Sajak Kematian: MENGINSAFKAN

Tidak dinafikan ramai yang takut untuk berhadapan dengan mati. Tanpa berselindung, aku sendiripun amat takut. Mungkin sudah lumrah manusia zaman ini yang sayangkan dunia kerana cinta sesama manusia, kuasa dan kerana harta benda .

Nah, ini adalah video SAJAK KEMATIAN yang telah menyebabkan bantahan daripada ibu bapa kerana ditayangkan kepada anak-anak sekolah. Aduh, rasanya tidak sesuailah video sebegini dipertontonkan kepada anak-anak kecil. Kalau pelajar sekolah menengah mungkin boleh jugalah. Sekurang-kurangnya member kesedaran kepada mereka siapa tahu dapat mengurangkan masalah sosial di kalangan awal remaja. Aku sempat bertanya pendapat kepada seorang tokoh puisi Sabah berkenaan penayangan sajak ini di sekolah rendah dan ternyata dia tidak setuju kerana katanya video ini agak extreme untuk golongan kecil.

Anak-anak kecil tidak patut nonton karna belum bisa nilai. Orang dewasa udah bisa fikir dan nilai maka ia OK. Macam ekstrim pula. Kan baik buat secara lembut dan halus. Untuk orang tua macam kita OKlah.
-Ismaily Bungsu

Memang betul apa yang dikatakan oleh beliau. Aku Cuma tidak setuju bila Tuan Hj. Ismaily cakap “orang tua macam kita”. Hahahaha. Ok, aku belum mempunyai anak (of coz la. Aku belum kawin la bro!) tetapi aku pernah mengikut kursus asuhan kanak-kanak untuk memahami beberapa perniagaan keluarga. Setelah meninjau beberapa buah TASKA di seluruh Malaysia, aku mendapati cara anak-anak kita diasuh adalah dengan cara yang amat baik sekali walaupun ada sesetengan TASKA yang terlalu tumpukan pada pencapaian anak-anak asuhan mereka tetapi apa yang pasti, anak-anak tidak boleh dipaksa. Anak-anak kita tidak pernah didedahkan dengan keganasan dan juga perkara-perkara extreme. Demikianlah dengan murid-murid di sekolah rendah. Apabila melangkah ke sekolah rendah, ternyata anak-anak kita tidak boleh dikejutkan dengan tayangan video yang terus menjurus kearah mati kerana bagi pendapat aku bimbang nanti mereka akan fobia terhadap kematian. Siapa kata ada kaum keluarga yang meninggal dan tiba-tiba anak tersebut berfikiran yang bukan-bukan. Anak kecil imiginasinya tinggi. Teramat tinggi!

Mungkin video ni boleh dijadikan selingan untuk ahli-ahli parlimen kita kerana ada ayat yang menyebut “saya salahguna kuasa dan wang”. Barulah sesuai! So, tidak kira pemimpin pemerintah atau pembangkang dapat cucian hati sikit. Hehehehe. Akupun terinsaf seketika ketika menonton video ini. Sajak ini memberikan gambaran akan balasan kejahatan kita di dunia. Memanglah kita tidak dapat menilai dengan akal apa yang akan bakal berlaku selepas mati tapi kita sendiri mau ingatlah…

14 Responses to Sajak Kematian: MENGINSAFKAN

  1. bayumurni says:

    MEMANG SAJAK KEMATIAN INI SANGAT MENARIK RAKYAT MALAYSIA,,
    TERUTAMA RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM KHUSUSNYA AGAR DAPAT MENGINGATI HARI PASTINYA MATI,,

    TETAPI APAKAH YANG MENJADI HALANGAN KERAJAAN BE END DAN UMNO UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM INI,??

    MEDIA-MEDIA MASA KHUSUSNYA YANG DI BAWAH TELUNJUK BARISAN NASIONAL TELAH MEMANIPULASI KAN ” SAJAK KEMATIAN” TERMASUK PEMIMPIN-PEMINPIN DARI BARISAN NASIONAL DAN UMNO KHUSUSNYA TELAH MELARANG DENGAN SEKERAS-KERASNYA UNTUK TONTONAN UMUM DAN BUDAK UMUR 7~8 TAHUN ADALAH SANGAT-SANGAT TIDAK MASUK AKAL FIKIRAN,,!!!

    MEREKA LEBIH RELA KANAK-KANAK RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM,, MENONTON RANCANGAN ” GANGSTAR, SURE HEBOH, KUMPULAN-KUMPULAN ROCK TANAH AIR ATAU PESTA-PESTA RAKSASA KARNIVAL,”

    KERAJAAN BARISAN NASIONAL HANYA MEMBIARKAN “PENGKID”YANG BERLELUASA WALAU SEKALIPUN DI CABAR DENGAN KATA-KATA YANG AGAK KURANG SENANG,,

    ATAU MEMANG MEREKA INI BE END DAN UMNO MASIH INGIN MENGAMALKAN KONSEP ” RASUAHNISME”,?

    SEEKOR IKAN KALAU NAK BURUK BUKAN DARI EKORNYA, SEBALIKNYA IA BERMULA DARI KEPALA DULU,,

    TERNYATA BE END DAN UMNO MASIH ADA NIAT YANG TERSEMBUNYI UNTUK MELAKUKAN DOSA-DOSA SEBEGINI,,

    TANYA LAH PADA MEREKA PADA PEMIMPIN-PEMIMPIN MALAYSIA,??
    MEREKA CUKUP WANG UNTUK MENGERJAKAN HAJI,,!!
    KENAPA MEREKA TIDAK SAJA BERAMAI-RAMAI MENGERJAKAN HAJI,,?

    MEREKA LEBIH SANGGUP MENGHANTAR MENTERI-MENTERI MEREKA KE NEGARA TAIWAN BERTUJUAN PERTANIAN,,
    APA HASIL NYA SETELAH MEREKA PULANG DARI TAIWAN,??
    TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN MENCARI FORMULA BAJA YANG BERCAMPUR NAJIS BABI UNTUK PENYUBURAN TANAMAN MEREKA,,

    APAKAH YANG MEREKA TAKUT TENTANG VIDEO” SAJAK KEMATIAN” DI TONTON DI SEKOLAH-SEKOLAH?

    APAKAH SUATU PELAJARAN” SEX” DI SEKOLAH ITU LEBIH BAIK DARI ” SAJAK KEMATIAN”, YANG TELAH MENGHANTUI MEREKA SELAMA INI,,??
    YANG BERGELOMANG DENGAN RASUAH,,?

    SAYA TAK TAU LAH MAKHZAB HADHARI YANG MEREKA IKUTI,,
    SUDAH PASTINYA MENENTANG AL`QURAN DAN HADIS,,

    SLOGAN ORANG-ORANG YAHUDDI MENGATAKAN,,
    “JIKA ADA DUIT ITU BAGUS, KALAU ADA KUASA LAGI BAGUS”
    ” DUIT BUAT DUIT”

    DAN BANYAK LAGI SLOGAN-SLOGAN YANG MEREKA GUNAKAN
    INI LAH YANG DI ANTARA KATA-KATA YANG DI PEGANG OLEH ORANG-ORANG YAHUDDI,,

    TAPI INGAT LAH,,!! SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASA MATI,,,
    JADI INGATLAH MATI SEBELUM MATI,,,!!!!!

  2. huguon says:

    Kesimpulannya, orang kita belum matang. Asyik sibuk bercakap tentang isu yang kecil begini. Bila membaca isu sajak kematian di akhbar-akhbar utama baru-baru ini, saya senyum sendirian. Sekali lagi kita dihidangkan dengan provokasi yang bukan-bukan.

    Apa yang dirisaukan dengan klip sajak kematian tersebut? Kalau setakat menghantui kerana klip tersebut dianggap melampau, apa bezanya dengan games-games online yang berleluasa sekarang ini? Tidak ekstreme ka bila ada games yang menayangkan aksi putus kepala? darah merah? rogol? sex?

    Macam mana pula dengan wayang-wayang ganas, lucah, tahyul yang tidak dikawal sekarang ini? Ayuh masyarakat Malaysia! Buka mata! Buka hati! Jangan prejudis! Cukup la sampai di sini. Jumpa lagi!

    huguan
    mantadsabah.blogspot.com
    15/11/2008

  3. huguon says:

    Apa pun Ladymariah, aku setuju klip ini ditayangkan kepada MP / ADUN kita, buat tatapan mereka sebelum menandatangani borang perakuan siap projek-projek kerajaan.🙂

  4. omsabah says:

    apa pun ceritanya.. aku rasa sajak kematian ini wajib dipertontonkan di Pesidangan Umno nanti.. amat sesuai la .. paling ngam…

    kalau tayangan video ini tak sesuai untuk kanak2… tentu ada golongan yang sesuai..
    dan yang sesuai ni tentulah org dewasa.. dan cadangan aku,,, mulakan dalam UMNO..

    setakat ini sahaja 900 aduan politik wang… dilaporkan.. asas tu…

    dalam umno politik wang tidak lagi mamu di kawal..

    yang kononnya bakal jadi PM pun dari UMNO..

    jadi,,, faham2 lah… kalau di peringkat cawangan bahagian pun politik wang ni
    jalan macam air mengalir .. yang tinggi…?
    Kepimpinan Melalui Tauladan…😛..

  5. LeeSlimShady AIC says:

    UMNO pandai cakap je la……………..

    P/S : UMNO takut mati…………..

  6. bayumurni says:

    Oh,,iya ka tuan LeeSlimShady,??
    Baru lah saya tau rupanya UMNO ni takut mati,,

    Tak pula saya tau selama ini,,,kekekekekeke,, atau
    Mati jadi Hantu Bangkit,,,,!!!!kakakaka

  7. LeeSlimShady AIC says:

    yang peliknya Hantu tu hanya menjelma pada pilihanraya jerrk…

  8. tak guna says:

    ape la..manusia semua sudah giler la..saya tak de comment la..benda mengarut..video mcm kartun..tengok tom n jerry lagi takut..

  9. zaghani says:

    kat tv RTM, TV3, TV8, TV9 & Astro setiap hari tayang movie hantu tapi takada pun komplin

  10. rogon says:

    http://www.sciencedaily.com/releases/2008/09/080925104309.htm

    Sya lihat isu ni bukan dari sudut agama, tapii lebih dari sudut sains. Kanak2 8 tahun tidak belajar dari kesilapan, so tidak guna bagi takut2 kanak2..

  11. bayumurni says:

    Itu pendapat sains,, tetapi pendapat Islam berbeza,
    sedangkan sains tidak dapat membuktikan manusia itu berasal dari monyet,
    Kenapa?

  12. farrel says:

    “Mungkin video ni boleh dijadikan selingan untuk ahli-ahli parlimen kita kerana ada ayat yang menyebut “saya salahguna kuasa dan wang”. Barulah sesuai! So, tidak kira pemimpin pemerintah atau pembangkang dapat cucian hati sikit. Hehehehe. Akupun terinsaf seketika ketika menonton video ini. Sajak ini memberikan gambaran akan balasan kejahatan kita di dunia. Memanglah kita tidak dapat menilai dengan akal apa yang akan bakal berlaku selepas mati tapi kita sendiri mau ingatlah…”

    LM,

    saya sangat setuju dengan idea ini. hehehe
    kalau boleh kita fokuskan kepada PM dan menteri2 kabinetnya…

  13. rogon says:

    @bayumurni

    agama vs sains debat buang masa sebenarnya..
    sebab agama berada dalam zone product (kepercayaan ialah product)

    sains berada dalam zone process

    ========
    evolusi ialah bukti persoalan atas tu… but agama(tak kira apa agama) tolak tanpa meneliti.. so kita jimat masa tanpa debat sini… kalo ada cukup masa sila masuk youtube taip pasal atheist…

  14. dusunbukit says:

    kenapa dan apa yang tak sesuai? setiap hari ada kematian, kanak-kanak pun turut melihat malah mengiringi saudara mara mereka yang meninggal ke tanah perkuburan. kalau sekadar sajak sebegini dikatakan tak sesuai, rasanya masyarakat kita sudah sampai ke tahap ‘takut melihat bayang-bayang sendiri’.

    tunjukkan kepada YBs BN/UMNO? lagi lah tak berkesan, malah akan dijadikan bahan jenaka di perhimpunan UMNO, perhimpunan manusia2 korup dan tak takut mati..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: