..

  5. tompinai says:

    tpi mcm sa dgr c andipai tokeh kayu balak kena suruh bertanding lagi…akakakakkkaka…no komen la kalau dia bertanding…mmg dia org bahagian sna la..emm no komen..

  6. rogon says:

    bila sebut Dr.Jeffrey, biasanya respon Sabahan majoriti ialah, “ahh dia tu tiada pendirian, pindah2 saja party”..

    tapi sekarang mana lagi buruk…
    pindah2 falsafah politik tapi stay satu party politik.
    atau pindah2 party politik tapi falsafah politik tetap sama, (kick out PTI, more oil money, sebagai contoh).

    apa yang kurang dgn Dr.Jeffrey karang ni ialah effektif communication. Dia kena pakai juga ni teknologi IT dan elakkan majoriti orang speculate macam2 pasal dia.

  7. sabah98 says:

    Lompat parti tu memang patut kalau idelogi2 yang diperjuangkan dlm parti semata2 untuk kebaikan rakyat, negeri dan negara tidak lagi mendapat sokongan penuh ahli2 parti yang lain. Ahli2 parti ni mau pemimpin yang bleh jaga ‘welfare’ mereka dan cronies sja.Bagi mereka ideologi yg tersebut tak setanding dengan jawatan ,wang ringgit atau mata wang asing yang bakal d offer.

    P lah parti yang setuju dgn ideolgi kita yang boleh jaga maruah rakyat bangsa dan negeri. Jangan pula lompat pasal mau jawatan ,RM,US dollar dll.Itu bukan pemimpin namanya tapi opportunitist, banyak tu dikedai2 & kaki 5 berhampiran.

  8. Dukaruk says:

    Ada baiknya Dr Jeffry yang dicalonkan di pensiangan kerana beliau boleh dikatakan calon heavy weight bagi menendingi yb joseph kurup yang semestinya akan di bantu oleh orang2 kuat BN.
    Kita mahu melihat seorang pembangkang yang berani bersuara di parlimen duduk sebaris dengan pemimpin2 pembangkang yang lain. kita mahukan pembangkang yang tidak kering IDEA dalam menangkis dan membidas hujah2 BN di parlimen, dan kita mahu Pemimpin pembangkang dari sabah yang disegani dan dihormati oleh pihak kawan dan lawan.

  9. Dukaruk says:

    Ini adalah peluang terakhir dr Jeff. kalau dia main lumpat2 lagi…sia 200% kompiden next time tiada satu urang pun rakyat sabah percaya sama dia lagi. Cuma kerana dia ni genius dan berani, kita kena bagi peluang lagi sama dia……….

  10. sabah98 says:

    Setuju dgn Dukaruk. Bagi Dr. Jeffry jadi calon di Pensiangan. Nanti salah pilih calon lain pula, sudah menang jadi macam MP Kinabatangan.maluuuu…Sabah oiii…bukan budaya kita.mungkin budaya diorang. Kinabatangan tukarlah MP kamu tu..sebelum dia buat hal lagi d Parliment lagi.

  11. zaghani says:

    Pensiangan ada 2 DUN, Sook ( majoriti Dusun dan Nabawan ( majoriti Murut ), sapa pandai manipulasi calon tu menang

  12. liwaliwa says:

    x kira apa jua la calon Pkr Yang penting..dpt jg kc klh Bn
    ni.,,
    Br ada yg jd pemangkin pembangunan infrastruktur sana..
    mksd sa kalau Bn klh baru berabis tu dia mo kasih maju Pensiangan.
    supaya 5 thn akn dtg nti kena rakyat undia dia blk…
    Malaysia maju uda kunun tp sana dalam2 teda knl uda PM skg,..

  13. Jay says:

    @ Saye tak berapa yakin PKR boleh menang di Pensiangan. Semangat PP & KT tak akan sampai ke Pensiangan. Apa tidaknya, waktu pilihanraya di PP, org2 Pensiangan yg hanya mengharapkan berita RTM fikir yg DSAI akan kalah, bahkan kalah besor. Nah, semangat org KT pun tak sampai. Apa tidaknya, ramai yg tak tahu pun ada pilihanraya di KT. Apalah nak kate, Pensiangan ini jauh, jauh betul dari dunia realiti. Yang mrk tahu & kenal ialah BN. Kecualilah, kecualilah DSAI dan Pakatan Rakyat dan kerjasama SAPP dan parti2 kecil di Sabah kerja keras utk menangkan PKR. Entahlah saya tak berapa yakin mrk boleh bekerjasama. Sebab apa? Org nak duit. Harap maklumlah, kan mrk mesti, ramai yg petani. Nak harap siapa bagi bibit padi, getah dll. Nak harap siapa bagi baja dan alat2 pertanian. Nak harap siapa bagi elektrik & air. Boleh ke PKR, SAPP? Jangan salahkan pengundi Pensiangan kalo PKR kalah. Tuduh macam2. Tak adil lah tu. Sebab apa? Para pemimpin PKR Sabah pun bercakaran, sapa nak jadi calon? Dengar SAPP nak letak calon, dengar parti2 nyamuk yg lain nak letak calon. Manpussssss kite. Tapi kalo ada kerjasama sama, sepakat macam di PP & KT, kalah pun tipis dan menang pun tipis. Percayalah, ini 1st punya informasi. Sebab saya ini org Perak yg tinggal di Sabah, isteri saya orang sana. Keluarga sebelah isteri saya juga orang sana. Semuanya org kuat UMNO. Di kampung, daripada 350 pengundi, 7-10 je asaya tahu akan sokong PKR. Itupun anak2 muda & yg endah ada kaitan dgn politik!

  14. LonsoidiD'aki says:

    Atukoi.. tia semana² Pensiangan jadi popular. Popular kalau dari sudut positif tiapa la juga ni.. hampir² kesemuanya negatif. Dari sudut ekonomi, pendidikan, urang bilang kuncit. Om tia lama lagi ada pemilihan pemimpin. Sa kalau kalau ada sakti sa pilih pemimpin yang urang bilang ada wawasan. kalau wawasan terhadap diri sendiri jak baik tia payah jadi pemimpin. Pemimpin dalam erti kata sebenar adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kumpulan atau masyarakat yang diwakilinya. ni.. ada yang saja nak kejar ‘title pemimpin’ sebagai batu loncatan untuk mendapatkan title yang tah apa² tapi dari segi sumbangan terhadap masyarakat yang diwakili langsung inda kedengaran. Peranan pemimpin sebenarnya hampir sama dengan peranan ketua keluarga. Mana ada ketua keluarga yang sanggup melihat ahli keluarganya susah. Begitulah juga peranan pemimpin. sepatutnya pemimpin merasa malu jika melihat masyarakat atau kummpulan yang diwakilinya tidak terbela. Tidak ka golongan ini (pemimpin) rasa bersalah kerana tidak mampu membantu mereka² yang menyokongnya. Kalau setakat bagi peruntukan buat “bus stop” ja.. itu pasti tidak akan mengubah nasib masyarakat yang diwakilinya. Ntah² esok lusa bus stop rusak kena ribut. kenalah ada visi. jan kerana kena bagi peruntukan beli tapai ja tus sokong membabi buta. Title pemimpin ni.. hanya yang terbilang sahaja yang layak untuk memikulnya. itu bab pemimpin… Bagi pengundi Pensiangan… buktikan.. MURUT bukan senang diurut dan DUSUN bukan mudah disusun. Urang lain sudah pijak bulan kita buat jarum pun inda pandai. Takkan kita tukang sorak kejayaan orang lain.. nanti sinang² kena pijak. Apa pun sebagai pengundi.. pilihlah pemimpin yang betul² urang bilang berjiwa pemimpin yang boleh membantu kita bukan dalam masa yang singkat tapi untuk satu jangka masa yang lama tapi berkekalan.Barulah disegani… Jangan jadi sang “buhangkut”.. ingkulitan nga modop-kodop.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: