Najib sudah tunjuk taring

Bakal PM berkuasa mutlak!

Bakal PM berkuasa mutlak!

Apabila malam tadi aku tengah buat sedikit matematik, staff yang tinggal serumah dengan aku buka TV3. Maka kedengaranlah berita ‘kong kali kong’ putar belit menuduh ahli parlimen dari pihak pembangkang tidak bertanggungjawab kerana beramai-ramai mengambil keputusan keluar dari dewan parlimen ketika penggulungan belanjawan 2009.

Apabila mereka menemuramah Najib berkenaan hal tersebut maka akupun lantas mencari sedikit maklumat dari internet dan kawan-kawan yang berada di parlimen ketika kejadian semalam. Ternyata, si Najib sudah tunjuk taring! GeezZZZ!!! Belum jadi PM pun sudah tunjuk kuasa. Najiblah satu-satunya Menteri Kewangan yang membentangkan belanjawan negara dengan keangkuhan. Dia langsung tidak membenarkan sebarang soalan dan juga MP tidak dibenarkan mencelah. NAJIB INGAT PARLIMEN TU DIA YANG PUNYA???!!!

Jangan nafikan hak aku kerana aku rakyat Malaysia yang bayar cukai pendapatan. Duit yang dibentangkan itu adalah duit rakyat. Termasuk duit aku. Nampaknya Najib adalah manusia yang begitu angkuh dengan gelaran yang bakal disandangnya. Belum jadi Perdana Menteri sudah berlagak BERKUASA MUTLAK! Kepala hotak hang la! Tak lama lagi PM baru ni akan jadi kebal undang-undang. Dia anggap Malaysia ni dia punya.

Ketika membentang belanjawan, Najib sekadar membaca teks yang sudah tersedia. Maknanya dia memang tidak mempunyai pengetahuan yang arif berkenaan ekonomi negara. Beginikah menteri kewangan baru? Pak Lah lompat-lompat sambil tepuk tangan sebab dah serah jawatan. Pandikar Amin pula tercemar kehormatannya setelah menjadi ‘kuda tunggangan’ mempertahankan Najib supaya tidak ditanya soalan. Enduuu bah… kesian betul speaker ni. Kena kasi ayam-ayam bah kau.

P/S: Fikir punya fikir mungkin ada sebab juga diorang takut Najib ni. Ntah-ntah memang betul org cakap dia tokeh C4. Ok la, sampai sini dulu kali ni. Mau tengok news dulu rancak cerita pasal Obama ni skrg! Salam…

7 Responses to Najib sudah tunjuk taring

  1. Rem says:

    Ramai orang tidak faham peraturan parlimen. Orang yang membentang ada hak untuk tidak menerima celahan (point of information) ketika membentang. Itu adalah pertimbangan personal mutlak setiap MP, sama ada mahu atau tidak mahu menerima soalan. [Nota: Tapi bantahan (point of order) masih boleh dikemukakan kepada Yang Dipertua].

    Ya, saya juga tidak setuju bila Najib menutup peluang celahan. Untuk sesi pembentangan belanjawan negara — iaitu antara item TERPENTING di dewan parlimen. Tapi adakah itu angkuh? Saya fikir TIDAK. Kenapa pula seseorang itu boleh dikata angkuh hanya kerana mengambil hak yang memang diperuntukkan oleh peraturan yang sah? Lainlah kalau tindakan itu melanggar peraturan dewan parlimen.

    Mari saya defnisikan angkuh itu apa. Begini:

    Kalau seseorang itu belum lagi menjawat jawatan menteri (bahkan, belum pun diisytiharkan sebagai MP): tapi sudah mencanang serata dunia (bukan setakat Malaysia!) bahawa dia bakal menjadi PM pada sekian-sekian tarikh — inilah yang dikatakan satu keangkuhan paling biadap di alam fana.

    Sekurang-kurangnya Najib sudah jadi TPM dan sedang menjawat porfolio sebagai Menteri Kewangan. Kalaupun dia mahu tunjuk kuasa (itu pun hanya dalam dewan parlimen saja) — what is so big deal about it? Bukan macam orang itu. Sejak sebelum terpilih sebagai MP lagi, dia sudah mencanang satu jagat raya bahawa dia akan jadi PM. Kononnya, ada ramai MP BN yang sudah datang berbondong-bondong berpaling tadah. Kenyataan yang sungguh angkuh! Dia ingat Malaysia ini dia punya? Dia ingat hanya suara komuniti reformis saja yang relevan dan penting? Suara rakyat majoriti yang lain tidak penting?

    Sebenarnya sangat pelik bagi seorang yang menjadi ahli setia Kelab Peminat Pemimpin Yang Paling Angkuh di Malaysia (baca: AIC) boleh pula mempertikaikan sifat angkuh pemimpin lain. Analoginya begini. Kita marah pada lelaki yang suka mengurat perempuan bawah umur. Tapi dalam masa yang sama, kita memuja-muja boyfriend kita sendiri yang memang suka meniduri budak perempuan bawah umur.

    Hal ini sangat ironik dari segi logik akal, kan? Tapi apa-apa pun, ini hanya pendapat peribadi saja. Saya bukannya marah.🙂 Sekadar memberi pandangan.🙂

  2. ladymariah says:

    Oh, really? Anda bebas memberikan pandangan. dan pandangan ini sebenarnya bukanlah komen untuk posting kali ini tetapi cuma ingin mengejek saya kerana menjadi ahli AIC. Sila join kelab ini untuk mengtahui objektif kelab yang tidak pernah diajar untuk memuja mana-mana individu. Kami sentiasa terbuka untuk memberikan komen dan pendapat. Oh dear… Kasian lho!

    Oh ya, 1 more thing, dia ni juga anti-Anwar Ibrahim. Hehehehe. Yang pastinya Rem tetap tak setuju akan keANGKUHAN Najib.

    Sila rujuk kamus dewan untuk mendifinisikan ANGKUH ya sayang😉

  3. Hello Bertemu lagi ya Mr.Rem……….

    Haa…..pasal tu?? Dah memang itu Angkuh namanya Rem nak buat macam mana …eh kau tak tau ke Parlimen tu kan dewan rakyat…..tempat dimana Perwakilan Rakyat boleh bersuara, sesuai dalam Artikel 32(5) yang mana Ahli parlimen yang mewakili rakyat di kawasan Parlimennya berhak bersuara untuk mencelah dan membantah mana – mana fasal dalam pembentangan yang dirasakan harus dipinda dan ditukar….
    ini kalau mencelah pun tak boleh ……Lagu mana yang bakal “Pee Eem” kita tu kata suara Demokrasi masih subur lagi dinegara ni??Tak langgar peraturan Dewan tapi dah langgar Peraturan Perlembagaan Persekutuan….(saudara Rem kena baca banyak lagi tu pasal undang – undang)

    Tapi la En.Rem Definisi Angkuh tu dalam kamus Dewan…heh…heh..nak citer sikit la (pasal baru balik dari Dewan Bahasa dan Pustaka tadi nih kat Jln.Hang Tuah gi amik proposal) ;

    Angkuh tu maksudnya RIAK,atau BESAR DIRI,merasa dirinya betul dan menidak hak orang lain dalam membuat atau menerima keputusan……(kalau nak terngkan lebih detail adala dalam 2,3 page nih)
    jadi memang dah kenalah tu dengan sikap najib dalam dewan rakyat…..mana tak orang angkat kaki belah….Ingat Rem !! selagi Najib tak dapat majoriti sekurang – kurangnya 15% suara dari pihak pembangkang dia tak boleh procced lagi untuk laksakan budget tu tau tak……

    Tapi kan la Rem…………
    Ada bakal PM tu kan belum jadi PM lagi dah lepaskan penjenayah(pada hal dia pun PENJENAYAH gak sebenarnya)….ko nak tau cam mana caranya….he..he..he.. dia lantik ketua Hakim dari ornang – orang dia….Pas tu dia arah kan ketua hakim tu lepas kan perogol dan pembunuh allahyarhamah adik Siti Syazwani.kesian keluarga adik siti syazwani tu pada hal abang dia sendiri yang jadi saksi yang adik bongsu dia sendiri di rogol sampai mati…….kesian nampak nya keadilan buat adik siti syazwani tu dah diperkotak katikkan….(cuba benda ni jadi kat kau Rem apa kau rasa??)
    baru – baru ni pulak suspek pembuduk gadis monggol tuh…..
    Pas tu si penjenayah mentang – mentanglah pernah jadi setiausaha bakal PM kita..
    pun terlepas jugak..ish…ish..ish.. nis mesti pasal dia tau banyak rahsia pasal najib nih……kalau tak lepaskan nanti dengan Najib – Najib sekali terhumban dalam lokap kot
    he..he…he.. nanti tercalar lak pulak reputasi najib sebagai “Pee Eem” Malaysia yang Ke-6(bakal PM malaysia adalah Banduan dan Penjenayah nanti tulisnya muka depan utusan)
    Bila orang dah nampak Bakal PM kita adalah”Penjenayah Terlepas” maka pemimpin – pemimpin dari “Be End” tu pun berbondong – bondonglah lari masuk pakatan rakyat
    pasal mereka taknak bersubahat dengan “PENJENAYAH” tu lepas kan lebih ramai lagi pesalah – pesalah jenayah(tak tertanggung rasanya hukuman di padang mahsyar kelak)
    jadi aku KLASFIKASIKAN mereka bukan berpaling tadah tapi.Tapi niat murni untuk selamatkan Malaysia…
    dan kau kena cari satu maksud lagi dalam kamus dewan ni En.Rem
    cari maksud REFORMIS……aku tau kau malas nak cari tak pe aku tolong bagi tau kat kau…..REFORMIS MAKSUDNYA IALAH PEMBAWA PERUBAHAN……..

    bawak perubahan pada Malaysia ini dari di perintah oleh seorang PENJENAYAH YANG ANGKUH(Najib La sapa Lagi)…….kepada seorang pemerintah yang boleh membawa keadilan yang tulen macam MP permatang pauh…

    he…he…he…..tak tau la kalau kau rela negara nie di perintah oleh seorang penjenayah.
    jangan buat naya En.Rem pasal satu hari nanti kalau Anak pompuan ko kerr atau Bini ko di rogol dan di romen dek menteri – menteri BN tu…tak sempat nak bawak masuk dalam mahkamah atau nak buat report….dah di letupkan pakai C4

    bersepai macam roti capati kat restoran mamak ALI MAJU yang aku selalu makan tu.
    he….he…he….he…he

    Jadi kite kene tukar kene “reform” kene REFORMASIKAN Malaysia macam reformis seperti aku ni En.REM………………

    APA YANG AWAK KENE TAHU EN.REM..KALAU DAH ASALNYA PENJENAYAH BUAKN SAJA ANGKUH HUH 1001 BENDE LAGI ADA KAT DIA…….

    PASAL BAKAL PM TU KENE TAU MALAYSIA NI PU BUKAN BAPAK MENTUA BINI DIA PUNYA JUGAK !!! SO PAHAM – PAHAM LAH

    jangan tutupkan mata atau buta kan hati pasal aku amat pelik pada mereka yang buta mata hatinya tu ….kebatilan dah yerbukti depan mata pun buat tak tau lagi…
    “na u zubillah min zallik” istghifar Rem istghfar mintak di jauh kan la…..

    Anologinya begini………Kita marah bila kawan kita usik bini atau anak perempuan kita
    tapi kita relakan pulak bini atau nak perempuan kita di tiduri oleh bakal Bos besar kita cam tu je la

    Hal ini amat ironik dari segi logik akal,kan ?tapi apa – apa pun ,ini hanya kenyataan peribadi saya saja,saya pun bukannya marah tapi sedih sikit jerkk…sekadar menyerlahkan kebenaran kerana itu di tuntut syarak……JIHAD FI SABILLILLAH TU
    tu en. Rem

  4. Rasanya masa Dr.Mahathir hentikan bantuan ke sekolah agama rakyat dulu bagai mana kah sokongan En.Rem….saya rasa tentu en.Rem setuju kot……pasal sekolah Agama ni tak penting ya En.Rem

  5. Rem says:

    Janganlah merajuk bah. Saya bukan mengejek. Sekadar tumpang lalu, bagi pandangan.🙂

    LeeSlimShady, nampaknya kamu ada masalah pembacaan. You didn’t get my core point. Saya kata, kalau Najib itu angkuh (ya, definisinya RIAK dan BESAR DIRI) — Anwar jauh lebih angkuh. Dia boleh bohongi satu dunia dengan fantasi palsu dia. Bukan sekadar bercakap dalam parlimen, tapi bercakap kepada SELURUH DUNIA. Literally. Itulah yang dinamakan riak. Besar diri. Tin kosong. Belum apa-apa, sudah berkompang satu dunia. Macam Pak Kaduk naik junjung.

    Satu lagi, kenapa reformis suka sangat buat spekulasi sebelum ia terbukti di mahkamah? Kalau begitu, saya juga boleh kata. Anwar itu peliwat lelaki-lelaki muda. Ya, saya tidak suka bini atau anak perempuan saya dirogol orang. Tapi saya juga tidak mahu adik lelaki dan anak lelaki saya dijadikan ‘coffe boy’ merangkap pemuas nafsu.🙂

    Saya tak kata Najib tak bersalah. Tapi biarlah proses pengadilan yang tentukan. Sama macam Anwar. Biar pengadilan yang tentukan sama ada dia meliwat atau sekadar melawat budak tu.

    Siapa yang buta mata dan hatinya? Itu hanya Tuhan yang tau. Kita bukan boleh selami niat ahli-ahli politik ni. Mungkin saya yang dibutakan oleh BN. Mungkin kamu yang dibutakan oleh PR. Itu adalah sesuatu yang subjektif.

    Tapi perkara yang objektif sekarang (dari segi politik Malaysia), kerajaan BN telah diberi mandat oleh rakyat majoriti. Ulang suara: RAKYAT MAJORITI. So, terima sajalah hakikat. He he he he….

    Saya tak tau pula Dr. Mahathir pernah hentikan bantuan Sekolah Agama Rakyat sebab sekolah-sekolah agama rakyat di tempat saya sentiasa dapat peruntukan dari dulu, kini dan selama-lamanya. Makin maju semua Sekolah Agama Rakyat di tempat saya.

    Tapi yang saya tau, Anwar pernah memuji-muji Salman Rushdie, dan Anwar pernah menolak cadangan pemimpin-pemimpin pelajar UM untuk menyemak-semula dan memansuhkan AUKU. Ketika itu Anwar jadi Menteri Pendidikan. Itu yang saya tau.🙂

  6. Saya ta de pun Merajuk En.Rem

    Apa kah saya ada masalah pembacaan,mungkin kot,nak kata Anwar bohongi satu dunia macam mana ya……

    Dia kata dia dah berjaya pengaruhi MP – MP memang benar……Cuma perancangannya di tangguhkan sementara pembentangan Budget kerana hal ini lebih penting kerana belanjawan bakal menetukan hala tuju nasib rakyat….
    Dan rancangan peralihan kuasa masih berjalan seperti biasa kerana Agong mahu Anwar buktikan ketidakcekapan Najib dalam pemerintahan sekiranya mahu YDP Agong meluluskan penggunaan artikel 40(1) perlembagaan persekutuan….

    Tentang Kes anwar…”kalau tidak ada angin masakan pokok Bergoyang” betul tak?
    begitu banyak percanggahan dalam pendakwaan berhubung coffe boynya itu….
    sebab apa yang jelas budak tu bukan cofee boy anwar sebab dia adalah pembantu kepaa pembantu Anwar…
    Saya bukanlah Taksub pada Anwar seperti yang awak sangkakan En.Rem….
    cuma percanggahan iitu yang membuka kebenaran di hadapan mata saya..tak dinafikan saya juga akan Menghentam Dato’seri Anwar kalau kesalahannya berdasarkan bukti tu jelas dan nyata tapi di sebabkan coffe boy Anwar itu adalah rakan serumah saya ketika dia menuntut di UNITEN…..itu yang membuatkan saya sangsi….
    banyak faktor percanggahannya jika dilihat dan dikaji dan “coffe boy ” itu selalunya tak
    mungkin Hampir pada Anwar kerana ada 2 individu yang selalu merapati Anwar….
    sekiranya Idividu ini yang membuat laporan yang mana dia diliwat…maka Anwar jua tak boleh dipercayai…tapi yamg buat laporan bukanlah orang yang selalu mendampinginya tapi orang yang yang selalu berurusan dalam jarak 2 meter dengannya macam mana nak percaya…….:)
    Yang Kes Najib ni…..bila bukak je kes alltantuyya yang mana ada kaitan dengan Najib
    Media – media Arus perdana BN ni macam histeria melaporkan macam – macam hal
    termasuk Meng’Islam’kan Alltantuyya tanpa mendapat kepastian dari Perkim…..Dia begitu rapat dengan setia usaha najib iaitu razak baginda,persoalannya kenapa rekod imigresennya di hapuskan?agaknya Siapa harus dilindungi ?

    Apa relevannya objektif anda itu Encik Rem..??:)BN dapat majoriti melalui penipuan…
    kalau tak menipu….macam mana nak menang,sebab kita sendiri nampak dan jelas mendengar dengan mata dan telinga apabila pengarah SPR si…Rashid jelas memberitahu pembatalan Penggunaan Dakwat Kekal adalah Arahan Dari Kabinet?
    Keputusan Dun Sanglang menunjukkan sikap double standard SPR….
    Keputusan perlimen Pensiangan adlah melalui sikap pembatalan pencalonan yang jelas sekali tidak adil…?

    Jadi anda boleh fikir sendiri penipuan yang bagai manakah mereka boleh lakukan untuk “menunjukkan” mereka mendapat mandat?

    Jadi Dimanakah DEMOKRASI ? DIMANA DEMOKRASI yang mereka katakan tetap subur di Malaysia….

    Semua nya Jelas….DEMOKRASI turut diperkosa dan dicabuli apabila BN menguasai Suruhanjaya PilihanRaya……

    Sekolah agama di tempat anda tetap maju ketika itu heh🙂 tak tau la En.Rem sebab pada 2000 yang lalu ditempat saya bila SAR di hentikan bantuannya Ustaz dan Ustazah dikampung saya mendapat gaji melalui derma orang kampung setiap bulan….
    sekarang ni dah maju lah sikit pasal Anwar dan tuan Guru Hadi dah ada dalam Parlimen🙂 Mahathir pun dah angkat kaki……

    Betul Anwar ada puji Salman Rushdie sebab kita mesti tunjukkan kita bersikap sederhana dalam Islam dan tidak Ektsremis…….
    Menolak Cadangan pemimpin pelajar untuk mansuhkan AUKU ketika itu…”Eh takkan awak tak ingat apa mahathir cerita pada 22 januari haritu “Masa itu saya ada kuasa, jadi susah sikitlah pasal semua orang kena ikut dan tak boleh bantah cakap saya”

    Bila Anwar Cuba Bantah mahathir cakap”lihat datuk seri anwar apa jadi padanya”
    Jadi keputusan menolak cadangan pelajar UKM itu juga atas Tekanan Mahathir…

    Sebab itu yang saya dengar dari mulut mahathir ketika dia berucap di Presint 12 putrajaya hari tu..”tak tau la kalau mahathir tipu:)he…he…he…he…

  7. LeeSlimShady AIC says:

    hari ini anda lihat sendiri apa dah jadi En.Rem ” Orang yang ANGKUH selalu rugi,macam NAJIB yang kena tolak budgetnya dek Dewan Rakyat”

    best tak peribahasa aku ni???

    aku dah cakap NAJIB dah langgar peraturan….kau tak percaya dah la tu….lupakan BN….Jom join Pakatan Rakyat “banyak faedahnya”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: