Selamat Tahun Baru 2009

Masa beredar tanpa kita sedari. Setiap detik berlalu dangan pantas dan kini semacam tidak percaya kita sudah meninggalkan tahun 2008. Sebagai kebiasaan, kawan-kawan pasti akan call, sms dam email untuk ucapkan selapat tahun baru dan tidak ketinggalan mengingatkan supaya ada azam baru. Hehehehe. Bukan bermakna kita barazam setiap awal tahun tapi mungkin sudah menjadi kebiasaan kita untuk mengaitkan tahun baru dengan azam baru.

Ya, aku masih ingat pada awal tahun 2008 aku mempunyai 1 azam yang aku rasa aku akan dapat tunaikan sepanjang tahun tapi ternyata aku tersasar dari azam tersebut. Hehehe. Salah sendiri. So, bagi kawan-kawan aku yang tanya apa azam aku tahun ni, aku tidak akan sebutkan sebab azam aku tahun lepas tidak tertunai. So, aku bawa ke tahun ni. Buli bah kan geng? Hehehehe. Hidup agak sukar pada penghujung 2008 berikutan kejatuhan ekonomi. Semoga 2009 membawa sinar baru kepada ekonomi dunia.

Pagi tadi, aku mendapat sms dari rakan di SK: Demonstrasi Mengecam Keganasan Rejim Zionis bersama pemuda PR di Masjid Negara selepas Solat Jumaat hari ini. Permulaan tahun 2009 ini menyaksikan Israel mengganas lagi.

PR buat demonstrasi. Tup-tup berita TV3 pun siar KJ turut turun buat demo. Amboi… KJ pun boleh tahan gak. Siap bawa sepanduk. Tapi aku tak nampak PR dan KJ berganding bahu sambil ambil gambar. Hehehehe. Apa akan jadi kalau PR ambil gambar dgn Pemuda UMNO sambil laungkan suara anti-Israel? Bukankah itu bagus?

Dunia semakin kacau bilau. Semoga kelibat pemerintahan Bush akan lenyap selepas Obama menjadi presiden kelak. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. All the best untuk pembaca semua…

2 Responses to Selamat Tahun Baru 2009

  1. thanaif says:

    Sesuatu yang aib untuk menggalaskan tuntutan diangkatkan kekejaman ke atas Gazza dengan pemimpin di luar negara khususnya Amerika.

    Kekontangan idea yang menggarap harapan untuk pembaharuan dimiskinkah oleh pemahaman pendidikan selama ini di kalangan generasi baru, sehingga perlu rentetan dikupas bahawa ketidak bolehan dan ketidakmampuan masalah-masalah asas ummah diselesaikan, akibat dalamnya keperluan negara kecil mendokong sama kemahuan negara besar?

  2. thanaif says:

    Sorotan membuktikan banyak matlamat-matlamat pembaharuan zaman telah dicapai untuk dibentuk semula aliran pemikiran yang mudah dikuasai dan diletakkan di bawah pengaruh sesuatu idealisme ke atas minda muda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: