Najib Penyelamat Malaysia?

Dengan sepenuh hati dan jiwa raga aku mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana telah menyelamatkan Malaysia dari kegawatan ekonomi. Oleh kerana Abdullah Badawi lembab dan suka tidur serta Anwar Ibrahim pula menipu berkenaan pertukaran kuasa, maka mereka ini tidak layak jadi PM. Kehebatan Najib sebagai Menteri Kewangan dalam tempoh yang agak pendek ini sudah mula menyerlah dan pastinya beliau adalah calon terbaik untuk menjadi PM kelak. Ptttuii!

Errkk, kalau aku puji lebih-lebih ni Kak Rosmah jangan jealous. Abang Jib memang hebat tau… Awww…

Petikan ucapan Najib telah menyebabkan aku tabik spring kat dia ni.

PUTRAJAYA 20 Okt. – Kerajaan yakin negara ini tidak akan terjerumus dalam kemelesetan ekonomi pada tahun depan atau terjebak dalam krisis ekonomi global, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

– UTUSAN MELAYU

Ui naaa… kalau inilah PM kita nda la aku tau. Belum apa-apa sudah kena guna duit EPF. BUkan setakat itu, minyak pun turun sepuluhsen jak. Matai… Macamana ada kesan barang mau turun kalau turun sikit-sikit? Barang tidak akan turun harga melainkan terus turun sekitar Rm1.00.

Cuba kita tengok akhbar lain:

Bank of England governor Mervyn King last night admitted that Britain was entering its first recession since the early 1990s. He is the most senior figure to use the word recession since the slowdown began.Against a backdrop of more bad news on the economy, King told a business audience in Leeds what most of them already knew – that the economy is shrinking.

“The combination of a squeeze on real take-home pay and a decline in the availability of credit poses the risk of a sharp and prolonged slowdown in domestic demand. Indeed, it now seems likely that the UK economy is entering a recession,” King said.

 

– THE GUARDIAN

Pakar ekonomipun sudah cakap begitu. Inikan pula Najib yang baru beli kapal Nuri untuk pertahanan tidak pandai buat tawaran harga? Pok silap bah dia tu. Mau komisen jak kerja dia!

Masa dalam Parlimen ketika Ketua Pembangkang membahaskan Bajet 2009 dia langsung tidak tunjuk muka sedangkan dia ni kedapatan berada di perkarangan Parlimen. Wakil pun tiada. Cuba la bah kamurang tengok rakaman parlimen di Justin TV. Kalau setakat tengok ulasan TV3 tiada guna tu.

Kepada penyokong-penyokong BN, kalau kamu sokong juga si Najib jadi PM memang kamurang tiada guna. Kalaulah…

Nota Kaki: Bikin malu ni orang...

18 Responses to Najib Penyelamat Malaysia?

  1. ziq says:

    hy, lady mariah.. “okuro-kuro no?” hehe.. ini sajalah perkataan yang plg saya ingat masa belajar Bahasa Kadazandusun dulu. i lov ur blog. ya, bukan semua yang anda tulis saya setuju, tapi saya tetap suka blog ni! hehe.. 1 of my tutor pun asal dari tempat anda.

    sebagai generasi muda, kita tidak boleh taksub dengan pemimpin! ya, bagi yang muslim, menghormati pemimpin adalah tuntutan, tetapi lihatlah peribadi dan moral pemimpin tersebut. yang penting, untuk tika dan saat ini, generasi muda perlu analitikal dan tidak hanya menerima tanpa periksa sesuatu perkara. cukup cukuplah tu, ‘disuap’ dari darjah 1 sampai masuk U! gelombang kebangkitan sedang menggila sekarang, adakah kita sedang menaiki bahtera atau masih berselimut dan menunggu masa untuk jadi korban?? hmm..

  2. kalau namanye penjenayah(najib) penjenayah lah jugak……….kaki pompuan,pas main dia bunuh pakai C4……..tak cukup berbini,dulu bini anak raja dia kasi fitnah pasal nak kawin ngan Rosmah…..

    tak tau la…..kalau rakyat malaysia nie pilih dia lagi sah lah ini negara “cuckkoo”(gila)
    bak kata namawee……………

    memilih pemimpin di kalangan penjenayah !!!!!!

  3. ziq says:

    lee, tambahan. NAJIB terlalu manjakan anak-anak FELDA!

  4. sabah98 says:

    Betul tu Lady, tapi….
    1) kalau Najib take over, Malaysia lebih kaya dari negara-negara barat hingga duit kita lebih mahal dari euro dan pound.
    2) kalau Najib take over, kita di Malaysia mana ada susah,’ kemelesetan ekonomi’ tidak akan jadi walaupun harga minyak naik2 turun sikit, harga barang naik hingga ke langit. (Kalau jadi pun kita tipu diri, bilang tiada ‘ kemelesetan ekonomi’ sambil tutup mata)
    3) kalau Najib take over, Malaysia football team boleh p semi-final World Cup nanti.silap2 p final kalau cukup training.
    4) kalau Najib take over, MP Kinabatangan (gambar tuuu..) jadi guru sekolah budak2 degil atau pun fuyoh-fuyoh.

    KALAULAH….
    undilah Parti BN fuyoh-fuyoh.

  5. ladymariah says:

    Kalaulah…

    Valuecap Sdn. Bhd. menemui kegagalan? Bagaimana wang sebanyak RM 5 bilion itu akan dikembalikan kepada KWSP?

    Mcm ***** saja menteri kewangan baru ni urus duit rakyat. senang-senang dia bantu syarikat yang ntah dari mana ni. Billion bah jo… Bukan alang-alang…

  6. sabah98 says:

    lah… kan dia bilang Sabah jadi fixed deposit.Susah2 mau cari lain tempat, dia ambil saja lah hasil dari minyak dan kayu balak sini.Billion-billion juga tu mungkin lebih…trillion ohhh.Sapa dari sini mau komplen.kalau ada komplen pun dia dan co buat tia tahu saja.pembangunan,pembangunan…

    Sabah dia punya kubu kuat,penyokong ramai.Dia buat tidak betul pun, di sini sokong gila.Kasi menang sama diorang lagi.Sudah mode automatik,jadi habit.

    Lady, check this out http://www.mysook.net/home/ Its a new website.Good info on P182.

  7. omsabah says:

    najib banyak duit tu, so memang tiada masalah dia jadi pm.
    ada kuasa semua buli atur. mangsa pertama kwsp la.
    ikut sukahati dia saja….mkan

  8. bayumurni says:

    Malaysia ni kan negara dia orang punya,, hatta bapak dia orang,, jadi boleh le buat sesuka hati mereka,, bukan kah gitu,,
    sama macam menteri-menteri di sabah jua,,seluruh angota keluarga jadi menteri2 yg di lantik,,
    Jadi bilamana ahli korga ada dalam jawatan menteri maka senag lah mereka makan duit rakyat sesuka hati,,
    Ibarat sekarang ni ,, apa saja yang tak di suap bila nak makan,,,!!!

  9. Eii Ziq sapa kata dia manja kan anak Felda……….Eh…aku nie anak Felda apa yang dia pernah buat untuk Felda kampung aku takde!!!!!!!!!!!!!

  10. haris says:

    aku rasa bah kan..bagus dia dihantar pi pinangah ka, sugut ka, nabawan ka..pastu kasih dia jual sayur, pastu duit jaul sayur tu (kalau laku la)pi kedai. apa yg dia buli beli, pencucuk telinga pun sudah mahal bah!!

  11. Jom baca kesinambungan kisah YB J dalam Laman Blog Lee…..Jangan lupa tinggalkan komen anda nanti Lee Balas………….

  12. ladymariah says:

    Selepas KWSP ! Tabung Haji Pulak sasaran UMoNO

    Kita telah mendengar sebelum ini bagaimana Kerajaan menggunakan wang KWSP untuk dileburkan di Bursa Saham, kini desas desus bertiup kencang Tabung Haji akan sekali lagi menjadi Mangsa kerakusan pemimpin BN, Tabung Haji Mempunyai rekod membeli saham saham bukan syariah dan berkaitan judi dan akhirnya terpaksa dijual dalam keadaan rugi, Tabung haji juga pernah dipaksa membeli kawasan sawit yang luas meliputi kawasan wilayah Indonesian dan pada asalnya rugi, tetapi di senarai awamkan apabila pelaburan tersebut mengalami keuntungan berganda selepas kenaikan harga komiditi sawit tersebut, dan ia disenarai awam atas nama TH Plantation yang membuatkan pendeposit tabung Haji hilang hak dan keuntungan sebenar dari kenaikan harga komiditi,

    selain itu Tabung Haji juga terlibat dengan pelaburan matawang asing(Forex) yang menyebabkan kerugian RM 200juta duit pendeposit, dan yang terkini Tabung haji membeli ekuiti Silverbird yang mempunyai kepentingan terhadap pembuat roti kontroversi HIGH 5 dengan pembelian RM 300juta.

    sedangkan dengan nilai RM 300juta banyak pengusaha roti Islam dan pengusaha makanan orang Islam boleh dibantu tetapi Tabung Haji dipaksa melaburkan wang ummat Islam bagi menyelamatkan tauke tauke Cina.
    kalau Syarikat Ummat Islam dengan hasil suci duit Ummat Islam boleh digunakan untuk membeli dan membantu syarikat Bukan Islam dan digunakan untuk pelaburan Forex yang diharamkan, apakah Kerajaan Umno Hadhari ini bertanggungjawab?

    Ini Berita Terbaru bagaimana sudah ada suara mahu pertubuhan dan Majlis Islam membeli saham saham Syariah yang dibawah nilai, tidak dinafikan pelaburan pada ketika dibawah nilai adalah satu pelaburan yang baik, tetapi apakah orang Islam didalam pertubuhan ini tahu selok belok pelaburan? tidakkah nanti dana ini akan diberikan kepada pihak ketiga untuk dilaburkan seperti wang KWSP kepada ValueCap?

    ketika itu mereka hanya membeli saham saham untuk kepentingan Syarikat dan portfolio pelaburan mereka, akhirnya duit ummat Islam yang dihanguskan.
    adalah lebih baik Tabung Haji atau mana mana institusi Islam memikirkan bagaimana mereka boleh menyediakan Kompleks Perniagaan seperi yang dibuat PKNK(Perbandanan Kerajaan Negeri Kelantan) yang mendirikan tempat perniagaan usahawan melayu ditengah Ibu Kota dengan nama KB MALL yang telah mendapat pengiktirafan pasaraya terbaik yang jualannya mengatasi KLCC? tidakkan ini satu contoh yang baik bagi perbadanan Ekonomi di Negeri negeri Pakatan memikirkannya? jangan ada pemimpin negeri Pakatan masih terikat dengan cara pemimpin Umno untuk menguruskan anak Syarikat mereka, malah adalah lebih baik tabung haji dan badan badan ekonomi Islam yang lain juga memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan soal “Pinjaman Along”?

    pernahkah kita dengar nama Mohd Yunus dari Bangadesh yang memiliki Bank Grammeen yang menyediakan pinjaman Mikro sehinggakan anda mampu membeli 2 ekor kambing dengan meminjam di Bank. model perbankkan Yunus inilah telah membuatkan dia dianugerahkan hadiah Nobel. tetapi ramai dikalangan pemimpin Pakatan tidak mengambil sikap ” Merakyatkan Ekonomi” tetapi masih memilih kaedah pelaburan bercitarasa tinggi ala UMNO. Ok kita akan sambung cerita merakyatkan ekonomi dilain masa, dan ini adalah petikan dari Utusan bagaimana mereka menyaran dana Ummat Islam dilaburkan dipasaran saham.

    Lawan tetap Lawan

    —————————————————————-
    ARKIB : 28/10/2008

    Segera hulur bantuan – Kaunter saham syariah perlu sokongan pertubuhan, majlis agama Islam

    Oleh SARAH NADLIN ROHIM

    KUALA LUMPUR 27 Okt. – Kerajaan dan pihak yang mempunyai dana besar digesa menghulurkan bantuan dengan segera dengan menyunting dana ke dalam pasaran saham tempatan.

    Para penganalisis pasaran berpendapat langkah tersebut wajar memandangkan Malaysia tidak dapat lari daripada terkena tempias kejatuhan pasaran saham global.

    Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, Huda Ikhwan berpendapat, pihak atau pertubuhan agama Islam yang mempunyai dana yang banyak mungkin dapat membantu dengan menyuntik dana ke dalam pasaran tempatan.

    ‘‘Malaysia sebagai pelopor kepada pasaran modal Islam dan mempunyai kaunter-kaunter saham yang berlandaskan Islam memerlukan sokongan atau bantuan daripada pertubuhan dan majlis agama Islam yang mempunyai dana yang besar untuk membeli saham-saham bermasalah ini.

    ‘‘Kebanyakan kaunter-kaunter tersebut tidak mempunyai harga yang sama dengan nilai syarikat tersebut, dengan menyuntik dana ke dalam saham mereka akan dapat membantu kaunter tersebut ‘bernafas’ semula,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

    Pada minggu lalu, prestasi bursa tempatan menurun ekoran jualan sederhana sejajar dengan prestasi pasaran serantau seperti bursa saham Hong Kong, Shanghai, Jepun dan Korea Selatan.

    Kejatuhan kaunter perladangan dan kewangan telah menurunkan penanda aras pergerakan Bursa Malaysia, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL), apabila mengakhiri dagangan minggu lalu pada 859.11 mata, iaitu paras terendah dalam tempoh tiga setengah tahun, setelah kehilangan 46.12 mata, daripada 905.23 pada Jumaat lepas.

    Tambah Huda, pelaburan yang dibuat majlis agama Islam itu adalah untuk jangka panjang dan selepas beberapa tahun mereka boleh mendapat keuntungan melalui pelaburan itu.

    Selain itu, Huda turut mencadangkan agar pihak berwajib dapat melonggarkan sedikit undang-undang dalam pasaran bagi menggalakkan lebih banyak dana masuk untuk menggalakkan aktiviti dalam pasaran saham.

    ‘‘Sebagai contoh pelabur yang meminjam untuk membeli saham, mungkin pihak bank dapat memberi sedikit pelepasan kepada mereka bagi menggalakkan mereka kekal berada dalam pasaran.

    Langkah

    ‘‘Sementara itu, margin yang terdapat kini perlu dikaji semula kehadirannya bagi mengelakkan semua pihak menjual semua saham tanpa ada pembeli dalam pasaran,’’ jelasnya.

    Sementara itu, Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj berpendapat, langkah kerajaan mengumumkan rancangan penyuntikan dana sebanyak RM5 bilion melalui Valuecap Sdn. Bhd. (Valuecap) masih belum menunjukkan hasil, menjadikan pasaran berada dalam keadaan tidak menentu.

    ‘‘Sepatutnya pada masa ini, Valuecap sudah mula membeli saham-saham di bawah nilai,’’ katanya.

    Beliau berpendapat kerajaan kini perlu menggunakan pendekatan psikologi bagi meyakinkan pelabur tempatan dan luar yang berada di negara ini untuk terus berdagang di sini.

    Manakala Huda berpendapat, pengumuman kerajaan melalui suntikan dana kepada Valuecap sebelum ini memberi sedikit harapan kepada pasaran.

    ‘‘Tetapi para pelabur kembali tertekan apabila dana tersebut belum lagi masuk ke dalam pasaran dan kaunter mana yang akan menjadi pilihan Valuecap.

    ‘‘Valuecap tidak hanya perlu melihat kepada kaunter-kaunter saham mewah atau kaunter syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sahaja tetapi perlu juga melihat saham berwajaran sederhana tetapi mempunyai potensi keuntungan yang besar,’’ jelasnya

  13. farrel says:

    mahasiswa dan rakyat dalam bahaya sekiranya Najib jadi PM..
    PAKATAN RAKYAT cepat2la lakukan peralihan..
    AUKU dan ISA pasti akan berleluasa seandainya Najib jadi PM

  14. Tambuakar says:

    This is another method for KWSP to steal our money!

    Remember during Budget 2008 announcement last yr, our Finance Minister (cum PM) announced that in order to assist KWSP members to reduce the burden in housing load repayment, KWSP will allow monthly withdrawal from members’ A/C II for the purpose?
    Sounds like a nice goodies!
    When you apply for the monthly withdrawal, you only need to provide KWSP yr housing loan & instalment details
    from yr bank and the bank a/c # you like KWSP to bank the monthly
    withdrawal into it. KWSP will approve yr
    application based on the available amt in yr A/C II and compute the withdrawal period by dividing the approved amt with the monthly instalment amt. Application process takes about a month and you will receive the monthly payout promptly into yr bank a/c!
    Well everything appear to be nice and good. It was indeed a noble plan until you take to close look at yr KWSP Statement!

    The withdrawal plan is actually a SCAM!

    This is how the KWSP SCAM works…….

    Assuming you have RM100,000 in yr A/C II and yr housing loan’s monthly instalment is RM2000/mth.
    KWSP will approve yr application of withdrawal from yr A/C II of RM100,000 and pay you RM2000/mth for the next 50mths.
    Everything appears to be in order BUT…….

    What KWSP didn’t highlight to you is that when the application was approved, the TOTAL AMT (RM100,000) is removed from yr A/C II! It appears to be transfered to an unknown a/c to effect the monthly payment from therein.

    The impact to the member are as follows :-
    1. You just lost RM100,000 from yr A/C II. Assuming the KWSP Dividend is 5%, you will lose >RM4,000 in dividend during the 1st year. Based on the above example you will will lose >RM10,000 over the 50 mths period!
    2. There is no statement to account for the amt approved vs amt paid, hence you would need to keep the monthly payment voucher to reconcile against the approved amt over the 50mths period to ensure there is no missing amt!

    Assuming there are 100,000 members who innocently fell prey to this SCAM, based on the above example, KWSP would have cheated the members of 100,000 X RM10,000 = RM1,000,000,000 (that’s RM1 BILLION) over the period!

    Furthermore, if you discovered this SCAM early and intend to stop the plan, KWSP would not allow any cancellation of the plan until at least 1 year. That would mean, once the application is approved, based on the above example, you would have lost >RM4,000.
    100,000 members would have lost 100,000 X RM4,000 = RM400,000,000 (RM400 MILLION) in One Year!!!

    If you’re a victim of this KWSP SCAM, would suggest you call yr MP to raise hell in Parliament! For others who have not fallen into this SCAM, pls continue to watch out and alert yr family & friends about this.

    HOW COULD THE GOVERNMENT ALLOW ITS AGENCY TASKED WITH SAFEGUARDING ITS CITIZEN’S HARD EARNED MONEY TO CHEAT ITS MEMBERS IN THIS MANNER???

  15. ha…ha…ha…ha. sabar kengkawan……………sabar….
    Dato’Seri Anwar tengah jerat najib Najib untuk yakin kan Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Yang Mana Najib tun Razak memang tak boleh pakai…..

    hari tu masa Dato’ Seri Anwar jumpa YDP Agong minta runding artikel 40(1) daripada artikel 43(4)…jadi YDP agong kata kalau nak artikel 40(1) agong minta Anwar buktikan ketidakcekapan Najib dalam menguruskan Negara…………

    Ni lah Jerat Dato’seri dan nampaknya Najib dah masuk perangkap….sikit hari lagi Agong “announce” lah

  16. ladymariah says:

    Lee anggp ini 1 teori ke?

  17. Ini bukan teorai ini kenyatanaan SAYANG !!!:)

  18. bayau says:

    akupun org sabah dari pitas…aku gembira juga ada anak watan sabah yg segagah lady mariah…cuma kita tidak perlu terlalu patriotik dgn keadaan semasa waktu ini..perjuangan lady mariah cukup besar..apa yg saya cadangkan dgn pakej yg ada pda lady mariah…cuba kita cari jln untuk laksanakan perubahan negeri sabah yg kita cintai ini yg kalau kita lihat sekarang ini semacam wujud ketidaktelusan dlm membangunkan negeri yg kita cintai ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: