2 Pilihanraya. Mungkin 3?

Selepas Perak mengalami krisis lompat, kini negeri Kedah seakan-akan menyusul pula. Laporan polis yang dibuat oleh V Arumugam pada awal bulan berikutan tekanan BN terhadapnya dan keluarga beliau kini menampakkan ‘keketaraan’. Dia telah meletakkan jawatannya sebagai ADUN Bukit Selambau.

Selain itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang pula telah meninggal dunia secara tiba-tiba. Apa yang pasti negara kita akan melalui 2 lagi pilihanraya. Kalau tambah Pensiangan (belum pasti), semuanya ada 3 pilihanraya.

Perkara ini akan menjadi kesukaran bagi PR untuk saling membantu dalam berkempen kerana terpisah.

Sakit.

Karpal Singh kata DSAI patut letak jawatan sebab promosi lompat parti sejak zaman Che Det. BN suka sangat!

Bagaimana kalau Karpal desak semua pemimpin BN letak jawatan kerana sokong lompat parti? BN masih suka tak?

11 Responses to 2 Pilihanraya. Mungkin 3?

  1. huguon says:

    Kalau anda sakit dan memerlukan cuti sakit untuk rawatan tradisional, sila ambil langkah2 berikut :

    i. Jangan beritahu boss anda.
    ii. Jangan beritahu keluarga anda.
    iii. Biarkan anak anda (yang tidak tahu apa-apa) bercakap bagi pihak anda sementara anda masih ‘hilang’.
    iv. Pastikan anda telah menandatangani surat yang tidak bertarikh, kerana kalau majikan anda ‘claim’ pun, anda masih selamat.
    v. Pastikan ‘bomoh’ itu memberikan resit sebagai bukti anda telah mendapat rawatan tradisional (dasar, bomoh zaman moden!).
    vi. Akhir sekali, jangan lupa senyum manis semasa bergambar dengan boss baru anda.

    Jika anda mengikut petua di atas, anda akan menjadi jutawan, dan anda akan menjadi ‘innoccent’.

    Utk. komen Karpal Singh itu… yalah, lepas ni akan menjadi HEADLINE media prima selama tujuh hari tujuh malam.. Mcm orang2 dorang inda pernah buat. LOL

  2. dat yap says:

    PR patut bersatu dalam saat2 getir sebegini. rapatkan perpaduan kita dalam PR. Semua rakyat patut menyokong PR kerana kita tidak mahu lagi melihat propaganda dan konspirasi jahat, pembohongan, penyalahgunaan kuasa menggunakan agensi kerajaan tertentu dan media arus perdana serta budaya rasuah yang dibawa oleh UMNO dan sekutunya.PR harus memenangi pilihanraya kecil ini untuk membuktikan bahawa kuasa undi rakyat tetap kepada PR. PRU 13 kita tendamg UMNO dan sekutunya masuk ke dalam tong sampah sejarah!

  3. ustazsaid says:

    Salam, sementara menunggu PRU13 nampaknya tpaksalah kita bsabar…yg penting DS Nizar kena keluar rumah MB tu.
    psst, Anwar msih jd ketua lg ka masa tu, sbb Singh tu sudh jd Singa la..mcm btul la pulak ckp Singh tu…hehe

  4. Kotiguk says:

    hi ustaz..:P gd luck la sepa yg menang nti..kepada rakyat malaysia jgn la dgr ckp org..trus mo percaya..ahakz..kamu suda dgr david beckham rasuah ka?lol…kalau YB punya cerita rasuah trus percaya o kan..sandi…akakakkakaka..

  5. Dark Justice says:

    Siapa penderhaka Derhaka sebanar?

    Sekarang ini, selepas merampas kuasa Kerajaan Negeri Perak, serangan terus menerus ditujukan kepada Pakatan Rakyat sama ada kepada pemimpin dan penyokong nya. Kali ini ‘mereka’ fokus kan kepada isu MENDERHAKA KEPADA SULTAN.

    Ramai lah yang lantang meminta supaya penderhaka diambil tindakan termasuk lah ahli ahli akademik, professor-professor dan ahli polik UMNO/BN. Antara headline akhbar tempatan adalah seperti berikut:

    1. Derhaka Nizar tidak boleh dipandang ringan – Muhyiddin.

    2. Tindakan biadab, sombong dan angkuh pemimpin serta penyokong Pakatan Rakyat yang menghina Sultan Perak.

    3. Pakatan Rakyat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

    4. Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata beliau kecewa kerana seorang pemimpin Melayu seperti Mohamad Nizar telah menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun dititah berbuat demikian.

    Apa yang menghairankan, mengapa pandangan kedua tidak diulas. Ambil contoh seperti pandangan Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau mengatakan Mohamad Nizar Jamaluddin masih MB Perak yang sah.
    Apa kah Tengku Razaleigh juga seorang penderhaka kerana menyanggah keputusan sultan ?

    Begitu juga pandangan Prof.
    Dr Abdul Aziz Bari yang menjelaskan ada 2 cara Sultan boleh bertindak apabila berlaku krisis seperti ini:

    1. Membubarkan Dewan Undangan Negeri walaupun tanpa nasihat seorang Menteri Besar.

    2. Sultan membatalkan @ memecat pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan kemudian membubarkan Dewan Undangan Negeri.

    Disini dapat dilihat bahawa walau apapun keputusan Sultan, pengakhiran keputusan nya adalah membubarkan DUN Perak. Namun perkara itu tidak terjadi. Yang terjadi ialah Sultan pecat Menteri Besar dan Penubuhan Kerajaan Negeri yang baru dari BN. Mengapa ini tidak diulas oleh media massa arus perdana?.

    Pendek kata Pakatan Rakyat seluruh nya tidak berguna walau satu sen pun di Malaysia ini. Ada kah mereka tahu atau pura-pura tidak tahu sebab dan kenapa mereka yang di katakan penderhaka ini menentang. Adakah ini kali pertama penentangan terhadap keputusan Raja @ Sultan. Apa kah beza nya tindakan (bekas?) MB Perak Ir. Mohamad Nizar dengan bekas MB Terengganu Idris Jusoh ?. Ada siapa boleh tolong jawab ??. Kalau nak ikut kan, Idris Jusoh lah penderhaka no.1 negara sebab dia menderhaka kepada DYMM Sultan Terengganu dan juga Yang Di Pertuan Agong. Siapa yang bawa sepanduk ‘ kami nak deris, natang’? Ia akhir nya menjadi Kes hina Sultan dan Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan polis membuat siasatan ‘Kami Nak Deris Natang’. Ada tangkapan dibuat, tetapi apa jadi dengan kes ini ?..Senyap rasa nya dibawa angin lalu….(betulkan jika fakta ini salah)

    Oleh kerana tidak menerima keputusan dan di gelar sebagai menderhaka kepada sultan, ia nya diulas dengan lahap oleh media massa, tetapi sebab kenapa tindakan Pakatan Rakyat menentang tidak pula diulas. Apakah betul tindakan sultan memecat MB dan selepas itu memperkenankan penubuhan kerajaan negeri yang baru dari BN. Mengapa Sultan tidak membubarkan DUN selepas mengarahkan MB meletak jawatan. Itu lah kuasa Sultan Perak, tetapi mengapa Tuanku Sultan tidak berbuat begitu sedang kan Tuanku adalah pakar undang-undang. Ini lah dia punca sebenar krisis.

    Apakah boleh MB ditukar sebegitu rupa tanpa mengikut undang-undang dan perlembagaan tidak pula diulas, sebaliknya disuruh pemimpin dan penyokong PR menerima dan percaya titah sultan. Habis itu, undang-undang dan perlembagaan itu untuk apa?, sekadar dijadikan hiasan?.

    Kenapa perlu difokus kepada tindakan menuntut hak oleh setengah rakyat yang diketuai oleh PR dianggap kurang ajar sedang kan sebab musabab nya disorokkan?? dan di waktu yang sama rakyat Palestin menuntut hak mereka kita tak kata kurang ajar malah kita sokong pula.

    ‘KATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG AWAK YANG LEBIH’

    Sekian…sendiri mau ingat !!! Melayu UMNO mudah Lupa!!!

    Amir-DarkJustice

  6. Oguri Shun says:

    I HATE BN – BARISAN NAJIS & UMNO shit!

  7. ladymariah says:

    Keputusan Pensiangan akan diberitahu kelak.

  8. guy883 says:

    Insah allah,we should see three by elections in the next month to come just before UMNO AGM by end of march.with pensiangan still undated,i forcast PR will get even bigger majority than 308.

  9. little_mike says:

    Lady Mariah,

    maaf tershashul di chat box saya tentang identiti lady mariah…heheh… terima kasi atas kunjungan. Saudari nampaknya seorang yang sangat kritis dan memiliki minda yang bergerak untuk kebaikan tanah lahir kita… teruskan menulis..

  10. huguon says:

    Pensiangan tangguh lagi. Alahaii.. apakah yg berlaku sebenarnya? Mcm cerita X-Files la pula…

  11. kassim says:

    hehehehe…
    i hate PKR (Parti ‘Kencing’ Rakyat)….bagi harapan yang tinggal harapan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: