Bahaya Asma

kuhan2

kuhan3

kuhan11

Tahanan Polis di Subang Jaya, Kugan a/l Ananthan,22, dikatakan mati kerana diserang asma selepas diberi minum air. Tapi bila gambar ini keluar kepada pihak keluarga yang tidak puas hati, ternyata kenyataan ‘penyakit asma’ telah berubah apabila Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pula kata ini kes bunuh. Nah, kenapa boleh jadi begini? Mana satu yang betul ni? Aku ni ada asma. Takut gak kalau jadi tahanan polis. Silap-silap aku boleh mati sebab kalau pesakit asma yang jadi tahanan polis takut pula calar-calar macam ni. Aduh… Polis pula nafikan mereka mendera tahanan. Alangkah bahayanya penyakit asma ni… Ish. Ish..

Ok, aku ada ambil info kes lain dari blog KNB. Sila baca:

1
Jun 2002 Tharma Rajen meninggal dunia secara misteri ketika berada dalam tahanan polis. Bedah siasat persendirian mendapati Tharma mengalami kekurangan nutrien ekstrem. Dia masih digari dua jam sebelum kematian ketika mendapatkan rawatan di hospital.

2
November 2002 Malaysia memilih untuk tidak mengamalkan Protokol Pilihan Kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan dan Lain-lain Layanan Kejam dan Luar Biasa 1984. Protokol ini membenarkan pakar hak asasi antarabangsa mengadakan lawatan ke pusat tahanan.

3
Julai 2003
Ulaganathan Muniandy meninggal dunia di Balai Polis Kajang. Menurut ibu Ulaganathan, dia mengesan kecederaan tubuh dan lebam di mata . Polis menegaskan dia meninggal dunia disebabkan asma (asthma – sounds familiar, yes?). Sijil kematian Hospital Kajang menyatakan punca kematian sebagai ‘tidak diketahui’.

4
Oktober 2003 Laporan Kementerian Dalam Negeri mencatatkan 23 orang maut di dalam lokap polis pada tempoh 2002 hingga Julai 2003. Dalam tempoh sama, 425 orang banduan meninggal dunia di dalam penjara ketika menjalani tempoh hukuman.

5
Mei 2004 Mayat Francis Udayapan ditemui di Sungai Klang dengan lebam-lebam teruk. Polis mendakwa si mati melarikan diri dari Balai Polis Brickfields seminggu sebelum mayat ditemui. Ahli keluarga Francis tidak dibenarkan mengakses laporan bedah siasat.

6
November 2005 Mayat S. Hendry ditemui tergantung dengan selimut melingkari leher di Pusat Pemulihan Simpang Renggam, beberapa jam selepas dihantar ke sana. Bapa mangsa curiga kerana S. Hendry ditemui dengan kesan lebam di seluruh badan. Siasatan SUHAKAM mendapati tiada foul play dan kes disahkan bunuh diri.

8 Responses to Bahaya Asma

  1. simpati says:

    jarang kita tengok org mengaku sekiranya buat salah…..inilah manusia sekarang….

  2. Nami says:

    Kita kutuk bila Zionis runtuhkan rumah di Gaza,tapi kita redha Ketuanan Melayu rampas tanah di Kampung Barembang.Kita kutuk Zionis runtuhkan masjid di Hebron,tapi kita redha Ketuanan Melayu runtuhkan masjid di Masjid Bujal.Kita kutuk bila Zionis rosakkan tanah pertanian di tebing Barat kerana membina tembok pemisah,tapi kita redha Ketuanan Melayu rampas tanah orang Penan untuk bina empangan Bakun.

    Kita kutuk bila Zionis tangkap orang-orang Arab dan dibiar mati dalam penjara,tapi kita redha Ketuanan Melayu tangkap orang India dan mati dalam penjara.

    Jihad konon.Untukmu Palestin konon.Sebelum sibuk-sibuk nak lawan Zionis antarabangsa,lawan dulu la Zionis tempatan.

  3. huguon says:

    Kadang2 mcm style cerita X-Files pula. Ntah lah, orang-orang yang terlibat saja yang tahu. Cuba tanya2 member yg kerja sbg Polis Penjara tu.. Pasti dorang ada cerita hebat.🙂

  4. huguon says:

    Nami, zionis tetap zionis. mana ada zionis di Malaysia.🙂. Tiada istilah zionis tempatan. anyway ladymariah, add me to your blog if you dun mind, mantadsabah.blogspot.com . Thanks in advance

  5. khairulnizambakeri says:

    Setuju dengan Nami.
    Zionis bukan Israel semata-mata.
    Zionis perjuangan sempit bangsa yang menganggap diri supreme dan tuan berbanding bangsa lain.

  6. dekerinchi says:

    salam ladymariah,

    apa yang terjadi adalah satu perkara yang tidak bertamadun…Walaupun penyeksaan tahanan oleh polis diketahui umum tetapi sukar dibuktikan….hanya kes-kes mengejut begini akan membuka pekung di dada…

    Apapun ada juga polis yang berhati mulia…semoga keadilan dapat ditegakkan

  7. zorro says:

    ooo..lain pula asma zaman skrg kan lady M. hehe..

  8. kassim says:

    pegi tangkap polis yang buat hal tu…korang bawa g mahkamah cpt2 supaya kene hukum..setakat cakap n komen jer xguna gak kan??korang btindakler skrg…heheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: