Hudud: PAS rampas kerusi BN di KT

Kerusi Kuala Terengganu

Kerusi Kuala Terengganu

Kemenangan PAS bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana senario politik Malaysia yang suda sedia terasa bahangnya sejak PRU lepas. Percaturan BN yang menggunakan ‘hudud’ pada kali ini telah memakan diri sendiri setelah kemenangan PAS lebih besar daripada majoriti yang diperolehi oleh BN pada pilihanraya 2004.

Sepanjang waktu kempen aku tidak mengambil berat akan berita sensasi yang disiarkan di TV kerana mereka asyik memburukkan PR dengan isu ‘hudud’ memandangkan kebanyakan pengundi Kuala Terengganu ialah golongan Melayu. Media kerajaan akan memastikan pengundi melayu berfikir akan kedudukan Pakatan Rakyat yang ternyata berbeda pendapat terhadap hukum ini. Terutamanya DAP dan PAS. Kenyataan Karpal Singh yang tidak bersetuju pelaksanaan hudud adalah perangkap kepada BN sendiri!

TAPI KENAPA?

Kita lihat sendiri sekiranya PR mainkan propaganda hudud ini menyerang BN, ternyata mereka akan kalah lebih teruk kerana BN juga terdiri daripada parti komponen yang lebih besar kepala. Beranikah Pak Lah buat statement untuk melaksanakan hukum hudud demi untuk Islam? Apa pula kata MIC dan MCA? Silap-silap Samy Vellu kasi hentam itu Pak Lah wor…

Terus terang aku katakan, aku sangat kagum dengan pemimpin PAS iaitu Nik Aziz yang berkata “Bukan saya yang mahu melaksanakan hudud tapi ini perintah Allah“. (something like that). Bukankah itu adalah kata-kata daripada manusia yang tidak memandang sesiapa melainkan penciptanya? 

Politik Malaysia pada hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau dulu isu ‘sigah’ menjadi isu besar sehingga menjejaskan undi di Sabah tetapi aku kagum dengan corak politik di Semenanjung Malaysia yang semakin matang dan bijak. Aku pasti Sabah sedang menuju ke arah itu walaupun agak ketinggalan sedikit.

Kemenangan PAS
Kemenangan PAS

Kalau diimbas kembali kedatangan Ezam ke Kuala Terengganu dengan membawa bukti kononnya DSAI ingin berdamai dengan Che Det bolehlah dianggap sebagai iklan semata-mata kerana ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada pilihanraya yang ditandingi PAS. Ezam menjadi kecut apabila AMK menanti beliau dengan karpet merah untuk membuka rahsia ‘kotak’ yang telah dijanjikannya sejak dahulu. Ezam tumpas dan Saiful langsung tak turun gelanggang. Dah tamat kontrak lakonan kot…

Walaupun BN terus melaga-lagakan PR dengan pelbagai isu perkauman dan keparcayaan, ternyata semua itu ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri. Peribahasa yang lebih sesuai digunakan ialah memaku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam pilihanraya KT (terutama pasukan pemenang dari Pakatan Rakyat) yang telah bertungkus-lumus menjalankan kempen untuk calon pilihan masing-masing. Siapapun pilihan undi anda, suara ramai telah berkumandang. PAS merampas kerusi BN di Kuala Terengganu. Kita jumpa di Pensiangan nanti😉

6 Responses to Hudud: PAS rampas kerusi BN di KT

  1. huguon says:

    “Bukti rakyat mahukan perubahan”, demikian menurut DSAI. Saya setuju. Dan BN seharusnya melihat ini sebagai satu pengajaran. Lepas satu, satu. Pasal Ezam pula, dia memang sudah tiada pengaruh. Baru kita lihat, sebenarnya populariti Ezam hanya bergantung kepada DSAI. Sudah 2 pilihanraya kecil Ezam cuba muncul sebagai hero, tapi haram tiada yang peduli. Dan pasal pendedahan surat DSAI kpd Tun Mahathir tu pun aku sudah baca, tiada apa yg patut dimalukan dalam isi kandungan surat itu.

    Ok la, jumpa di pensiangan!

    P/s : ladymariah, kalau pigi sana jgn lupa cari aku ok?

  2. ladymariah says:

    Aku akan ke Pensiangan utk cover cerita ni. God willing. Tunggu la bulan 2 dulu keputusan tu mcmana.

  3. LeeSlimShady says:

    Hah…..Kuala terengganu dh dapat apa lagi lepas ni Peniangan kita hentak cukup – cukup……………

    Kerusi pakatan keseluruhan adalah 86

    82 +Kuala terengganu = 83…….+ SAPP 2 = 85

    + pensiangan=86

    + “lompat lompat”

    =Putrajaya (kerajaan Malaysia Pakatan Rakyat)

  4. huguon says:

    Ya. Keputusan mahkamah bulan 2. tunggu la. Harap2 kali ni tiada penangguhan lagi. Sembang2 dgn kawan di kedai kopi mmg banyak isu pensiangan. Kita tunggu lah.

  5. omsabah says:

    Dari Permatang Pauh ke Kuala terengganu,
    Pasti Bertapak di Mukim Pensiangan,
    Barisan Nasional semakin Kuno
    Pakatan Rakyat Jadi pilihan

  6. MARIAH…………MARIAH……………

    DENGAR SINI ADA BERITA TERGEMPAR………………..

    ADA BERITA HANGAT…………………

    HUH PASAL PEMBELOTAN UMNO YANG PAALING TRAGIS DALAM SEJARAH……

    NAK TAU?

    KALAU NAK TAU MASUK KE LAMAN BLOG LEE CEPAT………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: