Lompat si katak lompat…

Lompat si katak lompat,

Lompatlah tinggi-tinggi,

Cepatlah adik cepat,

Cepat lompat dapat duit lagi…

frog2

FROGS

Perkara ‘anti-hop’ baru sahaja dibincangkan  di kalangan ahli BN tapi sekarang ni seolah-olah terkena batang hidung sendiri. Kalau Sabah sudah pernah merasa derita lompat-lompat ni, kini negeri Perak pula menyusul dengan mecipta sejarah mengembalikan taktik kotor rampasan kuasa. Secara rasionalnya, aku tak akan hairan kalau ada lagi pemimpin dari negeri-negeri yang dikuasai PR akan melompat parti, kemudian masuk BN (ataupun naik pagar beli tiket BEBAS kemudian beli penimbang). Lepas tu, jadi kaya-raya.

Kalaulah ‘3 orang’ tu masuk BN pastinya Perak akan kembali di tangan UMNO. Walau bagaimanapun, terpulanglah kepada budi bicara Sultan Perak sama ada akan mengadakan pilihanraya atau tidak.

Apa yang pasti, kalau kita imbas kembali PRU lepas, target utama para blogger berkempen dalam blog adalah untuk menjatuhkan BN yang sudah masanya untuk dikuburkan. Kebanyakan pengundi mengaku mereka mengundi PR kerana mereka sudah muak akan BN. Tapi atas kerelaan hati mereka sendiri, pemimpin-pemimpin ini telah merampas kuasa rakyat dengan menjadi PEMIMPIN CURANG.

Adakah mereka (BN) membuktikan mereka liat dan kebal?

Bagaimana kalau adakan pilihanraya di Perak  dan biar rakyat yang menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin mereka? BUkankah itu lebih baik? Kalau memang BN akan menang dlm pilihanraya tu, maka PR kena terima hakikat la. Tapi kalau PR tetap menjadi pilihan hati rakyat Perak, maka BN kena kembali gigit jari.

Kita imbas kembali 15 tahun lepas. Sejarah politik Sabah berulang di Perak. Ketika itu, Ketua Menteri Pairin Kitingan telah memenangi 25-23 melawan BN. Pada pendapat aku, kini Pairin tertampar sekali lagi kerana dia baru sahaja mewar-warkan ‘anti-hop’ beliau. Kemudian, saudara sendiri dalam BN pula main ‘lompat-lompat’.  

Huguan Siou, apa kau mau buat sekarang? Tapi kasi halang la bah orang yang lompat-lompat ni. Jangan sampai pisang berbuah 2 kali. Please… Kau tau juga kan macamana sakitnya kalau dicurangi oleh orang sendiri? Oruol ginawo bah…

Jumlah katak di Perak sama sahaja dengan katak di Sabah. Kalau katak pada musim PBS mereka dikenali sebagai Lajim, Rubin dan Zaini. Katak PR pula dikebali sebagai Ah Foong, Jamaluddin dan Jailu.

Tapi ketika itu, 3 ekor katak PBS terus masuk BN tapi 3 ekor katak PR pula masih main tarik tali. Diorang ni masih dalam BEBAS. Atas pagar la tu konon… Adakah kemungkinan tengah nego harga pasaran? Hmmm…

“God blesses those who work for peace, for they will be called the children of God.”
(Mathhew 5:9)

41 Responses to Lompat si katak lompat…

  1. kaki lompat says:

    siapa dapat tahan godaan 50m?
    hahahaha. org maki pun aku tak mati.
    anak bini sampai 7 keturunan aku senang.

  2. jom demo mlm ni.
    kita mahu kembalikan hak rakyat.
    sedih betul la dgn perangai kaki lompat nie…
    tp apa blh buat… dah namanya mata duita.

  3. huguon says:

    sudah dijangka begini…😛

  4. nami says:

    raja adil raja disembah,
    raja zalim raja disanggah.

  5. faizal says:

    thanks LM atas respon atas permintaan saya..
    hehe.. suka baca ayat ni..

    “Jumlah katak di Perak sama sahaja dengan katak di Sabah. Kalau katak pada musim PBS mereka dikenali sebagai Lajim, Rubin dan Zaini. Katak PR pula dikebali sebagai Ah Foong, Jamaluddin dan Jailu.

    Tapi ketika itu, 3 ekor katak PBS terus masuk BN tapi 3 ekor katak PR pula masih main tarik tali. Diorang ni masih dalam BEBAS. Atas pagar la tu konon… Adakah kemungkinan tengah nego harga pasaran? Hmmm…”

  6. ladymariah says:

    Kaki Lompat: Kalau memang dah buat keputusan nak lompat, terimalah akibatnya di belakang hari. Silap-silap kalau salah lompat ‘kaki jadi kudung’. Hehehehe.

    Reformasi Girl: I wish i was there…

    Nami: Tak biasa sembah raja. Sorry… Hehehehe.

    Faizal: Terima kasih juga kerana meminta respon dari saya. Oh ya, kisah lompat di Sabah dulu ada sekor katak tu dapat hadiah keranda dari rakyat, tau. Hehehehe.

  7. Watan says:

    Salam,

    It’s a pity when Malaysians get angry for the blatant disregard of democratic principles for only a few days at most few months. Then we start to forget and keep on saying and ‘believing’ that… it is the past, let it be , let bygone be bygone and thus condoning whatever the ‘tyrant’ is or had done…

    Sadly,Sabahans are the worst of all….we easily forget what the ‘tyrant’ has done to PBS in 1990 maybe because PBS deserved what they got since they started the process. Today , two of the most famous ‘kataks’ arestil there and one even has become a Federal Deputy Minister!

    Indeed it is disheartening and I feel like crying and bitter hatred inside is turning into abhorrence

  8. Srixon says:

    Perak VS Sabah = 2 X 5 5 X 2 -:) BN – Barisan Najis punya angkara lah bah tu diketuai oleh Najis Rojak now politik malaysia mangkin undur ke belakang mcm negara Africa budu punya karaja!

  9. org sabah says:

    suka hati la diorang nak pindah party. terima la hakikat… pairin pun dah terima hakikat si lajim lompat.

  10. rastom says:

    LM, nampaknya untung besar berniaga katak. Oruol ginawo bah…(apa maksudnya tu?)

  11. pak abu says:

    Oruol ginawo bah…(apa maksudnya tu?)
    = sakit hati bah🙂

  12. faizal says:

    LM,

    katak dapat keranda? katak dgn keranda xsesuai, patut ditempurungkan, biar dia mati dlm tempurung!

    saya sebagai anak jati perak, masih berdebar-debar menantikan babak seterusnya.

    perang politik masih belum berakhir, kita masih “kelabu” siapa musuh dan siapa teman, malah dikalangan teman sendiri tidak pasti siapa teman, dan dikalangan musuh juga tidak pasti siapa musuh!!

    jgn mudah terperdaya dgn apa yang dilihat, dapat terperdayakanlah diri dengan apa yang tersirat,
    politik tetap politik, diatas “berebut kuasa dan harta”, kita rakyat yang “sengsara”!

    skrg kebajikan rakyat dah banyak terabai, akibat karenah “gila” pemimpin kita!

  13. Rem says:

    Entri ini patut dikategorikan sebagai “Entri Minta Puji” merangkap “Entri Tak Sedar Diri”.🙂

    Dalam entri pada 16 September 2008 (https://ladymariah.wordpress.com/2008/09/18/tembakan-sipi-169/) — Lady Mariah dengan penuh yakin, taksub dan bergaya telah menulis:

    “Jangan nafikan hak aku sebagai warga Malaysia yang inginkan perubahan pucuk pimpinan. Anda juga berhak mempertahankan kerajaan sekarang andai itu keinginan anda. Namun kita harus bertanggungjawab akan apa sahaja yang kita lakukan.”

    Itu adalah kata-kata penulis blog untuk menyokong rancangan lompat katak terbesar yang cuba dianjurkan oleh Katak Seri Anwar Ibrahim. Satu sokongan padu yang tidak berbelah bahagi.

    Apa yang berlaku di Perak adalah sebahagian manifestasi 16 September. Ia mendokong semangat dan implikasi lompat yang sama. Saya ingin bertanya, kenapa seorang yang begitu terkinja-kinja mahu menyokong ‘lompatan 16 September’ (kerana kononnya dia ada hak mahu melihat perubahan kerajaan?) — tiba-tiba tidak boleh menerima ‘lompatan 6 Februari’? Bukankah itu perkara yang sama? Ya, atau tidak? Kalau tidak, nyatakan alasan kenapa tidak.🙂

    Politik PR adalah politik double standard dan obsesi-diri. Hanya mereka saja yang layak menerima perubahan. Orang lain tak boleh. Hmmm… saya harap pemikiran simplistik dan egomanic begini tidak diwariskan kepada generasi baru Sabah.🙂

  14. sumbiling says:

    oruol ginawo = sakit hati🙂

  15. ladymariah says:

    Watan: ‘Kataks’ Sabah: The richest frogs in the universe

    Srixon: Uik, bakal boss baru kau tu… Hati-hati nanti ko kana buang kerja. Hahaha.

    Org Sabah: Sudah terima hakikat la ni…

    Rastom: Kalau di Sabah, katak paling laris dijual ialah katak Taiwan. Boleh buat sup. No wonder la hari tu tak jadi beli katak kat Taiwan tu kot… Mahal sangat… High maintenance. Oh ya, oruol ginawo tu kira ‘sakit hati’ la…

    Pak Abu: Ya, betul tu. Thanks…

    Faizal: Ramai musuh dalam selimut sebab dah biasa berkongsi selimut… Tak cukup beli selimut banyak-banyak…

    Rem: Thanks🙂
    PR tiada juga lompatan bah kan?
    PR ni kalau buat jahat tak pandai menjadi.
    BN kalau buat jahat mesti perfect. Hahahaha.
    Nda bah, main-main jak. Jgn marah kio…
    Tapi mcm butul worrr…

    Sumbiling: Oruol ginawo tidak mengena yg tu hari. LOL.

  16. Srixon says:

    BN – Barisan Najis yang di ketuai oleh Najis Rojak main politik kotor, babitkan istana untuk kepentingan politik, mula-mula timbulkan soal perkauman tapi rakyat tidak menerima babx punya BN!

  17. Kotiguk says:

    REM i agree with u la..bfikir juga nie..tu ari c gay bilang ramai dr BN mau lompat p PKR tpi nda jadi..tpi bila dr PKR lompat p BN dorang marah pula..i wonder why la..ermm…

  18. Kotiguk says:

    pasal kena bagi duit lompat tu bukan kita semua tau..kita dgr ckp dr org lain, trus kita kasi iya saja..p ceramah dgr..kena bagi duit lompat..kasi iya saja..i wonder how juga ni

  19. dat yap says:

    Isu siapa yang memulakan lompat seperti yg dikatakan oleh Najib bukanlah satu isu yg penting. Apa yg penting di sini ialah bagaimana ‘cara’ merampas kuasa yg dilakukan oleh Najib dan BN ke atas kerajaan PR di Perak yg perlu dihighlightkan isunya. Demokrasi apakah namanya jika kerajaan BN menubuhkan kerajaan di Perak dgn taktik kotor,paksaan, ugutan dan rasuah. Malah sultan Perak sendiri pun mungkin ‘diugut’ oleh Najib? Ada kemungkinan! Raja kita sebenarnya tidak ada lagi kuasa sejak zaman Mahathir lagi yg telah meragut kuasa raja. Raja sebenarnya hanya ikut saja cakap PM atau TPM. Nah..inilah isunya. Jangan kita percaya membabi buta yg PR derhaka kpd raja..Kita sayang institusi raja kita…yg memprovokasi PR derhaka kpd raja tidak lain dan tidak bukan ialah UMNO dan sekutunya..Mereka ada kepentingan yg hanya bertopengkan kononnya taat kpd raja. Wahai rakyat Malaysia sekalian…bangkitlah kita dengan undi kita pada PRU ke-13 nanti untuk menumbangkan kerajaan BN yg diketuai oleh UMNO…Kita boleh sebagaimana demokrat di US menumbangkan Republikan…Sesungguhnya undi kita ialah hak dan kuasa kita. Selamat tinggal demokrasi tahi kucing…!!!!

  20. Kotiguk says:

    lol..ahakzz…su (siapa yang memulakan lompat seperti yg dikatakan oleh Najib bukanlah satu isu yg penting.Apa yg penting di sini ialah bagaimana ‘cara’ merampas kuasa yg dilakukan oleh Najib dan BN ke atas kerajaan PR di Perak yg perlu dihighlightkan isunya.) penting nie…kalau 16 sept terjadi c anwar rasuah ahli BN masuk PKR nda penting ka?lol..jgn la kita tuduh sembarang..biar makhamah yg menentukan..lol..ahakzz..

  21. Ashvin Raj says:

    I would like to highlight a main difference between Anwar’s attempt of Sept 16 to form a new government and what’s going on in Perak. Anwar said that he had the numbers. He did not say that he ‘bought them’ for a price.

    Anwar only gave a call but no money was offered. In this Perak case, a statutory declaration made by a PKR member strongly alleges that money ranging in the millions was offered to Pakatan YBs in order to entice them to crossover.

    In this sense, money is the main difference here. I doubt PKR offered any sum of money to BN reps to join Pakatan, as they don’t have access to huge federal funds, unlike BN which has millions of ringgit as the federal government of the day.

    What has happened in Perak is cowardice to say the least. The people’s mandate had not been given to BN to rule Perak, but to Pakatan.

    I don’t blame the Sultan of Perak, but Najib and his cronies for enticing politicians from Pakatan to join them. This is most shameful and cowardly in that they used a bait of millions of ringgit to lure them.

    Were there any monies offered by Pakatan to any BN rep before Sept 16 to join Pakatan and form a new federal government?

    Of course, it is ethically wrong to hop from one party to another. But my point here is this, who has the stronger bargaining power when it comes to enticing YBs to crossover?

    Certainly it is the one with the most funds and assets accumulated over the past 50 years and that is none other than the corrupt BN regime led by Najib.

  22. Rem says:

    Ashvin,
    You are either naive or naturally born stupid.

    Who say Anwar didn’t use money to buy BN’s MP? He did. And, the amount was nothing less than millions RM. Bacalah pengakuan MP dan ADUN dari Sabah yang telah membuat kenyataan terbuka.

    Tapi itulah masalah golongan reformis totok ni. Selalu ‘in denial’. Kalau orang kata pemimpin PKR begitu dan begini, para reformis terkinja-kinja beruk menafikan. Konon itu semua hanya fitnah. Tiada bukti kukuh.

    Tapi kalau pemimpin BN yang kena, walaupun bukti itu hanyalah ‘cakap-cakap’ di internet: terus saja ia diangkat sebagai kebenaran hakiki.

    Inilah kunci perjuangan PKR, PR dan para reformis selama ini. Obses pada diri sendiri. Hanya dia saja yang betul. Orang lain semua salah dan pendusta. Hanya dia saja yang adil. Orang lain semua zalim.

  23. ustazSAID says:

    Hehe, aku nda mau ckp apa2 lg coz apa yg aku mau ckp sudh dckp oleh Rem…wa caya lu Rem!

  24. ustazSAID says:

    Sorry girl, aku masuk x bg salam…tetiba ja aku ingat ko, itu yg aku dtg ni. Aku minta izin bg komen ya!

  25. Kotiguk says:

    lol….sya pun mau komen nda jadi..c REM jua la harapan..:P

  26. org sabah says:

    kini kedah jadi sasaran seterusnya!

    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Kedah, V.Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan, dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi Bukit selambau.

    hahaha. ada duit apapun boleh jadi.
    kasi hancur PR pakai duit saja ma…
    itu senjata tak payah bunuh olang punya.

  27. miz says:

    ada interview CM ka tadi moi? ada blog pula ko ni. mcm lawan boss saja ni hehehe.

  28. ladymariah says:

    woit… miz, ko siapa ni? hahahaha. nda smpt interview cm td. mlm ni mungkin ada gak function tu. ko interview la.

  29. huguon says:

    manada interview cm tadi. blum abis ladymariah suda balik😛. ladymariah selamat berkenalan. harap2 lepas ni blh tukar2 pendapat.

  30. huguon says:

    Eh,maksud aku di lemeridien tadi. menteri penerangan lepas funtion trus naik atas buat perjumpaan sulit dgn pemimpin2 bn. utk MT ka tu? hehe

  31. dat yap says:

    kotigok lol…

    Yang penting 16 Disember Anwar tidak terjadi..mungkin Anwar tiada duit mau bagi rasuah dan cakap2 yg anwar merasuah ahli BN mungkin hanya cakap orang BN saja. Biasalah UMNO dan BN suka buat provokasi khasnya dalam media arus perdana. Ko mo cakap BN bersih dari rasuah? Kes di Perak, budak sekolah menengah pun boleh argue mesti ada tidak kena. Satu lagi…jgnlah cakap pasal ‘biar mahkamah yang menentukan.’ Ko fikir mahkamah di Msia ni 100 peratus neutralkah. Hakim pun kerajaan yang lantik atas nasihat pm. Lu pikilah sendirilah apa maksud aku lol!

  32. Kotiguk says:

    dat yap lol 100% hahahaha

    ko ni pun satu..ko bukan tau apa pun ko dgr dr org saja kan..sy pun nda tau sepa rasuah sepa nie..tda bukti yg sa nampak sbb dgr dr org saja..kalau ada org ckp c anu p makan tahi..ko percaya la juga kan..:P

  33. ladymariah says:

    Ui na… sapa ni si huguon. Hahahaha. Matai…

  34. Najis Rojak says:

    i hate BN – Barisan Najis diketuai oleh Najis Rojak! -:(

  35. Oguri Shun says:

    nama baru Najib Razak @ NAJIS ROJAK sila maklumkan kepada semua peminta bloggers -:)

  36. guy883 says:

    kamu lupa suda kes cousin rajamuda perak yang isteri dia upah orang bunuh madunya ? mana ada pendakwaan ? bukti kukuh dr. m pegang fail dulu .sekarang ???
    klo saya kena bagi 100 juta ,nenek saya pun saya tidak kenal ,apa lagi rakyat.

  37. KiLau PoDoS says:

    sepa ckp itu Huguan Siou sakit hati semasa BN merampas kuasa di Sabah semasa pemerintahan PBS?, hidup2 rakyat kena tipu boleh beruk2 dalam PBS terutama oleh datuk pairin dan datuk dr. maximus, andaian sya meraka kena beli juga tu kena bank in RM berjuta2 dalam dunia nie manusia mana yang tidak mau RM keculi manusia GILA saja tdk mau!

  38. guy883 says:

    Kasian juga si E Wong ni,boy fren dia pun kurang ajar memang tu BN bagi duit beli gambar tu sial. Tapi klo by election bukit lanjan memang lose deposit tu BN.

  39. zorro says:

    hi mandak…mari kita pi makan katak sana ranau?

  40. Cheng says:

    Sokong lompat katak!!!! kerana hanya mereka yg benar2 KATAK je akan melakukan sedemikian rupa. PRU 13 pasti akan lebih menarik kot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: